perutusan raya; dari; aku:

Author: Tok Tua Sakti /


Assalamualaikum dan Salam Syawal buat semua.....

Aku; osmanabdrahman @ toktuasakti; pemunya milik laman sesawang blog sesibursenja.blogspot dengan rendah diri dan penuh keinsafan dan kehinaan selayaknya sebagai hamba Tuhan di dunia ini, menyusun 10 jari memohon penuh kemaafan kepada kalian kesemuanya ;-

Kesemua Sahabat2, Teman2, Kekawan, pelayar blog aku yg setia mahu pun ter"klik" dengan tidak sengaja hehehe. Sepanjang 4 bulan "buku hati" ini dibuka untuk tatapan umum, pasti nya tidak dapat aku elakkan sama ada secara sengaja @ tidak sengaja menguris hati kesemua anda melalui penulisan dan pemikiran aku. Seperti yg aku katakan; aku hanya insan Tuhan.

Aku Ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada anda semua dengan tulus ikhlas dari hati yg penuh dosa dan noda.

Kepada Tuhan yg empunya nyawa aku hatta diri aku sendiri, aku mohon keampunan yg berpanjangan dari Mu. Aku hamba yg selalu melakukan kesalahan yg berulang2 dan dosa yg berganda2.

aku adalah insan
yg dijadikan
penuh kealpaan
dan kehinaan:
- raya yg penuh dengan sejarah yg baru dalam hidup aku-

aku;
toktuasakti;
1 syawal;
umah aku:

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Komen Anda...
^TokTuaSakti^