kebun doyan; part 2; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Macam yg aku cakap semalam, maka hari ni bermula le projek menebas kebun doyan hehehe dan kami pg bertiga aku; mak gan apak hehehe. Dan ternyata aku ni mudah pancit bila aku tak dapat menebas mengalahkan mak aku huhuhu sebb bapak aku pegang parang jadi mandur je huhuhu. Dan menambah kan kehampehan aku bila aku yg ajak mak aku balik sbb dah tak tahan penat sgt2 hahahahaha hampeh2 huhuhu.
Bile sampai balik terus tido le kan dan sedo2 da jam 6 petang hahahaha herm.
p/s; banyak sungguh pacat huhuhu sanpai kene gigit 5 ekor tu hehehe mesti darah aku gred "A" ni hahahaha
aku;
toktuasakti;
18 okt 2009;
kebun doyan;
umah aku:

aku yg dulu2 hahaha; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Em tetiba je aku kuar kan gambo ni kan hehehe mesti korang kate aku nak 'parking glemer' hahahaha ( ada aku peduli? ) hehehehe sorry em. Ari ni aku da bt pelupusan @ buang a.k.a padam kali yg kedua dalam laptop aku, tetiba je aku rasa tak nak simpan gambo lelama aku yg sesorg ( cam kat atas 2 la ) jadi nye untuk kenangan2 aku simpan kan 1 kat blog aku hehehehe.
Aku rasa gambo ni di ambik kat Taman Bukit Cahaya @ Taman Bukit Cerakah Selangor. Masa ni tgh musim salji kat Rumah 4 musim dan sepanjag aku masuk kat dalam ni sememang nye musim salji je pun hehehehe. Dan ni la port yg aku suke lepak dulu2 dan aku pun tak tahu ngape hahaha dan aku harap aku tak kan pi lagi tempat ni lagi pas ni hahahaha ( mesti musim salji je hahahaha ) Mungkin gambo ni 2 tahun yg lepas kot hehehe ( leh kot2 pulak hahahaha )
p/s; korang pi ar tempat ni bagus hehehe cantik gan hutan2 em tetiba aku suke pulak tempat ni huhuhu hampeh sungguh arr...hahaha
aku;
toktuasakti;
17 okt 2009;
umah aku;
tetiba teringat kat enggor huhuhuhuhu:

1000 pelawat; aku:

Author: Tok Tua Sakti /


Alhamdulillah akhirnya hehehe sampai gak pelawat aku ke 1000 hehehe time kasih aku ucapkan kesemua pelawat2 yg sudi bertandang dan menjenguk2 umah Tok ye. Dan bebanyak time kasih Tok ucapkan pada "assit" Tok yg sering membantu dan "cover" blog Tok hehehe. Moga semua terus memberi sokongan dan komen2 untuk Tok terus memblog hehehe TQ2.
Wassalam.....
aku;
toktusakti;
17 okt 2009;
umah aku:

kebun doyan apak; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Dalam jam 5 petang tadi apak aku ajak melawat kebun doyan dia dan dengan rela hati nye aku ikut hehehe sbb aku mmg suka gan kebun doyan em dari kecik2 lagi em sbb dalam hutan ni la apak aku banyak ajo aku pasal tumbuhan hutan hehehe.

Operasi aku datang ari ni hanya nak kire berapa batang pokok yg berbuah dalam kebun ni dan aku la yg jadi tukang kire sbb apa aku da tak nampak hehehe. Kire punya kire semua sekali 28 batang yg berbuah daripada 34 batang pokok hehehe alhamdulillah le em.

Dan nampak nye esok aku kene la menebas pulak huhuhuhu da lama da pokok ni tak berbuah dan aku rasa da dekat 3 tahun kot em. Dan " sahabat " aku mesti ingat ape sejarah yg ada kat kebun ni hahahaha dan sampai skg aku dan dia tak pernah lupa hahahaha.

( apak aku dan pondok doyan hehehe )


( doyan tua apak aku )



p/s; aku akan cite kan dgn lebih lanjut bila buah doyan da betul2 gugur nanti hehehe

aku;
toktuasakti;
17 okt 2009;
kebun doyan;
umah aku:

rumah terbuka;kg aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Assalamualaikum semua;

Hari ni aku mulakan dengan Program Sambutan Raya bersama penduduk kampung dan juga bersama- sama anak yatim dikawasan sekitar. Cam biasa aku mesti datang punya kan hehehe sebab ada makan2 hahaha. Yg paling utama, masa ni la aku nak tunjuk kan kat kampung ni yg aku ni WUJUD hehehe dan bermasyarakat kan em kan musim raya lagi hehehe + raya Hindu hahaha. Dan yg paling aku gumbira aku bertemu semula dgn sahabat lama aku (faizal a.k.a penghulu bota ) dah 2 tahun aku tak jumpa dia herm da ada 2 org anak pun hehehe Tahniah...


