kenangan lama;yg disingkapkan;aku:

Author: Tok Tua Sakti /


Salam Sejahtera buat semua sahabat yg masih setia membaca blog aku, semalam sorg sahabat aku send gambar lama aku melalui email, dan aku terkejut besar bila tengok gambar2 yg dia bagi dan ini salah satu nya. Terlalu banyak kenangan yg tersirat kat gambar ni dan segala kenangan lalu membuatkan aku tersenyum dan juga sedih menahan hiba bila mengenangkan semula.

Masa aku kat K.L dulu aku pernah janji kat kekawan aku nak tunjukkan gambar masa aku dulu2 masa rambut panjang hehehe, tapi semua gambar ni aku ingatkan dah hilang dan akhirnye sahabat aku jumpa balik dan hantar balik kat aku. Mak aku dulu kate aku cam al-maunah @ taliban dan org kampung aku pulak kate aku budak "ROCK" hehehehe macam2 betul andaian dan persepsi melalui gambar dan bentuk fizikalkan. Namun yg pasti, hanya aku mengenali diri aku sendiri dan setiap org mempunyai prinsip dan pegangan masing2 betul tak?

Gambar ni diambil sekitar tahun 2003 seingat aku. Pas solat Jumaat di Pondok Pasir Tok Jom, Bota, Perak. Dan untuk info pondok ni dah dirobohkan sekitar tahun 2005 atas masalah dalaman yg memang tak dapat dielakkan. Dan sehingga kini kesedihan yg menghiris kalbu hati masih terasa apabila mengenangkan semula tempat ni. Tapi itu lah kehidupan, setiap permulaan pasti ada penghujung nya kan,mcm 2 la kisah pondok ni kot.

Aku gak dapat info dari sahabat2 yg lain, dalam gambar 2 hanya sorang je yg masih meneruskan kehidupan (belakang, paling kiri @ Halim Terengganu) dan yg lain2 telah menyahut panggilan Illahi seperti mana yg telah dijanjikan tuhan. Mohon dan harap pada tuhan, semoga mereka semua aman disisi tuhan dan mendapat naungan dan perlindungan yg penuh keadilan.

Dan pasti jugak aku; mahukan kehidupan dilalui dengan penuh keberkatan dan keredhaan Tuhan yg berpanjangan. Bila mengenangkan sahabat2 yg telah pergi menempuh kehidupan yg abadi, maka pasti aku terfikir yg aku juga akan melaluinya sama ada cepat atau pun lambat. Namun yg pasti hari "itu" pasti berlaku. Pokoknya, sama ada aku telah bersedia atau tidak untuk menghadapi saat yg seringkali manusia takut untuk perkatakan malahan untuk menghadapi nya secara total.

Sekiranya ada sahabat yg x cam aku; aku duk tengah2 sekali dan pegang tongkat (penghulu Bota yg punya). Huhuhu konon ensem ar kan rambut cam 2, padahal ramai yg menyampah hahahaha. Ada aku peduli? yg penting niat aku sendirikan, hanya tuhan je yg tahu setiap niat yg terlintas kat hati kalbu kita ni kan em.


aku mohon keredhaan
bersama keampunan
yg berkekalan
dalam kehidupan.

aku mohon naungan
serta pancaran
dalam pencarian
moga tak tersesat jalan.

aku mencari mu tuhan
dalam perjalanan
dalam pencarian
lelah dan keruan.

sadung ku dipertengahan
raung ku rayukan
tangisku pohonkan
agar diberi jalan.

dalam rintih dakapan
yg penuh kesyahduan
yg mengerti keAKUan
kamu lah "Tuhan":

- "setiap yg bernafas, kembali menjadi asas" -

aku;
TokKelana @ bote;
PondokPasirTokJom;Penuh Kenangan:
13-08-2009;
11.30 mlm;
Khamis,mlm Jumaat;
Program Kahfi;
Pondok Umumi;Bote:

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Komen Anda...
^TokTuaSakti^