Tentang aku;toktuasakti:

Author: Tok Tua Sakti /

Salam buat semua yg bernama sahabat, sempena hari Jumaat ni tetiba je aku nak ceritakan tentang diri aku sendiri, mungkin aku terfikir yg kalu kita nak berkawan kite mesti kenal betul x? Tapi aku masih beranggapan yg aku lebih senang org tidak mengenali aku. Tapi baru2 ni sahabat aku nak sgt tengok gambar terbaru aku, jadi aku rasa ada baik nye aku kuar kan gambar aku gak em.

Sedikit latar belakang aku:

Sebelum ni aku banyak menggunakan nama samaran,dan yg paling lama aku gunakan nama Tok Kelana Bote;dan pas 2 aku malu sgt guna nama 2 atas masalah pribadi jadi aku tukarkan nama baru aku Tok Tua Sakti dan aku harap leh guna nama ni dalam laman maya ni. Aku pilih nama ni pun ada sebab2 tertentu dan sekiranya kita membaca sejarah rakyat pasti leh jumpa nama ni cz berkaitan dengan salasilah keluarga sebelah mak aku.
Aku budak kampung dan aku senang hidup di kampung, mungkin dah sebati gan hidup aku selama hari ni, usia lingkungan 20an dan x lama lagi 30an ar kan hehehe.

Aku suka pada alam, terutama laut walaupun aku tak pandai berenang dan aku tak suka mandi. Aku lebih suka melihat tanpa menyentuh, mungkin itu sifat semulajadi dan mungkin gak aku ni penakut hehehehe sebab pernah lemas 3x kat sungai belakang umah aku. Yg paling x tahan 2 mak aku selalu menyakat aku supaya jgn mandi sungai dia kate ada hantu ayo suke kat bebudak hehehe.(supaya aku jgn turun tebing ar 2). Aku dilahirkan di sebuah negeri yg ke 2 terkuat selepas kerajaan Melayu Melaka runtuh pada zaman dulu iaitu kerajaan negeri Perak atau di dalam buku Misa Melayu lebih dikenali sebagai kerajaan Brahman Indera@ Bota, Parit, Perak.

Hidup dibelakang Sungai Perak dan lahir dalam keluarga yg sederhana dan yg paling penting penuh dengan kasih sayang dan kebahagiaan. Mak aku asal Lambor Kiri dan dengan itu rasmi nye aku x leh makan Ikan Tapah sebab 2 pantang keturunan Tok Kaduk kate mak aku. Lantas 2 menambahkan lagi takut aku nak pegi ke tebing atau sungai hehehe. Apak aku plak asal kg Teluk Kepayang dan kami menetap kat sini InsyaAllah hingga hujung nyawa. Adik beradik aku 9 org dan aku anak yg paling HERO hehehe anak bongsu hehehehe (x manje mane pun).

Tentang latar pendidikan aku, aku x kan sentuh pasal 2 dalam entry ni em cz bagi aku pendidikan sepanjang hayat dan yg terpenting adalah dari segi pemerhatian dan pengalaman dalam hidup (2 pendapat aku la kan). Aku org yg ceria, suka berkawan dan yg paling penting suke bercerita dan hobi aku menulis, melukis dan membaca buku (ni yg paling gile). Mcm aku ckp aku suke berkawan dan aku berharap pas ni aku dapat banyak kawan em. 2 pun kalu ada yg sudi la jgn malu2 just letakkan email pun ok da insyaAllah aku akan balas segera yg mungkin em. Dan sifat aku yg paling buruk aku ni cepat terlupa tahap gile punya lupa dan ini mungkin otak kau dah tua kot @ tak fikir yg positif hehehehe dan yg paling teruk gak aku selalu salah mengeja masa menaip dan malu sgt2 jadi org Melayu konon huhuhu bahasa sendiri pun banyak salah hahaha (gelak kan diri sendiri). Niat aku masih belajar k.

Aku tinggal di Enggor > Bote, berulang alik sebab jaga mak ayah aku, tapi kadang2 aku lepak gak kat umah sewa aku hehehe umah sewa duk sesorg dan aku semakin selesa duk sesorg hehehe. Yup lupa, aku masih bujang dan masih solo huhuhuhuhu (cam ayat jual diri plak). Bukan nye ape, skg ni ramai sgt org da kawin ngaku bujang jadi sebelum ape2 aku yg bujang ni baik ngaku bujang kan hahahaha.

Aku berminat untuk berbincang @ muzakarah untuk semua isu, terutama tentang agama (semua agama) buku2, seni, politik (sembang2 kosong), tentang dunia, tentang alam @ape je hehehe. Tapi yg penting perbincangan dalam pandangan yg terbuka dan fikiran yg positif.

Setakat ni je kot tentang aku, sebab x ada yg menarik sgt tentang hidup aku kan em, Tapi yg penting aku happy dengan hidup aku hahahahaha.

Boleh hubungi aku;

http://sesibursenja.blogspot.com/
osmanabdrahman@yahoo.com



Aku;
TokTuaSakti;
07-07-2009;
Tentang aku;toktuasakti:

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Komen Anda...
^TokTuaSakti^