( kumpulan nasyid impot dari KL / aku tak tahu ape nama kumpulan nye hehehe )



( no cabutan bertuah hehehe cam biasa aku memg kurang bertuah dan aku tak perlukan tuah utk hidup em )

( apok aku gan sepupu2 aku )


( kain rentang program )


( paling laris hehehe sate )


( sepupu2 aku )


( tetamu dari kampung aku )


( sahabat aku ; penghulu ; mat & tok mat )


( tok taa aku pun ada hehehe )


Kesimpulan nya program ni memag berjaya sbb kehadiran yg datang mungkin melebihi daripada jangkauan sbb makanan semua habis awal hahahaha alhamdulillah la em, moga tahun depan ada lagi sbb leh makan2 hahahaha.

p/s; syok nye kalu hari2 cam ni hahahaha

aku;
toktuasakti;
17 okt 2009;
umah aku:

HAPPY DEEPAVALI; aku:

Author: Tok Tua Sakti /


Tok ucapkan " HAPPY DEEPAVALI " pada semua kaum Hindu di seluruh MALAYSIA dan seluruh DUNIA. Moga keamanan akan dan kebahagian akan terus dapat dinikmati bersama.

dari aku;
toktuasakti;
17 okt 2009;
umah aku;
ini cahaya dari Tuhan yg SATU:

erti bahagia; dari mata; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Assalamualaikum semua;

( entry ni aku da simpan hampir 1 bulan, dan skg aku rasa da masa dia di"post" kan hehehe )

Aku ingin sekali bercerita tentang " BAHAGIA " mungkin dulu2 lagi aku dah kuar kan post ni, tapi aku tunggu " sesuatu " dan aku rasa sesuatu dah muncul kot hehehehe.

Aku mula kan dengan maksud secara ilmiah dulu em;

bahagia 1 ; suasana senang dan aman, aman damai serta gembira : maka hiduplah mereka berdua dengan aman : KAMUS DEWAN edisi keempat:

Aku pasti sama sekali yg setiap MANUSIA yg hidup dimuka bumi khusus nya dan seluruh MAKHL.UK dimuka buni TUHAN ingin hidup " bahagia ". Dan setiap manusia pasti mempunyai maksud @ erti bahagia mengikut definasi masing2 atas kefahaman dan kehendak masing2. Cam 2 gak le aku. Sekiranya mengikut pemahaman aku, bahagia itu akan berubah2 mengiku USIA, KEFAHAMAN dan KEHENDAK diri dari masa ke semasa.

( Teori mengikut kefahaman aku dan aku tak suruh korang ikut @ srtuju gan pendapat aku )

Sedari di alam Roh, kita ditiup kedalam Rahim IBU; maka kebahagian itu adalah milik ibu bapa yg pasti merasai nikmat bahagia kerna adanya " nutfah " @ keterunan dari kasih sayang Tuhan atas tanda kasih sayang IBU dan BAPA yg akhirnya lahirkan kita ( anak ) dan ketika ini kita yg memberi kebahagian kepada manusia ( ibubapa dan keluarga ).

Dan sehingga kita melalui alam kanak2; kebahagian kita bersama ibu bapa menjadi lebih erat dan kebahagian itu makin dirasai bila kita mula mengenali kawan2 atau teman yg sebaya disekitar kita ( mungkin kan ? ).

Melalui alam remaja menjadikan hidup menjadi lebih bahagia bila kite mengenali ape itu erti " sayang " pada keluarga, kekawan dan teman2 yg lebih rapat dan lebih mengerti apa itu erti parsahabatan ( mungkin kan ? ).

Hidup makin ingin kebahagian bila memasuki alan dewasa, ( mungkin korang pun cam 2 kot hehehe ) disaat ini kita bukan lagi ingin memberikan kebahagian tetapi ingin menikmati kebahagian @ mungkin lebih tepat merasai " kasih sayang ".

( aku hanya mampu mendefinisikan bahagia hanya setakat ni je ( sbb aku berada di tahap ini je hehehe ).

