Terima kasih pada sahabat aku, yg membantu aku membina ( SesiburChat ) kat tepi blog aku. Kamu banyak membantu aku. Aku masih ingat yg aku mula berminat membina Blog berpunca dari "sahabat2 aku" yg menjadi sumber inspirasi dalam aku memulakan sesuatu yg baru dalam hidup aku...Kamu sahabat yg terbaik...
Dengan ada nya ( SesiburChat ) yg baru di bina, aku harap pengunjung2 yg melayari Blog@ hati aku dapat memudahkan anda memeberi komen2 @ pandangan yg membina @ kritikan untuk aku pikir2 kan.
aku;
toktuasakti;
10-09-2009;
rumah aku:
terima kasih sahabat;aku;
Author: Tok Tua Sakti /MALAIKAT MAUT MENGHAMPIRI;AKU:
Author: Tok Tua Sakti /Mungkin kalian akan tersentak dan terkejut bila mambaca entry yg aku kuarkan em, mungkin ada kebenarannya bila berlaku pada diri sendiri kan. Awal pagi ni pengalaman yg menakutkan buat aku, mungkin seumur hidup aku. Ketika perjalanan dari bota ke enggor ( kuala kangsar ) untuk bekerja, aku terlelap seketika dan akibat nya aku terlanggar penghalang jalan di Jambatan Nordin herm. Inila yg di panggil "takdir" telah tersurat di "loh mahfus" lagi seperti mana yg telah Tuhan tentukan seawal kita di tiupkan roh didalam jiwa sehingga malaikat maut menggundang kita pulang untuk dilakukan pengadilan.
Kemalangan ini buat aku terfikir secara logik akal, seandainya kereta aku tak dikawal dengan baik, pasti ak menjunam terus kedalam sungai da alamat nye mampus le... herm. Dan bt aku terfikir mengapa malaikat maut masih tidak hadir menjemput aku tika saat nyawa benar2 di hujung tanduk. Ianya sama sepertimana Hadis Nabi (s.a.w); antara maksud nya : sesungguh nya maut ( malaikat maut ) berada diantara 2 urat mereh ( tengkuk ).
Dan pernah diperkatakan dalam hadis yg mana malaikat maut sentiasa mengintai2 manusia untuk dicabut kan nyawa manusia ( berulang2 kali ).
Ini lah yg di namakan peluang dan ruang yg diberi Tuhan untuk aku, perbaiki fikir dan amalan sebelum saat "itu' tiba ( pikir aku je la ). Dan seandai aku ketemu malaikat maut pagi tadi, aku tidak pasti dimana kedudukan aku sebagai hamba Tuhan yg masih tidak mengenal ape itu " Iman dan Tuhan "
" aku mohon lindungan dan naungan, hidayah dan keampunan dari Mu Tuhan yg menjadikan, aku yg bernama insan; aku: "
aku;
tak habis lagi cite babi?
Author: Tok Tua Sakti /Tolong....tolong....tolong.... babi datang menyerang Enggor !!!!!!!!!!
kahkahkahkah awal2 pagi ni aku dah jadi doktor yg ensem cek suhu badan bebudak sebelum masuk dewan peperiksaan herm (syg nurse2 yg cute gan seksi x ada hahahaha).
Awl pagi tadi kat opis aku sembang pasal babi @ khinzir hehehe maka, aku selaku doktor yg ensem mengemukakan teori aku ttg penyakit babi hehehe;
1 ; kalu sawan tak keluar buih kat mulut = sawan khinzir
2 ; kalu sawan keluar buih kat mulut = sawan BABI
3 ; perangai cam BABI = gile BABI
4 ; perasuah = memang BABI hahahaha
korang pikir ar sendiri hehehe (saje bagi pening pale) yg penting aku cute cam BABY bukan BABI hahahahahaha
aku;
toktuasakti;
09-09-09;
Enggor yg setia;
aku dan topeng huhuhu:
9.9.9; aku:
Author: Tok Tua Sakti /Ada ape gan no? terlalu banyak manusia mentaksir pelbagai teori dan andaian tentang nombor ni kan... Mungkin yg paling sesuai nombor ekor la kot hahahahahaha.
Macam2 kan.. seandai nye kite fikirkan yg esok kita akan mati, x mungkin kite ada masa nak fikir selain menunggu malaikat Maut datang menjemput, dari pikir nombor yg sememangnya akan sentiasa berpusing mengikut fitrah manusia dari Tuhan pencipta Alam....
p/s; ni cam no tel kecemasan je hahahahaha 999 ( jgn main2 gan no ni , nanti operator 999 bengang gile hahaha )
aku;
toktuasakti;
9.9.9
tempat koje aku:
Sepi yg indah di enggor; aku:
Author: Tok Tua Sakti /Ini daerah sepi,
yg penuh mimpi
dari ilahi
yg aku susuli:
Pagi ni aku datang sekolah dalam keadaan yg penuh kesepian dan keindahan. Aku memag suke gan cuaca dan suasana kat sini dan mungkin hati aku gak dah ada kat sini. Sepanjang perjalanan penuh gan kabus pagi yg menyegarkan ( nasib tak tido dalam keta hahaha ). Ini lah yg dipanggil kenikmatan tuhan yg penuh kerahmatan.
ini rahmat
dari tuhan
yg penuh keberkatan
dan kenikmatan: gambar dari dalam sekolah
gambar kawasan padang sekolah
aku;toktuasakti;
08-09-2009;
S.K.BELURU;
ini sepi yg indah:
Selamat menduduki peperiksaan UPSR; aku:
Author: Tok Tua Sakti /Selamat menduduki peperiksaan UPSR buat semua adik2 di S.K. BELURU, ENGGOR, K. KANGSAR, PERAK. Semoga diberikan kekuatan sepanjang peperiksaan berlangsung. Tak lupa kepada semua pelajar2 yg menduduki peperiksaan UPSR di seluruh Malaysia, moga tabah menghadapi sepanjang ujian.
