ini bumi merdeka?; aku & pemikiran:

Author: Tok Tua Sakti /

Salam Merdeka yg ke 52 buat semua sahabat yg berpijak di bumi Malaysia ( dulu2 org panggil Tanah Melayu Herm )

Terlalu panjag cerita yg perlu dituliskan untuk sampai ke arah angka 52 tahun untuk aku tulis kan. Terlalu banyak yg mengasak difikiran sehingga membantut kan fikiran. Sehingga umur aku mencecah 26 tahun aku merasa nkmat yg di panggil Merdeka dan tanpa aku sendiri mempejuangkan untuk mencapai kemedekaan. Syukur pada tuhan memberikan kenikmatan yg di panggil kebebasan.

Hampir 12 tahun dulu pale aku selalu pikirkan, ngape begitu mudah org2 puteh bagi kite merdeka? Pernah kah anda terfikir ? Hanya menghadiri mesyuarat bersama Queen di Lond0n dan akhirnya kite mendapat kemerdekaan secara total. Berfikir membuat kita mencungkil kembali sejarah, mungkin hanya gambaran tapi kemungkinan ada kebenaran kan?

Mungkin hari ni Aku seolah2 beteka- teki dalam bahasa kan? cari la kebenaran atas kebenaran . Terlalu banyak tipu daya yg belum di rungkaikan satu persatu. Apa yg pasti jawapan bagi penantian selama 12 tahun ni, seperti mana yg dibincangkan di London ( untuk memperolehi kemerdekaan ) ternyata " Natijah" nye bleh kite lihat sekarang kan? Anda akan temui jawapan sekiranya anda melihat ape yg berlaku pada generasi sekarang. Fikir kan bersama- sama em.

* lihat lah dengan mata hati .....


Wahai anak bangsaku, kemana arah tujumu
Wahai anak bangsaku, ingatlah kamu Melayu
Wahai anak bangsaku, ingat asal usulmu
Ingat adat, ingat wasiat, ingatlah kita Melayu.

Kita dicipta oleh Tuhan
Kita ada perjalanan
Kita ada wawasan
Wawasan akhir zaman.

Bermula di Trengganu Darul Iman
Primula agamamu ambil ingatan
Bermula Melayu Melaka dirasmikan
Benua Melayu menjadi wawasan.

Tak Melayu hilang di dunia
Tak Melayu hilang agama
Tak Melayu derhaka pada rajanya
Tak Melayu hilang di dunia.

Jaga adat jaga martabat
Jaga syarak jangan berpuak
Jaga budaya kita kaya
Jaga usul kita menyusul…

tajuk lagu; Tak Melayu Hilang Di Dunia
oleh ; Dendang Anak
ciptaan ; Ustaz Zul


aku;
31-08-2009;
sebelum merdeka disambut;
mlm merdeka di rumah;
aku anak merdeka?:

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Komen Anda...
^TokTuaSakti^