p/s; walaupun kawasan ni ( bota ) punya kenangan yg pahit, tapi kenangan baru perlu dicipta hahahaha.
aku;
toktuasakti;
30 okt 2009;
bota dan aku:
Terbang Tinggi Menuju Cahaya;
Tetiba aku belek2 balik buku Ayat- ayat cinta tulisan Habiburrahman El Sharazy: Bukan niat nak baca sekali lagi pun, sebb cikgu2 kat sekolah nak pinjam maka aku pinjamkan dan tetiba aku terlihat note kat belakan buku ( setiap buku yg aku beli biasa nye ada note );
buku ni beli kat MPH BOOKSTORES;
kat THE SUMMIT USJ;
pada 31/ o8/ 2008;
Hari Merdeka;
Tok Kelana Bota;
catatan;
Tentang Ayat Ayat Cinta;
Maka adalah Agong;
Cinta Agong ;
Adalah serta jiwa- jiwa;
menakhluk segala duka isi nya;
Rahsia;
Maka keberangkatan bagi Sang Pencipta;
yang sering menyinta;
kerana kita adalah pencinta;
yg setia:
p/s; hehehe aku pun da lupa kat mana aku beli buku ni hehehe, pelik ek aku tak jumpe pun MPH kat ipoh, plez kalu sape yg tahu MPH kat ipoh bagitahu kat aku plez!!!!!
aku;
toktuasakti;
29 okt 2009;
enggor yg sepi;
umah sewa aku:
Aku berkolek di dada laut
Dengan jala-jala jemala
Ku tebarkan sepenuh tenaga
Memburu hidup memburu hidup
Aku bersajak di tangga pondok
Dengan mata...mata si pena
Ku khabarkan kisahnya manusiaD
i pintu maut...di pintu maut
Aku berkolek dan aku bersajak
Dari Pantai Timur ke Kuala Seru
Mencari penawar timbulnya angin selatan
Soronglah kolekku ke pengkalan Kelang
p/s; ni le lagu yg mula2 aku belajo2 nanyi hehehe, saje aku post kan lagu2 lama yg punya kenangan dan makna dalam hidup aku, moga aku tak lupa yg lagu2 ni penah berjasa dan mengisi masa aku dulu herm...dan mungkin skg...
aku;
toktuasakti a.k.a tokkelanabote;
29 okt 2009;
umah sewa aku:
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Anak cina pasang lukah
Lukah di pasang di tanjung jati
Di dalam hati tidak kulupa
Sebagai rambut bersimpul mati
Batang selasih permainan budak
Daun selasih dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali jua
Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor ditengah laman
Hendak mati dihujung kuku
Hendak berkubur ditapak tangan
Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan hamba bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan hamba di pintu syurga
p/s; dulu2 aku suke nyanyi lagu ni masa aku duk sesorg; dan skg aku duk sesorg ( cuma berlainan situasi ) aku tetiba teringat balik kat lagu Tok Ayah ni herm; penuh makna yg tersirat dari tersurat ( pikir2 kan bersama2 ):
aku;
toktuasakti;
29 okt 2009;
enggor yg sendiri;
umah sewa aku:
Selamat buat semua Jemaah Haji di seluruh Dunia, dan berbahagia lah anda semua menjadi Tetamu Tuhan yg Maha Agong; Tuhan Pemilik rumah ini ( kaabah ). Semoga mendapat Nusrah yg berpanjangan dan mendapat keberkatan di Tanah Haram ini ( mekah ).
