Al-Fatehah;buat jejalur keluarga; aku:

Author: Tok Tua Sakti /


Assalamualaikum buat sahabat yg masih setia dgn aku,

Hari ni aku balik dari opis aku terus pergi menghala ke Seri Iskandar Felcra Nasarudin. Aku ada hal nak menguruskan hal pinjaman anak buah aku yg masih belajar. Tapi cam tajuk entry aku, dalam perjalanan ke sana aku ikut jalan Ipoh lama dan cross jalan baru ke Seri Iskandar dan akhirnya aku singgah sebuah surau kat situ, sebelah mahkamah Parit dan jarak antara pekan parit gan surau tu lebih kurang hanya 6 KM.

Surau ni ada sejarah nye tersendiri dalam keluarga aku, walaupun kecil dan uzur, tapi bagi aku banyak maknanya untuk pendirian dan prinsip jati diri aku. Dah lama aku tau kisah ni, mungkin hampir 10 tahun yg lalu, tetapi akibat dari kengkangan masa (kesibukan dunia hehehe). Dan akhirnya aku tiba gak kat surau ni dgn niat nak iktikaf dan solat zuhur memandangkan jam dah menghampiri jam 2 petang. Tetapi malangnya surau ni dah di kunci herm hampeh betul la. Aku ingat masjid2 yg mewah dan indah berhawa dingin je yg kene kunci tapi surau ni yg nak roboh pun kunci gak. (untuk bersangka baik aku andaikan yg kawasan ni banyak penyamun kot hahaha).

Mengikut cerita arwah opah aku (Puteh Selamah) Al-Fatehah buat opah aku yg baik menjaga aku dan rajin menasihati aku. Untuk info, opah aku meninggal dunia menghadap yg Esa, usianya menjangkau 106 tahun, (tapi tiada rekod secara formal) kalu ikut IC hampir 94 tahun. Dikisahkan yg surau ni dibuat dan dibina oleh Bapak beliau, merangkap Moyang aku (Hj. Sulaiman) bersama 3 beradik yg lain usai sampai ke Tanah Melayu. Menurut opah aku, keluarga mereka berasal dari seberang gak hehehe Indon gak rupenye kakaka (teringat plak Cinta Laura dalam cite seberang tajuk dia Upik Abu dan Laura hehehe comel betul kahkahkah). Dan usia surau ni kemungkinan menghampiri 200 tahun (kemungkinan je cz tak ada fakta dan kajian kan ).

Dan niat aku masukkan cerita ni dalam entry aku bukan nak menunjuk2 atau nak bagitahu yg aku bagus, (ape la yg ada dengan nama @ pangkat kalu diri kite ni hampas kan? x ada makne nye pun...maap le kalu ada yg terasa) tapi ape yg aku nak citekan ialah betapa syukurnya aku kerana doa2 mereka yg terdahulu @ keturunan aku, aku masih dapat beragama dan mengamalkan Islam (sekurang2nye sikit hehehe). Dan yg menyedihkan aku tiada siapa pun yg mengingati mereka yg telah bersusah payah membina dan berusaha untuk agama dan keturunan herm (aku la 2). Begitu la hukum alam, bila dah ada yg baru, yg lama pasti di tinggal kan tanpa ada kesan dan kesinambungan. Aku pun dah tak tau da sape yg jaga surau ni, tapi kau harap yg masih ada jemaah yg akan terus iktikaf dan solat kat surau ni, sekurang2 nya ada gak pahala bekalan mereka yg pernah berjasa kat alam "sana" kan.

Dan aku gak terpikir, kalu nenek moyang aku sekurang2 ada jasa untuk keturunan, keluarga @ penduduk setempat, mcm mane pulak gan aku? herm.... lagi jauh menyimpang ada la hehehe.

Dan aku rasa entry ni masih bertepatan dengan tujuan aku hidupkan blog aku, cz aku sangat minat gan sejarah dan mesti la aku mulakan dengan sejarah aku dulukan hehehe. Apa yg aku tuliskan ni, aku harap sahabat2 yg baca dapat gak iktibar sekurang2nya untuk diri sendiri dan merenung semula sejarah hidup kita masing2 ok. Dan sejauh mana kita berjasa untuk diri sendiri, keluarga dan keturunan kita untuk seterusnya. Adakah kita nak nanti pada masa hadapan anak dan keturunan keluarga kita hidup dalam kelalaian dan kelekaan dengan kehidupan duniawi herm.
Dunia persingahan semata
untuk mencari pahala
menghindar dosa
sehingga sampai masa.
aku;
TokTuaSakti;
18-08-2009;
gua aku:
aku;mohon restu;dari mu;tuhan:

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Komen Anda...
^TokTuaSakti^