misi bantuan; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

12 rakyat M'sia di kapal yang diserang Israel

sumber; malaysiakini;
31 mei 2010:

Dua belas rakyat Malaysia disahkan berada di kapal Mavi Marmara - kapal utama flotila enam kapal yang ditugaskan menghantar bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang diserbu dan diserang oleh tentera rejim Israel.

Mereka termasuk dua wartawan sebuah televisyen berbayar di Malaysia.

Mereka adalah sebahagian daripada misi 11 anggota yang dinamakanLifeline4Gaza, yang mengambil bahagian dalam 'Flotila Kebebasan' bagi membawa bantuan kemanusiaan ke Semenajung Gaza.

p/s; selamat berjuang buat semua...moga Tuhan berikan kamu semua kekuatan yg panjang.

aku;

toktuasakti;

umah aku:

tesco; ayam; haram;aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Jual ayam tak HALAL, TESCO disaman RM 1.6 juta

sumber; Malaysiakini;
Mei 31, 10 5:41pm:

Seorang peniaga dan empat anggota keluarganya hari ini memfailkan saman ganti rugi RM1.6 juta terhadap Tesco Stores (M) Sdn Bhd kerana didakwa cuai memastikan produk ayam segar yang siap diproses dan dilabelkan halal, benar-benar halal megikut agama Islam.

Saman itu difailkan oleh Raja Muzaffar Kamar Raja Busu, Lijah Awang Kechik, Raja Kamar Idris Raja Busu, Norhayati Abdullah dan Raja Teh Rahmah Raja Busu.

Writ saman itu difailkan oleh peguam Kamal Razali melalui firma guaman, Badruzzaman & Kamal, Peguambela & Peguamcara, Peguam Syariah di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, di Pulau Pinang.

Dalam pernyataan tuntutannya, Raja Muzaffar Kamar yang mewakili empat plaintif lain dari Bayan Baru, memohon ganti rugi am RM1 juta, ganti rugi teladan RM500,000 dan ganti rugi teruk RM100,000.

Beliau turut menuntut surat permohonan maaf secara terbuka oleh defendan kepada semua plaintif kerana mengalami trauma dan maruah plaintif tercalar kerana menjual ayam haram.

Raja Muzaffar Kamar berkata beliau mengalami trauma dan berasa berdosa kerana memakan ayam yang haram bersama plaintif lain dan memberi makan produk ayam yang haram kepada pelanggan di restoran miliknya di Astaka Gelugor, di Pulau Pinang.

Katanya pada 12 Mac lalu, beliau membeli tiga ekor ayam yang siap disembelih dan dipek dengan bungkusan berjenama
HyFresh tertera logo halal dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Raja Muzaffar Kamar berkata beliau memasak ayam itu dan sebahagiannya dimakan bersama keluarganya manakala bakinya dijual di premis perniagaannya.

Beliau berkata ketika membuang sisa ayam itu mereka mendapati kesan sembelihan pada leher ayam berkenaan mencurigakan kehalalannya di sisi Islam dan membuat laporan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

"Pada 16 Mac lepas, JHEAIPP kemudian membuat siasatan dan merampas ayam berjenama
HyFresh di pasar raya itu kerana tidak disembelih mengikut kaedah ditetapkan Islam," katanya.

Katanya pada 31 Mac lalu, Jabatan Mufti Pulau Pinang mengeluarkan surat mengesahkan produk ayam berkenaan tidak disembelih mengikut ketetapan syariat Islam dan haram dimakan oleh orang Islam.

- Bernama

p/s; em..... TESCO ni asal dari mana ek???? hehehehe bab makan mmg kite teliti sungguh hehehe bagus2 em tapi kenapa kes JUDI mufti tak cakap
" HARAM" pulak ek adoiiiiiii... aku tgh duk pikir sape la juara Piala Dunia tahun ni huhuhuhu kene puja busut gak ke ni hakhakhakhakhak

aku;
toktuasakti;
31 mei 2010;
umah aku:

Millatfacebook; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Millatfacebook cabar Facebook

sumber; b.harian;
29 mei 2010:

Profesional IT Pakistan cipta web lawan kempen hina nabi, Islam

ISLAMABAD: Sekumpulan warga Pakistan mencipta laman web baru untuk menghubungkan 1.6 bilion Muslim selepas berang dengan laman Facebook kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad selain mewujudkan saluran baru melawan propaganda anti-Islam.