Aku sentiasa mendoakan kalian semua berjaya menghadapi ujian dan berjaya dalam kehidupan sama ada dunia dan akhirat....Amin..
p/s; cam biase aku jadi doktor cek suhu badan hahaha (bidan terjun sungguh hahaha)
Ini ujian
buat permulaan
bagi kehidupan
mohon disusuli kejayaan: Guru kanan cek suhu gune alat baru (rm 300 kate nye huhu)
Taklimat guru ttg H1N1 dan peperiksaan UPSR.
Saje aku tangkap gambo ni hahaha
aku;
toktuasakti;
08-09-2009;
S.K.BELURU;
pagi yg indah:
sahur yg mantap;aku:
Author: Tok Tua Sakti /Mak ai pagi ni sahur aku cukup hebat hahaha, mungkin mak aku asyik tengok aku mkn biskut gan roti je tiap kali sahur sampai pose yg ke 18 jadi nye, untuk menu yg penuh kejutan pagi ni mak aku masak Maggi je hahaha. Aku mmg tak ada masalah le nak mkn kan siap bertambah tu hahahaha. Harap2 leh tahan sampai buka nanti le jgn sakit perut da (sebab da biasa mkn roti gan biskut masa sahur).
Cite pasl Maggi ni ckup sinonim gan aku yg pernah bergelar "Pelajar" hehe ditambah pulak duk umah bujang mase koje kan . Aku ingat lagi pensyarah aku penah cakap, seandainye semua pelajar boikot makan megi kompom megi gulung tikar hahaha. Dan megi ni la gak yg menjadi makanan rutin aku yg dah ditukar kan pada nasi huhuhu. Hebat2.
Ape2 pun aku syukur yg Allah masih memberi rezeki kat aku dan keluarga aku em. Dengan harap disepanjang umur hidup aku.
p/s; dulu2 mkn ubi kayu pun leh hidup kan hehehe
aku;
toktuasakti;
08-09-2009;
dapur umah aku;
megi yg HOT hahaha:
aku; koje gile; aku:
Author: Tok Tua Sakti /Salam semua....
Usai terawih malam tadi kekawan kampung aku ajak aku lepak kat kedai Sepuan (kedai kopi tepi sek rendah lama aku).. Macam biase walau pun hanya 4 org je kedai 2 boleh riuh a.k.a bising 1 kampung hahaha. Mcm2 cite nak sembangkan. Dan seingat aku sepanjang 3 bulan aku kat kampung ini kali pertama aku lepak gan kekawan aku yg duk kat kampung, deorg lebih selesa bt kerja2 kampung dan kau suka gan kerja deorg sbb boleh jaga kampung sekali. Kalu dah semua nak pg bandar tinggal le org2 tua plk kan.
Yg bertambah hampeh kawan aku tangkap gambo aku tadi, hehehe aku sendiri pun leh tergelak kahkahkah . Aku bagi korg tengok sekali k.
hahahaah mcm Kasim Selamat heehehehe.
Kwn2 aku tanya ngape nk kene pakai songkok? aku ckap aku ni Rock + Tradisional hahaha. atau mungkin leh jadi Hang Tuah Moden kukuku. Mcm2 benda nak bt kalu da kumpul ramai2 sampai benda2 mengarut pun leh jadi. Herm 2 la seronok nye berkawan, hati yg sedikit gusar boleh dihilang kan dalam sekelip mate kan. Jadi aku rasa tak pernah salah prinsip aku tentang sahabat kan?
Aku harap lain kali aku tak tangkap gambo cam ni lagi sbb penuh dengan kehampehan hahaha.
Aku gumbira malam ni herm.
aku;
toktuasakti;
08-09-2009;
kedai kopi sepuan;
bote yg HOT hehehe:
nuzul quran datang kembali;aku:
Author: Tok Tua Sakti /Assalamualaikum semua sahabat yg masih bersama gan aku:
Ketika kita berbuka tadi, maka bermula lah lembaran baru bagi umat Islam seluruh dunia. Dan pasti nya kedatangan Nuzul Quran ditunggu nanti kan bagi insan yg mengerti dan memahami. Ramadhan pasti tidak lengkap tanpa Nuzul Quran. Dan aku bukak balik nota2 lame ttg pekara ni dan ternyata aku ni hampeh...herm. Sepatt nye bulan pose ni la kite kene banyak kan baca Quran kan, dah Quran turun bln pose tapi duk lagu 2 lagi herm.
Aishah isteri Rasulullah SAW, meriwayatkan sebelum Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul, beliau bermimpi perkara yang benar lalu beliau menyendiri di gua Hira’ beribadah kepada Allah SWT untuk selama beberapa tahun. Di gua berkenaanlah baginda menerima wahyu yang pertama.
Kadang2 aku pikir yg aku ni x de beza pun antara bulan pose gan bulan2 yg lain kecuali aku bangun sahur gan bukak pose je...da2 ape makne nye kan?? (cube pikir kan em). Harap aku, dengan baki pose yg tinggal ni perbaiki le ape yg patt sebelum mate tertutup em. Dunia selalu melalai kan kite tanpe kite sedo pun herm. (aku ingat kan diri aku em).
p/s; makin lame aku pikir makin aku buntu herm sory em untuk entry ni, mgkin aku perlu muhasabah diri aku dulu.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas ;
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
aku;
toktuasakti;
07-09-2009;
nuzul quran do bote;
bote yg dingin:
program buka pose; aku:
Author: Tok Tua Sakti /sepi di gua; aku:
Author: Tok Tua Sakti /Teringat bait2 lagu dendang anak Tajuk dia SEPI;
bila ku kesorangan
aku sepi
resah ku sendirian
meniti hari....
aku selalu ckp yg sepi,sendiri membuat kita mengenal diri...dan sepi yg tak terbendung bt membuat diri tak mengharung.
