Tuhan;berikan aku pertunjuk; aku:

Author: Tok Tua Sakti /


Assalamualaikum bt semua....
Kita sekali lagi digemparkan dengan amaran tsunami, gempa bumi serta ribut Taufan Ketsana yg melanda FILIPINA dan sebahagian ribut juga tempias nya terkena LABUAN; SABAH dan sekarang menurut Jabatan Meterologi Malaysia; " pegerakan Taugan Ketsana itu memberi kesan secara langsung kepada secara langsung kepada negeri di Utara Semenanjung seperti Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis dan Pulau Pinag.
Hahahaha nasib baik negeri aku tak masuk sekali heheheh ( 2 pun hujan memanjang2, Tuhan kalu nak bagi bala dia tak ikut cakap Jabatan Meterologi Malaysia huhuhuhu betul kaaa?? )
Masa kejadian Taufan yg berlaku di FILIPINA, aku tak ambik "port" sgt pun, sbb alasan yg akan deorg bagi tetap sama
" BENCANA ALAM". Jadi, ape hal aku nak ambik tau hal deorg kalu deorg sendiri yg cari penyakit kan?.
Bagi aku; Tuhan bagi kita otak yg cukup sempurana; Hukum Tuhan gak mudah kalu kita ikut cara logik atau sebalik nya; Adakah perlu Tuhan menurun sesuatu perkara ( ape je la ) tanpa sesuatu sebab? contoh; ngape kite na makan nasi hari2? tentu sebb nye kita lapo @ perlukan makanan untuk tenaga kan? maka nya setiap sesuatu perkara yg kita lakukan pasti bersebab dan ini kan TUHAN; Maha Mengetahui atas sesuatu.
* Mungkin ape yg aku bincangkan ni ada yg tak suka nak baca; terpulang ok; cam aku cakap; aku cakap ape yg aku nak cakap:
Setiap zaman yg ALLAH wujud kan dimuka bumi darai Nabi Allah Adam hingga Rasul akhir zaman Nabi Muhammad s.a.w. Dunia seringkali dihancur dan dibina semula berulang2 kali dan yg paling org ramai tahu tentang sejarah Nabi Allah Nuh a.s. Sehingga kan 3 agama yg terbesar didunia tercatat dalam kitab mereka masing2 sama ada Al- Quran, Injil @ Taurat. Dikatakan itulah bencana yg paling besar yg Allah turunkan ke muka bumi sehingga seluruh dunia tengelam didalam air banjir yg memusnah kan sama sekali makhluk yg ada didunia ini kecuali yg duk dalam bahtera Nabi Nuh.
( aku gunakan sandaran Al- Quran )
Adakah segala yg dicita kan dalam Al-Quran ttg sesuatu bencana atau amaran tuha npada kaun yg terdahulu hanya bacaan sejarah semata2? atau kisah bacaan tidur pada anak2 pada setiap malam? Mana mungkin kalam tuhan hanya sekadar bacaan semata2 ( logik tak? ) Maka amat benar la ape yg tertulis dalam Quran yg merosak kan dunia ni yg sebenar2 nya adalah tangan2 manusia gak.
Ya aku duk pelik nye, masih ada lagi org2 Islam dengan angkuhnya mengatakan semua yg berlaku adalah semata2 bencana alam hahahaha ( aku pun leh gelak besau ooo ) tak ke hampeh org yg duk pikir cam 2? dan aku harap org yg cakap cam 2 pun terkena gak le gempa bumi 2 @ ribut ke biar aku nak tgk ape pulak kate dia pas 2 ( sory kalu ayat aku agak "ter" celupar. Ada aku peduli?? )
Untuk entry ni aku gune kata2 Mantan PM kite dulu ; " MELAYU MUDAH LUPA" tapi aku lebih suka kalu perkataan MELAYU 2 di tukar pada MELAYU ISLAM: mmg mudah lupa herm. Masih ingat ke kita, terutama Melayu Islam ape yg belaku dulu?
Tsunami besar berlaku di Lautan Hindi pada 26 Disember 2004 yang mengorban kira-kira 230,000 orang di 11 negara.
Kite mmg da lupa pun, sekejap je terkesan kat hati kita, lantas sepantas kilat kite reramai duk kat sejadah sbb takut kene bala pas 2 mati hahahaha termasuk2 la Mak Nyah2 pun paki tudung oooo hahahahaha ( kata kawan aku la huhuhu mana la rupe nye mak nyah pakai tudung hem ). Aku tak cakap tak bagus kan, tapi kejap je huhuhuhu pas 2 jadi binatang balik hahahaha ( kasar sangat ke? ) Makin besau perut kita ikut nafsu atau makan rasuah hahahaha. 2 la manusia, seperti man akata Tuhan , makhluk yg sering memugkiri janji2.

- 118 maut akibat tsuami di Samoa -

APIA: Sekurang-kurangnya 118 maut akibat tsunami yang melanda kepulauan Samoa semalam dan pihak berkuasa percaya angka korban terus bertambah, termasuk mereka yang hilang.
Di Samoa Amerika, angka kematian meningkat lima lagi menjadikan keseluruhan 27 orang, 84 di Samoa dan tujuh di Tonga.
Pihak berkuasa masih menjalankan misi mencari dan menyelamat mangsa dengan setakat ini 2,488 tinggal di khemah perlindungan sementara. - AFP

sumber berita harian; 1 oktober 2009:
- Korban gempa bumi Padang cecah 200 orang, ribuan mangsa masih tertimbus -

JAKARTA: Gempa bumi kuat yang berlaku berhampiran bandar Padang di Sumatera semalam sudah meragut 200 nyawa dengan ribuan lagi mangsa tertimbus di bawah runtuhan.
Jurucakap agensi bencana Indonesia, Priyadi Kardono, menyatakan angka korban gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter itu kini ialah di antara 100 hingga 200 orang.
sumber Malaysiakini; 30 sep 2009:
p/s; aku mintak maap sesangat kalu entry aku ni tak meyenagkan hati korg semua sahabat baik aku, aku bukan sasterawan yg mampu menggulung awan, menjadi bintang sebagau kerongsang dibaju, aku manusia @ insan yg hina yg hanya mampu menulis ape yg aku rasa betul di otak dan hati aku. Maap sekali lagi em...Ya Tuhan ampun kan aku...
aku;
toktuasakti;
1 okt 2009;
skbeluru;
enggor jadi saksi:

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Komen Anda...
^TokTuaSakti^