sesudah ramadhan & syawal;aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Assalamualaikum + Salam kasih sayang dari aku...


Yup pati yg korang cakap (hamnpess lama tak tulis blog hahahaha ) sbb aku dapat komen cam tu huhuhu... (sowi le geng aku skg ni BZ nk jadi wakil rakyat hahahah BZ melobi kakakakakaka)

Sesudah ramadhan, adalah waktu untuk menilai, menilai diri yg paling penting, setakat mana yg Tuhan beri rahmat dan kerahmatan, dalil??? ambik cermin dan muhasabah diri ( sbb kite lebih kenal sape diri kita sama ada bertambah baik atau buruk.

Skg aku masih lagi dalam proses menilai, menilai pada diri sendiri sehingga kini huhuhuhu hampesssss

p/s; ape lembab beno aku ni hukhukhuk

aku;
totuasakti;
26 sept 2010;
umah aku;
gua aku:

Selamat Hari Raya Aidilfitri; aku:

Author: Tok Tua Sakti /


Assalamualaikum + Salam Syawal + Salam kasih sayang dari aku.....

Buat semua keluarga yg aku sayang, teman sahabat yg aku muliakan , pengunjung2 blog yg setia dan semua kekawan kat FB gak.. aku Osman Abd Rahman a.k.a Tok Tua Sakti dan keluarga mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan memohon kemaafan andai terkasar bahasa ( termasuk penulisan2 aku ) dan pendapat2 yg korang rasa mendenyut2 kan limpa dan jantung hahahaha. Aku harap kan korang bahagia dan mendapat kerahmatan dari Tuhan...

Buat Sahabat yg setia.. Mariah Semat + Muhammad Adam.. moga kamu temui kebahagiaan dari Tuhan...

p/s; jgn lupe bayo zakat yop...

aku;
toktuasakti;
1 syawal;
umah aku:

kayuhan merdeka; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Assalamualikum + Salam Merdeka buat semua....

Aku dapat SMS dari kawan aku yg katenye mlm ni ada kayuhan MERDEKA kat UITM Seri Iskandar. Herm duk pikir2 sbb aku dah sepanjang bulan pose ni tak penah nye bersenam + kuar peluh, aku pun teruja le nk ikut same hehehehe. Sebb aku pikir nk metambah kan seronok aku ajak anak buah aku (ijun sangup dtg dari ipoh sbb tak penah wat kayuhan reramai, padahal aku tau dia nk baju free gan sijil je tu hahahaha ).

Turut sama 2 org abg ipar aku yg terut sesama wat kayuhan hehehe. Dan menambah kan syok bila 2 org kakak aku gan anak2 buah aku turut sama memberi semangat hehehehe ( padahal deorg dtg nk tengok bunga api mlm merdeka je pun hehehehe ).





















Kesimpulan nye, walaupun kami dtg terlewat tapi tetap dapat kejo kekawan yg lain dan jarak kayuhan terlalu pendek sampai anak buah aku cakap ( langsung tak kuar peluh pun hampesss ) dengan penyelian yg sedikit longar sehingga ada peserta yg mengalami kemalangan tak dijangka ( alhamdulillah semua ok leh jalan balik hahahaha biasa ar tu bro naik basikal jatuh kan hihihi sedang kan tido atas katil pun leh jatuh ape hahahaha ).

Kami lepak kat kedai mamak sampai jam 2 pagi dan balik umah sambung sahur hahahaha. Dan ternyata anak buah aku agak kecewa yg melampau bila dia tak dapat baju gan sijil tapi hanya dapat penat kakakakakakaka ( saje aku tipu dia kate dapat baju gan sijil suh dia kayuh basikal teman kan aku hahahahahaha ).

p/s; herm seronok bila keluarga + kekawan beri semangat untuk program2 cam ni dan baru le aku merasai nikmat merdeka (buat diri sendiri) setelah sekian lama tak merasainye huhuhuhuhuhu

aku;
toktuasakti;
31 ogos 2010;
umah aku:

buke pose; kali ke 2/2010; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Assalamualaikum + Salam kasih sayang buat semua...

Untuk trip berbuka kali ni, kami pg tempat yg sama dan ahli2 yg hampir gak sama hehehehe . Aku, jeman, wana, ira adik, ma dan Zilah. Syg sbb yg lain2 ada halyg tak dapat di elakan.

Cam biasa walaupun ahli2 yg sedikit, namun masih mampu nk meruntuhkan bumbung kedai makan tersebut gan gelak tawa yg mampu menjeleskan meja2 yg berhampiran kakakaka.