Kumpulan itu membabitkan enam profesional teknologi maklumat (IT) di pusat budaya dan hiburan Pakistan, Lahore, yang melancarkan laman web www.millatfacebook.com, awal minggu ini.
Ia dilancarkan selepas mahkamah Pakistan mengarahkan sekatan ke atas Facebook sehingga Isnin ini atas bantahan terhadap satu laman Everyone Draw Mohammed Day (Hari Lakar Muhammad) yang menghina Islam.
Millatfacebook dicipta bagi memenuhi keperluan sosial penduduk Pakistan. Laman untuk Muslim termasuk orang lain yang baik daripada agama lain turut dialu-alukan,” kata laman web itu kepada yang berminat menjadi ahli.

“Kami mahu beritahu ahli Facebook bahawa mereka akan terima padah jika mengganggu kami,” kata Ketua Pegawai Operasi syarikat yang menempatkan laman itu, Usman Zaheer, 24.

“Jika ada orang menghina nabi, kami akan jadi lawan mereka dan menyebabkan mereka rugi besar,” katanya yang bermimpi menjadikannya laman sosial terbesar Muslim.

Dikenali dengan singkatan MFB, seperti juga FB bagi Facebook, pengasasnya berkata, pakar IT kini berusaha memasukkan ciri-ciri lain ke dalamnya bagi mencabar pesaing dari California itu.
Setiap ahli memiliki ‘dinding’ untuk ulasan sahabat selain mengandungi kemudahan emel, foto, video, ruang sembang dan perbincangan.

Perkataan ‘Millat’ adalah bahasa Urdu yang biasa digunakan untuk merujuk kepada negara. Laman web itu sudah mempunyai 4,300 ahli selepas tiga hari dilancarkan, kebanyakannya warga Pakistan yang boleh berbahasa Inggeris dalam lingkungan usia 20-an.

Angka itu jauh lebih kecil daripada keahlian Facebook di Pakistan buat masa ini sebanyak 2.5 juta dan ulasan awal menunjukkan MFB memerlukan lebih banyak masa untuk benar-benar menyaingi FB.

Bagaimanapun, Usman gembira dengan hasil awal laman web itu yang sudah menarik penyertaan warga Britain, Bulgaria, Kanada, China, Russia, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat. – AFP

p/s; tetiba aku berminat nk gune kan Millatfacebook hehehe padahal aku bukan minat sangat FB2 ni. sbb aku mmg jarang2 gune kan. Aku daftar kan gak mungkin sbb aku ada pendapat aku sendiri. Dalam hidup kita Tuhan berikan kita pilihan dan skg dah ada pilihan kan??? dan skg ni terpulang le kite nk pilih yg mana;

contoh;

dedulu kite susah nk makan mee yg buatan @ produk2 buatan muslim dan skg ni dah berlongok2 kat pasaran, terpulang pada "diri" kita sendiri nk buat pilihan ar kan. Senag nk cite @ cakap terus terang nye, kalu dah JUDI tu HARAM , tak yah ar nk bagi dia nampak HALAL kan hehehehe ( sowi salah tajuk ar hahahahahahahahaha )

aku;
toktuasakti;
29 mei 2010;
umah aku:

jumaat;solat jumaat; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Meninggalkan Solat Jumaat
Hadis :

Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w, ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:"Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?" (Muslim)

p/s; hehehehe kekadang kene ar ada tazkirah gak kan em, untuk aku gak em kalu korang rasa bagus elok gak untuk korang semua kan em...aminn..

aku;
toktuasakti;
28 mei 2010;
umah aku:

ular; aku:

Author: Tok Tua Sakti /


Assalamualaikum + salam kasih sayang...

Tetiba bini sepupu + jiran aku bgtahu yg umah dia ada ular ( dengan laju nye dia lari sambil mendukung anak hehehehe ) dan aku yg HERO gan mak aku pi ar umah dia siap bawak buloh ( kate org tua2 ular takut gan buluh hehehehe betul ke???

