aku;gua;gua;aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Salam sejahtera dan salam keberkatan buat semua sahabat yg setia bersama aku;Tok Tua Sakti: oleh kerana aku dah duduk kampung @ berulang alik Bote > Enggor dan dalam keadaan masa yg terluang skg ni, Alhamdulillah keadaan mak gan apak pun dah beransur sihat jadi nye masa malam aku leh ar aku lepak kat gua aku lama2 skit hehe kan 2 antara niat aku balik semule ke Perak kan hehehe.
Oleh kerna malam tadi ramai yg datang iktikaf kat situ maka rancak ar kami menyembang, muzakarah, melalut dan sebagainya. Dan alhamdulillah skg ni aku da ada penempatan sementara dan diberikan sebuah pondok sementara untuk aku iktikaf dan tempat lepak @ rehat iaitu Pondok Ku Syarif, sebelum ni pondok ni lame dah terbiar cz dah tak ada penghuni dan tiada keizinan untuk diduduki. Alhamdulillah semua urusan dapat dipermudahkan. Kemungkinan ianya juga akan dijadikan sebagai bilik gerakan untuk sepanjang program Ramadhan yg semakin tiba herm tak sabar rase nye kan menyambur Ramadhan.
Dan ape yg nak aku kongsikan hari ni ialah; sepanjang kami bersembang, bincang dan muzakarah pasti nya tak terlepas dengan tajuk yg paling panas iaitu Selsema Babi ( H1N1) dan sepanjang perbincangan ianya termasuk lah syarah2, hadis2 nabi, serba sedikit terjemahan dari kitab sucu Al- Quran dan akhirnya satu jawapan telah ditemui, dan benar lah ape yg diperkatakan dan akhirnya kini ( zaman ini) adalah jawapan bagi segala kerisauan Nabi2 s.w.t :
Antaranya ialah fikir risau Nabi Muhammad s.a.w pada umat akhir zaman:
1- Zina berleluasa tanpa ada perasaan bersalah dan malu = Natijahnya Allah akan turun kan penyakit yg baru ( cth: virus JE dan yg terkini H1N1)
2- Rasuah dan Riba berleluasa = Natijahnya Allah akan berikan pemimpin yg zalim (sendiri pikir la kan)
3- Bila tak melaksanakan hukum Allah (quran) = Natijahnya ; kuasa asing akan datang menjajah (cth: Negara Iraq)
4- Bila pertikai hukum2 Allah = Natijah ; Akan berperang sesama sendiri (lihat negara2 arab yg mengaku islam tapi berbunuh sesama islam semata2 kuasa dan pemerintahan)
Maka sehari suntuk le aku memikirkan sifir kat atas ni yg mana ada gak kebenarannya kan herm, sesama le kite pikir bahan kat atas 2, sekurang2 nye ada pahala gak kan. Fikir umat adalah salah satu fikir Nabi kan cam mane yg di cite kan dalam sirah Nabi, 2 perkara yg disebut2 oleh Nabi s.a.w sebelum wafat "solat dan umat" maka, sesama le kita fikir em. Insyaallah.
aku;
TokTuaSakti;
Pondok Ku Syarif;
16-08-2009:

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Komen Anda...
^TokTuaSakti^