Alhamdulillah akihirnya, ketika disaat ini aku dapt memahami sesuatu yg lebih penting tentang erti bahagia em, semalam aku tengok cite drama kung fu cina hehehe TV 8 jam 7 mlm ( aku mmg minat tgk cite kung fu hahaha sbb leh terbang2 huhuhu )

Korang tau tak yg kalu korang tgk cite2 kung fu cina banyak percakapan deorg " berfalsafah " hehehe 2 yg aku rasa la kan dan aku dapat satu ayat yg menarik semalam ttg bahagia :

" jika kita inginkan kebahagiaan , jadikan diri kita layak menerima kebahagiaan "

Persoalan nye adakah kite layak menerima kebahagiaan? dan macam mana baru kita dikira layak untuk menerima kebahagiaan? dan ape itu kebahagiaan yg sejati? dan boleh kah kita hidup tanpa bahagia? hahahahahaha makin banyak persoalan maka makin pening la pale aku hahahaha ( korg pun leh joint sekali kalu rasa nak pening hahahahaha )

Untuk kesimpulan entry aku yg panjang dan membosan kan korag hahahaha ( sory em ) kebahagian bagi aku secara peribadi ( sepanjang 10 tahun yg lalu atas kefahaman dan pengalaman ), tiada ape yg lebih membahagiankan diri aku ( setiap insan yg bertuhan ) apabila kebahagian kita dibalas oleh TUHAN yg Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Hidup ini menjadi lebih erti dan bermakna sepenuh nya kebahgaian diri kita sering bersatu dgn Tuhan dan ( sukar untuk aku cite kan erti kebahagian yg berbentuk hakikat ) kerna ianya perlu dicari dan dicari. Kerna ianya sering datang dan pergi herm.

sekian wallah hu alam, dari aku;


aku mencari bahagia
dilorong senja
walau jalan nya derita
sisih nya sengsara

aku mencari bahagia
dari sinar cahaya
kerna di yg Esa
adalah kuasa

aku mencari bahagia
dari sisa - sisa
bahagia dan duka
kerna aku tetap ingian DIA ( Tuhan yg Satu )

p/s; huhuhuhu NUR KASIH da TAMAT huhuhu bagus penamat dia em... " bahagia " kan hehehe dapat bini 2 kahkahkahkah


aku;
toktuasakti;
16 okt 2009;
umah aku;
aku menuju bahagia :

sesibur senja; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

sesibur senja;
terbang tinggi menuju cahaya
hidup nya penuh dgn gulana
kerna mencari cahaya cinta
yg telah kelam ditutup gerhana;

sesibur senja;
iringi malam menutup cahaya
kerna ia penawar duka
kerna sesibur adalah setia
bersama- sama cahaya;

sesibur senja;
andai malam menjadi duka
kerna malam menutup cahaya
pasti esok cahaya menjelma
kerna cahaya adalah cahaya;

sesibur senja;
berikan lah cahaya
untuk sesibur senja
kerna cahaya adalah kehidupan
yg membentuk harapan:

p/s; tetiba sesibur masuk bilik aku herm, mungkin hujan kot em...

aku;
toktuasakti;
16 okt 2009;
umah sewa aku:

umah aku;ada TV hehehe; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

( gambar hiasan je )

Umah sewa aku sekg da ada TV hehehe, TV ni dah lama berkhidmat gan aku lama sungguh aku rasa, dari zaman belajo sampai bujang dan skg aku dah koje pun herm ( setia sungguh tanpa pernah meragam pun ) setia sungguh dia gan aku dan umur TV ni skg dah menghampiri 10 tahun herm. Bagus kan hahahaha.

p/s; leh ar aku tgk cite karton hahahahaha

aku;

toktuasakti;

16 okt 2009;

enggor jadi saksi:

menziarah kematian; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Tengah hari tadi aku pi ziarah kematian isteri bekas staff sekolah sini, kire nye jadi wakil sekolah ar kan termasuk cg mat gan cg shaari. Suasana yg penuh kesedihan menyelubungi disekitar kawasan. Dan pasti aku amat memahami suasana ini dan pasti sama ada kite mahu atau tidak, ianya akan berlaku dan terus berlaku.

Dan ape yg menjadi bahan fikir aku, seseorang akn merasa kesedihan apabila kehilangan org yg baik2 sepanjang hidup nya, persoalan nye; adakah bila aku mati nanti, adakah org2 disekeliling aku akn turut sedih bila aku tak ada? herm maka jawapan nye memang tak pasti kan em???
Maka pikir2 kan le em, kalu rasa kite ni bukan org2 baik, maka nye tak de orang nak rasa sedih pun ( mungkin termasuk la aku herm ) fikir2 kan la...

p/s; aku turut merasai kesedihan ini...

aku;
toktuasakti;
15 okt 2009;
enggor yg sedikit sepi:

ini kisah sebuah perjuangan; ( bukan aku hehehe ):

Author: Tok Tua Sakti /

( gambar hiasan lalat2 yg mati kene perangkap lalat hehehe )

