warkah perpisahan buat sahabat;aku:

Author: Tok Tua Sakti /

(Warkah ini buat sahabat yg punya erti dalam hidup aku)

Adalah hari ini, saat perpisahan antara kita yg jarak nya merentas Laut Cina Selatan dan hembusan udara semenanjung yg semakin ditinggalkan. Kite sememangnya telah menduga yg hari ini pasti akan berlaku antara kita dan semua sahabat2 kita pasti akn merasai perasaan yg sama.

Semalaman fikiran aku telah dibuai kenangan antara kita bersama sahabat yg lain. Teringat saat pertemuan pertama di kolej sehingga yg terakhir. Aku mengenali kamu sebagai kawan, teman, sahabat dan juga kakak ku sendiri. Sama sekali aku amat menyenangi kamu seperti adik beradik aku sendiri. Sehingga kini, ramai yg sama sekali sangsi dan tidak berpuashati dan tidak pasti dengan hubungan antara kita berdua. Mungkin aku pernah kehilangan kakak aku dahulu dan mungkin perasaan aku pada kamu sama seperti itu.

Kamu sahabat yg terbaik pernah aku kenali sepanjang kini aku hidup. Kadang kala ada aku fikirkan yg aku membuat keputusan yg salah terhadap hubungan kita ,tetapi selagi aku masih memegang prinsip dan pegangan aku tetap setia bersama kamu sebagai seorang sahabat dan saudara aku.

Dapat aku rasa kan yg ibu dan apak aku turut senang bersama kamu, kerna kamu anak yg baik. Dan aku turut rasakan perasaan yg sama.

Sepanjang perkenalan kita, kamu sering membantu, dan membimbing aku dalam mengenal erti setia, kesabaran dan kesungguhan. Terlalu banyak yg hendak diceritakan tentang kebaikan kamu dalam hidup aku.

Aku harapkan, semoga selepas ini kamu menemui kebahagiaan yg terbaik dan pastikan kamu tidak menjadi seperti aku. Kerna kamu sahabat yg baik dan yg terbaik adalah paling sesuai untuk kamu.

Terima kasih aku ucapkan, kerna setia menjadi sahabat aku dan menjaga semua rahsia hidup aku termasuk kesihatan aku yg terpaksa kamu risaukan sepanjang kite bersahabat.

Hari ini kamu akan kembali ke sangkar lama, seperti mana yg sering engkau katakan kepada aku dahulu. Tetapi ingat lah yg kadang kala sangkar lama tetap kita inginkan kerana disitu kita mengenal erti permulaan kehidupan.

Tabah kan hati dan bersabarlah, kerana itu yg kau ajarkan kepada aku sewaktu dahulu. Segala budi baik, jasa yg tak terhingga pasti tidak dapat aku lupakan sepanjang hidup aku. Ibu aku selalu berpesan yg org baik pasti mendapat balasan yg terbaik dan kau sangat mempercayainya sahabat.

Hidup lah dengan gembira dan berbahagia bersama keluarga,dan kebahagiaan adalah pendamping yg terbaik untuk kamu.

"Selagi nyawa dikandung badan,budi dan baik pasti tidak dilupakan"

Terima kasih untuk segala-galanya.

kamu teman yg terbaik.

p/s; kawin jgn lupa ajak em hehehehe


aku;
sahabat dan saudara mu;
Osman Rahman;
"hargai sahabat, selagi hidup mu bernyawa"
05-08-2009;
Enggor :

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Komen Anda...
^TokTuaSakti^