Hari ni punya cerita; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Assalamualaikum semua yg aku rindui, moga sihat di bulan yg penuh kemuliaan.


Oleh kerana aku cukup cergas dan sihat, selesai buat koje kat umah aku (menyimen & mengecat) aku ajak kak aku pergi ke manjung nak beli kasut koje hehehe kebetulan anak buah aku (Ijun) pun nak beli baju belajo dia. Seperti yg aku duga aku akan tetap menjadi " bibik" dulu, kini dan selamanya huhuhu hampeh betul. Tapi aku tetap happy sbb anak buah aku tak meragam plak bila duk gan aku huhuhu walaupun berlainan warna kulit hahahaha.

Cam biasa gak, niat aku nak beli kasut ternyata gagal sbb aku mmg x pandai membuat pilihan walaupun hampir keseluruhan kedai aku tawaf (nasib aku tak saei terus hehehe). Dan ternyata niat nak beli baju bertukar kepada beli benda yg lain herm. Ternyata perancangan aku tak cukup kuat dalam membeli-belah kakakaka (mmg 2 kelemahan aku dari dulu pun). Baru ar aku terpikir yg selama hari ni dalam membuat pilihan ternyata aku memerlukan sahabat dalam memutuskan sesuatu herm. (terima kasih kawan).

Usai dari Manjung, aku singgah kat Bazar Ramadhan di Titi Gantong, walaupun hati aku tak nak singgah kat sini (ats mslh peribadi) aku redah ar gak apabila anak buah aku yg telah ditugaskan membeli barg2 berbuka lambat beno balik nye, aku takut dia tersangkut tengok awek2 kat sini huhuhu hampeh betul, terpaksa ar aku turut dia gak.

Kami selamat sampai hampir jam 7 petang herm (cepat betul mase berlalu), alhamdulillah aku masih segar hingga saat ni. (sebb cukup tido hahaha). Aku berbuka dengan Bubur Lambuk, memag makanan kegemaran aku ketika badan tak berapa nak sihat herm, dan aku teringat bubur ayam sahabat aku (pasti kamu tahu siapa kamu kerna kamu sahabat yg terbaik). Masa aku selalu sakit dulu, dia le yg rajin masak kan bubur untuk aku herm. Budi yg baik pasti sukar untuk dilupakan kan em. " Moga tuhan sentiasa melindungi kamu sahabat ".

kamu sahabat ku
setia bersama ku
luhur jiwa mu
mereda resah hidup ku:


Aku & Fitrah a.k.a Bulat


simpang Manjung


Bazar Titi Gantong (mak oi awek sini cam kat KL plak huhu)


sesak sungguh


Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan ;
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.


Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh ;
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.



aku;
toktuasakti;
30-08-2009;
Manjung-TitiGantung-Bote:

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Komen Anda...
^TokTuaSakti^