Maka berkumpul lah semua lalat2 yg ada diseluruh negara,

didalam Istana Tandas yg penuh taik2 untuk dijadikan bahan makanan yg mampu dikongsi bersama,

bersorak gembira dan bertepuk tangan lah sekelian lalat2 dengan semangat yg penuh berkobar2 untuk mendapat habuan taik2 yg sama rata,

tanpa mengira jantan dan betina,

keluar lah kata2 keramat semangat untuk sekelian lalat2 semua,
yg pejuangan ini adalah untuk " bangsa lalat " yg mulia,
walau lalat2 tahu sedia ada,
yg mereka sebenarnya hanya lalat2 semata,
yg hidup demi taik2 enak dimata,
hingga mampu tidur lena......
kerna perjuangan itu hanya kata2... hahahahaha
dah kene tipu semua...kahkahkahkahkahkah....
p/s; hahahahaha moge selamat le semua yee....
aku;
toktua ( yg benci lalat );
15 okt 2009;
enggor yg indah;
aku setia disini:

ganti cikgu; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Assalamualaikum semua kekawan, teman dan sahabat yg aku muliakan serta pengunjung umah aku (blog).

Pagi2 ni masa aku nak sarapan pagi sambil menikmati Nasi Lemak Kak Non dan Kopi yg pekat likat yg mampu menaikkan semangat pagi aku tetiba terbantut bila kene panggil gan PK 2 herm. Macam mana pun aku habiskan makan pagi baru leh jumpa PK kan hahahaha ( macam HERO je kahkahkah ).

Owh... rupe nye kene ganti kelas je hehehe tak de masalah punya dan subjek nye PJ je pun hahaha dan aku bagi le bebudak main ape yg deorg naik main sampai nak cabut kaki gan tangan deorg leh berhenti hehehehe.


Dan nak disedapkan cite, aku gan Cg Mat pun joint sekali hahahaha ( cam aku cakap aku tak pandai main spesis BOLA kan hehehe ) tapi ternyata pagi 2 aku leh gak le main kan hehehe ( sebb main gan bebudak hahaha ) dan yg penting menag kan hahahaha.
p/s; Happy sungguh main binatang ni rupe nye huhuhuhuhu/baju cg mat koyak hahaha....


aku;
toktuasakti;
15 okt 2009;
pagi;
SKB enggor;
aku serasi disini:

main gak aku badminton; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Assalamualaikum semue....

Akhirnya selepas 2 kali percubaan untuk main badbinton dan untuk kali ke 3 aku akhirnye berjaya gak main hehehehe. Dengan langkah penuh keHEROan aku bermain se"persis" Misbun Sidek hahahaha. Dan akhirnya, ternyata lutut dan pingang aku tak sehandal dulu kerana hanya mampu main 2 set je hahahaha ( hampeh ). Dengan itu, berlaku lah kutukan yg mengatakan aku ni dah tua hahahahaha.

p/s; huhuhu nak main benda kalu stamina pun tak ada hehehe, jadi le nak kuar2 ka peluh herm.

aku;
toktuasakti;
14 okt 2009;
umah sewa aku:

pertandingan mengecat; part 3; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Atas arahan Guru Besau, maka projek mengecat diteruskan di Blok Tandas dan turut dia adakan pertandingan sape yg paling cantik mengecat hehehehe ( saje pancing je tu hahaha ) tapi hadiah mmg da aku beli kan gan Cg Mat hehehe siap mengulo pi KK lagi hahahaha bagus2. Dan aku selaku Mandur yg ensem bagi arahan je la kan hehehe bersama2 Cg Mat hehehe. Dan nak dipendek kan cite korg tgk gambo lagi syok kan em hehehehe ( ayat org malas nak menaip hahahaha sape??? aku la hahahaha )

- tahun 6 B -

- Tahun 6 C -

- Tahun 6 B -

- Taklimat dari Bro Pozi -

aku a.k.a MANDUR hahahaha

p/s; aku pi beli gule2 untuk budak2 tahun satu gan pra sbb deorg lulus ujian yg aku bagi hehehe

aku;
toktuasakti;
13 okt 2009;
SKB enggor;
umah sewa aku:

bila aku dah x ada koje hahaha; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Masa aku ambik gambo2 ni masa hari ( SELASA 12 okt 2009 ), memandangkan bebudak Tahun 6 pun da X ada kelas dan dah nak meninggalkan sekolah dan nak dijadikan cite deorg jemput aku bergambo dan aku OK je hehehe ( cam artis pulak hehehe ) x ah, mesti deorg nak bt kenang- kenangan dan cam 2 gak aku kan em. Dan le aku bila da tak ada koje hehehe...