Teringat satu hadis yg sama maksud dalam pemikiran aku;
Dari Abu Hurairah r.a , Rasulullah s.a.w bersabda ;
"islam pada mula nya asing dan akan kembali asing, maka berbahagialah kiranya yg terasing"
Fikir lah aku, sama ada aku berada di golongan yg mana herm....
Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas;
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas;
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas ;
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
aku;
toktuasakti;
05-09-2009;
jumaat penghulu hari;
bote yg suram:
hati ini berbunga; aku:
Author: Tok Tua Sakti /Assalamualaikum.....
Aku cukup tak sangka hari ni hehehe mesti ada yg cemburu kat aku hahaha. Hari ni aku dapt Kad Raya dari murid kat sekolah aku siap dua keping plak 2 harharhar ( gelak org kaye ). Cukup aku tak sangaka dan aku cuba ingat balik mase aku belajo dulu aku ada bagi kad raya ke kat cikgu aku hemm... ternyata aku ni dulu murid yg hampes.... Aku gumbira sesangat hahahaha. Sesapa yg nak kongsi gelak gan aku jgn malu2 hehehe ( jgn cembura ar hahaha ), Namun aku tahu yg kegembiraan ini tak kan lama bila tiba saat sampai mase nya.
Mohon pada tahun, pada waktu dan ketika itu, aku punya kekuatan yg jitu untuk meneruskan kehidupan amin....
waktu gembira adalah waktu duka
aku;
toktuasakti;
05-09-2009;
jumaat penghulu hari;
enggor:
ini sejarah baru; aku:
Author: Tok Tua Sakti /Tak sangke aku ade FaceBook hahahaha walaupun tak tahu nak guna sgt pun hehehe. Time Kasih pada adik eda yg tolang daftar kan utk aku herm, insyaAllah ada mase aku belajo2 siket2 em. TQ pada kekawan yg terus sokong aku gak herm....
p/s ; anak buah aku selalu cakap kat aku, da tua2 baru nak belajo gune komputer hahaha hampeh betul bt malu je....
aku;
toktuasakti;
04-09-2009;
ini era baru buat hidup aku:
sepi; berbau pilu; aku:
Author: Tok Tua Sakti /Ini ujian
ujian tuhan
pada insan
dalam kelalaian:
kesedihan ini dibendung dengan penuh harapan, agar ada lindungan dan naungan dari tuhan untuk aku yang bernama insan.
- perjuangan ini masih belum berakhir untuk aku -
aku;
toktuasakti;
04-09-2009;
pondok umumi:
Enggor> Sayong> Tanjung Belanja> Parit> Bote; aku:
Author: Tok Tua Sakti /Hari ni saje je aku balik ikut jalan jauh sikit, jalan Sayong. Mungkin beza jarak KM dpd jalan biase dalam 5 @6 km je pun. Mungkin aku tak kejo mase nak balik pun dan jalan 2 mmg nyaman hahaha. Sepanjang perjalanan mmg keta x de nk berape byk sbb jln 2 sunyi dan penuh gan utan je kiri kanan, monyet je yg banyak huhuhu. Tapi kelebihan jalan ni dia pye pemandangan mmg cantik dan leh buat jiwa aku tenang hehehe (jiwang sungguh). Tak yah aku banyak ckp aku dah tangkap banyak gambar2 sepanjang perjalanan korang leh layan je em... (kalu tak suke tak pe le... hukhukhuk)
hari marah aku:
Author: Tok Tua Sakti /Hari marah aku hari ni, satu kelas aku tibai herm....
adoi ai.... pening pale banyak main ... hampes...
sian plak herm....
aku;
cikgu???
03-09-2009;
s.k.beluru:
aku; ramadhan d'Enggor; aku:
Author: Tok Tua Sakti /Assalamualaikum....
Hari ni aku tak balik ke bote, aku lepak kat Enggor atas beberapa perkara peribadi hehehe (ape ek? huhuhuhu koje gile betul). Balik dari pejabat aku terus tido hehehe syok betul ar, kalu tak tersenguk2 ngantuk dalam keta sepanjang perjalanan ke Bote herm.
Petang tu projek pertama aku pun dijalankan hehehe tapi hem... aku "kechewa" hahaha herm x pe ar tak yah cite kat entry ni bt malu je kukukuku. Biar ar projek aku tu buat aku gelak sesorg dulu.
Projek ke 2 aku, aku jumpa gan kawan aku (same koje gan aku gak tapi kat tmpt lain) aku baru gak kenal dia ni tapi dia ni ok sesangat hehehe same lebih kurang cam aku gak le kot tapi dia ni kurang banyak bercakap, 2 yg baik nye, sunnah yg paling susah aku nak buat "kurangkan bercakap" (tetambah bulan pose) FAIRUS name nye dan aku lepak kat kedai dia, dia sewa tapak bazar ramadhan kat Kuala Kangsar (kat lembah).
Bazar ni beso betul, x larat pun nak pusing habis dan yg hampes nye kedai banyak org yang datang kurang. Jadi nye paham2 ar kan confirm ar payah nak untung kan. Tapi rezeki Tuhan bersama2 org yg berusaha dan bertawakal. Cam tu kate kawan aku, bagus kan ayat dia. Tapi yg bagus tempat ni, bersih sungguh aku suka hehehe.
Cam biasa aku tak tau nak pilih makanan ape dan nak dijadikan cite kawan aku ajak aku bebuke sesama gan kekawan dia hehehe bagus gak kan kalu x bebuka sesorang ar aku kan huhuhu sedih betul aku. (Sepi; sendiri ; perlu untuk muhasabah diri:)
Dan projek aku yg terakhir hehehe... tu pun tak yah cite leh bt aku malu besau hahaha. gerai kawan aku (jual ikan bakar)
bazar ramadhan Kuala Kangsar
huhuhu kat sini awek lagi amareka!!! tapi aku ambik awek depan gerai kawan aku je la hahaha.
kawan aku fairus.
cute budak ni, anak kawan fairus. aku suke nama dia " Cempaka "
aku;
toktuasakti;
02-09-2009;
sekitar waktu nak berbuka;
berbuka di medan lembah K.K:
menarik pepagi meran (awal pagi); aku:
Author: Tok Tua Sakti /Assalamualaikum,
Pagi ni aku gerak lewat 15 minit seperti biasa ke tempat koje aku, dengan kelajuan yg melampaui batas aku tekan minyak dan membawa keta aku mcm F1 (walaupun sebenornye bawak keta kancil je huhuhuhu). Kat simpang Manong, satu pemerhatian yg membawak aku berfikir hingga sampai ke Kuala Kangsar sehingga leh menghilangkan ngantuk aku pagi tu herm.