p/s; moga mendapat Haji Mamrur bukan Haji 'Malboro' ( faham2 sendiri )
aku;
toktuasakti;
28 okt 2009;
enggor yg hujan;
umah sewa aku:
( sorry lambat post, da ter"miss le" hehehe )
malm ini penuh pengajaran;
tentang umur menuju alam kematian dan persediaan menemui Tuhan;
maka aku adalah pendengar yg setia kerna seringkali alpa kala dunia muncul menjelma bersama harapan;
moga tak tersesat lagi jalan;
dari jalan Tuhan;
yg penuh kerahmatan dan keampunan;
yg berkekalan:
( ketika bersama paduka )
aku;
toktuasakti;
27 okt 2009;
pondok umumi; bota;
10 surah;
aku dan aku:
( maap entry ter"miss" hehehe )
diri ini keliru
dalam menuju
hati yg jitu
kerna ia masih kelabu
tak tentu & bercelaru:
p/s; beli hadiah untuk perkahwinan adik EG; aku:
aku;
toktuasakti;
27 okt 2009;
umah aku:
Tetiba je bebudak ni panggil aku sebb ada ular kate nye, dengan HERO nye aku ( walaupun takut dan geli hahaha ) aku pi ar gak tengok kan hahaha baru nampak cam hebat kan hehehe. Bile aku sampai ternya "mengkarung" cam sesumpah 2 la, tewas di mulut ular hehehe ( ular daun je pun hehehe ) dan ni la kali pertama aku tengok ular makan binatang secara "life" hehehe.
p/s; bleh kire cam pengalaman baru gak le kan huhuhuhu ( da tak de koje ar tu kan hahaha )
aku;
toktuasakti;
27 okt 2009;
enggor dan aku:
Bila bt aktiviti cam ni teringat masa sekolah2 dulu aku rajin sungguh tolg cikgu2 bt mural pas UPSR sbb malas nak masuk kelas gan dapat minum air free hahahaha hampeh....
p/s; setiap pekara yg berlaku adalah ciptaan bagi sebuah kenangan; aku:
aku;
toktuasakti;
27 okt 2009;
umah aku:
Salam semua.
Sebab aku hari2 pi koje ke sekolah adalah patut nye aku cite pasal pasal sekolah aku gak ( sek rendah ) aku pun lalu hari2 kat sekolah ni. Aku masuk senolah ni masa aku tahun 3 sbb ni sekolah baru aku pun lupe tahun dia dan sebelum ni sekolah aku papan je herm dan malang nye sekolah lama aku hanya tinggal tapak dan semak je pun herm ( sbb peminpin2 bodoh yg ada kat kg aku ) tak pernah nak tahu menghargai tinggalan sejarah langsung ( buta sejarah a.k.a bangang + bodoh )
Bajet dah kuar hahahaha
tapi cam bajet aku je yg hampeh hahaha
nasib badan aku...padan muke korag sekali hahahaha
p/s; duit rakyat untuk sekerat dua kerat hahahahaha
aku;
toktuasakti;
23 okt 2009;
umah aku:
Selamat Hari lahir buat kamu ; MOHD IZHARDIN MOHD SHAH yg ke 26:
Moga mendapat lindungan dan naungan Tuhan yg berpanjangan:
dari aku;
toktuasakti a.k.a abg beso "x" SSCKL;
23 okt 2009;
SSCKL dlm kenangan;
umah aku:
Salam semua....
Sepertimana yg aku cite semalam maka pagi2 hari aku da tercegat kat tepi padang huhuhu herm ( makin hitam le alamat nye aku ) hahaha macam le putih sangat. Kebetulan tangan aku seliuh dan aku hanya jadi pengadil bola tampar je le kan hahaha walaupun aku tak tau main binatang ni hahaha. Ape yg penting aku happy kan dan belajo2 le main kalu dah tau tak pandai em.
Cam biasa kau bertugas gan cg mat kat padang bola tampar untuk bebudak lelaki dan guru yg lain meniaga dan jaga kat padang beso. Jualan juga hebat bila aku datang hampir semua gerai2 jualan da tutup sebab da habis huhuhu hampeh sampai aku pun tak sempat nak membeli.
Sepanjang hari kat bilik guru sibuk dengan persiapan hari kantin hehehe termasuk le aku pun menyibuk sekali hahaha dan pasti ar port aku kat tempat karaoke hahaha dan sehari suntuk gak le aku melalak sampai sakit tekak hahaha padan muka aku hahaha.