- pengawas2 pempuan Tahun 6 -

- pengawas2 lelaki Tahun 6 -
Cam biasa koje aku hehehe, aku akan masuk kelas Pra ikut masa aku ar kan hahaha tengok2 deorg buat koje dan layan2 deorg hehehe hapy2 herm mmg dunia budak2 herm ( aku cam2 gak kot dulu2 em )

- pra 2 -

- Pra 2 -

- Pra 2 -
Em 2 je kot koje aku sepanjang hari 2 hehehehe nak wat cam ne kan, HERO le kate kan hahaha yg penting koje aku setel dan aku leh buat ape yg aku rasa leh megumbira kan hati aku em.

p/s; semua makhluk kat dunia nak happy, tapi jgn bina kegembiraan dengan kesedihan org lain OK, pasti tak akan selamat DUNIA & AKHIRAT hahahaha ( aku rasa2 ar kan hehehe ) ape2 pun aku harap korag pun HAPPY gan dunia korang em...

aku;
toktuasakti;
14 okt 2009;
SKB enggor;
umah sewa aku:

aku;atas fikir; aku:

Author: Tok Tua Sakti /


Assalamualaikum bt semua sahabat.. maaf kerna aku lambat nak update post untuk kalian semua. Maaf gak pada yg teman duk SMS sbb aku tak kuar kan entry dengan kadar segera herm. Mesti sesuatu pekara yg berlaku bersebab kan hehehe cam 2 gak gan aku. Tetiba aku terbaca kat ruangan komen dalam blog aku dari Fendi TKR a.k.a Chor Fendi ( sahabat yg aku masa aku kecik lagi den menjadi lebih mengenali 9 tahun yg lalu )
Komen tu berupa cam peringatan bt aku, dan bunyi nye cam ni :
Pada 6 Okt 09, 12:01

fendi..TKR.: Sabda Baginda Rasullullah S.A.W : "Akan datang panji-panji hitam dari sebelah timur,seolah-olah hati mereka bagaikan kepingan-kepingan besi.Barangsiapa yan
dan syg nye Hadis 2 tak habis huhuhuhu mungkin masa dia hantar kat aku 2, ruang komen aku ada masalh kot hehehe. Dan aku mengambil masa sampai 3 hari nak cari Sanad yg penuh dan tepat bagi Hadis ni dan Alhamdulillah akhir nye aku jumpa gak gan Hadis ni em. Mengapa penting sgt gan hadis ni ek??? kalu pada aku banyak makna nye kerana Hadis ni la yg membuat kan aku kuar jauh dari kepompong pemikiran dan pandangan aku hehehe ( ape ek? ).
Hadis dia berbunyi cam ni ;
Sabda Nabi SAW:
Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji. (Al-Hafiz Abu Naim)
Cam aku cakap, aku da terbaca hadis ni kire2 10 tahun yg lepas dan buat aku banyak berfikir herm dan salah satu dari nye sehingga kini aku menolak pendapat yg "manusia hanya mencukupi beragama daripada KETERUNAN sedia ada"
Dan ianya menguat kan aku Tentang kehadiran Imam Mahadi dan Imam Isa menentang Dajjal di azhir zaman ( mungkin skg??? ) tapi yg pasti waktu itu di TIMUR lah pahlawan2 akan dilahir kan ( timur yg mana??? sendiri pikir la em ).
p/s; Untuk bahan fikir kita bersama, mengapa perlu Amerika @ YAHUDI perlu melancarkan peperangan di Negara2 islam ( anda sendiri tahu Negara yg mana ) kalu tidak kerana Hadis ini antara nya. Selagi dunia tidak mengamal kan cara hidup islam yg sempurna, selagi itu lah hayat dunia dapat dipanjang kan dan Dajjal akan terus berkuasa herm ( pada pendapat aku la kan ).
aku;
insan yg lemah disisi Tuhan;
14 okt 2009;
enggor yg sendiri;
katakan TUHAN itu SATU:

babi makan ape? ( mkn duit la hahaha );aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Tahniah!!!!

Penjilat2 dan kutu2 BABI masih boleh meneruskan kan kehidupan walau di dalam tong2 samapah yang hanyir - banyir disekeliling anda dengan penuh kegairahan meraikan kemenangan hehehehehe....

Dan anda adalah bangsat2 yg elok sekali seperti lembu2 di pasung hidung hahahahah. Maka, Raikan lah Cinte dgn penuh kemenangan dgn laungan KemeLAYUan hahahahaha.

p/s; hehehe pantai PD nampaknye skit lagi nak kene TSUNAMI gak kot hahahahaha selamat kan diri anda !!!!!!!!!!!

aku;
toktua ( sambil tersenyum hahahaha );
11 okt 2009;
depan TV 3 suku;
umah aku:

isnin; 12 okt; aku & sekolah; aku:

Author: Tok Tua Sakti /


Salam penuh keberkatan dan moga diberi kerahmatan buat semua...sahabat2 yg aku ingati selalu...