Seorang Nyonya Tua hanya dengan memakai selipar jepun berjoging seawal pagi (lebih kurang jam 7 pagi kat simpang Manong) dengan pikir baik nye aku andaikan yg nyonya ni berjoging ar kan, x kan le kene kejo anjing kan? (org cine takut anjing ke? huhuhuhu sbb aku takut anjing kahkahkah) Soalan yg pertama dalam pale otak aku ngape nyonya tua tu sanggup bangun awal pagi dan berjoging? Yup ...pasti nya untuk kesihatan kan..?? aku pikir camtu gak dan aku tak heran pun.
Yang aku duk heran, ngape susah beno le aku nak bangun subuh, solat subuh, kalu rajin leh solat dhuha ke (subuh pun payah) hahahaha. Susah kan... korang semua x tau ar plak aku kan sbb korang MANTAP kan (lu pikir ar sendiri kahkahkah).
Aku dapat email dari seorang sahabat aku ; (da lama aku dapat email ni)
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Saya rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
email dari : Muhammad Adam Ling Leong Ying
Email ni aku x pernah padam sbb ni ilmu yg paling aku hargai sepanjang aku pandai main email herm (kebanyakan nye laro je).
Sesama le kite ambik pikir ngape sesuatu Perintah Tuhan di utus kan pada umat manusia, sesuatu perkara yg diperintah kan pasti mempuyai hikmah kan .
Terjemahan Al- Quran ;
Tidak kah engkau perhatikan bagaimana Tuhan Mu bertindak ke atas Tentera Bergajah...
(Surah Al-Fill Ayat 1)
Bukan kah apabila kite memerhatikan sesuatu, maka kita akan dapat melihat hikmah yg Maha Luas dari Tuhan... (kalu perhati le, kalu perhati tapi tak pikir hampes gak kan hahaha... aku ar 2 kakaka)
p/s ; memang patut ar bapak aku dulu selalu tarik "urat belikat" aku mase kekecik sbb malas bangun subuh hehehe (sekarang ni pun... buat malu je).
aku;
toktuasakti;
02-09-2009;
seawal pagi di simpang Manong;
Bote > Enggor:
berita duka dari klang;aku:
Author: Tok Tua Sakti /Ramadhan tahun ni terselit dengan duka yg panjang, kesedihan yg mengundang. Adakah ini namanya ujian yang perlu ditempuh demi mencari tuhan. Tuhan lindungilah aku dan naunglah aku.
Berita terkini dari abg aku, anak buah aku yg ke 33 keguguran ketika usia mencapai umur 6 bulan. Apabila roh yg tak sampai ke jasad, menjadi asbab kepada daerah yg di panggil kematian.
Mohon Tuhan berikan kekuatan pada abang dan keluarga dalam menempuh hidup dan Ramadhan yg mulia.
ini adalah janji
dari azali
yg termetri
sebelum terjadi.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya
aku;
toktuasakti;
02-09-2009;
rumah aku:
merdeka yg sempone (bahasa perak)
Author: Tok Tua Sakti /huhuhu...hahaha...hohoho...
Merdeka ke 52
minyak pun merdeka gak hakhakhak
Barang Naik
Minyak Naik
Satu Malaysia Bro...
aku;
TokTua ( x da sakti hahahaha )
02-09-2009;
Enggor> Bote:
Definisi Melayu :
Author: Tok Tua Sakti /Masih Sekadar Hiasan Perlembagaan Semata-Mata?
Saya terkejut apabila seorang tenaga penggerak sebuah koperasi bertanyakan kepada saya tentang kedudukan sekumpulan mu’alaf yang tidak dibenarkan menyertai koperasi yang diuruskannya atas alasan bahawa mereka bukan Melayu. Sebelum itu, saya mendapat tahu bahawa seorang saudara baru juga dilayan sebagai ‘Cina’ meskipun keislaman dan ‘kemelayuan’ saudara baru ini mungkin lebih dari kita yang menganggap diri kita ‘Melayu’ ini.
Saya katakan bahawa tindakan itu salah kerana ia menyalahi perlembagaan. Kita semua maklum bahawa Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan antara lain mendefinisikan Melayu sebagai “sesorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap Melayu, mengamalkan adat Melayu…..”
Saya sering mengatakan bahawa definisi Melayu oleh perlembagaan yang longgar ini bersifat inklusif yakni merangkum dan Islamik kerana selain meletakkan Islam sebagai tonggak ia juga tidak menjadikan warna kulit, umpamanya sebagai kriteria kemelayuan. Dengan itu mereka yang memeluk islam dan memenuhi ciri-ciri yang disebutkan itu tergolonglah mereka sebagai Melayu secara teknikalnya.
Selain mempertahankan keislaman orang-orang Melayu definisi di bawah Perkara 160(2) itu jelas positif bagi orang Melayu kerana ia boleh menambahkan bilangan umat islam di negara ini. Dan dengan sendirinya akan bertambah kuatlah kedudukan islam. Ini dihujah dengan mengandaikan bahawa mereka yang telah tergolong di dalam kumpulan islam befikir dan berjuang untuk islam.
