bola VS judi; aku:

Author: Tok Tua Sakti /


'BERJAYA perolehi lesen judi bolasepak'

12 mei 2010
malaysiakini
Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulandepan.

Menurut akhbar harian Cina, Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

Sehubungan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.

BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen.

Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan.

Sebelum ini, ada pihak yang bimbang rangkaian kedai serbanika, 7-eleven yang juga dimiliki Kumpulan BERJAYA akan digunakan untuk tujuan yang sama.

Sin Chew memetik sumber yang berkata, masyarakat Islam akan dilarang daripada terbabit dengan pertaruhan bolasepak itu.

p/s; tahniah buat semua kaki judi hahahahahaha ( judi pun ada halal ooooo ) teringat kat filem p.ramlee , jual candu ada lesen, jual ganja ada lesen tapi jual belacan tak de lesen ooooo hahahahahaha ) skg ni judi ada lesen besou huhuhuhu agak2 sape le tokey "bejaya" ni ek em,,, agak2 pakai songkok ke tak em???

Tak yah nk banyak cakap le kan ( tgk link merah ) kalu org islam melayu tak joint beli judi bole ni aku sanggup tutup blog aku hahahahaha.

aku;
toktuasakti;
12 mei 2010;
umah aku:

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Komen Anda...
^TokTuaSakti^