anak tong sampah; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Assalamualaikum + Salam kasih sayang buat semua....

Pagi ni hujan dan aku tak leh nak kuar dari pejabat wat koje aku, lepak2 sambil jenguk sesawang aku gan kekawan aku yg lain dan aku terbaca entry kawan aku kat http://capaltua.blogspot.com/ yg bertajuk Adakah Patut Pesalah Rogol Di Hukum Gantung?
Monday, August 2, 2010.

Dulu aku penah terpikir nk komen pasal kes ni tapi aku simpa ke je niat aku ( sbb aku nk jadi kan dia sebagai bahan pikir je ) di tambah kan pulak gan aku ni bukan ahli dalam tajuk2 besar yg semacam ni kan. Memandangkan aku ni bukan nye "insan Kamil" yg boleh menulis tajuk yg begitu sensetif kan hahaha.

Oleh kerana ransangan dari kawan aku ( blog member aku ni) jadi nye aku pun nk gak kongsi pandangan dan pendapat yg tak berapa baik dari mate org tapi yg terbaik yg aku leh pikir kan.

( kelakar gile bila ada manuasi yg leh pikir idea tahap gaban bangang cam ni konon nk selesaikan masalah adoiiii )

( aku menulis atas dasar aku manusia biasa yg turut punya dosa+ kesalahan pada Tuhan dan Manusia )

Tajuk besar dan panas dalam mana2 laman web@ media skg ni persoalan tentang " Adakah Patut Pesalah Rogol Di Hukum Gantung?"

Bagi aku, setiap persoalan yg timbul maka kunci nye ada lah faktor dan punca, sememangnya pasti anak yg dilahirkan tidak punya apa2 dosa pada Tuhan @ manusia, namun yg melahirkan dan melakukan adalah penyebab kepada dosa besar ( zina + membunuh dengan niat ).

Kite berbalik semuala ketika kita kecil; Jika sebuah keluarga yg sempurna, anak2 akan diberikan didikan ( agama + moral ) kepada anak, sama ada dari segi pengajaran langsung , tidak langsung atau pekara yg boleh diteladani oleh si anak. Dan kite dihantar ke sekolah ( dengan niat dan perkara yg sama ) sehingga la kite belajar tinggi2 ( tak kisah kat mana pun ) secara susunan, semua nye dalam keadaan baik dan dalam kawalan ( pembelajaran agama dan ilmu kehidupan berjalan dengan sempurna ). Namun dimana silap nye??

bagi pendapat aku:

1. dari keluarga yg tidak punya kisah ape itu agama dan moral ( punya ramai nye skg ni mak bapak bising bila ada jiran yg tegur anak pempuan @ lelaki yg buat pekara tak baik belakang mak ayah dan tak kisah langsung pun )

2. Pendidikan ... adakah pindidikan yg sedia ada sudah cukup sempurna?? kite bangan dgn BI + Matemati + Saind tapi bagimana dengan Pendidkan Agama + Moral?? tak lulus pun tak pe sbb subjek tak penting kat dunia ni,mana ada masa temuduga orang tanya lulus ke agama islam@ moral??? tak penah dengo pun kan. hehehe

3. Hiburan... ( aku tak nk cakap banyak sbb korang tau ape yg aku maksud kan )

4. Undang2; selagi undang2 org puteh yg kite gunekan, kite akan jauh lebih maju ( dari segi moral dan akhlak ) berbanding org puteh sendiri dan ternyata berlaku.


Sebelum Hukum bunuh dilakukan bagi pesalah buang anak, adalah wajar kite mencari punca bagi setiap masalah ini, aku teringat satu kisah sahabat, bila menangkap seorg pencuri, sebelum hukuman potong tangan dilakukan siasatan terlebih dahulu dijalankan dan didapati pencuri tersebuat mencuri kerna tidak dibayar gaji oleh majikan dan majikan nya yg dikenakan hukuman. Dan ini lah yg aku maksudkan mencari punca bagi setiap masalah tanpa membuat keputusan "didalam bilik aircond+ kerusi yg empuk".

Yang salah tetap salah dan wajar dikenakan hukukam ,dan sebelum hukuman di jalan kan ape yg penting pastikan dahulu dimana kesalahan itu bermula. Aku hanya nk kongsi maklumat dan pendapat sahaja:

Laporan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN ) bagi kelahiran anak luar nikah:

2007= 16,100
2008= 16,541
2009= 17,303.

Sesama la kite fikir kan dan menakutkan bila menjadi bahan fikiran herm...

p/s; kawan aku cite, entah betul entah tak le, dia cakap pas je sambutan hari merdeka tukang2 sapu dapat kumpul lebih dari seguni kondom2 yg baru pas gune huhuhu dan aku duk pikir berapa banyak plak kalu yg tak pakai kondom huhuhuhuhu. Nasib Merdeka bulan pose hehehehe tapi ramai gak yg tak pose kahkahkahkah adoiii dunia2.....

aku;
toktuasakti;
18 ogos 2010;
pejabat aku:

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Komen Anda...
^TokTuaSakti^