Dan bila masuk umah dia mmg betul ar ada ular ( betul2 atas kepala tempat tido dia hehehe ). Dan oleh kerana aku ni HERO yg hensem kakakakakaka berjaya le aku tamat kan riwayat ular ni dengan bantuan buluh yg aku bawak dan dengan bantuan mak aku gak siap hempuk ( pukul ) ular ni sampai terguling2 kakakakakaka ( aku pun tak tau ngape tetiba je mak aku terguling2 em sbb dah geram + marah sangat kot em ). Dan akhirnya aku buang je bangkai ular ni kat dalam sungai em...... tamat...

p/s; tips bunuh ular- antara pesanan Rasulullah (s.a.w) pastikan usir ular dahulu (sekurang2 nye 3 kali) dan kalu degil gak em... bunuh je, sape suh masuk umah tanpa izin kan hehehehehe ( dah nama binatang kan mana ar dia tau kan hehehehe )

aku;
toktuasakti;
25 mei 2010;
umah aku:

lepak; jeman & cg mior; aku:

Author: Tok Tua Sakti /


Aku lepak kat kedai mamak malam tadi gan jeman sambil tunggu cg mior sampai hehehe. Atas urusan persatuan bekas pelajar + saje lepak2 sembang isu2 terkini hehehehe. Kami lepak dari jam 9 mlm sampai 11 mlm dan cam biasa, jeman le yg nganto ambik aku kan hehehehe ( nama lagi abg ensem kan hehehehehe )


p/s; sunyi betul kedai mamak ni em, sbb awek2 UITM semua dah balik bercuti huhuhuhuhu

aku;
toktuasakti;
24 mei 2010;
umah aku:

apak dan basikal;aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Assalamualaikum semua + salam kasih sayang......

Awal pagi aku dah kene bangun gan apak sbb nk cari bebarang basikal gan baiki basikal tua dia hehehehe ( basikal lama, syg kate dia ) aku rerasa dah lebih 10tahun lebih basikal ni dah tak digunakan sbb rosak hehehehe.

Dan akhirnye, basikal ni siap leh kayuh hehehe dan yg rasmi nye mesti la apak aku kan hehehehe. Dia kate kat aku dia beli ni dulu kat tangan org ( kire basikal terpakai ar kan ) beli RM 50 je hehehe dan ada org kg yg nk beli basikal ni tapi apak tak bagi dan terus baiki kakakaka (syg sungguh dia kat basikal ni em sbb dedulu susah nk beli kan em).




Banyak basikal ni punya kenangan kat aku ( dedulu masa anto aku pi sek rendah aku kene duk kat alang depan gan kak aku duk belakang hehehehe em sampaiar aku darjah 3 ( sbb aku dah pandai bawak basikal beso abg aku em ). Dan bagi apak akumungkin lebih dari tu kenangan dia sbb tu basikal dia kan hehehehe dan ptg tadi sempat gak aku melaram basikal dia keliling kampung hahahahahahaha

p/s; hindup ni penuh gan kenangan, kenangan yg baik pasti kita simpan selamanya dan yg hampess tu masukkan je dalam tong sampah hahahahahahaha

aku;
toktuasakti;
24 mei 2010;
umah aku:

umah sewa ijun; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

( ijun berlakon jadi bangla isi minyak hahaha )

( konon cam model hampesss )

Usai dari umah kak sal, kali terus gerak pi umah sewa ijun kat pengkalan ( aku pun lupe nama tempat dia hahahaha ) semata2 nk ambik pendrive sbb dia tertinggal kakakaka. Dan kami pi cari baju2 sukan da hampes dah habis dah herm kecewa sungguh niiiiiiiiii.

Dan aku gak pi lepak + tengok tempat ijun buat latihan gan main badbinton tiap2 hari kate dia ( cam tak pandai2 main je hahahahahahahahaha ) dan tak lama sbb kami nk cepat balik nk singgah umah kak aku terus.. habis cite kakakakakakakaka

p/s; cam hampes bila nk beli barang, semua da habisss hampesssssss

aku;
toktuasakti;
23 mei 2010;
umah aku:

anak kak sal; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Assalamualaikum + salam kasih sayang...