Keunikan Perkara 160(2)
Dengan definisi itu islam tidak rugi apa-apa. Malah kedudukan islam di Malaysia secara logiknya akan lebih kuat dan terjamin. Tidak timbul soal memelayukan islam di sini. Tidak perlulah ditimbulkan soal bahawa islam itu agama dan Melayu itu bangsa. Cukuplah dikatakan bahawa dengan definisi yang diperundangkan oleh Perkara 160(2) itu kedua-dua islam dan Melayu akan lebih kuat. Dan tidak salah untuk kita menggunakan islam untuk memperkasa diri kita.
Dari segi prinsip ini bolah dilakukan oleh sesiapa saja yang menganut agama islam. Bukankah memang islam itu rahmat bagi sekalian alam dan diturunkan untuk menyelamatkan manusia di dunia dan di akhirat?
Bangsa-bangsa lain di dunia ini memang tidak mempunyai keunikan yang ada pada Perkara 160(2). Di negara-negara Arab sendiri pun definisi seperti ini tidak wujud. Begitu juga di Indonesia. Tetapi itu soal lain dan kita tidak perlu memikirkan soal mereka kerana setiap bangsa mempunyai sejarah dan masalah sendiri.
Berbalik kepada soalan yang menjadi isu kali ini ada beberapa perkara yang boleh disebut. Yang pertama keadaan atau layanan sedemikian – menafikan kemelayuan golongan mu’alaf – menunjukkan kejahilan masyarakat tentang definisi Melayu yang ada di dalam perlembagaan. Jelasnya kumpulan orang yang merasakan bahawa diri mereka Melayu di dalam koperasi itu berasa bahawa mereka mempunyai kuasa untuk memutuskan siapa Melayu dan siapa bukan Melayu.
Tetapi sebenarnya ini bukan kali pertama kita bertemu dengan keadaan sedemikian. Tidak lama dahulu – sebuah pertubuhan yang mewakili masyarakat India Muslim meminta peruntukan undang-undang dibuat supaya mereka diiktiraf sebagai Melayu. Itu jelas menunjukkan bahawa mereka tidak tahu bahawa di dalam perlembagaan – yakni undang-undang dasar atau undang-undang tertinggi negara – sudah ada peruntukan sedemikian. Dan tentunya cadangan itu dibuat kerana mereka dilayan sperti ‘orang bukan Melayu’.
Apa yang dialami oleh kumpulan mu’alaf tadi menunjukkan bahawa peruntukan seperti Perkara 160(2) penting supaya tidak ada siapa pun yang boleh menyalahgunakan kedudukan yang mereka miliki untuk mendiskriminasikan atau menafikan hak orang lain. Dan ini bukan sekadar kemungkinan, andaian atau sekadar imaginasi.
Kalau kita lihat sekeliling memang sukar untuk mencari mereka yang benar-benar ‘berdarah’ dan ‘berketurunan’ Melayu. Ini kerana (i) kita tidak tahu dari segi biologi apa yang dikatakan ‘Melayu tulen’ itu dan (ii) kenyataan kehidupan kita ialah bahawa perkahwinan berlaku di antara kaum, suku dan keadaan ini tambah menyulitkan usaha mengenal pasti apa dan siapa yang dikatakan Melayu itu.
Kita semua tahu bahawa Tunku Abdul Rahman mempunyai darah Siam, Tun Hussein Onn pula mempunyai darah Turki, tun Dr Mahathir Mohamad pula mempunyai darah Pakistan. Manakala Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pula mempunyai darah Cina. Dengan kata lain bukan semua mereka yang menganggap dan dianggap ‘Melayu’ ini benar-benar ‘Melayu’ dan tidak memiliki ciri-ciri atau asal-usul yang mengaburkan atau meragukan kemelayuan mereka.
Sebab itu apa yang terkandung dalam Perkara 160(2) adalah sesuatu yang baik dan berguna kerana dengannya kita terselamat dari terjebak dalam debat dan definisi yang mengelirukan dan membuang masa. Dan bertentangan dengan islam oula. Di dalam agama ini tidak ada yang lebih penting dari ketaqwaan. Warna kulit dan ‘bangsa’ tidak diambil kira. Di dalam islam manusia diukur dengan darjah dan kualiti ketaqwaannya. Dari sudut ini agak jelas bahawa definisi Melayu di bawah Perkara 160(2) cukup baik kerana ia meletakkan kita di dalam lorong akan mengarah kepada apa yang dikehendaki dan ditetapkan oleh islam itu. Terpulanglah sama ada kita hendak bergerak ke arah yang baik atau tidak.
Hak Mu’alaf
Apa yang boleh dilakukan oleh kumpulan mu’alaf yang dinafikan menjadi ahli koperasi Melayu itu ialah pergi ke mahkamah dan memohon pengisytiharan bahawa mereka adalah orang Melayu di sisi perlembagaan dan tindakan koperasi berkenaan menyalahi perlembagaan. Ini sahajalah cara yang berkesan bagi kumpulan mu’alaf itu mendapatkan hak yang telah dinafikan itu.
Agak jelas kepada kita bahawa pengurusan koperasi berkenaan mendefinisikan Melayu mengikut perasaan dan kebiasaan mereka. Ini bertentangan dengan undang-undang kerana di dalam undang-undang sesuatu tindakan itu perlu objektif dan untuk bertindak secara objektif ada ciri-ciri atau perkara-perkara yang digunakan dalam membuat keputusan. Ia juga hendaklah telus dan konsisten dan tidak dibuat secara sewenang-wenang. Apa yang dilakukan oleh pengurusan koperasi berkenaan jelas bersifat arbitrari dan mengikut perasaaan. Dengan kata lain ia tidak adil di sisi perlembagaan. Saya rasa pengurusan koperasi berkenaan mengikut ‘rasa’ dan ‘pandangan’ mereka yang subjektif.
