opah dah kembali; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Assalamualaikum + Salam kasih sayang dari aku....

Tepat jam 3 pagi, Jumaah, 9 julai 2010, Kg Teluk Kepayang Bota, Perak. Opah telah kembali ke sisi Tuhan yg Menciptakan... Seusia 93 Tahun ( ikut i/c ). Alhamdulillah ketika Malaikat Maut mampir ke rumah aku, aku masih dalam keadaan berjaga ( sbb semua berjaga dalam keaadaan bergilir2 ).

Kenangan, yup..mungkin itu yg masih tinggal untuk kami yg hidup. Hampir 4 bulan Opah tinggal gan kami, dan selama itu aku ada gan Opah dan antara rutin harian aku gan Opah ( cium Opah sebelum tido gan pi koje) herm...

Skg aku dah tak de Opah ( Datuk mmg aku tak penah tgk masa hidup aku sbb dah meninggal dunia dulu ) dan aku bersyukur sbb aku sempat bersama Opah hingga ke akhir nyawa. Walaupun Opah meninggal kat umah aku, jenazah tetap tanak kat Kampung nenek moyang dia ( Lambor Kiri ) dekat gan kuburan Datuk gan anak pempuan dia ( cam mana yg dia nak).

Aku duk perah otak aku tuk ingat balik kenangan aku mase kekecik dulu gan Opah. Aku hanya ingat yg aku selalu pi umah Opah aku naik basikal galang ( berpalang) gan mak aku, main kuda2 gan kambing2 opah aku gan ambik mengkuang gan mak aku hehehehehe tu je herm.

Sebelum meninggal, nenda aku selalu pesan kat anak2 + adik beradik aku;
1. jangan jaduh2 adik beradik @ laki bini
2. jangan kawin lagi ( bagi anak2 gan cucu2 lelaki) hahahaha tak termasuk aku kakaka

Semua adik beradik aku balik termasuk pakcik2 aku dan semua urusan selesai dengan baik dan sempurna sebelum solat jumaat... dan hidup ini perlu diteruskan....

p/s; moga arwah aman disisi Tuhan yg Maha Menciptakan....amin...

aku;
toktuasakti;
19 julai 2010;
umah aku:

1 comments:

MeLaTi PuTeH said...

Agak terkilan sebab tidak berkesempatan berjumpa ngn opah.. em.. moga rohnya dicucuri rahmat

Post a Comment

Terima Kasih Atas Komen Anda...
^TokTuaSakti^