hindustan punya cite; aku:

Author: Tok Tua Sakti /



Assalamualaikum semua....

Aku dah lama tak nengok cite hindustan, rasa nye da lama sungguh aku tak tengok emm mungkin hampir 3 tahun? (tengok sampai habis @ menghayati cite la). Entah sbb ape tgh hari tadi aku leh tertendog cite hindustan huhuhu. Dulu aku mmg minat gile cite2 ni, tapi entah kerana ape punca nya aku leh minat tgk cite "tamil" hehehe walau pun aku tak faham gak bahasa dia tapi aku lebih suka tgk aksi deorg bergaduh hehehe (lebih real kan em siap berbunyi2 gan terbang2 siut hahahaha).

Mungkin skop cite hindustan lebih pada cinta yg leh sampai ke tahap "dewa" huhuhu. Aku ada kisah tentang cite hindustan ni hehehe (saje aku nk kongsi gan korg la kan em, 2 pun kalu korang minat leee).

Ustaz aku dulu suka tengok cite hindustan, siap suru kami tgk cite2 hindustan ni, bila aku tanya "kenapa?" jawapan dia simpel je; "sebab cite hindustan penuh dengan CINTA", maka senyum kambing la aku dengar jawapan dia hahahahaha (tak kan nak gelak kan, kantoi la aku nanti huhuhu). Tapi ape yg aku dapat jawapan yg lebih tepat dari dia masa 2 lebih memeranjatkan otak aku kakaka padan muka aku.

Jawapan penuh nya cam ni :

" Mengapa manusia leh menjiwai CINTA dengan penuh perasaan dan HATI antara manusia dengan manusia, mungkin cite hindustan boleh mengajar kita, bagai mana kita belajar2 mencintai Tuhan yg lebih hakiki. Cara nya; kita hanya perlu tukar kan "set pemikiran" kita untuk mengalihkan cara fikiran kita mencinta manusia kepada cinta kepada TUHAN:"

macam mana? leh faham ke ape yg aku cite hehehehe sebb sampai skg aku tak dapat lagi jawapan yg ustaz aku bagi dan sbb 2 la aku tak tengok cite hindustan. Kerana setiap kali aku tengok aku tak leh nak ubahkan set pemikiran aku = kepada tuhan, dan pasti aku tengok dengan sia2 hahaha hampeh aku kan?. Korang pulak cam ne?

Tapi aku tengok cite hindustan tadi, (walaupun tak sepenuh nya) ape yg aku suka ayat cite ni ialah ; " aku tak perlukan TUAH, kerna aku ada CINTA" hehehe hebat kan?. Maka aku aku cuba2 ubah kan "set pemikiran" aku cam ni.

Aku tak perlukan TUAH, kerna aku ada CINTA = Dengan ada nya Cinta (Cinta kepada yg ESA) maka nasib @ TUAH tidak perlu dalam hidup kita sbb, manusia yg hidup dalam Kasih Sayang dan Cinta Tuhan, pasti dpat menerima apa sahaja yg Tuhan berikan dalam sepanjang hidup mereka. Tak kira sama ada ujian yg berat atau rahmat yg berpanjangan dalam kehidupan. Dan pasti tiada nikmat yg lebih hebat apabila dicintai Tuhan; pemilik seluruh alam em. ( tu pada pikir aku la hehehe dalam usaha aku cuba nak tukarkan set pemikiran aku yg kadang2 mereng huhuhu )

Dan atas maksud 2, apa kate kite ( semua sahabat, teman dan pembaca blog ) aku cube2 untuk tukar kan "set pemikiran" kite sama2 em

P/s ; teringat kata2 hikmah masa aku duk dalam jemaah tabliq dulu2.

" cinta dengan bunga= layu;
cinta gan manusia= hampa & kecewa;
cinta pada TUHAN= kekal untuk selamanya":

aku ingin cinta
tanpa dusta
aku ingin rasa
nikmat cinta
aku ingin DIA
kerna cinta
aku pingin DIA
kerna syurga
aku ingin tembus diri
dengan terdiri
capai nya terperi
roh nya terdiri
kerna CINTA HAKIKI:


aku;
toktuasakti;
petang;
3 okt 2009;
umah aku:

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Komen Anda...
^TokTuaSakti^