tentang bahagia; dan kebahagiaan; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

( aku suke gambo ni, TQ pada kawan yg tolong buat kan )

(setelah usai menonton cite tamil TV 2 ~minggu lepas~ yg buat aku menulis entry ni)

Yup...Dasar nye tentang "bahagia" dan kebahagiaan adalah sesuatu perkara yg perlu dicari dalam hidup ini. Maka pelbagai cara yg diusaha lakukan untuk mendapat nilai yg diberinama "KEBAHAGIAAN".

Pecahan dari sudut pemikiran aku dalam manusia menilai erti kebahagiaan

Kekayaan;

Semua org tahu, dalam TV cite2 melayu pun banyak tunjuk yg manusia akan bahagia kalu KAYA hahahaha ( org kaya gelak dia lain skit sbb cepat mati kakakaka ) Ini pasti disulami dengan dunia yg penuh dengan metrialistik = kebendaan. Cth; ada ke Anak org kaya nk bagi kawin gan ank org semekin zaman skg ni?? dah banyak contoh depan mate pun. Kalu jantan perangai cam anto raya pun tak pe asal berharta dimata tapi neraka dihati hehehe dunia2!!. Persoalannye, mampukah kekayaan membeli nilai kebahagiaan??? ( banyak org2 kaya yg bercerai berai kan??? ) kesimpulannya tak menjaminkan ape2 huhuhu.

Popular;

Manusia sekarag berlumba ingin dikenali untuk jadi popular huhuhu ( walaupun tak de org nk kenal pun ) dan tgk je la berapa banyak pertandingan2 nk jadi artis. Adoiii yg pelik dah suara cam longkang pun nk nyanyi gak huhuhuhu ( sowi bukan aku yg cakap tapi juri yg cakap hahahaha) Mungkin bila terkenal diri akan merasai bahagia dan melepaskan derita huhuhuhu. Ada ke cam 2?? popular MAWI pun terlepas gak gambo tak pakai baju kan huhuhuhu dan maknenye tak bahagia mana pun dan contoh yg paling sengkek "Zaiton sameon" habis lunyai hidup bila dah popular sesangat kan em... aku bagi contoh je sbb dunia ibarat roda ( kate org le ) kejap atas kejab bawah.. bila dah bawah mmg payah nk naik da kakakaka.

Kuasa;

Aku sendiri tak nafikan yg kuasa memain kan peranan yg penting dan boleh dianggap mampu mendatangkan kebahagiaan, herm mana ada kat dunia ni yg punya kuasa tak mampu wat ape2? kalu PM jgn cakap le kan dunia ni pun dia nk telan huhuhu ( bukan PM negara aku ar kot kan hehehe ) Tapi bahagia ke bila aku ada kuasa??? Herm pikir2 kan le..


wanita + isteri;

Ada gak aku tengok manusia rasa bahagia bila bersama yg disayangi,, wanita @isteri yg sangat dicintai. Sumpah dan berjanji sehidup semati ( tapi malang belum mati dah tambah bini dan bini hahahaha ) dan dah ada plak pempuan yg madu kan laki adoiiiii dunia2!!!! adakan ini erti bahagia???

Arak+ judi+ dadah;

Aku kenali mausia yg segelintir bergini, mencapai bahagia dalam dunia ilusi yg sendiri. Tapi bila kepala dah kosong serabai mabai tak kenal diri, mana satu bahagia mana satu derita sengsara. Herm tertipu dek syaitan yg sentiasa sembunyi, dalam diri dan diri. Pasti ini bukan kebahagian yg sejati mahupun dicari.

Dan bagi pendapat aku yg kurang nk tepat ni @ fikir aku yg mungkin kurang siuman bagi pale otak korag semua hehehehe.

Sederhana;

yup sederhana membuatkan aku leh menuju kebahagiaan walaupun mungkin bukan 100%, ape yg penting aku gembira2 dan gembira, bersama keluarga + saudara mara + sahabat + kawan buat hidup aku sentiasa senyum dan senyum ( ada org cakap aku bila senyum hensem gila hahahaha bukan gile k huhuhu) herm dan senyum buat aku bahagia.Dulu aku ingat semua yg aku tulis mampu buat aku bahagia dan ternyta tidak pasti jawapan nye. Punya masa beradu bersama Tuhan mengadu tentang diri dan kedaifan, bersama keluarga menyemai kasih sayang, sahabat yg sering menghiburkan dan teman yg sering berdampingan, Adalah jawapan bagi aku erti kebahagian.

Mungkin setiap org punya pendapat yg beda dan beda jauh sekali dengan aku, namun kita punya rasa nikmat hidup yg berbeza dan aku menikmati kehidupan aku dengan cara sebergini dan aku pingin sekali mengekalkannye hingga hujung nyawa untuk bertemu "kebahagian yg sejati" insyallah bersama penakluk jiwa, Tuhan yg memegang kuasa cinta.

p/s;mencari kebahagian dan kesenagan didunia membuat kite tersadai mencari jalan pulang ke halaman yg lebih nyata, bersama kebahagian yg lebih setia tanpa noda dan dosa; aku:

aku;
toktuasakti;
15 ramadhan/ 25 ogos 2010;
opis aku:

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Komen Anda...
^TokTuaSakti^