Selain dari contoh yang dipaparkan di atas kita kadangkala berjumpa dengan orang islam yang tidak dibenarkan menggunakan ‘bin’ atau ‘binti’. Alasan yang digunakan juga sama; mereka yang berkenaan itu ‘bukan Melayu’ dan mereka tidak boleh menggunakan ‘bin’ atau ‘binti’ yang – menurut fahaman atau ajaran salah mereka – adalah sesuatu yang hanya boleh digunakan oleh orang-orang ‘Melayu’ sahaja. Ini bukan sahaja menyalahi perlembagaan tetapi lebih penting lagi bertentangan dengan ajaran dan semangat islam. Kita tahu bahawa ‘bin’ dan ‘binti’ yang merupakan bahasa Arab yang bermaksud ‘anak lelaki’ dan ‘anak perempuan’ itu bukan untuk orang-orang Melayu sahaja.
Apa yang menyedihkan di sini ialah betapa ada di kalangan anggota masyarakat kita yang jahil tentang islam dan jahil juga tentang perlembagaan. Dan ini berlaku setelah kita memeluk islam ratusan tahun lamanya. Perlembagaan kita pula akan menyambut ulang tahun ke 50 Ogos (bulan) ini. Dan yang lebih menyedihkan lagi ialah betapa pengurusan kopersi berkenaan diterajui oleh mereka yang kebanyakannya berpendidikan tinggi; yakni lulus universiti. Tidak secara langsung ini mungkin boleh disebut sebagai kekurangan atau lebih teruk lagi, kegagalan pendidikan tinggi kita.
Soal Melayu dan kemelayuan ini penting kerana ini yang menjadi tonggak kepada perlembagaan kita. Contoh yang dipaparkan ini memberikan imej yang hodoh buat perlembagaan dan yang lebih parah lagi memberi kesan negatif kepada islam kerana agama kita menganjurkan supaya kesamarataan dan keadilan menjadi tonggak di dalam kehidupan kita. Dan golongan mu’alaf itu mempunyai hak untuk diraikan sebagai saudara baru yang perlu dibantu menjalani kehidupan baru.
Oleh;Abdul Aziz Bari, aabari@iiu.edu.my atau bariaziz@yahoo.com
Majalah i, Jun 2007;Pada Hemat
p/s ;aku copy petikan ni untuk kite pikir2 kan bersama2 em, kadang2 kite yg "Melayu" ni selalu tak sedar diri kan hehehehehe (sory kalu ada yg terasa em) baca dan faham kn em.
aku;
toktuasakti;
02-09-2009;
aku tenang disini; enggor jadi saksi:
S.K. Beluru:
khabar duka dari Meru;aku:
Author: Tok Tua Sakti /Al - Fatehah buat sahabat yg aku muliakan, Mamu; @( Halkah Toifah 20 ) aku kenali kamu hampir 10 tahun yg lalu atas jalan perjuangan yg sama, mungkin jarak umur kita berbeza tapi bermatlamat kan yg sama. Seumur hidup kamu, diletakkan atas jalan kebenaran dan moga mendapat pembalasan yg sempura di sisi Tuhan.
Moga kamu aman disisi Tuhan seperti yg dijanjikan, dan Tuhan tidak sekali- kali memugkiri janji.
Aku pasti merindui kamu, sahabat yg mulia, sahabat yg setia.
telah kita ikrar sumpah setia
atas jalan agama
atas jalan mulia
yg penuh rahsia.
waktu tangis, adalah waktu sedih; aku:
aku;
01-09-2009;
8.00 mlm;
meniggal ketika waktu berbuka;
pondok ku sharif bota:
ini bumi merdeka?; aku & pemikiran:
Author: Tok Tua Sakti /Salam Merdeka yg ke 52 buat semua sahabat yg berpijak di bumi Malaysia ( dulu2 org panggil Tanah Melayu Herm )
Terlalu panjag cerita yg perlu dituliskan untuk sampai ke arah angka 52 tahun untuk aku tulis kan. Terlalu banyak yg mengasak difikiran sehingga membantut kan fikiran. Sehingga umur aku mencecah 26 tahun aku merasa nkmat yg di panggil Merdeka dan tanpa aku sendiri mempejuangkan untuk mencapai kemedekaan. Syukur pada tuhan memberikan kenikmatan yg di panggil kebebasan.
Hampir 12 tahun dulu pale aku selalu pikirkan, ngape begitu mudah org2 puteh bagi kite merdeka? Pernah kah anda terfikir ? Hanya menghadiri mesyuarat bersama Queen di Lond0n dan akhirnya kite mendapat kemerdekaan secara total. Berfikir membuat kita mencungkil kembali sejarah, mungkin hanya gambaran tapi kemungkinan ada kebenaran kan?
Mungkin hari ni Aku seolah2 beteka- teki dalam bahasa kan? cari la kebenaran atas kebenaran . Terlalu banyak tipu daya yg belum di rungkaikan satu persatu. Apa yg pasti jawapan bagi penantian selama 12 tahun ni, seperti mana yg dibincangkan di London ( untuk memperolehi kemerdekaan ) ternyata " Natijah" nye bleh kite lihat sekarang kan? Anda akan temui jawapan sekiranya anda melihat ape yg berlaku pada generasi sekarang. Fikir kan bersama- sama em.
* lihat lah dengan mata hati .....
Wahai anak bangsaku, kemana arah tujumu
Wahai anak bangsaku, ingatlah kamu Melayu
Wahai anak bangsaku, ingat asal usulmu
Ingat adat, ingat wasiat, ingatlah kita Melayu.
Kita dicipta oleh Tuhan
Kita ada perjalanan
Kita ada wawasan
Wawasan akhir zaman.
Bermula di Trengganu Darul Iman
Primula agamamu ambil ingatan
Bermula Melayu Melaka dirasmikan
Benua Melayu menjadi wawasan.
Tak Melayu hilang di dunia
Tak Melayu hilang agama
Tak Melayu derhaka pada rajanya
Tak Melayu hilang di dunia.
Jaga adat jaga martabat
Jaga syarak jangan berpuak
Jaga budaya kita kaya
Jaga usul kita menyusul…
tajuk lagu; Tak Melayu Hilang Di Dunia
oleh ; Dendang Anak
ciptaan ; Ustaz Zul
aku;
31-08-2009;
sebelum merdeka disambut;
mlm merdeka di rumah;
aku anak merdeka?:
Hari ni punya cerita; aku:
Author: Tok Tua Sakti /Assalamualaikum semua yg aku rindui, moga sihat di bulan yg penuh kemuliaan.