Akhirnya aku dapat gak ziarah sepupu aku ( kak sal ) sbb dia baru je melahirkan anak perempuan yg pertama hehehe anak lelaki. Kami sgt rapat dari kecik2 sbb dia pun anak bongsu cam aku hahahahaha.

Umah dia ni tempat yg pertama aku akan pi masa Raya selepas pi kuburan hehehehe sbb nk makan laksa hahahahaha ( dan tradisi tu sampai ar skg tapi aku tak ar pi raya pertama kan ) sbb masing2 da sibuk.

Pendek kan cite, anak dia pempuan dan sihat hehehe, berat 2 kilo lebih hehehe dan aku terlupa nk tanya nama ape ar aku ni em..... dan aku tak lama sbb ada projek yg lain gan ijun ( anak buah aku hahahahahahahahaha ),

p/s; em syukur semua selamat hehehehehehe

aku;
toktuasakti;
23 mei 2010;
umah aku:

gunting rambut; aku:

Author: Tok Tua Sakti /



Assalamualaikum semua + salam kasih sayang....

Aku pg gunting rambut ptg tadi. Aku gunting kat kamppung aku je hehehe dan bile aku kire2 last aku gunting rambut kat kg ni masa aku tingkatan 1. Bila masuk kedai gunting ni sama je cam dedulu punya kedai hehehehe em tak berubah ape pun em ( mungkin mmg stail kedai gunting melayu kot em ). Dedulu masa masuk sek menengah biasanye kekawan aku yg tolong gunting kan hehehehe dan macam2 stail le deorg buat dan yg paling popular rambut dedulu stail sikat rambut tengah hahahahaha ( cam hampesss jiwang habisss ).

Upah bagi kekawan gunting rambut aku biasanye 50 sen je hahahaha @ sebatang rokok ( punya le croiii kakakakakak bebudak sungguh ) dan biasanye tak tahan lama sbb cikgu disiplin akan hancus kan rambut aku sbb tak ikut peraturan sekolah hahahaha. Dan aku tak leh nk kire berapa kali rambut aku kene potong gan cikgu2 kat sekolah hahahahahaha ( ape ar punya perangai hahahaha bebudak sungguh hahahaha ).

Balik pasal rambut aku balik, sbb tukang gunting nye OKU ( org kurang upaya pendengaran ) tapi aku puji dia sbb dia gak Org Kuat Upaya sbb dia ni rajin berkoje sbb pagi dia bukak kedai makan, ptg pulak bukak kedai gunting kan em. Dan yg buat aku gelak bila habis gunting rambut hahahahaha ada JAMBUL kat rambut aku hahahaha ape ar hahaha nk marah pun tak leh gak kan em.

Bila balik, punya ar gelak mak aku bila rambuat aku cam ada rambut jambul kat depan hahahaha aku pun tergelak gak em. Tapi aku tak kisah sbb ... entah aku pun tak tau hahahaha yg penting aku happy sudah em... sbb yg penting rambut jambul cam ne pun aku tetap HENSEMMMMMM hahahahahahahahahahahha

p/s; teringat rancangan TV " di mana joe jambul" hahahahahahahahaha

aku;
toktuasakti;
22 mei 2010;
umah aku:

judi HALAL/ HARAM @ HALRAM?; aku:

Author: Tok Tua Sakti /


SERIBU SERTAI HIMPUNAN BANTAH JUDI DI PERAK
sumber; harakah daily

Sekurang-kurangnya 1,000 Rakyat Perak hari ini melahirkan bantahan terhadap kelulusan lesen judi bolasepak sempena Piala Dunia Jun ini di Masjid Negeri Sultan Idris Shah 11, Ipoh selepas solat Jumaat tengahari tadi.

Himpunan bantahan tersebut telah dianjurkan oleh Pemuda PAS Perak dan turut disokong beberpa badan bukan kerajaan NGO lain..

Antara pimpinan yang hadir berucap ialah Timbalan Pengerusi PKR Perak, Dr Lee Boon Chye, Ketua Pemuda PAS Perak, Zawawi Hassan, Ketua Angkatan Muda PKR Perak, Abdul Yunus Jamhari, dan Yang Dipertua ABIM Perak, Haji Suhaimi Latip.

