ini mimpi yg penuh erti;aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Assalamualaikum dan salam Ramadhan buat semua teman...

Pagi tadi aku mengalami mimpi yg panjang, punya mimpi yg indah dan mimpi yg boleh aku anggapkan sebagai petanda yg baik untuk aku. Oleh kerana ianya mimpi yg panjang dan mempunyai 2 versi, maka akan aku cerita kan satu persatu dan mungkin boleh kita kongsi kan bersama em..

Bagi mimpi yg penuh keindahan, alhamdulillah aku bermimpi saat indah bersama kesemua teman2 ketika bekerja Di SSCKL dan juga HALAGEL dulu, mungkin faktor rindu kepada semua teman2 buat aku mengalami mimpi sebegini. Mungkin hanya mainan tidur, namun aku tetap gembira dan berlapang hati apabila mengigatinya semula. Mungkin itu saat indah yg pernah berlaku dalam hidup aku herm.

Manakala mimpi yg kedua membuat kan aku berfikir sehingga ke pagi hatta sekarang ini, mimpi yg sangat panjang dan punya pengajaran yg baik unntuk aku dan mungkin teman2 juga. ( seandainya kita berfikir ).
* aku pendek kan je cite ni ok.

Aku telah menemui seorg pemuda yg telah dikenakan hukuman mati (mati atas semua perjuangan) dan setelah mati, pemuda tersebut telah ditakdirkan Tuhan untuk hidup semula seperti sediakala (keadaan bersifat & bernyawa) . Apabila diketahui oleh Ketua Negara tersebut, maka berjumpa la pemimpin tersebut kepada pemuda itu. Soalan yg ditanya adalah; Bagaimanakah Perasaan dan sakitnya menghadapi KEMATIAN?: Dan pemuda itu memberi jawapan; Kematian yg dia hadapi seperti DIGIGIT SEMUT:

Oleh kerana tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut, pembesar @ ketua negara tersebut menanyakan soalan yg sama sekali lagi dan pemuda itu menjawab seperti KAMBING YANG DISIAT KULITNYA HIDUP2

Tidak berpuas hati dengan jawapan pemuda tersebut membuat kan pembesar @ Ketua Negara menanyakan soalan yg sama untuk kali ke 3 dalam keadaan marah dan tidak berpuas hati, dan akhirnya pemuda tersebut mengatakan jawapan yg lebih jelas dan membuatkan Pembesar tersebut beralah dan pergi. Jawapan yg membuatkan aku sendiri terfikir atas diri iaitu ; CARA HIDUP KITA DIDUNIA MENENTUKAN CARA MATI KITA:

Mungkin aku mendapat mimpi sebegini sbb malam nye kami muzakarah ttg kiamat ( mungkin la kot ) namun ape yg lebih penting, mimpi ini membuat kan aku terfikir kata2 pemuda tersebut yg punya pelbagai pengertian dan pelajaran untuk aku sepanjang hari ni. Cam yg aku cakap la, seandai nye kite berfikir. Walaupun mungkin mainan tido semata2 hehehe.

-kematian sebuah daerah yg pasti dilalui-

aku;
toktuasakti;
17-09-2009;
hidup & mati;
umah aku:

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Komen Anda...
^TokTuaSakti^