Dari Bote ke Shah Alam;Aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Salam untuk semua yg bernama sahabat,

Semalam 2 Ogos 2009 aku telah bertolak dari Bote ke Shah Alam bersama sahabat yg lain, selain menghantar teman pulang dan bertemu dengan keluarga, misi yg utama adalah untuk mengadap Ustaz dan menghadiri Maal Dendang Anak show di Shah Alam. Bertolak pada jam 1.30 usai solat Zohor dan sampai jam 4.45 petang di Shah Alam. Oleh kerana gian sangat makan sup aku pi tibai dulu ANI SUP UTARA hehehehehe.

Banyak lagi barang2 yg masih tertinggal di rumah lama yg perlu aku bawak balik dan sesudah berkemas aku pi jalan2 di sekitar Shah Alam, tempat2 yg aku selalu lepak dulu. Oleh kerana terlalu banyak sangat kenangan yg pahit keluar bertalu2 aku ambik keputusan baik lepak kat umah je baru x senak otak. Dan aku cakap kat teman aku yg aku memang dah x sesuai duduk kat sini dah hehehehe dan segala kenangan2 yg bodoh perlu dihapuskan dengan kadar segera.

Usai solat Isyak kami bertolak ke dataran Shah Alam untuk mengadap ustaz dan menghadiri maal. Mungkin aku da terlalu lama meninggalkan gua (program) banyak sahabat2 aku dah hampir tak kenal aku, bila aku pikir2 kan balik hampir 2 tahun setengah dah pun dan memang patut pun deorang lupakan aku. Nasib baik la ada lagi anak2 buah aku yg masih ingatkan aku herm. Dan akhirnya program aku bermula, bertemu dan mengadap ustaz dan bertemu semula jemaah yg lama. Sememangnya jemaah bote telah diputuskan untuk hadir ke Puncak Alam untuk mesyuarat program semula.

Alhamdulillah aku masih tidak terlambat melihat perkembangan ini dibangunkan semula seperti 10 tahun dahulu. Dengan niat dan harapan yg baru, semangat yg baru untuk memajukan diri dan jemaah Bote seperti dahulu adalah menjadi matlamat yg paling utama. Dan akhirnya aku terfikir, berlaku semua perkara keatas diri aku berpunca kerana aku semakin menghilangkan diri aku yg dahulu. Maka ape yg penting sekarang ni, aku perlu mencari diri aku yg sebenar dan Alhamdulillah atas kenikmatan dan kesyukuran kepada tuhan kerana masih memberi ruang dan peluang untuk aku menikmati kehidupan yg lebih sempurna dan kemuncak kepada kebahagian yg paling hakiki.

InsyaAllah selepas ni aku akan masuk semula ke Puncak Alam sebulan sekali untuk program yg seterusnya. Mohon dan harap, tuhan memberikan kekuatan sepenuhnya untuk aku memulakan langkah permulaan yg baik dan pengakhiran yg terbaik.

Aku bertolak semula ke Bote jam 1 pagi dan sampai pada jam 4 pagi, esok aku kerja masuk jam 7.30 pagi hahahahahaha. Padan muka aku:


adalah cahaya ini
cahaya Illahi
menjunjung duli
yg maha tinggi.

adalah diri ini
diri yg peri
yg menyesali
yg hakiki

Aku;
Tok Kelana Bote
2 Ogos 2009
----------------
11 Syaaban 1430H
Enggor > Bote
"aku ingin menjadi;aku:"

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Komen Anda...
^TokTuaSakti^