Pimpinan Pemuda Pemuda PAS Perak; pimpinan Angkatan Muda PKR Perak dan pimpinan Badan Bukan Kerajaan antara yang turut bersama.

p/s; herm... tok tak nk cakap banyak soal halal /haram sbb tok bukan org yg ahli dalam bidang agama, tapi sape pun ( kalu ngaku dia ISLAM/MELAYU ) pasti tau yg JUDI tu HARAM kan = BABI haram gak kan ( lain ar kalu mak bapak dia kate HALRAM hahahaha )... Teringat kate Sahabat tok yg duk nasihat kan tok; tanda ke"iman"an kite ada 3 peringkat;

1) dengan perbuatan
2) dengan percakapan
3) dengan hati ( itu lah selemah2 iman )
* betulkan tok kalau salah bagi maklumat, maklum la dah tua hahahaha banyak yg lupe kakakakaka

Tak tau la kan, menurut info la tak nampak pun tok2 mufti@imam@ orang bijak pandai agama yg ikut sama buat bantahan hahahaha sebab ape??? pikir2 ar sendiri sbb bagi tok, tak semestinye kita bijak dalam hal2 agama tapi kalu hati dah penuh gan "nafsu" tak jadi ape gak kan em...maap le sbb ni bagi pendapat tok je ar kan... " agama bukan setakat untuk dipertahan kan, malah untuk diperjuang kan" kalu nk bertahan pun tak mampu, manakan nk berjuang hehehehe baik duduk dalam " gebo" main "telo" kahkahkahkahkah maap2 hehehehehe

aku;
toktuasakti;
21 mei 2010;
umah aku:

DOA ; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Salam semua... saje2 aku cari2 dalam tenet dan tetiba aku jumpe satu blog yg letak nama CHAIRIL ANWAR, dan bile aku buka banyak puisi2 lama dia dan aku cilok satu masuk kat blog aku hehehehe. Baca dengan teliti hingga ke hati...

DOA

kepada pemeluk teguh

Tuhanku
Dalam termangu
Aku masih menyebut namamu

Biar susah sungguh
mengingat Kau penuh seluruh

cayaMu panas suci
tinggal kerdip lilin di kelam sunyi

Tuhanku

aku hilang bentuk
remuk

Tuhanku

aku mengembara di negeri asing

Tuhanku
di pintuMu aku mengetuk
aku tidak bisa berpaling

13 November 1943

p/s; semua manusia berdoa pada Tuhan, dengan harapan agar dimakbulkan ...amin

aku;
toktuasakti;
18 mei 2010;
umah aku:

tahniah;adik2 abg; aku:

Author: Tok Tua Sakti /


TAHNIAH!!!
BUAT SEMUA ADIK2 ABG
BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN
AKHIR TAHUN MATRIKULASI GOPENG, PERAK.
KORANG SEMUA MMG HEBAT HEHEEHE
( cam abg kakakakaka )

p/s; em eppy betul abg nihhh hehehehe ( tahap gaban hahaha ) syukur pada Tuhan yg memakbulkan setiap doa2.. amin...alhamdulillah...

aku;
toktuasakti;
17 mei 2010;
umah aku:

lepak petang; aku:

Author: Tok Tua Sakti /


Assalamualaikum semua + salam kasih sayang.....

Ari ni aku punya cite memang sembab huhuhu dengan tido lewat malam tadi sampai jam 3 pagi ( perut banyak belabon kate mak aku hehehehe ) awal pagi bangun bawak apak pi hospital cek jantung gan ambik ubat, punya le bosan duk hospital huhuhu cam siput sedut lambatnye kakaka dan petang tadi aku tibai tido sampai jam 5.30 hehehehe.




Petang , sepupu aku ( ijam ) ajak men"geteh" kat pekan bota, dah lama sangat tak lepak minum kat sini. Depan tabung Haji dan jalan menuju kat pusat tungtung hehehehe ( promote skit ar kan kakakaka ) dan aku teringat masa aku sekolah2 dulu aku selalu lepak kat depan tabung haji ni gan baju sekolah kuar + seluar sekolah beso bawah hahahaha konon2 cam samseng ar kan hahaha. ( buat aku gelak sendiri + cam org bodo je hahahahaha ).

p/s; zaman sekolah, kenangan ape pun kite tak pernah lupe kan em...

aku;
toktuasakti;
17 mei 2010;
umah aku:

tahniah; nyah manaf; aku:

Author: Tok Tua Sakti /


Petang tadi aku pi Ioph ( hospital darul ridzuan ) ziarah anak nyah manaf aku yg baru lahir gan adik dia ( sepupu aku ijam ). Tahniah aku ucap kan atas kelahiran cahaya mata yg baru... moga bertambah2 rezeki Tuhan hehehehe. Comel dan sihat hehehehe tu yg mampu aku kate kan hehehe . Tahun ni banyak betul aku dapat sepupu2 yg baru, Insyallah esok aku kan ziarah sorang lagi sepupu aku yg baru dapat cahaya mata gak ( kak sal )...

( cahaya mata baru )


( lepak2 kat surau dulu hehehe )

( nyah manaf pakai lebai tu )

( makcik aku dukung cucu baru hehehe )

p/s; alhamdulillah... bertambah2 umah Nabi Muhammad... dan anak2 adalah rezeki Tuhan yg amat berharga..walaupun banyak kes2 buang anak herm... hampessss cam %@%%@ betul ar sape yg punya perangai cam tu herm...

aku;
toktuasakti;
16 mei 2010;
umah aku:

guru;selamat hari guru; aku:

Author: Tok Tua Sakti /


SELAMAT HARI GURU;
buat semua Guru2 yg pernah mengajar aku
dan buat semua insan yg bergelar GURU;

Kepada guru yg mengajo aku kat sek TADIKA Teluk kepayang + guru2 Sek Agama Rakyat ( SAR ) + guru2 Sek, Keb, Teluk Kepayang + guru2 Sek, Men, Keb, Dato Abdul Rahman Yaakub Bota Kanan + Semua guru UMS/ PTPL dan istimewa kepada guru2 dan warga kerja Sek Keb Beluru Kuala Kangsar ( yg banyak membantu aku,,kire ngajo gak tu hehehehe ).

Terima kasih pada ibu bapa + adik beradik ( yg banyak nasihat aku walaupun aku ni "begik" hahahaha ) + pada makcik ( mengajo aku mengaji dari "aliff " sampai "wassalamu" + sahabat2 dia gua2 +sahabat2 yg setia ( kamu kenal siapa kamu ) +teman2+ kawan2+ dan pada "alam" ( yg banyak mengajar aku tentang hidup serta berikan aku idea2 yg baik ) dan pada semua, sama ada secara langsung @ tak langsung.... sesugguh nye aku sangat2 berterima kasih pada semua dan mohon pada Tuhan agar setiap sesuatu akan dibalas dengan kebaikan sepenuh nye.

( maap le kekawan, ni je gambo yg aku ada huhuhu )



Maaf andai terdapat kesilapan sepanjang pembelajar aku ( sbb aku nakal skit hahahaha tapi ensem hahahaha ) kamu semua guru yg terbaik buat aku : OSMAN ABD RAHMAN .

p/s; guru selalu dikaitkan dengan"jasa" dan jasa berkaitan dengan "budi", dan budi pasti dibawa MATI. Mohon pada Tuhan, agar diberkati pada semua guru2 dan diberi kekuatan untuk terus menabur bakti dan budi...( tetiba teringat kat puisi GURU OH GURU tulisan Allahyarham Usman Awang em.. )

aku;
toktuasakti;
16 mei 2010;
umah aku:

ingatan;buat aku;aku:

Author: Tok Tua Sakti /


Assalamualaikum semua sahabat + salam kasih sayang...

Tok sambung untuk entry semalam, entah ngape tok rasa cam perlu untuk masuk kat post ni. Mungkin sbb Tok banyak sangat pikir + takut. Sesama le kite baca, mungkin hanya untuk bacaaan @ maklumat @ bahan iktibar yg boleh dijadikan renungan + panduan + sempadan @ yg paling penting bahan fikir yg boleh kite timbag2 kan dalam hidup kite sebelum mati...


Tanda-tanda Kiamat

Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, “Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?”

Lalu kami menjawab, “Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat.”
Sabda Rasulullah S.A.W. “Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-

1. Asap
2. Dajjal
3. Binatang melata di bumi
4. Terbitnya matahari sebelah barat
5. Turunnya Nabi Isa A.S
6. Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
7. Gerhana di timur
8. Gerhana di barat
9. Gerhana di jazirah Arab
10. Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.

Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa saja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan ‘Ini adalah orang kafir’. Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.

Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S. Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu ‘Ini adalah orang yang beriman’. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah ‘Ini adalah orang kafir’.

Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W. Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, ” Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit saja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq” Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya saja, agama hanya bentuk saja, Al-Qur’an hanya dijadikan bacaan saja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat.”

Sabda Rasulullah S.A.W, “Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, oarng dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat.”

p/s; teringat pesan ustaz tok; org2 beriman akan mati sebelum kiamat berlaku..so yg tinggal waktu tu semua nye confem tak beriman = kapir le em... tok selalu doa, arap2 tok leh ar meninggal sebelum kiamat berlaku em... amin...
" kekadang kite lupa kite berTUHAN, sbb kita sangka dunia ni terus BERKEKALAN"

aku;
toktuasakti;
16 mei 2010;
umah aku:

angsa mandi; aku:

Author: Tok Tua Sakti /



Petang tadi masa tok nampak angsa jiran sebelah tumpang mandi dalam baldi mak tok hehehehe dan bising ar mak tok panggil apak ( ayah ) tgk sekali sambil kami gelak2 sbb pandai angsa ni mandi hehehehe ( kuasa tuhan yg menciptakan makhluk ).


Dengan segera tok tangkap gambo binatang ni hehehe sbb mungkin ada sesuatu bahan fikir yg leh tok pikir kan nanti em ( sbb setiap sesuatu pekara pasti ada natijah untuk kita fikir kan em ) ye ar dari tok duk gelak je kan hahaha.

Nak jadikan cite tok teringat satu hadis, tentang "panas" sbb angsa ni mandi mesti sbb nye dia panas kan??? cam manusia gak ar mandi sbb badan panas dan kebetulan skg ni musim panas yg melampau sehigga mengelapkan kulit tok huhuhu ( yg mmg dah gelap dari asal kukukuku alasan je tu hehehe ).

Alhamdulillah, cari punya cari tok jumpa satu hadis yg memadan kan tentang isu"panas" dengan kiamat herm....yg mungkin kite jarang2 nk fikir dan tok rasa sesuaiuntuk kita fikir kan bersama em ( tok la tu emmm ).

Daripada Aisyah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik”;- (Riwayat Thabrani).

Kesimpulannye, mmg patt ar angsa ni mandi kat dalam baldi mak tok, sbb dia pun terasa panas em... tok pun tak tau nk cakap ape selain pala tok duk pikir + takut bila cakap pasal "kiamat" adoiiiiiii herm sbb banyak yg kantoi nye huhuhuhu. Mohon pada Tuhan, ampuni setiap dosa dan kesalahan yg panjang dan keterlaluan sebagai insan.....

p/s; tok pun terus mandi bila nampak angsa ni mandi huhuhu sbb tpk pun panas herm sambil pikir yg angsa tu tak yah nk mengadap TUHAN sbb dia binatang bila dia mati @ kene sembelih + makan, tapi tok?????? ( korang pikir ar sendiriiiii em... )

aku;
toktuasakti;
15 mei 2010;
umah aku:

chairil anwar; aku:

Author: Tok Tua Sakti /


aku;

kalau sampai waktu ku
ku mahu takkan seorang pun merayu
tidak juga kau
tak perlu sedu- sedan itu
aku ni binatang jalang
dari kumpulan yg terbuang
biar peluru menebusi kulitku
aku tetap meradang menerjang
luka dan bisa ku bawa berlari
berlari
hingga hilang pedih peri
dan aku akan lebih tidak peduli
aku mahu hidup seribu tahun lagi:

Chairil Anwar;
- 28 april 1949 -

p/s; aku tgk mencari puisi untuk diconteng kat baju aku, bila aku cari dalam buku lama, aku jumpa puisi yg paling aku suke ( kire kegemaran aku la ) dan aku post kan untuk kite kongsi bersama Ok ( hayati dengan penuh teliti siapa "aku" )

aku;
toktuasakti;
15 mei 2010;
umah aku:

tentang "budi"; aku:

Author: Tok Tua Sakti /


Assalamualaikum + salam kasih sayang....

Tetiba je aku teringat satu peribahasa melayu;

org berbudi,
kita berbahasa,
org memberi,
kita merasa.

Kamus Dewan edisi ke 4;
budi-( 3). bersifat baik,perbuatan baik @ kebajikan.

sepanjang kehidupan kita, sering bersangkut paut tentang "budi", mungkin kalau kita fikir2 kan. Budi pada ibu + bapa, guru, keluarga dan sebagai nye "mungkin". Dan banyak gak yg "manusia" yg sering kali alpa tentang "budi" sama sekali, terus- menerus lupa2 dan lupa tentang budi yg telah dicurah berikan. ( mungkin gak aku ) aku tak tuju kan pada sesapa kecuali duk ingat kan diri aku sendiri OK.

sebagai manusia yg hidup sementara, ber"budi" lah sebanyak mana yg mungkin sbb budi baik sama sekali sukar untuk dilupa bagi manusia2 yg sedar diri dan punya harga diri.

oleh kerna post ni tentang "budi", aku mengucapkan jutaan TERIMA KASIH, pada IBU AYAH +semua sahabat+ kekawan dan semua yg pernah berbudi kepada aku dan aku sentiasa mengharap pada tuhan moga setiap budi yg diberikan akan di balas oleh TUHAN kerana Tuhan lah Yg Maha Pembalas bagi setiap sesuatu dan sesungguh nye setiap pekara yg dilakukan akan dibalas oleh Tuhan walaupun sebesar "ZARAH" ( sama ada baik @ buruk ).

p/s ; tetiba aku teringat kawan aku "budiman" budak pulau pisang huhuhu

aku;
toktuasakti;
15 mei 2010;
umah aku:

bulat & aku; sama ensem hahaha; aku:

Author: Tok Tua Sakti /


Ini BULAT, anak buah aku ( aku yg bagi nama bulat ) hahahaha sbb ??? dia bulat masa lahir hehehe. Kak aku cakap dia dah tumbuh gigi, aku ambik gambo dia buat kenangan sbb aku sayang kat dia hehehe. kalau korang tengok pun korang mesti happy kan hakhakhakhak ( sbb aku pun rasa cam tu em...)


Aku gak happy bila korang happy hehehehehe semoga semua sahabat2 aku happy hahahaha

p/s; aku tak de gambo mase kecik2 dulu huhuhuhu sian2 em ....

aku;
toktuasakti;
14 mei 2010;
umah aku:

program; sakit buntut; aku:

Author: Tok Tua Sakti /



Awal pagi sepupu aku ( mie ) ajak pi kayuh basikal, dari semlam dah rancang dan tak sangke pulak dia bersungguh2 nk pi kayuh sampai Pasir salak hahahaha. Alhamdulillah sepanjang perjalanan selamat em. Siap sempat ambik gambo kat depan pintu gerbang lagi tu hehehehe ( bagi bukti kat kawan aku huhuhuhu + bagi dia semangat sikit turun kan berat badan kakakaka ).

42 KM dengan catatan masa 4 jam mmg hampes huhuhuhu yg penting sampai dengar bergaya hahahaha ( tu ayat sepupu aku ar kan em ). Ape yg hampes bontot kami sakit ooooooo huhuhu sebb tak pakai suar "pad" bagi alas bontot dan sepupu aku cakap dia nk rehat 2 hari mengayuh sbb sakit buntot hahahaha ( mungkin sbb buasir ape huhuhuhu )... yg penting kami gumbira sbb tu la matlamat kami disamping kuar peluh gan buang lemak kat perut huhuhu ( sbb dia dah nak kawin kan ).

p/s; aku pun sakit buntut huhuhuhu siap kekawan aku sms ajak kayuh ptg gan mlm nanti hampessssss.

aku;
toktuasakti;
14 mei 2010;
umah aku: