ikan todak;aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Assalamualaikum dan salam kasih sayang, semalam teman pi beli barang dapur kat manjung, tetiba teman nampak binatang ni dan korang pun kenal kan hehehehe.




Teman agak2 ni la binatang yg langar negara singapura cam dalam sejarah "singapura di langgar todak tu kan hehe".

p/s; agak2 Hang Nadim pun mitos gak kot cam Hang Tuan yg mcm mana org bijak pandai tu ckp hehehehe ( kalu dah bodoh nk cakap gak hermm);aku:

aku;
toktuasakti & embun suci;
5 jan 2013;
umah aku:

selamat tahun baru;2013;aku:

Author: Tok Tua Sakti /



Selamat Tahun Baru buat semua keluarga; sahabat; teman dan kesemua yang megenali aku; permulaan yang baik bagi tahun ini; mohon dan harap kebaikan dan kerahmatan Tuhan akan sentiasa bersama aku dan kamu semua; aku:

p/s; duk dengo bunge api gan bebudak rempit dalam gue aje le hehehe:

aku;
toktuasakti & embun suci;
1 januari 2013;
pondok pulau misa melayu:

arwah apak;setahun;aku:

Author: Tok Tua Sakti /

 
30 disember 2013; Genap setahun pemergian arwah apak menghadapi alam kubur; doa aku sebagai anak; moga kamu tenang dia alam sana dan temui Tuhan Pencipta Alam; aku:

p/s: mak aku selalu cakap " orang yang mati akan semakin menjauh dari orang yang hidup"; dan aku pulak cakap " yang kematian semakin menghampiri kite setiap hari":

aku;
30 dis 2012;
toktuasakti & embun suci;
umah aku:

AKTIVITI HUJUNG MINGGU;SABTU;AKU:

Author: Tok Tua Sakti /


Assalamualaikum & Salam kasih sayang buat semua....

Cuti sekolah mmg banyak kenduri kawin dan kami (aku & isteri) konpem pg kalu dah nama nye makan "free" hahaha. Jadi nye "kekome" semua jgn tak pg pulak kalu dah org ngajok makan kenduri hehehe.


(rumah kenduri pertame)


(kenduri kawin rumah ke 2)





(rumah ni paling lame kami lepak hahaha kenduri naik buai cucu BOSS teman hehehe kalu tak naik pangkat gak tak tau le komeeeee hahahaha)

 p/s; senang cite bab makan ni mmg kuat seleranye tapi jgn sampai sakit sudah, tetambah musim buah2 yg melampau banyak skg ni kan hehehe jgn sampai ulang alik masuk jamban sudah hehehe.

aku;
toktuasakti & embun suci;
22 dis 2012;
umah aku:




SELAMAT BERTEMU TUHAN;AKU:

Author: Tok Tua Sakti /


Assalamualaikum dan Salam kasih sayang...

Sepanjang kisah 14 tahun kita; bersama atas nama Tuhan; dan kini kamu kembali menemui DIA; kekasih dan CINTA; Mohon dan harap pada Sang Pencipta; moga kite bertemua kembali sepertimana yang telah di JANJI; aku: ( TEMENGGUNG DALAM KENANGAN )

"kamu aadalah AMIIR;GURU;SAHABAT & SAUDARA YANG BAIK"

p/s; kenangan kite bersama pasti tersemat dihati.

AKU;
TOKTUSAKTI & EMBUN SUCI;
15 DIS 2012;
UMAH AKU:

bawak jejalan;bagi ikan makan;aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Assalamualaikum dan salam kasih sayang.....

Sempena cuti sekolah ni anak2 buah aku balik kampung lepak2 abiskan cuti sambil neman opah nye kat kampung. Oleh sebab aku ni hero dan ensem hahahaha aku bawak le deme ni jalan2 kat UTP. Jadi nya kita tgk gambo je la senag aku dah ngantuk esok ada "meeting" lagi hahaha cam hampassss..










p/s; dah lama janji nk bawak org rumah dtg sini hehehe 

aku;
toktuasakti & embun suci;
12~12~2012;
umah aku:

kembali lagi hehehe; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Assalamualaikum & salam kasih sayang.....

Yup, kembali hahaha yg entah ke berapa kali kembali nye adoiiii la macam2 hehehe. Banyak faktor yg buat aku kembali dan aku perlu bt blog dan menulis kembali dan paling tidak pun aku rajin nk baca buku @ artikel2 tak gitu hehehe.

Selain org rumah aku duk suh aku wat blog balik, yup melukis gak (dah lama gak tak bt) hahaha dan spt biasa "masa" adalah alasan yg terbaik kahkahkah (kesian kat masa hehehe). Dan bila aku "cerdik sikit" hehehe baru la aku tau yg sebenar nye jawapan yg paling tepat ialah "MALAS" hehehe dan berlawan sifat malas = FIKIR; dan sebaik2 fikir = FIKIR MATI: hehehe sesama la kite pikior2 kan OK.

Yang membuat aku bikin "panas" bila sahabat aku pun dah mula aktif blog balik pulak huhuhu kita tgk sapa yg kena hahaha.

p/s; bersempena tarikh yg baik ari ni teman cadang nk mule kan le sesawang teman ni balik hehehe amacam? 

"paham aku"
~ tak de kene mengena tarikh gan hidup kite kalu tak nk berdoa gan usaha dan tawakkal atas ape yg Tuhan susun, dan tarikh ni lebih daripada waktu sejarah yg boleh dirakam sebagai bahan kenangan yg baik serta pengajara yg baik..... wallahualam~


aku;
toktuasakti & embun suci;
12~12~2012;
umah aku:



Syukur atas nama Tuhan, dipermudahkan, diperkenankan bagi majlis walimatul urus aku & isteri pada tanggal 31 MEI 2012; majlis pernikahan aku di langsung kan dengan sekali lafaz bersama isteri aku UMI KALTHUM RAMLI.. Syukur pada Tuhan yang memberikan isteri yang terbaik dalam hidup aku.

Terima kasih pada semua ahli keluarga, saudara- mara, sahabat2 yang setia, teman2 yg seia dan kawan2 yang turut sama. Mohon doa kalian agar hubungan ini berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat..

p/s; doa2 kan gak aku rajin2 update blog pas dah kawin ni hahahahah; aku:


aku;
TokTuaSakti & isteri;
25 JUN 2012;
umah aku:


ssalamualaikum + Salam kasih sayang buat semua..... (dah bersawang bolg aku nihhhh hahaha)

Sememang nya dah lama sangat aku tak menulis dan aku paksa kan diri utuk menulis entry ini, mugkin atas asbab semangat perjuangan beliau yg membuat aku berfikir dan mencari perbedaan antara maksud dan fikir manusia yg hidup..mungkin.

ADAM ADLI = Mahasiswa melayu yg menurunkn bendera (gambo) CIK NAJIB dan


NAMA ( tak pasti ) = Mahasiswa melayu yg kawin gay


Mungkin berita ni tak pasti tapi siap pakai baju melayu yg wat aku tak tahan huhuhu rase nye kalu teman kawin tak nk teman oakai bj melayu pas ni sbb same gan dia hahahaha


p/s; setiap org ada otak utuk berfikir dan mempunyai fahaman, jadi nye pikir2 le semdiri.. ape pun buat adam..sabar dan terus berfikir hehehe

aku;
TokTuaSakti;
22 DIS 2011;
umah aku:

zikir rindu; tandang bertemu; aku:

Author: Tok Tua Sakti /


Novelis Azizi Abdullah meninggal dunia
21 ogos 2011:

Novelis terkenal, Azizi Abdullah meninggal dunia pagi ini setelah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Pulau Pinang sejak 11 Ogos lepas.

Penolong Editor Utusan Pengguna, Mohd Ridzuan Mohamad ketika dihubungi berkata Azizi, 69, meninggal dunia pukul 7.50 pagi di hospital itu.Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan pada Mac tahun ini dan menjalani pembedahan jantung April.

Namun, keadaan allahyarham tidak stabil akibat komplikasi serangan kuman, kencing manis dan masalah buah pinggang.Azizi, bekas guru Pendidikan Islam, terkenal dengan novel "Seorang Tua di Kaki Gunung" ketika naskah itu dijadikan teks wajib sastera Tingkatan Lima kira-kira 20 tahun lepas.Mohd Ridzuan berkata jenazahnya dibawa pulang ke rumahnya di Taman Bersatu, Kulim, Kedah dan dikebumikan selepas zohor.