Program seawal jam 5 ptg sehingga jam 9 mlm kami andai kan berjaya ( sbb kami skit pun tetap meriah hahahaha ) dan aku megharapkan untuk tahun hadapan lebih ramai kekawan dapat menghadirkan diri, mungkin bersama suami dan anak2 gak kan ( mesti lebih gegila hahaha )







p/s; pelik betul, org pempuan yg pegang buku menu, kene lelaki gak yg wat keputusan hahahaha tanda kami ni lelaki yg gagah perkasa hakhakhak

aku;
toktuasakti;
27 ogos 2010;
umah aku:

Salam Nuzul Quran; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

( pandangan; Gua Hira')

Assalamualaikun + Salam Ramadhan + Salam kasih sayang buat semua....

Setelah meniti hari ke 17 ramadhan..dan setelah 821 tahun Quran diturun kan dari langit untuk kesejahteraan bumi dan seisinya... ( aku tak kan mengulas panjang sbb aku bukan ahli dalam bidang agama ..maaf andai ada yg tak besetuju gan entry aku ).

Untuk bahan fikir kita; sejauh mana pengamalan Quran mampu menjadikan kita insan yg sempurna dan mulia, kerna itu lah Quran diturun kan Tuhan buat semua makhluk jajahan Nya....

aku jumpe ayat (sory sbb lupe sumber dari mana)yg aku rasa amat reliven buat masa skg ni dan untuk kita fikirkan bersama...

“Anda melihat manusia membaca al-Quran dengan cepat. Mereka membaca huruf-huruf al-Quran dengan suara yang baik (sebutan) yang baik. Mereka berdebat tentang baris di bawah, di hadapan dan baris di atas seakan-akan mereka sedang membaca syair-syair Arab. Merenungi maksud al-Quran serta mengamalkannya menjadi tidak penting bagi mereka. Adakah dalam dunia ini wujud keadaan terpedaya yang lebih daripada itu?” (Ihya Ulumuddin, Imam al-Ghazali (terjemahan Prof. TK. H. Ismail Yakub MA), Pust. Nasional, 1981, Singapura, jil 6 hal 34)

p/s; Mohon pada Tuhan, berikan kefahaman, dan perlindungan , sepanjang kehidupan;aku:

aku;
toktuasakti;
17hb Ramadhan 1431h;
umah aku:

dodol doyan; aku:

Author: Tok Tua Sakti /


Assalamualaikum + Salam Ramadhan + Salam kasih sayang buat semua.....

Kak Sal aku dari perlis balik kampung, kebetulan deorg tak dapat nk balik raya ni, jadi nye datang beraya awal dan negok kan apak aku yg tak sihat skg ni kan em. Nak dijadikan cite, mak aku pun plan le nk "menguca" dodol sempena nk raya ni kan em..dan aku rasa2 dah kat 4 tahun dah tak buat, em pas je kak yang aku meninggal ( rasa2 nye).



Dan cam biasa, dengan kebolehan aku mengulo hahahaha aku dapat melarikan diri dari tugas dengan bagus sekali hahahaha dan terpakse le anak buah aku (ijun) berusaha keras gan mak+ kak + abang ipor aku sekali hahahaha (maap le ye panas betul sakit pale).

Dan cite bertambah menarik bila hujan pun turun huhuhu dan kelamkabut le kami semua dan petang tu akhirnye misi berjaya dan siap le dodol doyan sempurna yg mungkin hahahaha dan aku cam biasa kurang berminat makan kuih ni jadi nye tak le makan sangat em...

p/s; bile dah lama tak menguca rase lain macam beno sakit tangan oooooo

aku;
toktuasakti;
27 ogos 2010;
umah aku:

surat misteri; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Assalamualaikum + Salam Ramadhan + Salam kasih sayang....

Pas Sahur tadi kak aku tunjuk kan aku satu surat misteri hahahaha dan rupe2 nye nota resepi yg dia jumpe masa kemas kan dapur petang semalam... baca punya baca baru le kami tau yg resepi tu nk buat masakan gulai tempoyak rupenye... Oleh kerana gaya penulisan yg agak menhumor kan dan buat kami gelak beso masa bersahur, aku pun nk gak berkongsi gan korang semua hahahaha (kalu tak gelak pun tak pe sbb yg penting aku dah gelak dulu kakaka)

oleh kerana tulisan tu korang tak nampak aku salin kan untuk korang kan, mana tau korang nk try masak em...