Aku hanya nak bagitahu yg ari ni hari ISNIN hehehe ( 12 okt 2009 ) aku cukup heran dan bertambah2 kehairanan gan diri aku pulak hahaha aku tak sabo2 nak jumpa gan hari ISNIN hehehe ngape ek??? sebb dari dulu ( dari zaman belajo - koje ) aku tak suke ari isnin sebab kene mula belajo@ koje hahahaha.


Dan aku sangat bahagia berjumpa gan hari ni heheheh ( mungkin aku dah tak ada ape2 kot yg menarik dalam hidup aku ) selain jumpa gan bebudak2 yg selalu tunggu aku depan pagar sekolah ( semata2 nak ucap salam dan cuim tangan? ) herm dan itu dah cukup membahagiakan aku bagi sebuah daerah yg di panggil " kehidupan".

p/s; isnin hari perhimpunan sekolah hehehe dan hari yg aku kene pakai tali leher sepanjang hari huhuhu panas2 kahkahkah

aku;
toktuasakti;
12 okt 2009;
SKB enggor;
aku bahagia disini:

koleksi buku; aku:

Author: Tok Tua Sakti /



Sebb tadi aku cite pasal buku, baru aku aku teringat kat buku aku yg satu ni herm ;
yakjut & makjuj/ bencana di sebalik gunung
( muhammad alexander / wisnu sasongko )
Lama betul aku da baca buku ni hehehe da dekat 7 bulan da herm, mmg bagus buku ni sampai leh buat kan aku hampir2 kecewa gan buku ni hahaha ( 2 tanda buku ni diketogorikan buku yg bagus hahahaha bagi aku la kan ).
Kalo korang pun nak bagi otak korang berdenyut2 hehehe korg pun baca le ek em. aku pun baru baca muke surat dia 118/550 halaman hehehe ( kire hampeh gak la aku ni kan hehehehe ).
p/s; kalu aku rajin, nanti2 aku kongsi koleksi2 buku2 yg punya erti dan berharga dalam hidup aku OK. ( yg penting buku dibaca dan kutip sebanyak mana pelajaran dan pengalam di dalam nya em )
aku;
toktuasakti;
11 okt 2009;
buku aku;
umah aku:

parlimen ke 50; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Selamat Menyambut Sambutan Parlimen Malaysia yg ke 5o

moga ianya menjadi medan untuk rakyat; bukan tempat rakyat melarat; aku:

aku;
toktuasakti;
11 okt 2009;
umah aku:

ipoh punya cite; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Assalamualaikum semua....

Untuk program ari ni Kak aku ajak aku pi IPOH herm, walaupun aku berat hati nak pi sana aku ikut kan gak sbb bagi aku, aku lebih selesa nak membeli- belah kat Manjong je hehehe. Nak mencantik kan cite, aku ajak 2 org anak buah aku sekali hehehe Along gan Ijun ( kebetulan deorg tak balik kampung hehehehe )


Aku ajak anak2 buah aku tolong pilih kan baju aku yg nak aku beli hahaha (aku tak pandai memilih hahahaha ) dan nak menjadikan duit aku kering, aku sambou 2 helai baju hehehe ( baju kemeja/ baju koje le) herm tak pe la kan, bukan nye selalu hehehe. Aku ingat nak pi tgk wayang gan deorg, memandagkan anak buah aku si KUNTUM gan BULAT kecik lagi herm kire abaikan la dulu hehehehe. ( saje nak belanja deorg kan em )




Aku cam biasa, mesti beli buku punya hehehe aku beli 2 buah je buku sbb memandang kan buku2 yg sebelum ni aku tak baca lagi hehehe ( insyallah akan habis punya hehehe ). Aku heran la kat mana2 aku pi tak kire kat Kuala Kangsar @ Ipoh kurg kedai buku herm ( kurang budaya ilmu ni hehehe mungkin ar kot hehehe )
Aku beli 2 buah buku;
CINTA SANG RATU
( RAMLEE AWANG MURSYID )

