jalan2 kangsar; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Salam semua.....

Sekarang ni aku da duk Kuala Kangsar da, mungkin kau balik ke Bota masa program mingguan di Pondok dan hujung minggu je, Alhamdulillah keadaan famly pun da bertambah baik. Petang tadi aku jalan2 kat pekan Kuala Kangsar dan tempat yg aku nak pg pertama2 nya mesti lah Kolej Melayu Kuala Kangsar hehehe. Mungkin sejarah dia yg buat aku nk sangat pg yempat ni. Memandangkan aku da 3 bulan koje kat sini, tak penah aku sampai tempat ni huhuhu hampeh...


- lambang MCKK, dekat pagar sekolah deorang -

- ni la dia kolej yg penuh sejarah bt org2 melayu -

* aku ambik info ni dari ; http://0307mckk.tripod.com/id7.html
Perisai dibahagi kepada 4 bahagian ; putih, merah, kuning dan hitam. Warna ini merupakan warna Negeri-negeri Melayu Berseskutu. Keempat warna ini juga mewakili warna empat rumah iaitu putih (Rumah Idris), merah (Rumah Sulaiman), Kuning (Rumah Mohd Shah) dan hitam (Rumah Ahmad), sebagai mengenang jasa empat Sultan pengasas Malay College.Di tengah-tengah perisai ialah keris merah melambangkan bangsa Melayu. Di atas perisai ialah kepala harimau adalah simbol Persekutuan Tanah Melayu. Mengelilingi di kiri dan kanan perisai ialah bunga padi melambangkan kecemerlangan. Moto Kolej yang bertulis 'Fiat Sapientia Virtus' bermaksud ' Let Wisdom Be Virtue' atau dalam Bahasa Melayu 'Kebijaksanaan Mutu Manusia'
SEJARAH KOLEJ

Kolej Melayu Kuala Kangsar merupakan satu sekolah yang sangat bersejarah di Malaysia. Penubuhannya adalah hasil daripada usahasama 4 orang pemerintah Negeri-negeri Melayu Bersekutu, yang amat menitikberatkan masa depan orang Melayu. Mereka adalah Sultan Idris (Perak), Sultan Sulaiman (Selangor), Sultan Ahmad (Pahang) dan Yang Dipertuan Besar Mohd Shah (Negeri Sembilan). Bibit-bibit revolusi pendidikan di Tanah Melayu dapat dilihat di Negeri Sembilan apabila pelajaran pendidikan rendah diwajibkan di sana pada tahun 1891. Namun begitu, sistem pelajaran yang disediakan hanya mampu menjadikan pelajar-pelajar menjadi petani (atau nelayan) yang lebih berkebolehan sahaja. Peringkat ini masih tidak mencukupi untuk menjamin masa hadapan mereka.

Dalam persidangan Raja-Raja (DURBAR) yang telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1903, Sultan Idris dari negeri Perak telah menyuarakan pandangannya terhadap dasar pelajaran British di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Baginda kemudiannya mengharapkan agar usaha yang lebih positif diambil oleh British untuk menyediakan anak-anak pribumi demi kepentingan Negeri-negeri Melayu. R.J. Wilkinson, Nazir Sekolah-sekolah Negeri Melayu Bersekutu juga telah menyuarakan pendapatnya pada tahun 1903 tentang bentuk pelajaran yang dikehendaki:

"… a vigorous and intelligent race of young men who will be in touch with modern progress but not out of touch with old traditions; who will be liberally educated but not educated out of sympathy with their own families and people; who will be manly and not effeminate, strong minded but not strong willed, acknowledging a duty to others instead of being a law unto themselves and who will be fit to do something in the world instead of settling down into fops, spendthrifts or drones."

Kesan daripada ketidakpuasan hati kerabat di Raja inilah yang telah menyebabkan penubuhan Kolej Melayu di Kuala Kangsar di kawasan tanah yang ditawarkan oleh Sultan Idris sendiri. Malay College yang kini sering disebut sebagai sebuah sekolah yang unggul digelar "Malay Residential School" pada masa penubuhannya dalam tahun 1905. William Hargreaves telah diberi kepercayaan sebagai pengetua pertama mewujudkan sebuah sekolah berasrama penuh yang pertama mengikut kaedah "public school" di England. Secara ringkas dapatlah dikatakan bahawa penubuhan sekolah ini ialah:

"… for the education of the Malays of good family and for the training of Malay boys for admission to certain branches of government services."

Pada tahap permulaan, kebanyakan pelajar terdiri daripada golongan atasan tetapi selepas tamat Perang Pasifik (1941-45) di atas kesedaran dan pergolakan politik menyebabkan pihak British terpaksa melonggarkan kemasukan pelajar ke Kolaj Melayu. Pelajar-pelajar daripada segenap lapisan masyarakat mendapat peluang untuk memasuki Kolej ini.

Sejak tahun 1947 iaitu apabila keadaan Tanah Melayu telah pulih seperti sediakala, sekolah ini telah mengalami perkembangan yang pesat. Bangunan-bangunan tambahan bagi kelas-kelas persediaan, makmal-makmal sains, blok pentadbiran, perpustakaan, dewan sekolah, dewan kuliah dan sebagainya telah didirikan untuk memberi kemudahan kepada pelajar-pelajar. Kelas-kelas peringkat pra-universiti juga telah dimulakan dalam tahun 1950an.
- tamat cite sejarah -
Herm aku tak lama lepak kat sekolah ni ( 2 pun kat luar pagar ) 2 pun ramai yg da pandang lain macam sbb tgk aku cam org gile ambik gambo sekolah ni huhuhu. Lebih baik gile sendiri daripada buat org jadi gila hahahahahahahaha.
p/s; teringat kawan aku masa belajo dulu - adi - dia pun belajo kat MCKK, ape la cite dia skg ni herm....
aku;
toktuasakti;
petang;
01 okt 2009;
aku dan MCKK:

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Komen Anda...
^TokTuaSakti^