1. cabai merah 4-5 biji/ kasi power ikut sesedap tekak

2. kunyit idup beso ibu jari kaki @ ibu jari sesedap perut

3. serai 3-2 btg ikut selera hempedu dgn anak lesung batu, jgn bland x sedap!!!!!

4. tempoyak kasi banyak,kasi pekat sesedapnye..

5. ikan- masuk ayo jgn banyak@ sikit sgt jgn cair sgt@ ign pekat sgt.

6. letak garam dan gaul sesedap rasa..

tamat

p/s; teringat masa aku masak gulai tempoyak gan kekawan umah aku hahaha sampai misai keli pun lupe nk buang hahahahaha terkejut beruk yop....hahaha

aku;
toktuasakti;
umah aku:

kek batik; aku:

Author: Tok Tua Sakti /


Assalamualaikum + Salam Ramadhan + Salam kasih sayang buat semua...

Aku singah kat bazar ramadhan dan aku pun beli kek batik (kek kegemaran aku no 1 aku) dan walaupun harga dia agak mahal ( dengan keadaan kek 2 yg kecik je huhuhu) sbb aku suke, aku pun beli tanpa banyak pikir herm...

Dan aku rasa penuh gan "kehampesan" dan mengawal kemarahan yg meluap2 bila aku berbuka pose rasa dia cam hampes + keras cam kayu adoiiiiiii sakit hatiii!!!!!!.

Dan aku syg kat kak aku (kak da) sbb esok nye dia buat kan untuk aku hehehe dan bertambah seronok sbb tu la kek sedap penah aku rasa hahahahaha (puji sbb suh buat lagi kakakakaka) Herm... mungkin kek ni punya kenangan yg tak mengembirakan, tapi bila kak aku buat kan dan aku makan mampu membuatkan aku gembira dan terus melupakan semua kenangan yg tak gembira hahahahaha.

p/s; herm sedapa betul sampai aku duk berangan suh kak aku buat jualan plak hakhakhak.

aku;
toktuasakti;
26 ogos 2010;
umah aku:







( gambo ni tak de kaitan gan entry, aku minat sbb unik tu je hehehe )

* sambung post tentang MERDEKA.

Assalamualaikum + Salam kasih sayang buat semua....

Lagi 6 hari kite akan menyambut perayaan kemerdekaan yg ke 53. Dan terbaca surat khabar yg tak kan ada acara kebudayaan ( tari menari ) dilakukan sempena sambutan kemerdekaan dan aku jangkakan yg konsert2 pun tak kan ada gak ar em.

Nasib le Bulan merdeka jatuh bulan Ramadhan hehehehe kalu tak ( sendiri pikir ar hahaha ). Pada pandangan mata aku, bendera pun tak nampak kat sepanjang kawasan tempat aku, jauh kat motor @ keta. Mungkin ada tapi dengan jumlah yg agak minima. ( yang pasti "BENDERA" dari seberang agak garang sampai baling taik kat bendera kita adoiiii ) Sape nk jawab???

Bila menyebut tentang MERDEKA pasti berkaitan gan BENDERA, mudah bukan? sifir yg sering ditanam kan dari bangku sekolah lagi, paling2 tidak pun cite JEPUN jajah MELAYA @ bintang 3 hehehehe ( teringat masa bebudak dulu em) dan sekarang ape yg ditanam dan hendah dituai dapat dilihat pada hasil nye = tak menjadi hahaha. ( korang leh tengok ape yg dah jadi kat negara kite skg ) dalam bulan merdeka + ramadhan , masih ada org buang anak + bunuh membunh @ macam2 lagi ( malas nk ulas panjang2 ).

Apa yg perlu dilakukan saat ini, kembali berfikir dan bertindak dengan "panduan" menanam semula benih agar tuaian yg akan disambuat akan lebih baik pada masa hadapan ( mudah2 han) , tanpa kefahaman agama yg jelas episod yg sama akan terus berlaku dan berlaku tanpa ada sekatan dan halangan...

p/s; kita naikan bendera dengan dada yg sempurna, namun fikiran dipijak nista oleh jajahan lama dengan rangkaian tanpa panduan; aku:

aku;
toktuasakti;
25 ogos 2010;
opis aku:


tentang bahagia; dan kebahagiaan; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

( aku suke gambo ni, TQ pada kawan yg tolong buat kan )

(setelah usai menonton cite tamil TV 2 ~minggu lepas~ yg buat aku menulis entry ni)

Yup...Dasar nye tentang "bahagia" dan kebahagiaan adalah sesuatu perkara yg perlu dicari dalam hidup ini. Maka pelbagai cara yg diusaha lakukan untuk mendapat nilai yg diberinama "KEBAHAGIAAN".

Pecahan dari sudut pemikiran aku dalam manusia menilai erti kebahagiaan

Kekayaan;

Semua org tahu, dalam TV cite2 melayu pun banyak tunjuk yg manusia akan bahagia kalu KAYA hahahaha ( org kaya gelak dia lain skit sbb cepat mati kakakaka ) Ini pasti disulami dengan dunia yg penuh dengan metrialistik = kebendaan. Cth; ada ke Anak org kaya nk bagi kawin gan ank org semekin zaman skg ni?? dah banyak contoh depan mate pun. Kalu jantan perangai cam anto raya pun tak pe asal berharta dimata tapi neraka dihati hehehe dunia2!!. Persoalannye, mampukah kekayaan membeli nilai kebahagiaan??? ( banyak org2 kaya yg bercerai berai kan??? ) kesimpulannya tak menjaminkan ape2 huhuhu.

Popular;

Manusia sekarag berlumba ingin dikenali untuk jadi popular huhuhu ( walaupun tak de org nk kenal pun ) dan tgk je la berapa banyak pertandingan2 nk jadi artis. Adoiii yg pelik dah suara cam longkang pun nk nyanyi gak huhuhuhu ( sowi bukan aku yg cakap tapi juri yg cakap hahahaha) Mungkin bila terkenal diri akan merasai bahagia dan melepaskan derita huhuhuhu. Ada ke cam 2?? popular MAWI pun terlepas gak gambo tak pakai baju kan huhuhuhu dan maknenye tak bahagia mana pun dan contoh yg paling sengkek "Zaiton sameon" habis lunyai hidup bila dah popular sesangat kan em... aku bagi contoh je sbb dunia ibarat roda ( kate org le ) kejap atas kejab bawah.. bila dah bawah mmg payah nk naik da kakakaka.

Kuasa;

Aku sendiri tak nafikan yg kuasa memain kan peranan yg penting dan boleh dianggap mampu mendatangkan kebahagiaan, herm mana ada kat dunia ni yg punya kuasa tak mampu wat ape2? kalu PM jgn cakap le kan dunia ni pun dia nk telan huhuhu ( bukan PM negara aku ar kot kan hehehe ) Tapi bahagia ke bila aku ada kuasa??? Herm pikir2 kan le..


wanita + isteri;

Ada gak aku tengok manusia rasa bahagia bila bersama yg disayangi,, wanita @isteri yg sangat dicintai. Sumpah dan berjanji sehidup semati ( tapi malang belum mati dah tambah bini dan bini hahahaha ) dan dah ada plak pempuan yg madu kan laki adoiiiii dunia2!!!! adakan ini erti bahagia???

Arak+ judi+ dadah;

Aku kenali mausia yg segelintir bergini, mencapai bahagia dalam dunia ilusi yg sendiri. Tapi bila kepala dah kosong serabai mabai tak kenal diri, mana satu bahagia mana satu derita sengsara. Herm tertipu dek syaitan yg sentiasa sembunyi, dalam diri dan diri. Pasti ini bukan kebahagian yg sejati mahupun dicari.

Dan bagi pendapat aku yg kurang nk tepat ni @ fikir aku yg mungkin kurang siuman bagi pale otak korag semua hehehehe.

Sederhana;

yup sederhana membuatkan aku leh menuju kebahagiaan walaupun mungkin bukan 100%, ape yg penting aku gembira2 dan gembira, bersama keluarga + saudara mara + sahabat + kawan buat hidup aku sentiasa senyum dan senyum ( ada org cakap aku bila senyum hensem gila hahahaha bukan gile k huhuhu) herm dan senyum buat aku bahagia.Dulu aku ingat semua yg aku tulis mampu buat aku bahagia dan ternyta tidak pasti jawapan nye. Punya masa beradu bersama Tuhan mengadu tentang diri dan kedaifan, bersama keluarga menyemai kasih sayang, sahabat yg sering menghiburkan dan teman yg sering berdampingan, Adalah jawapan bagi aku erti kebahagian.

Mungkin setiap org punya pendapat yg beda dan beda jauh sekali dengan aku, namun kita punya rasa nikmat hidup yg berbeza dan aku menikmati kehidupan aku dengan cara sebergini dan aku pingin sekali mengekalkannye hingga hujung nyawa untuk bertemu "kebahagian yg sejati" insyallah bersama penakluk jiwa, Tuhan yg memegang kuasa cinta.

p/s;mencari kebahagian dan kesenagan didunia membuat kite tersadai mencari jalan pulang ke halaman yg lebih nyata, bersama kebahagian yg lebih setia tanpa noda dan dosa; aku:

aku;
toktuasakti;
15 ramadhan/ 25 ogos 2010;
opis aku:

anak tong sampah; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Assalamualaikum + Salam kasih sayang buat semua....

Pagi ni hujan dan aku tak leh nak kuar dari pejabat wat koje aku, lepak2 sambil jenguk sesawang aku gan kekawan aku yg lain dan aku terbaca entry kawan aku kat http://capaltua.blogspot.com/ yg bertajuk Adakah Patut Pesalah Rogol Di Hukum Gantung?
Monday, August 2, 2010.

Dulu aku penah terpikir nk komen pasal kes ni tapi aku simpa ke je niat aku ( sbb aku nk jadi kan dia sebagai bahan pikir je ) di tambah kan pulak gan aku ni bukan ahli dalam tajuk2 besar yg semacam ni kan. Memandangkan aku ni bukan nye "insan Kamil" yg boleh menulis tajuk yg begitu sensetif kan hahaha.

Oleh kerana ransangan dari kawan aku ( blog member aku ni) jadi nye aku pun nk gak kongsi pandangan dan pendapat yg tak berapa baik dari mate org tapi yg terbaik yg aku leh pikir kan.

( kelakar gile bila ada manuasi yg leh pikir idea tahap gaban bangang cam ni konon nk selesaikan masalah adoiiii )

( aku menulis atas dasar aku manusia biasa yg turut punya dosa+ kesalahan pada Tuhan dan Manusia )

Tajuk besar dan panas dalam mana2 laman web@ media skg ni persoalan tentang " Adakah Patut Pesalah Rogol Di Hukum Gantung?"

Bagi aku, setiap persoalan yg timbul maka kunci nye ada lah faktor dan punca, sememangnya pasti anak yg dilahirkan tidak punya apa2 dosa pada Tuhan @ manusia, namun yg melahirkan dan melakukan adalah penyebab kepada dosa besar ( zina + membunuh dengan niat ).

Kite berbalik semuala ketika kita kecil; Jika sebuah keluarga yg sempurna, anak2 akan diberikan didikan ( agama + moral ) kepada anak, sama ada dari segi pengajaran langsung , tidak langsung atau pekara yg boleh diteladani oleh si anak. Dan kite dihantar ke sekolah ( dengan niat dan perkara yg sama ) sehingga la kite belajar tinggi2 ( tak kisah kat mana pun ) secara susunan, semua nye dalam keadaan baik dan dalam kawalan ( pembelajaran agama dan ilmu kehidupan berjalan dengan sempurna ). Namun dimana silap nye??

bagi pendapat aku:

1. dari keluarga yg tidak punya kisah ape itu agama dan moral ( punya ramai nye skg ni mak bapak bising bila ada jiran yg tegur anak pempuan @ lelaki yg buat pekara tak baik belakang mak ayah dan tak kisah langsung pun )

2. Pendidikan ... adakah pindidikan yg sedia ada sudah cukup sempurna?? kite bangan dgn BI + Matemati + Saind tapi bagimana dengan Pendidkan Agama + Moral?? tak lulus pun tak pe sbb subjek tak penting kat dunia ni,mana ada masa temuduga orang tanya lulus ke agama islam@ moral??? tak penah dengo pun kan. hehehe

3. Hiburan... ( aku tak nk cakap banyak sbb korang tau ape yg aku maksud kan )

4. Undang2; selagi undang2 org puteh yg kite gunekan, kite akan jauh lebih maju ( dari segi moral dan akhlak ) berbanding org puteh sendiri dan ternyata berlaku.


Sebelum Hukum bunuh dilakukan bagi pesalah buang anak, adalah wajar kite mencari punca bagi setiap masalah ini, aku teringat satu kisah sahabat, bila menangkap seorg pencuri, sebelum hukuman potong tangan dilakukan siasatan terlebih dahulu dijalankan dan didapati pencuri tersebuat mencuri kerna tidak dibayar gaji oleh majikan dan majikan nya yg dikenakan hukuman. Dan ini lah yg aku maksudkan mencari punca bagi setiap masalah tanpa membuat keputusan "didalam bilik aircond+ kerusi yg empuk".

Yang salah tetap salah dan wajar dikenakan hukukam ,dan sebelum hukuman di jalan kan ape yg penting pastikan dahulu dimana kesalahan itu bermula. Aku hanya nk kongsi maklumat dan pendapat sahaja:

Laporan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN ) bagi kelahiran anak luar nikah:

2007= 16,100
2008= 16,541
2009= 17,303.

Sesama la kite fikir kan dan menakutkan bila menjadi bahan fikiran herm...

p/s; kawan aku cite, entah betul entah tak le, dia cakap pas je sambutan hari merdeka tukang2 sapu dapat kumpul lebih dari seguni kondom2 yg baru pas gune huhuhu dan aku duk pikir berapa banyak plak kalu yg tak pakai kondom huhuhuhuhu. Nasib Merdeka bulan pose hehehehe tapi ramai gak yg tak pose kahkahkahkah adoiii dunia2.....

aku;
toktuasakti;
18 ogos 2010;
pejabat aku:

bahan bacaan; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Bacaan terbaru aku, walaupun sebenarnye buku ni dah lama ada kat pasaran, cuma susah nak jumpa je herm....


Tajuk ; 1511
Tulisan; Faisal Tehrani
Keluaran ; Utusan Publication

Aku tak nak komen ape dulu sbb aku tak baca lagi, tapi yg pasti aku yakin buku ni memag syok gile hahahaha. ( sbb aku mmg pandai pilih buku huhuhuhuhu )

p/s; bulan pose ni kalu pegang buku je mate jadi layu huhuhuhu sadiss betul arkhhhh

aku;
toktuasakti;
15 ogos 2010;
umah aku;
gua aku:

plug; aku pecah; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Ni le jadi nye hasil karya anak2 buah aku bila mmembuat serangan kat dalam gua pertahanan aku huhuhu hancusss semuanye herm...siap sorokan dalam bilik lain takut aku marahhhh hampesssss, deorang tak tau yg benda ni aku sayang sangat sbb ni le kenangan aku belajo dedulu gan budak kelas aku adoiiiiii.


Kene le aku baiki semual hehehe walaupun tak sesempurna yang asal, aku tetap sayang dan kenangan "itu" tetap aku tak dapat lupakan....

p/s; moga kekawaan aku BBA (marketing) hidup dengan gembira dan bahagia hehehe

aku;
toktuasakti;
15 ogos 2010;
umah aku;
gua aku:

selamat datang; Ramdhan; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-


Kepada Ahli keluarga + sahabat2 yg setia, teman2 yg meyempurnakan hidupa aku + kawan2 di sisi. Aku ucapkan "SELAMAT MENYAMBUAT RAMADHAN" moga kite semua mendapat keampunan+ kesejahteraan dan keberkatan didalam Ramadhan....Moga Ramadhan kali ini memberi lebih erti dalam sejarah kehidupan kite semua...

p/s; cepat betul dah puasa ke 5, tarawih ke 6 herm...

aku;
toktuasakti;
15 ogos 2010;
umah aku;
gua aku:

bulan ni; bulan merdeka; aku:

Author: Tok Tua Sakti /


Assalamualaikum + Salam kasih sayang dari aku buat semua....

( Mungkin ape yg aku post kan ni banyak yg dah lama punya cite, sbb aku terlambat post, aku tetap masuk kan gak. Maaf buat semua yg menunggu sbb aku manusia biasa yg cukup biasa huhuhu )

Balik dari opis aku kat Ayo Tawar, aku nampak sebuah keta kancil duk sebelah aku bila sesama kene berhenti sbb lampu dah merah dan aku terpandang bendera "malaysia" gan bendera perak kat keta dia. Dan dalam bebanyak keta yg berhenti gan aku tu, cume keta dia je yg ada bendera. ( kejadian berlaku minggu lepas ).

Baru le aku tau yg aku dah masuk ke buluan OGOS, bulan merdeka hehehe dan aku mengucapkan terima kasih kat keta kancil tu sbb ingat kan aku yg hari merdeka dah nk dekat herm......

p/s; herm.... sampai keta yg duk ingat kan kat aku huhuhuhu atau hari merdeka hanya "waktu" untuk di peringati tanpa dihayati????

aku;
toktuasakti;
15 ogos 2010;
umah aku;
gua aku:

kenangan lalu; aku:

Author: Tok Tua Sakti /


Assalamualaikum + Salam kasih sayang...

Oleh kerna kerja, aku kebalakangan ni agak sibuk dan makin mengabaikan sesawang aku ni hehehe dan maaf pada yg selalu bertanya ngape + ngape dan ngape tak tulis blog tetiap hari herm. Ops lupe yg laptop aku pun dah rosak tak leh nk gune sesangat sbb dah tak nampak ape kat skrin dia hahahaha ( tanda kene beli yg baru ar tu kan hahaha ).

Pagi tadi aku kene pi sekolah ( SMKDARY ) sbb faktor koje dan bukan nye "menjongkit" hehehe dan aku kejap je tak sampai 15 minit pun kat sekolah tu walaupun kalu ikut niat aku mau je aku nk jumpa semua guru2 yg ngajo aku mase dedulu... Oleh sebb "masa bekerja" aku padam kan je la niat aku tu ( maap le ye herm ).

Kebetulan aku kene lalu kat kelas masa tingkatan 6 aku dulu hehehe ( yg punya kenangan manis buat aku emm ) dan banyak le yg aku ingat tentang semua pekara waktu aku kat kelas tu dulu herm.....terlalu banyak sampai tak leh nk lupa ( sampai saat aku tulis blog ni emm ).

Yup, kalu tanya sape pun,l pasti saat bersekolah le yg paling seronok dan mempunyai kekawan dan kenangan yg indah hehehe termasuk le aku kakakaka

p/s; dulu aku pun pemalas gak huhuhu tapi yg penting ensem hahahaha

aku;
toktuasakti;
29 julai 2010;
pejabat; ( huhu dah kantoi kakaka )

ubah; perubahan; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

( gambo hiasan )

Assalamualaikum + Salam kasih sayang dari aku buat semua.

Kamus Dewan; Edisi ke 4:
PERUBAHAN; Perihal berubah, peralihan , pertukaran.

Petang tadi kawan aku tarik tangan ajak turun dan terus pi lepak kedai minum ( aku bukan gay walaupun dia tarik tangan aku hahahaha dan cite ni bukan pasal gay kakaka ) yg aku faham dia nak cite masalah dia dan " perubahan " adalah kata kunci bagi tajuk kami sepanjang petang tadi ( bertambah menarik hujan pulak tu hehehe sambil minum ayo nescafe).

( aku tak kan cite secara terang@ terus tentang situasi yg berlaku sbb banyak benda yg aku kene "cut" huhuhuhu )

Setiap manusia yg pernah hidup dan meneruskan hidup; kira aku, pasti ingin @ berniat untuk berubah dalam setiap detik kehidupan. Namun persoalannye "perubahan" yg bagai mana?. Dan bilamana nama nye perubahan, pasti yg tak baik kepada baik dan yg baik kepada lebih2 baik. Itu perkara yg pasti ( cam mana kite selalu dengo dalam bilik darjah @ kite baca buku2 motivasi ar kan).

Sepanjang petang tadi aku hanya banyak mendengar, ( sbb aku tau kawan aku nk aku jadi tukang dengo bagi masalah dia ) dan ape yg aku mampu simpulkan tentang tajuk aku ptg ni ialah;

1. perubahan perlu dilakukan secara peringkat berperingkat.
2. perubahan yg berlaku ada baik dan buruk ( setiap pada tindakan ).
3. perubahan perlu diasaskan pada keperluan dan keadaan.
4. perubahan jugak bukan "tanda" bagi sebuah kejayaan.

Mungkin banyak lagi yg aku bleh simpulkan ( baik jgn banyak nanti tersimpul pulak kan em). Ape yg penting bagi aku ( fikir aku ), sebagai manusia, dan fitrah manusia yg sepertimana yg dituntut sendiri oleh agama, perubahan kepada kebaikan sememangnye dituntut sama sekali, namun perubahan yg terbaik adalah mengikut "fatonah" dan "fitrah".

Dan sebagai "melayu" yg beradat dan berbudaya, sopan dan santun bersama seperti mana pepatah melayu itu sendiri ; " ibarat menarik rambut didalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerakan". Adalah kunci yg terbaik dalam membuat sesuatu perubahan dalam diri mahupun kehidupan. Sbb kekadang, perubahan yg kita lakukan, secara tak langsung memberi kesan pada kehidupan org lain.... wallahhualam.......

p/s; aku letak gambo katak sbb binatang ni gak melakukan perubahan dalam idup dia, dari berudu jadi sampai 4 kaki huhuhu dan ramai gak manusia skag yg suke jadi katak huhuhuhu ong3...

aku;
toktuasakti;
20 julai 2010;
umah aku:

makan malam; aku:

Author: Tok Tua Sakti /


Menu makan malam aku huhuhuhuhuhu?????????? saje je nak bagi panas kawan aku hakhakhakhakhakhakahak.. urrrbb alhamdulillah....syukur pada Tuhan yg memberi rezeki.. ( ni makanan kegemaran aku hehehehe )


p/s; musim doyan kali ni tak jadi kat kebun @ kampung aku herm... tak de rezeki ar tu atau aku tengah duk pikir yg pokok2 doyan aku sambung merajuk balik kot huhuhuhuhu

aku;
toktuasakti;
19 julai 2010;
umah aku:

aku;botak;aku:

Author: Tok Tua Sakti /


( aku masuk kan gambo ni sbb ada yg nk tgk huhuhuhu )

Akibat dari demam yg panjag ( 7 hari ) gan jumpa sampai 4 org doktor huhuhu alhamdulillah sihat, kuat dan ensem balik hahaha. Dan aku terpaksa "mendogolkan" kepala aku sbb dah tak tahan panas badan kakaka. Dan abg aku kasi hentam je sbb dia tau potong rambut "pesen MAWI" je kate dia, adoiii walaupun aku rasa aku ensem lagi dari mawi hahahahaha.

p/s; kak aku cakap rupe org sakitt je huhuhu kantoiii ( aku je yg perasan rupenya cam ensem hukhukhuk )

aku;
toktuasakti;
19 julai 2010;
umah aku:

hadiah hari jadi; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Terima Kasih pada Adik beradik, sahabat , teman , anak2 buah dan adik2 aku, yg masih ingat hari "beranak" aku kat dunia hehehehe. Ni hadiah dari Sahabat aku yg jauh di pos melintasi dari "di bawah bayu" dan TQ gan gan baju "jerMAN" walaupun kalah main bola masa Piala Dunia huhuhuhu.


p/s; makin tua aku rupenya hahahahaha tapi manisss ada hahahaha

aku;
toktuasakti;
19 julai 2010;
umah aku:

opah dah kembali; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Assalamualaikum + Salam kasih sayang dari aku....

Tepat jam 3 pagi, Jumaah, 9 julai 2010, Kg Teluk Kepayang Bota, Perak. Opah telah kembali ke sisi Tuhan yg Menciptakan... Seusia 93 Tahun ( ikut i/c ). Alhamdulillah ketika Malaikat Maut mampir ke rumah aku, aku masih dalam keadaan berjaga ( sbb semua berjaga dalam keaadaan bergilir2 ).

Kenangan, yup..mungkin itu yg masih tinggal untuk kami yg hidup. Hampir 4 bulan Opah tinggal gan kami, dan selama itu aku ada gan Opah dan antara rutin harian aku gan Opah ( cium Opah sebelum tido gan pi koje) herm...

Skg aku dah tak de Opah ( Datuk mmg aku tak penah tgk masa hidup aku sbb dah meninggal dunia dulu ) dan aku bersyukur sbb aku sempat bersama Opah hingga ke akhir nyawa. Walaupun Opah meninggal kat umah aku, jenazah tetap tanak kat Kampung nenek moyang dia ( Lambor Kiri ) dekat gan kuburan Datuk gan anak pempuan dia ( cam mana yg dia nak).

Aku duk perah otak aku tuk ingat balik kenangan aku mase kekecik dulu gan Opah. Aku hanya ingat yg aku selalu pi umah Opah aku naik basikal galang ( berpalang) gan mak aku, main kuda2 gan kambing2 opah aku gan ambik mengkuang gan mak aku hehehehehe tu je herm.

Sebelum meninggal, nenda aku selalu pesan kat anak2 + adik beradik aku;
1. jangan jaduh2 adik beradik @ laki bini
2. jangan kawin lagi ( bagi anak2 gan cucu2 lelaki) hahahaha tak termasuk aku kakaka

Semua adik beradik aku balik termasuk pakcik2 aku dan semua urusan selesai dengan baik dan sempurna sebelum solat jumaat... dan hidup ini perlu diteruskan....

p/s; moga arwah aman disisi Tuhan yg Maha Menciptakan....amin...

aku;
toktuasakti;
19 julai 2010;
umah aku: