aku;kenangan;Pekan Parit;dulu2:

Author: Tok Tua Sakti /

Salam buat semua pelayar yang baca blog aku, moga kalian dalam keadaan sihat sejahtera dan gembira sentiasa. Maaf cz lambat update aku punya blog cz ada masalah teknikal gan BB kat umah aku, manakala kat tempat koje plak INTERNET kene petir hehehehe.
Aku nak cite tentang Pekan Parit (bandar) yg pernah popular satu masa dahulu dan kini pekan ni dah jadi taraf cam pekan koboi ar kan hahaha cuma x ada kuda je yg lalu lalang dan org bawak pistol haaha. Tapi camne pun pekan ni penuh gan kenangan buat aku yg budak kampung ni. Sekutuk2 aku kat pekan ni aku tetap suka datang kat sini walau pun dapat lalu herm. Oleh kerana aku lalu hari2 cz laluan aku nak pg koje ke Kuala Kangsar dan kebetulan pada sabtu yg lepas aku gan apak dan sepupu aku datang ke sini secara kebetulan cz nak pekena mee hailam.
Yup untuk pengetahuan kat Parit ni terkenal gan mee hailam, org panggil Mee Camok. Tapi kalau syor aku kan, bagi yg rase diri dia muslim baik tak yah makan kedai 2 cz bukan org muslim yg punya walaupun kalu tengok kedai dia x pernah putus2 org datang termasuk la yg bersongkok dan yg pakai serban pun ada hehehe.(konsep halal bukan sekadar cop je kan?).
Nak dijadikan cite, sabtu 2 kalu ikut plan aku memag ada hal yg sgt penting, tapi da dibatalkan oleh sebab2 yg tertentu dan akhirnya sampai le aku kat pekan parit. Cam biase kedai yg aku selalu pg kedai jual reket gan kedai jual alat pancing (aku memag gila mancing skg hehehe). Tapi malang nye pas da penat2 belek2 pancing sepupu aku kate beli bulan depan hampeh betul padahal aku da nak beli satu lagi set batang pancing hehehe tapi elok gak kalu ikut kan hati memag hancus le duit aku hehehe.
Berbalik pada cite pekan parit ni, kalu mengikut sejarah Perak (Misa Melayu yg ditulis oleh Raja Chulan) dahulu nya Parit dikenali sebagai nama Pacat (nama bandar lama) dan pekan Parit ni la yg menjadi sempadan antara 2 kerajaan Perak pada masa 2 iaitu kerajaan di Kuala Kangsar (skg ni jadi bandar Di Raja) dan juga kerajaan Brahman Indera (luas kawasan dari Bota sehingga ke Lambor kiri). Ini berlaku kerana terdapat perselisihan faham mengenai pentadbiran ketika itu. Dan sekarang sejarah berulang kembali apabila Perak ada 2 Menteri Besar hahahaha hebat negeri aku ni kakakaka. Dan baru aku sedar yg aku berulang alik antara 3 tempat yg tercatat dalam sejarah Perak herm menarik gak kan hehehe.
Biar kan deorang k, dulu menyambungkan antara Kg Tanjung Belanja dan Pekan Parit ialah Jambatan Nordin, jambatan besi yg melintasi Sungai Perak dan hanya sebuah kenderaan je yg boleh lalu dalam satu2 masa dan jambatan tu jambatan besi yg x ada pengadang hehehe kalu sampai kat jambatan ni confirm semua surah Al-Quran yg ingat kat pale otak ni akan dibaca hehehe cz kalu tersilap skit je leh masuk dalam sungai dan peluang untuk hidup hanya 10% je hehehehe (2 yg bace tunggang terbalik 2 hahahaha). Tapi skg da tak ada dah pun, dah digantikan dengan jambatan 2 line dan seperti jambatan bengkok. Ramai yg cakap parit da hilang identiti apabila jambatan Nordin dihapuskan. Kadang2 nostalgia begini yg membuatkan sesuatu tempat mempunyai daya tarikan kan em.
Pekan ni dulu hebat dan meriah betul, kalu mak aku kate nak pg Pekan Parit shopping huhuhu aku mesti kantoi pegi sekolah punye, alasan demam @ sakit perut sebab nak ikut hehehe (bebudak kan hahahaha). Aku masih ingat masa aku kecik2 dulu aku menangis guling2 depan kedai nak kan senapang dan bagai nak gile ar aku meroyan herm (sian mak aku, mungkin mase 2 aku kecik betul, tak tahu ape itu nilai duit) dan akhirnye mak aku belikan gak le dan paling yg mak aku tension, bila balik senapang 2 da rosak kene masuk pasir oleh aku sendiri dan tak sampai 3 hari senapang 2 patah hahaha dan sampai saat itu le aku tak boleh beli mainan lagi hehehe. Mak aku ckp aku x boleh jadi Mat Tirap (askar) nanti habis semua senapang kene masuk pasir gan patah2 hahaha. Aku harap sangat nanti kalau aku ada anak jangan ar ikut perangai buruk aku herm tapi cam org tua2 selalu cakap: "mane nak tumpah kuah kalu tak kat nasi kan" hahaha padan gan muka aku.
Terlalu banyak kenangan disini, dari aku kecik sampai da besar, gan arwah kakak aku, arwah nenek semua keluarga aku, kekawan dan semua nya adalah kenangan yg terindah dalam hidup aku herm. Dan kami hanya lepak kat pekan ni tak sampai sejam dan akhirnya kami pulang semula ke Bota.
kenangan ini indah
yg penuh wajah
yg tiada resah
dan gelisah:
- kadang kala kenangan memag sukar untuk dilupus kan-
aku;
TokTuaSakti;
PekanParit>Bote;
15-08-2009:
aku dan kenangan

6 comments:

TUN said...

emmm sejak merantau nih.. dah bertahun2 teman tak ke parit... tak tau la macam mner rupenyer..

Anonymous said...

nak tanya, rojak mamak (kuah hitam) kat tepi sungai yang dekat stesen bas tu ada lagi tak?sorry tanya sb teman bukan org parit tp apok mok opah tok org parit kat tanjung dedalu. teman suka sgt pergi market parit depan IPD Parit sb apok suka beli taugeh panjang masak dengan tempoyak..meleleh air liur teman mengenangkannya hehe..

Anonymous said...

nak tanya, rojak mamak (kuah hitam) kat tepi sungai yang dekat stesen bas tu ada lagi tak?sorry tanya sb teman bukan org parit tp apok mok opah tok org parit kat tanjung dedalu. teman suka sgt pergi market parit depan IPD Parit sb apok suka beli taugeh panjang masak dengan tempoyak..meleleh air liur teman mengenangkannya hehe..

Unknown said...

Berape panjang jembatan nordin tu yek?

Unknown said...

kome penah makan roti kapa?

Unknown said...

kome penah makan roti kapa?

Post a Comment

Terima Kasih Atas Komen Anda...
^TokTuaSakti^