tak kala cinta berbisik
suaranya memuji TUHAN
pabila rindu terusik
rasulnya jadi pilihan:
Buku ni da 2 kali aku baca hehehe ( pinjam org punya huhuhu ) jadi nye aku beli sendiri kat kedai terpakai kat ipoh hehehe kire cam untuk koleksi simpanan aku la ni kan. Aku da mula baca buku tulisan Bro Ramli ni dari Tingkatan 4 lagi em sampai ar skg, mungkin dia ni lain dari yg lain hahahah tapi tak gile cam aku em ( aku gile ke? ). - kadang2 bila pendapat kite bertentangan; maka org akan cakap aku gile; ada aku peduli?; aku adalah aku: -
kalu korang nak lebih lanjut ttg Bro Ramli; tandag2 la ke laman blog dia ok:
Dan untuk buku ke 2;
ADVENCER SI PENIUP NEY
( FAISAL TEHRANI )
Aku baru gak kenal bro ni, dan aku cukup heran buku dia ni payah nak jumpa kat kedai2 buku herm ngape ek? ( adakah kerana aliran pemikiran yg berlainan? herm dunia2 ). Bila aku jumpa buku dia aku terus sambau la kan hahaha dan aku masih ingat yg aku penah jumpa Bro Faisal ni hehehe masa DEMO ANTI PPSMI dulu gan Ayahanda A. Samad Said herm ( korang ingat lagi ke? hehehehe - macam mana perit nye makan bom asap hahahahaha - )
kalu korang nak lebih lanjut ttg Bro Faisal ; tandag2 la ke laman blog dia ok:
Entah kenapa aku cukup gumbira gan buku2 aku sampai aku leh tertido gan kedua2 buku ni herm ( walaupun tak baca lagi hahahaha )
p/s; aku gembira bila kuar gan anak2 buah aku herm; kire sejarah ni hehehe
aku;
toktuasakti;
11 okt 2009;
ipoh - bote:
umah aku:

lepak; aku dan kekawan; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

- Mamat & Zamil -

Aku lepak gan kawan2 aku malam tadi herm, da lama sgt tak lepak gan deorg ni. Sorg ni Mamat a.k.a Ustaz Mat dan lagi sorg Zamil a.k.a Zamil buyut hehehehe ( gurau je ) . Aku kenal deorg ni dah lama masa aku kecik lagi sampai la skg em.

Mamat menjadi tempat rujuk aku kalu bab agama sbb dia mmeg handal dalam bidang dia ( kesusasteraan arab ) dan Zamil ni bukak perniagaan sendiri dibawah bimbingan MARA sbb dia mmg pandai dalam baik membaik ni hehehe ( mmg handal dari kecik lagi pun ).

Kami kuar untuk meraikan dan untuk ucapan Tahniah pada Zamil yg da berjaya keluar dari kepompong " BUJANG " hahahah sbb dia da bertunag hahahaha kelakar gak dengo cite dia herm..

Banyak sangat disembangkan dari jam 10 mlm sedar2 da 2 pagi hahahah siap mak zamil call lagi suh balik hahaha kantoi ( belum kawin lagi 2 hahahaha ).

p/s; Moga kamu bahagia; kerna aku turut gembira; aku:

aku;
toktuasakti;
10 okt 2009;
2 pagi;
bote kanan;
umah aku:

mengejar hujan; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Salam kasih sayang buat semua; Assalamualaikum .....

Petang tadi aku dapat buat pekara yg dah lama aku nak buat heheheAlhamdulillah. Aku keja hujan petang tadi hahahaha; cam mane ek? teori nye simpel je. aku nak tahu dari dulu lagi "sempadan" antara hujan hehehe ok tak? (mesti korang pun penak terfikirkan?).

Akhirnya aku dapat lihat dan duduk antara kedua sempadan antara jarak 5 kaki je hahaha aku cukup puas hati sbb mmg dah lama aku nak buat benda ni herm.

Harap2 aku dapat buat lagi dan siap bawak kamera sekali hehehe (takut kamera aku rosak kene hujan tadi) hahahahaha Alhamdulillah...

p/s; nasib tak basah lenjun kene hujan hehehehehe . Yg penting aku tak kan kejar kumpulan HUJAN hehehe.

aku;
toktuasakti;
10 okt 2009;
umah aku;
aku dan hujan:

aku ingin sekali tersenyum; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

aku ingin sekali tersenyum
untuk kamu semua
kerna ia mampu
menutup segala duka;

aku ingin sekali tersenyum
untuk kamu semua
agar kamu gembira
tanpa nestapa;

aku;
toktuasakti;
10 okt 2009;
umah aku:

mimpi lagi?; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Herm mimpi yg menakut kan lagi pagi ni herm... menakutkan dan menyentap segala hati dan hati..
Namun Syukur pada Tuhan, aku masih Hidup hehehe terus dan terus untuk mendapat kan kembali Hati dan Hati hehehe

p/s; bangun terus bukak TV tgk cite kartun hahahaha bagus2...hahahahaha


aku;
toktuasakti;
10 okt 2009;
umah aku;
depan TV aku:

aku; layang2 & kenangan; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Aku balik kampung petang tadi hehehe (macam ar aku duk pekan kat sana hehehe) ape yg aku nak cite skg ni kat kg aku bebudak tgh gile main layang2 dan belia pulak main bola tampar. Aku hanya nak cite pasal LAYANG2 je sbb kalu bab BOLA TAMPAR aku mmg tak berapa nak pandai hehehe (cam aku cakap dulu aku mmg kantoi kalu bab bola ni hehehe) kecuali BOLA PING PONG je yg pandai aku main em.