Korang heran ke gan tajuk entry aku hehehe aku cukup tak tahan bila "duit" da pandai bt mogok huhuhu ( nak lari dari aku hahaha ) masa2 cam ni la TV aku nak rosak la pulak, bukan ke hampeh nama nye huhuhuhu. Yg menambah sakit hati aku bila aku tak dapat tengok cite kungfu jam 7 TV 8 huhuhu arkhhhhh.....
p/s; mungkin dia da lama gan aku kot huhuhu @ mugkin aku kene beli TV yg lebih " slim " hahaha
aku;
toktuasakti;
22 okt 2009;
umah sewa aku;
enggor dan aku:
Semalam Mak aku bagitahu yg ada sejadah leh berdiri solat hehehe dan aku pun baca le paper pagi ni dan ternyata le betul ape kata mak aku semalam kejadian berlaku di surau Sekolah Kebangsaan Tok Sangkot, Meranti, Pasir Mas , sebanyak 36 sejadah. Mak aku cakap kiamat da nak dekat dan terpikir le aku ..... dan kesimpulan yg aku dapat ( korg pun pikir ar sama huhuhu ).
Dah banyak da petanda kiamat kalu nak dibandingkan sejadah berdiri ni, kalu ikut fahaman aku, silap2 ari bulan mau sejadah ni kene curi di buatnye puja nak ambik no ekor bagi org2 kite ni hehehe ( betul tak ? ) ada kah kite pasti akan timbul keinsafan atas kejadian ni? Aku rasa2 leh ar tahan 2 @ 3 hari kot pas 2? hampes balik kan? ( atas pemerhatian aku la ) kadang2 ape yg aku riso kan, di akhir zaman ni aku takut bila IMAM ISA dan IMAM MAHADI turun pun kita dah tak kenal hehehe dan alamat nye ( paham2 sendiri ar kan ).
Muhasabad diri sendiri ( termasuk aku ) mengapa perlu Tuhan aib kan kita dengan kejadian2 cam ni? kadang2 aku terfikir; mungkin da org tak nak solat, sejadah pun solat ar kan daripada tak digunakan huhuhu ( tak ke hina nye manusia ? ) yg menambah kan tamparan yg hebat bila jemaah sejadah lagi ramai jumlah nye dari jemaah2 surau2 kat kampung2 hahahaha memag ar kite n hampeh hehehehe ( gelak2 gak, pikir2 gak OK ).
p/s; huhuhu surau aku nak dapat penuh 1 saf pun susah huhuhu hampeh2...
aku;
toktuasakti;
21 okt 2009;
umah sewa aku;
aku dan enggor:
Tahniah buat Sasterawan Negara, Datuk Dr Mohd Anwar Ridhwan (kanan), selepas menerima Anugerah pada Majlis Pengurniaan Anugerah Sastera Negara Ke-10.
Moga BAHASA kita, tidak terus di tong sampah kan oleh sampah2 yg sememang nye SAMPAH!!!!
p/s; hidup lagi rupe nye PPSMI ek? herm.... nasib2....
aku;
toktuasakti;
21 okt 2009;
enggor aku sendiri:
Semalam nak dijadikan cite aku kuar gan kawan, kawan pempuan ( tak yah tau nama hehehe nanti pikir yg lain pulak kan ) ape yg penting aku happy kuar gan dia, seorg kawan yg baik dan tak ubah perangai cam kakak aku hehehehe.
Yg penting aku selesa 2 je, so kawan lagi mudah kan daripada hubungan yg lain hahahaha ( bagi aku la kan em )
p/s; emm ada org yg merajuk pulak hahahahaha ( org ensem le kata kan hahahaha )
aku;
toktuasakti;
21 okt 2009;
manjung > bote;
umah sewa aku:
( maap le aku lambat post kan entry ni sebab duk sibuk nak cari maksud "lentera" hahaha )
Cite ni dimainkan kat TV 2 jam 9 mlam kot hari Ahad rasa2 nye aku pun da ingat2 lupa hehehe sebb terlupa nak tulis note la pulak. Ape yg aku nak cuba cite kan kat sini tentang ayat yg HERO dia cakap hehehe sebab aku hero gak kot huhuhu ;