tuhan;ini ujian yg berat;untuk aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Terlalu banyak ujian yg perlu aku lalui sepanjang aku berhijrah kembali kesini (Bote), aku sangkakan hijrah aku ke kampung halaman akan membawa segala kebahagiaan dan kegembiraan ternyata tidak kesampaian dan di enuhi dengan pelbagai rintangan dan ujian yg berganda dan kadang kala aku tidak sanggup untuk menghadapi sendirian. Seperti perumpamaan; disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari

Bermula dengan kehilangan insan yg paling bermakna dalam hidup aku,s ehingga aku telah kehilangan separuh dari nyawa, aku tetap berusaha bersabar dengan ujian yg paling berat dalam hidup aku sehingga kini. Di ikuti dengan keadaan kesihatan Apak yg semakin tidak menentu sehingga aku terpaksa berulang alik dari Enggor ke Bote. Di susuli kepulangan sahabat baik yg ku anggap saudara ke kampung halaman yg sering berada disamping ketika dalam kegelisahan dan kini yg terbaru semalam ibu aku ditimpa kecelakaan jalan raya kerana berlaku kemalangan dengan kereta dikampung aku.

Adalah ini ujian tuhan yg perlu aku lalui sendirian dengan penuh kepayahan dan kesulitan. Adakah kerana dosa, aku terpaksa menempuh segala ujian @ kerana ianya sekadar menguji keimanan sepertimana dalam Surah Kahfi: jgn sangka kamu beriman selagi tidak diuji:

Aku telah menemani ibu aku sehingga ke wad kecemasan untuk pembedahan kecil dan dikenakan hampir sepuluh jahitan di kening kiri. Dan ini adalah kesengsaraan yg tak mampu aku tanggung ketika mendengar kesakitan ibu sepanjang rawatan. Dan yg paling menyakitkan hati dan mampu membuatkan jantung aku berhenti apabila usai pembedahan kecil ibu aku bertanya keadaan "DIA". Dan pasti ianya meluluhkan hati aku dan aku dapat rasakan ini adalah dosa yg paling besar yg telah aku lakukan kepada ibu aku kerana menghancurkan harapan dan impian dia. Tuhan;ampun kan segala dosa;aku;anak yg tak sempurna:

Sepanjang malam aku tidur di hospital (dalam keta) gan anak buah aku,dan sepanjang malam 2 la aku x mampu tidur dengan tenang kerana penuh dengan kerisauan. Hampir sepanjang malam aku terfikir yg ape lagi ujian yg perlu aku terima dalam hidup aku selepas ini. Pasti tiada daya upaya untuk aku lakukan selain mengharapkan belas ehsan tuhan yg maha penyayang.
Tuhan
yg penuh rahman
belas ehsan
yg berpanjangan.
Tuhan
yg berkekalan
berikan kekuatan
dalam kehidupan
Tuhan
berikan kesabaran
dan keampunan
aku;insan:

Tuhan;ini ujian yg bertimpa;aku:
aku;
TokTuaSakti;
08-08-2009;
Hospital Cangkat Melintang;Bote:

2 comments:

Anonymous said...

MAN..AKU DISINI BERADA RAKAN2 DI SEROJA MENDOKAN AGAR IBUMU CEPAT SEMBUH DAN DIBERIKAN KESIHATAN YANG BAIK...AMIN...AKU HARAP KAMU DAPAT HADAPI SEGALA RINTANGAN SERTA KESUSAHAN DENGAN HATI YANG SABAR..MUNGKIN ITU TANDANYA TUHAN SEDANG MENGUJI KEIMANAN DAN KESABARAN KAMU...KITA KENA TERIMA QADA` DAN QADAR TUHAN...MUNGKIN ITU ADA HIKMAHNYA...BYK2 BERSABAR MAN...JGN SESEKALI LUPAKAN KEPADA-NYA...

IZAL/SSCKL

MeLaTi PuTeH said...

Along...tu la pasal Ma pun risau dengan Mak Man.. tapi harap2 semuanya selamat...amin..

Post a Comment

Terima Kasih Atas Komen Anda...
^TokTuaSakti^