Aku ingat kecik2 dulu aku suka main benda ni (layang2) ni herm dan port yg paling syok aku main kat tepi sungai belakang umah aku em dan skg aku tgk bebudak da lebih selesa beli je daripada buat (da tak sama cam dulu kan)

Betul kate org tua2 " ibarat layang2 putus tali " ( pepatah org tua2 ) tapi dulu aku syok kalu tgk layang2 aku putus hahaha bila dia nak jatuh memang jenuh nak tunggu sbb dah jauh ke atas dan kalu jatuh pun mesti masuk sungai punya hahahaha leh merah mate menahan nangis hahaha padan muka ( syok nye sekejap, sedey nye pulak lama ) tapi tak de hal sbb bila aku bt yg baru kalu mesti buat lebih cantik dan ekor dia mesti lagi panjang em.

p/s; semua kenangan hanya tinggal kenangan je huhuhu ( tgk bebudak main aku pun gian gak nak main huhuhu cam bebudak pulak aku ni herm )

aku;
toktuasakti;
09 okt 2009;
aku & layang2;
umah aku:

tahniah buat sahabat; dari aku:

Author: Tok Tua Sakti /



TAHNIAH buat SAHABAT2 AKU;

{ NORLYDIA ISMAIL~~WAN MIRA LYDIA~~EMMA }

Selamat Maju Jaya; aku:

p/s; hati2 dalam balang kaca (QA ) 2 selalu nye panas hahahaha jgn dapat darah tinggi tau hehehe

aku;

toktuasakti;

09 okt 2009;

umah aku:

ini akhirnya; aku:

Author: Tok Tua Sakti /


Aku mendapat perkhabaran yg membuatkan aku gembira dan sedikit kecewa,
gembira sbb apa yg aku pikirkan selama ni tidak benar sama sekali dan sedikit kecewa kerana telah melukakan hati Bonda aku herm..

Apa yg pasti segala nya telah di nokhtah kan dgn jalan cite yg baik hehehe baik pada sisi aku kerana telah terlepas dari satu BEBAN hahahahahahaha.....

Syukur pada Tuhan kerna memberi aku HATI dan PERASAAN... berikan aku kebahagiaan dan Tunjuk kan lah KEBENARAN .....


p/s; huhuhu balik2 kg terus sibuk herm

aku;
toktuasakti;
09 okt 2009;
umah aku;
syurga aku:

mati; ajal & akal; aku:

Author: Tok Tua Sakti /


Pagi2 tadi aku dapat SMS dari CELCOM ( channel C ) bunyi SMS dia cam ni ;

" Syarat untuk bertemu dgn TUHAN adalah dgn MATI, sama ada mati dgn ajal @ mati sebelum ajal tapi tentunya tidak dgn mati AKAL"

Maka berdenyut2 le pala otak aku ni memikirkan SMS ni herm...

Kadang kala aku ingin sekali bertemu TUHAN dan pasti aku sgt takut gan MATI hehehe dan aku pasti korang pun cam 2 kan? sebab nye? banyak sangat dosa2 kan hahahaha (gelak kan diri sendiri)

Tapi cam ne pulak kite nak MATI sebelum AJAL??? (korg pikir la em aku cam ada bayangan nye emm)

Dan aku takut sekali kalu aku mati AKAL sebelum ketemu TUHAN, sbb masa 2 mmg da tak guna da pun...alamatnye jadi bahan kayu api neraka le hahahahaha NAUZUBILLA MIN ZALIK.

p/s; korg faham ke ape yg aku tulis??? herm... buat2 je la faham hahahaha janji aku faham herm...

aku;
09 okt 2009;
Enggor & aku;
mati yg pasti:

aku bergelap; elektrik putus; aku:

Author: Tok Tua Sakti /


Tetiba malam ni aku punya umah tak ada elektrik lebih kurang 1 jam herm. Cuak gak aku hehehe (maklum la umah sewa baru kan hehehe takut deorg tak kenal aku hehehe sape ek???) Alhamdulillah semua ok herm...

Tapi ada sesuatu yg bt aku terfikir walau sekian lama aku selalu pikir dulu dan sekarang ianya datang kembali herm... "KUBUR" adakah segelap ini, sesak sebegini dan sempit sebegini herm, aku tak tahu dan tak pernah tahu. Adakah sahabat2 pernah tahu? dan sama sekali fikir ingin tahu ?

Aku mohon pada Tuhan, agar kuburan aku menjadi tempat yg indah dan tak segelap sebegini walau aku tak selayak menuju cahaya yg abadi...

p/s; aku mohon keampunan dan keredhaan Tuhan...


aku;
toktuasakti;
08 okt 2009;
umah sewa aku;
aku sendiri disini;
enggor jadi saksi: