ramadhan; kifarah dan ujian; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Salam ramadhan buat semua;

Seperti tajuk entry aku kali ni, tahun ni ramadhan yg aku lalui penuh gan kifarah dan ujian yg berpanjangan. Semalam aku tak dapat tidur dan rehat dengan selesa akibat dari masalah kesihatan, mungkin akibat cuaca yg tidak menentu. Alhamdulillah aku selalu iktikad kan dalam hati aku yg setiap pekara yg aku lalui hari ini adalah kerana dosa dan kesilapan yg pernah aku lakukan dahulu dan aku sering mohon dan harap yg ini merupakan kifarah yg sempurna sebelum aku menjadi debu yg hampa.

Untuk ramadhan kali ini turut membuatkan hati aku selesa dengan kehidupan yg dilalui seharian, suasana sepi membuat kan wadah hati menjadi lebih terisi dan mohon harap agar sentiasa dirahmati dibawah naungan dan lindungan yg Maha Esa.

Sahur aku hari ini sedikit terbabas sekitar 10 minit lagi imsak nak berlalu hehehe,hanya mampu minum secawan kopi dan terus tak sedar kembali. Betul kata2 Mutiara, Berbuat la sebanyak mana amalan kebaikan, sebelum datang nya sakit herm....( sesama la kite ambik ingat k )

make tibe2 aku teringat 1 hadis yg lebih kurang maksud nye ( aku akan cuba dapatkan sanad hadis yg lebih tepat insyaallah)

* beza puasa antara org islam dan ahli kitab ialah bersahur;

dan

* sebaik2 berpuasa ialah melewatkan sahur dan awal kan berbuka puasa bila sampainye waktu;

Untuk fadhilat tarawih malam ini;

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

sesama le kite ambik pikir herm.

hujan di bota
seperti air mata
atau mutiara
yang menyuci dosa:

aku;
toktuasakti;
26-08-2009;
bote dan hujan:

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Komen Anda...
^TokTuaSakti^