Oleh kerana aku cukup cergas dan sihat, selesai buat koje kat umah aku (menyimen & mengecat) aku ajak kak aku pergi ke manjung nak beli kasut koje hehehe kebetulan anak buah aku (Ijun) pun nak beli baju belajo dia. Seperti yg aku duga aku akan tetap menjadi " bibik" dulu, kini dan selamanya huhuhu hampeh betul. Tapi aku tetap happy sbb anak buah aku tak meragam plak bila duk gan aku huhuhu walaupun berlainan warna kulit hahahaha.
Cam biasa gak, niat aku nak beli kasut ternyata gagal sbb aku mmg x pandai membuat pilihan walaupun hampir keseluruhan kedai aku tawaf (nasib aku tak saei terus hehehe). Dan ternyata niat nak beli baju bertukar kepada beli benda yg lain herm. Ternyata perancangan aku tak cukup kuat dalam membeli-belah kakakaka (mmg 2 kelemahan aku dari dulu pun). Baru ar aku terpikir yg selama hari ni dalam membuat pilihan ternyata aku memerlukan sahabat dalam memutuskan sesuatu herm. (terima kasih kawan).
Usai dari Manjung, aku singgah kat Bazar Ramadhan di Titi Gantong, walaupun hati aku tak nak singgah kat sini (ats mslh peribadi) aku redah ar gak apabila anak buah aku yg telah ditugaskan membeli barg2 berbuka lambat beno balik nye, aku takut dia tersangkut tengok awek2 kat sini huhuhu hampeh betul, terpaksa ar aku turut dia gak.
Kami selamat sampai hampir jam 7 petang herm (cepat betul mase berlalu), alhamdulillah aku masih segar hingga saat ni. (sebb cukup tido hahaha). Aku berbuka dengan Bubur Lambuk, memag makanan kegemaran aku ketika badan tak berapa nak sihat herm, dan aku teringat bubur ayam sahabat aku (pasti kamu tahu siapa kamu kerna kamu sahabat yg terbaik). Masa aku selalu sakit dulu, dia le yg rajin masak kan bubur untuk aku herm. Budi yg baik pasti sukar untuk dilupakan kan em. " Moga tuhan sentiasa melindungi kamu sahabat ".
kamu sahabat ku
setia bersama ku
luhur jiwa mu
mereda resah hidup ku: Aku & Fitrah a.k.a Bulat
simpang Manjung
Bazar Titi Gantong (mak oi awek sini cam kat KL plak huhu)
sesak sungguh
Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan ;
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh ;
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
aku;
toktuasakti;
30-08-2009;
Manjung-TitiGantung-Bote:
ini hari bahagia; aku:
Author: Tok Tua Sakti /kahkahkahkah....salam semua kahkahkahkah
Hari yg sangat bahagia dan sempurna buat aku kahkahkah. Bila aku dapat TIDO 8 JAM sehari ( hari ni ) kahkahkahkah. ( biasa ar baby cute cam aku kene tido lelama untuk jage kulit @ awet muda huhuhuhu ) Pas da rehat panjang mula ar kite start koje menyimen dan mengecat umah hahahaha ( patut ar bapak aku bagi aku rehat panjang, rupe nye ada koje berat yg menunggu kakakaka padan muka aku )
info: ari ni aku da belajo ber YM gan anak buah aku hahahahah
aku;
toktuasakti;
30-08-2009;
atas tilam kekabu:
aku punya jalan hidup; aku:
Author: Tok Tua Sakti /Assalamualaikum semua sahabat yg masih setia melayari blog aku;
Hari ni seharian suntuk aku berada diluar kawasan (x ada kat umah). Hari ni gak hari yg paling memenatkan aku sebab tak cukup tido sekitar hanya 3 jam je herm. Seawal pagi apak da kejut kan aku ajak pegi pekan Sabtu (pasar minggu) dan dengan mate kuyu aku redah le gak kan herm. Aku pun beli ar gak barang2 peribadi aku dan dengan sepantas kilat nye aku cepat2 masuk balik dalam keta menyambungkan tido aku hehehehe (syg mimpi nye tak same @ tak bersambung).
Menambah kan ngantuk aku bila kawan aku (Geman) bagitahu yg ari ni ada mesyuarat sekolah lama aku gan Cikgu Meor untuk Majlis Hari Raya Bekas Pelajar kat sekolah aku dan semua selesai pulang hampir jam 2 petang (borak je lebih dari mesyuarat huhuhuhu). Aku tak tau da berapa lama aku tak jejak kan kaki aku kat sekolah ni, sebelum ni aku pikir, sekolah ni ar tempat yg perlu aku jauhkan sbb terlalu banyak kenangan bersama "DIA", tapi bila aku lepak kat sekolah ni banyak plk kenangan masa aku bebudak dulu main balik dalam pale otak aku dan aku rase sangat OK hehehe kire bebaloi ar aku ngantuk2 datang ke sini kan.
7 tahun aku bertapa kat sekolah ni, menuntut bermacam2 ilmu kecuali ilmu santau dan ilmu kebal je x ada hahaha, ingat cam ne hari pertama masuk sekolah, belajo2 panjat pagar sekolah cz malas nak masuk kelas @ lari dari perhimpunan pagi huhuhu. Kene hambat gan Cikgu sampai tawaf satu sekolah hahahaha macam2 sungguh kenangan yg keluar dari pale otak aku yg penat sebb mengantuk herm.
Menyembang2 gan kwn2 lama buat kami tak sedar yg kami da lepak sampai jam 2 herm. Banyak le pekara yg diborak kan sehingga soalan yg da dijangka pun kuar same herm. Harapan aku pas ni aku ada banyak mase gan kawan2 aku lagi .
- kawan yg baik, kawan yg sentiasa berada disisi -Pasar Pekan Sabtu Bota Kanan (aku ambik gambar awek sebenor2 nye hahaha)
-kenangan yg indah tetap di sekolah- (aku rase semua org pun pikir cam 2)
* Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan;
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
aku;
toktuasakti;
29-09-2009;
aku dan kenangan;
SMKDARY BOTA:
aku; diri; aku:
Author: Tok Tua Sakti /hati ini resah
diri ini lemah
jiwa ini lelah
dan aku pasrah:
aku;
toktuasakti;
29-08-2009;
4.55 pagi;
sesampi ke rumah;aku:
hampeh- sehampeh2 nye; aku:
Author: Tok Tua Sakti /Salam harga barang naik buat semua hehehehe (pelik beno bunyi nye)
Aku cukup heran dengan Negara Malaysia yg cukup maju dan kehadapan ni herm, menambahkan kehairanan aku bila masuk bulan ramdhan ni dan disusuli gan syawal (raya le 2) mesti harga barang2 naik punya. Aku tak pernah kisah pun hargai gula naik, tepung naik entah ape2 barang naik pun aku tak kisah sbb aku tak duk dapur. Yg aku tau aku huluq duit mak ayah beli brg, kalu lebih deorng ambik kalu kurang deorang tambah hehehe.
Tapi yg nak dijadikan cite yg hampeh, pas solat jumaat aku trus pg ke BOTA KANAN (lebih kurang 8 KM dari umah aku) nak beli makanan kucing ar kan, dah aku tengok kucing aku cam nak kene sawan babi je x dapat makanan dia (tanda protes ar 2, aku suruh pose same x nak plak dia, bangun sahur makan baik punya dia melantak, hampeh punya kucing) Harge biasa makanan kucing yg pakai timbang RM 7 sekilo, sekali aku nak beli 2 kilo leh plak harga di RM 9 kilo. Memang gila babi betul ar harga dia naik. Patut ar ramai yg kene selsema babi (H1N1) rupe2 nye antara faktor kene selsema ni harga barang naik hahahaha. Nasib baik aku ada wuduk lagi time 2 kalu x aku pun kene selsema babi kot hahahahaha.
Aku tak tau la ape nak jadi, da penat da nak ckp kalu pasal harga barang naik, tapi kalu bab harga makanan kucing naik memang terbakar aku. Ye la, kalu harga gula naik leh ar ckp kat satu family yg kene kurang kan makan gula harga dia naik da boleh kene penyakit kencing manis kan. Cuba korang pikir ape aku nak kelentong kan kucing aku yg da mengamuk cam terkene sampuk bila x dapat makanan dia? aku pun tak tau nak ckp, dia pun tak faham ape yg aku ckp hahahaha same2 la hampeh kahkahkah.
p/s ; sape yg bela kucing pas ni pakat reramai buat reunion kite boikot harga makanan kucing bagi ada subsidi ok x? ( kalu kempen boikot beli brg2 israel sampai kucing bertanduk pun tak leh punya hahaha)
aku;
toktuasakti;
28-08-2009;
jumaat yg redup; (nyenyak tido huhuhu)
Masjid Teluk Kepayang > rumah aku;
kucing kuning yg dah sawan @ pondan kakakaka:
satu keindahan dan kenikmatan;aku:
Author: Tok Tua Sakti /pagi ini ada keindahan dan kenikmatan yg mengetuk pintu hati, meningkatkan berahi diri, menyulam hati yg bersemi. Syukur pada Illahi, memberi nikmat hati yg tenteram dan puja-puji.
hati yg terisi, bersama puja dan puji:
aku;
TokTuaSakti;
28-08-2009;
Pondok Ku Syarif > rumah aku;
4.45 pagi:
aku hidup; hidup aku:
Author: Tok Tua Sakti /Salam buat semua pengunjung dan sahabat;
Aku naik kan entry ni awl skit sbb aku mungkin tak balik malam ni dan tak sempat nak ngadap bini aku ni (laptop + BB) hehehehe. Aku tido kat gua aku mlm ni insyaAllah. Pagi2 lagi aku dah dapt SMS dari org yg aku x suka nak bace hehehe dan alamat nye memang x bebalas le sms 2 herm. X salah kot kan, buat ape nak panjang2 kan cite gaduh2 bulan pose ni x elok kate mak aku, tambah dia lagi;" yg penting kite tahu sape yg betul sape yg salah dan Tuhan 2 Maha Petunjuk" herm... masih ingat lagi leteran mak aku walaupun dah berminggu2 dia ckap hehehe.
Pagi ni gak aku sedikit terganggu (banyak betul gangguan) mungkin akibat daripada perbincangan@ muzakarah kami semalam dan akhirnya aku kuar kan entry awal pagi tadi. Kalu sape yg tahu Tajuk yg sebenor2 nya memang le dia rajin baca surat khabar, kalu x korang memang hampeh hahahahaha (asyik aku je yg menghampeh kan diri aku kan hahahaha)
Petang skit tadi aku ajak kak aku kuar jalan2, ye ar da cuti x kemana pun nak buat koje kat umah ujan x henti2, siap bawak 2 org anak buah aku sekali. Nak dijadikan cite yg hampeh aku yg kene jaga anak buah aku dalam keta cz kak aku nak shopping dan terpakse ar aku jadi "bibik" mmg hampas hahaha padan gan muka aku sendiri.
adik a.k.a bulat DAN kakak a.k.a kuntum
Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh;
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
adakah aku masih sang arjuna
yg iring nya hampa
lintas nya kecewa
dunia nya nestapa;
adakah aku masih sang setia
umpama bulan yg bercahaya
menerangi semesta
walau hati gundah gulana;
adakah aku sang pencinta
menagih janji mulia
tetap cinta pada Nya
kerna aku ciptaan Nya
aku;
TokKelana;
rumah ku syurga ku;
27-08-2009:
bote yg hujan tanpa henti (rahmat mu ku pohon)


