ubah; perubahan; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

( gambo hiasan )

Assalamualaikum + Salam kasih sayang dari aku buat semua.

Kamus Dewan; Edisi ke 4:
PERUBAHAN; Perihal berubah, peralihan , pertukaran.

Petang tadi kawan aku tarik tangan ajak turun dan terus pi lepak kedai minum ( aku bukan gay walaupun dia tarik tangan aku hahahaha dan cite ni bukan pasal gay kakaka ) yg aku faham dia nak cite masalah dia dan " perubahan " adalah kata kunci bagi tajuk kami sepanjang petang tadi ( bertambah menarik hujan pulak tu hehehe sambil minum ayo nescafe).

( aku tak kan cite secara terang@ terus tentang situasi yg berlaku sbb banyak benda yg aku kene "cut" huhuhuhu )

Setiap manusia yg pernah hidup dan meneruskan hidup; kira aku, pasti ingin @ berniat untuk berubah dalam setiap detik kehidupan. Namun persoalannye "perubahan" yg bagai mana?. Dan bilamana nama nye perubahan, pasti yg tak baik kepada baik dan yg baik kepada lebih2 baik. Itu perkara yg pasti ( cam mana kite selalu dengo dalam bilik darjah @ kite baca buku2 motivasi ar kan).

Sepanjang petang tadi aku hanya banyak mendengar, ( sbb aku tau kawan aku nk aku jadi tukang dengo bagi masalah dia ) dan ape yg aku mampu simpulkan tentang tajuk aku ptg ni ialah;

1. perubahan perlu dilakukan secara peringkat berperingkat.
2. perubahan yg berlaku ada baik dan buruk ( setiap pada tindakan ).
3. perubahan perlu diasaskan pada keperluan dan keadaan.
4. perubahan jugak bukan "tanda" bagi sebuah kejayaan.

Mungkin banyak lagi yg aku bleh simpulkan ( baik jgn banyak nanti tersimpul pulak kan em). Ape yg penting bagi aku ( fikir aku ), sebagai manusia, dan fitrah manusia yg sepertimana yg dituntut sendiri oleh agama, perubahan kepada kebaikan sememangnye dituntut sama sekali, namun perubahan yg terbaik adalah mengikut "fatonah" dan "fitrah".

Dan sebagai "melayu" yg beradat dan berbudaya, sopan dan santun bersama seperti mana pepatah melayu itu sendiri ; " ibarat menarik rambut didalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerakan". Adalah kunci yg terbaik dalam membuat sesuatu perubahan dalam diri mahupun kehidupan. Sbb kekadang, perubahan yg kita lakukan, secara tak langsung memberi kesan pada kehidupan org lain.... wallahhualam.......

p/s; aku letak gambo katak sbb binatang ni gak melakukan perubahan dalam idup dia, dari berudu jadi sampai 4 kaki huhuhu dan ramai gak manusia skag yg suke jadi katak huhuhuhu ong3...

aku;
toktuasakti;
20 julai 2010;
umah aku:

1 comments:

Si Comel Angah said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Post a Comment

Terima Kasih Atas Komen Anda...
^TokTuaSakti^