Allahyarham bertugas sebagai Editor Utusan Pengguna terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) setelah bersara sebagai guru dan terus aktif berkarya menghasilkan novel serta kritikan politik berunsur satira. Dua novel terbarunya "Anak Belantera" dan "Badai Cinta", baru sahaja memasuki pasaran bebeberapa bulan lepas.

sumber ; Malaysiakini


dari blog = http://aziziabdullah.blogspot.com/

toktusakti: semoga tuan berada dalam lindungan Tuhan; dirahmati dan diberkati ....amin...
21 Aug 11, 18:33

p/s; dari tuhan kembali kepada Tuhan....

aku;
toktuasakti;
21 osos 2011;
21 ramadhan 1432H;
umah aku;
gua aku:

Nuzul Quran; aku:

Author: Tok Tua Sakti /


doa aku;

Mohon aku; moga diberi keberkatan + kerahmatan & kefahaman Ayat2 Quran MU; ke atas diri aku; amin:

dari FB; nuzul al- quran; bukan sekadar bacaan; aku:
p/s; layan cite "kiamat sudah dekat" hehehe

aku;
toktuasakti;
17 ogos 2011;
umah aku:

Salam Ramadhan; 1432H; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Buat semua yg mengenali aku "toktuasakti";
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA;AKU:

p/s; banyak perkara yg dah hilang dari sejarah kehidupan; aku:

Dari FB teman:

Salam Ramadan 1432H; aku:
p/s; Buat semua keluarga;sahabat2;teman2;kawan​ & yg kenal teman; maaf di pinta; ampun di pohon; Tuhan; Moga ramadan di penuhi keberkatan ; kerahmatan & keampunan; dari Tuhan; yg menciptakan; aku:


aku;
TokTuaSakti;
31 julai 2011;
umah aku:

demam denggi; hospital manjung; aku:

Author: Tok Tua Sakti /


Teman , ijun gan mak pi hospital manjung ziarah sepupu teman ( azmi ramli a.k.a mee ) baru kawin dah kene demam denggi herm, sian bini ngandung tak leh jaga suami kat sepital huhuhu tido le sesorg kat wad ye emmm, pada kekawan kalu tido pakai kelambu cam teman ye hehehehehehe.

p/s; makhluk yg kecik pun leh mudarat kan manusia yg beso em, hebat betul KUASA Tuhan herm.....( fikir2 kan bersama ).

aku;
toktuasakti;
12 julai 2011;
umah mak&bapak teman:

shah alam > batu gajah; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Assalamualaikum + Salam Kasih Sayang dari aku buat semua....


Alhamdulillah selamat tiba dari JB ke Shah Alam dan aku pulang ke Bote hari yg same hehehehe dan aku sempat bergambo kat kawasan panas ( semalam nye ) dan alhamdulillah tak ada yg terbakar @ meletup2 ( walaupun banyak bahan letupan yg berjaya dijumpai ) huhuhuhuhu cam skrip drama meloya pulak huhuhu.

Saje aku ambik gambo sebagai kenangan walau pun aku tak nampak ape yg jadi semlam ( tapi aku tau ape yg terjadi huhuhuhuhu ) yup aku tetap akan "menulis" tentang tajuk besar tersebut, tapi nanti2 kot sbb pale tengah penin lagi dan esok kene koje awal pagi adoiiiiii

p/s; herm aku ingatkan KL Sentral dah jadi padang jarak padang terkukur huhuhuhuhu

aku;
toktuasakti;
10 julai 2011;
umah aku;
gua aku;

bota & pontian;aku:

Author: Tok Tua Sakti /

( tengah duk intai awek indon dari tembok huhuhuhuhuhu )

Alhamdulillah aku sampai gak kat Pontian; Johor Darul Takzim ( betul kan? hehehehe ( dan untuk kali pertama sampai ke Pontian dan kali ke 2 sampai ke Negeri Johor. Atas urusan "pertunangan" sahabat baik malahan saudara aku sendiri. Tak nk banyakj cite sangat pasal tuan badan tak bagi gambo kuar mana2 hehehehehehe jadi nye tak leh ar cite panjang2 kan hehehehehe.

Kesimpulannye; semua berjalan dgn lancar dan bagus dan yup johor sesangat hebat membangun hehehehehehe dan lautnye bagus huhuhu.

p/s; aku duk intai agak2 ada tak org seberang duk berenang sampai ke tembok johor nih hehehehe @ kapal terbang negara singa lalu kat negeri Takzim nih hehehehehe

09 JULAI 2011

aku;
toktuasakti;
9 julai 2011;
umah aku;
gua aku;

batu gajah ke KL sentral; ETS; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

( ada cam Hang Tuah tak??? hahahahahahaha )

Banyak sangat polis bila aku sampai kat KL Sentral huhuhuhu (aku ingat kan KL Sentral nk kene BOM huhuhuhuhuhu ) looo lupe nk ingat yg esok ramai org nk bercuti + berombongan @ melancong ke KL huhuhuhuhu ( mugkin sama dengan aku??? ) heheheheh tapi aku punya niat misi dan tanggung jawab yg lebih penting huhuhuhu ( walaupun hati pinggin sekali ada di "situ" )

p/s: huhuhu banyak betul anjing2 yg berkeliaran kat Shah Alam emmm ( MBSA tak tembak anjing liar + kurap cam kat ipoh ke? hehehehehehehehe )

aku;
toktuasakti;
8 julai 2011;
umah aku;
gua aku;

peludah warna; aku:

Author: Tok Tua Sakti /


Peludah Warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

A Samad Said
7 julai 2011

p/s; sama2 kite hayati dan aku masih fikir dan berfikir saat ini em.....

aku;
toktuasakti;
7 julai 2011;
umah aku;
gua aku;

unggun bersih;aku:

Author: Tok Tua Sakti /



Unggun Bersih

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

dicipta tulis pada June 26, 2011
A. SAMAD SAID

p/s: Selalu sangat aku dengo puisi ni kat "youtube" buat aku kembali nk menulis kat blog aku huhuhuhuhu mugkin sbb ada "perkataan tu" hehehehe

aku;
toktuasakti;
6 julai 2011;
umah aku;
gua aku;

melangkah ke hari tua; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Assalamualaikum + Salam Kasih Sayang dari aku....


Alhamdulillah hingga ke subuh tadi aku masih mampu bernafas dan seterusnya hidup untuk ke umur 28 tahun huhuhuhu ( agak muda lagi kalu tgk tuan nye hahahahaha ), Tarima Kasih buat Kawan2, Sahabat2, Teman2 dan kesemua yg mengucap kan Hari Lahir buat aku. Sbb nk mengigat kan hari lahir ni bukan satu perkara yg mudah ( bagi aku la ) sbb kekedang hari lahir aku sendiri pun aku tak ingat dan perasan hehehehehehehe.

Awal pagi bila pi pejabat aku curi2 bukak FB tengok masih ada lagi yg masih mengingati hari lahir aku huhuhuhu( bukan sbb teman ni artis pun kan em) tapi aku melihat yg aku masih mempunyai teman disisi kesemua sahabat2 dan teman2 yg selesa dengan aku , TQ semua....

Yup harapan..... ramai yg cakap bila masuk umur yg baru maka harapan dan impian yg baru wajib di ingin kan hehehehe dan aku masih meletakkan posisi yg sama dalam kehidupan aku,

HIDUP SENTIASA GENBIRA DAN BAHAGIA bersama sahabat dan keluarga dan itu pasti lah perkara yg lebih penting dalam arah tuju hidup aku hehehehehehe.

p/s; Gembira sesangat bila yg tersayang dan sahabat2 kekawan dan adik2 masih ingat hari2 tua aku huhuhuhu

aku;
toktuasakti;
4 julai 2011;
umah aku;
gua aku;

ipoh; audit; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Assalamualaikum + Salam kasih sayang dari aku....


Ilmu ada di mana2 dan sudut ilmu itu yg aku cube kupas untuk aku sendiri dan mugkin leh kite kongsi sesama..

Mengapa setiap syarikat perlu di Audit? dan aku pasti semua ada jawapan yg tersendiri....

"SABAR separuh daripada IMAN"

Aku cukup pasti ramai yg pernah dengo dan cukup maksud ayat kat ats tu, dan soalannya ape lagi SEPARUH untuk melengkap kan IMAN? ( aku petik dari kata2 dan ucapan pengerusi audit ) dan jawapannya "SYUKUR"

Atas kupasan dan pemahaman aku, pasti aku menerima pendapat dan pemahaman beliau kerana manusia yg bersyukur pasti akan ditambah kan rahmat dan rezeki dari Tuhan dan bagi yg tidak bersyukur maka dia lah tergolong dari golongan2 yg KUFUR. ( aku petik dari pemahaman aku dari maksud Al- Quran ) Dan mungkin sahabat2 juga boleh fikir bersama2....

p/s; Hilang sifat SYUKUR dan SABAR buat manusia hilang pertimbangan dalam kehidupan...

aku;
toktuasakti;
3 julai 2011;
gua aku;
umah aku

aku;hidup;hidup kembali;aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Assalamualaikum + Salam kasih sayang buat semua yg masih ingat kat aku.....

Setelah hampir 3 bulan 14 hari tak menulis dan menjenguk "ruang aku" huhuhuhu dan pasti ada org yg duk mengomel2 sbb aku tak "update" ruangan aku sendiri hahahahaha dan cam mana yg korang tahu aku terkene penyakit yg kronik yg buat aku tak dapat nk update huhuhuhu sbb penyakit MALASSSSS hahahahahahaha dan sbb "FB" hakhakhakhak...

Dan sempena nk masuk separuh tahun ni hakhakhak dan sbb umur aku dah nk masuk ke 18 tahun menyebabkan aku dah mule menjenguk laman aku yg sememangnye dah bersawanag ni hahahahahahaha. Aku megharapkan yg angin rajin aku ni dapat bertahan dengan lama dan cukup2 lama untuk bertahan dalam arena bloging hehehehehe (sesama le kite berdoa ye kekawan hehehehehe ).

Salam permulaan dari aku yg dah makin tua ni huhuhuhuhu (tapi tetap ensem hahahaha)

p/s; dulu Ustaz aku pesan, cara nak atasi MALAS kene FIKIR MATI huhuhuhu adoiii takut teman emmmm...

aku;
toktuasakti;
1 julai 2011;
gua aku;
umah aku:

rindu; bertandang kembali;aku:

Author: Tok Tua Sakti /


*dari "Muka Buku" (facebook)

[Tetiba rindu kat "sesibursenja"; blog; aku:]

p/s; kerna "unggun sakti "buat aku menjadi "sakti"


aku;
toktuasakti;
1 julai 2011;
gua aku;
umah aku:

MTB; Jamboree; Teluk Batik; aku:

Author: Tok Tua Sakti /



Assalamualaikum buat semua pengunjung2 yg setia bersama aku...

Buat pertama kali nya aku menyertai Jamboree setelah mengayuh hampir 2 tahun MTB hehehe dan sememang pastinya aku tak menang hahahahah tapi yg bagusnye aku dapat habiskan kayuhan di setiap "cek point" huhuhuhuhu.

Tahniah buat semua peserta MTB Teluk Batik dan semoga kite bertemu lagi di Jamboree yg lain dan yg terbaru, MTB Bukit Merah dan aku dan terlepas penyertaan hahahahaha.

Tarikh : 13 Mac 2011 (Ahad)
Flag Off : 0715 Hrs
Mula/Tamat : Teluk Batik, Lumut, Perak
Yuran : RM50.00
Penyertaan Lewat : RM60.00
Jarak : 40km -+

Hehehehe saje aku letak kan bukti penyertaan aku kat bawah ni huhuhu sbb aku tak ada gambo satu pun huhuhuhu hampesssss

550 LEE BOON PIN M NATURE BIKER CLUB 550
551 LEE BOON SIONG M NATURE BIKER CLUB 551
552 NG KENG KUANG M NATURE BIKER CLUB 552
553 OSMAN BIN ABD RAHMAN M INDIVIDU 553
554 KHALILI ABU HANIFAH M CHENGKAU CYC. CLUB554
555 MOHD FIRDAUS KHALILI M CHENGKAU CYC. CLUB555
556 AHMAD SAZALI M STRANGEMTB 556

p/s; cam rasa nk tercabut lutut sbb banyak mengusung basikal atas bukit berbanding mengayuh basikal cittttt hahahahahaha yg penting aku happy hihihi

aku;
toktuasakti;
14 mac 2011;
umah aku:

hati berwarna UNGU; aku:

Author: Tok Tua Sakti /


Kekadang; Tuhan memberikan Nikmat yg tak terjangkau; dari fikiran & firasat khayalan; aku:

p/s; hati berwarna UNGU.

aku;
toktuasakti;
7 mac 2011'
umah aku:

part 2; makan + lelepak; aku:

Author: Tok Tua Sakti /


Cam biasa bila tajuk dia "part 1" mesti ada sambungan nye kan hehehehe dan kami membelasah doyan kat umah CIK WANA hehehehe kome negok je le ye hehehehe


Dan singgah kat umah aku lak "copy" gambo yg aku ambik dan seterusnye belasah limau bali + buah amra pulak adoiiii..... kasi perut kecut hehehe

Untuk aktiviti sebelah petang nye lak kami lepak kat Taman UTP konon nk berjoging + bagi ikan makan roti, tapi nampaknye cam aktiviti bergambo je nih hahahaha belasah je le asal ada gambo cam kali berjoging hahahaha
( berapa kilo agak2 nye berat dah turun nih huhuhu )




Dan setelah penat berjalan+ bergambo dan misi yg cam biasa makan2 lagi hahahaha

p/s; kene tukar nama geng pas ni kepada GENG KUAT MAKAN hahahahaha

aku;
toktuasakti;
20 feb 2011;
umah aku:

cempedak goreng; aku:

Author: Tok Tua Sakti /


( gambo hiasan je huhuhu )

Dah lama tak makan cempedak goreng, dan bertambah nikmat bila pagi tadi mak teman masak kan untuk teman huhuhuhu... sayang kat Mak teman sesangat heehehe...

p/s: Mahal ooooo cempedah goreng sekarang huhuhuhu

aku;
toktuasakti;
20 feb 2011;
umah aku:

part 1; bota>taiping>kuala kangsar>bota; aku:

Author: Tok Tua Sakti /



Assalamualaikum + Salam kasih saya dari aku buat semua....

Projek yg seterusnya kami ke Taiping Bandar Warisan... Kali ini bepergian dengan ahli yg agak ramai dari selali ( Jeman, Malik,E.G,Wana,Zilah, Munirah, Umie dan Aku )Dengan menggunakan 2 kenderaan kami gerak ke Taiping dari Bota kiri.


Cam biasasebelum bergerak kene sarapan pagi hahahaha dan Makan merupakan agenda yg utama dalam siri jelajah yg kami buat pun sbb kali lah......GENG KUAT MAKAN hahahahaha. ( nampak tak semua muka lapo kat atas ni hahaha ).


Yup, destinasi pertama kami BUKIT LARUT hehehe dan ternyata kami sedikit kecewa bila.....

hahahahahahahahahaha TIKET HABISSSSSSS !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ternyata kami bukan mudah berputus asa bila kami tetap mendaki bukit ni walaupun separuh je pun, separuh ke???? hahahahaha ayat yg sesuai kaki bukit je kot huhuhuhu dan kelihatan 2 org kawan kami yg paling hebat bila jalan naik bukit pakai kasut tumit tinggi hahahaha
( naik; buntot ke belakang, turun; perut kedepan huahuahuahua )

Dan hasil nye...misi berjaya hehehe dengan senyuman gembira....

Dan misi yg seterusnya bergambar di taman sekitar taiping...( banyak gambo, jadi nye tengok2 le dulu )


Seterusnya, Kota Ngah Ibrahim... tempat yg penuh dengan rakaman ceritera sejarah tentang perjuangan dan pemerintahan....


Dan kami singgah berteduh solat diantara Masjid yg tertua di Bandar Taiping.


Misi utama yg akhirnye terlaksana huhuhuhu MEE UDANG( dengan wajah yg sedikit mencuka hahaha )

Singgah sebentar di pusat pendidikan paya bakau taiping ( sayang dah cam terbiar je huhuhu )



Dan seperti biasa, MAKAN lagi untuk entah keberapa kali sebelum solat magrib di Majid Ubaidiyah Kuala Kangsar huhuhuhuhu ( Acara wajib = MAKAN2)

p/s; penat berjalan @ penat makan??? huhuhu

aku;
toktuasakti;
19 feb 2011;
umah aku: