Salam Isra' Mikraj; Tuhan; bantu; Aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Salam "Isra' Mikraj" kepada semua pelayar dan semua umat Islam di seluruh dunia, mohon pada Tuhan agar hari ini memberi sinar harapan yang baru untuk permulaan bagi sebuah kehidupan. Aku sentiasa bermohon dan berharap kehidupan aku akan sentiasa dalam kebaikan dan kebahagian di bawah lindungan Tuhan; bantu aku Tuhan:

Kadang2 aku sendiri tak tahu ngape aku selalu menggunakan perkataan yg pelik2 kan hehehehe mungkin diri aku ni penuh dengan kepelikan kot, herm mungkin la. Sekarang aku berada dalam zon hidup yg penuh dengan kesibukan dan aku sentiasa berharap aku dapat membahagikan masa aku untuk menguruskan kehidupan aku untuk Tuhan, keluarga dan yg tersayang yg sukar untuk aku lepaskan, dan sekarang aku seolah2 telah mendapat ilham Yg Maha Agung menemui jalan untuk dikeluarkan dari segala belenggu kehidupan, insyaAllah aku berharap Tuhan sentiasa membayangi kehidupan aku dengan penuh sempurna. Amin....

Hari ni, sehari suntuk aku tak dapat tidur dengan sempurna, mungkin terlalu banyak berfikir dan otak aku x dapat tido kalu sentiasa berfikir herm. Tapi pagi tadi tuhan telah menunjukkan aku suasana yg sangat aneh dan cantik sekitar jam 5.45 pagi dalam perjalanan ke Enggor. Bulan sabit penuh ditemani bintang terang seolah2 menemani aku dari Bota ke Enggor. Satu kenikmatan yg sangat2 aku perlukan. Seperti mana sinaran bulan menerangi kehidupan umat di bumi.

Mohon pada tuhan,
berikan jalan,
arah tujuan,
yg berkekalan.

Terlalu banyak perkara yg perlu aku lakukan dengan kadar segera untuk menghuraikan segala kekusutan, Alhamdulillah berkat aku minat membaca terutama BUKU TEORI HUKUM TARIKAN membuatkan aku lebih mudah menyelesaikan segala masalah dalam kehidupan. Dan semestinya ianya adalah petunjuk dari tuhan yg Maha Mengasihani.

Sujud ku,
syukur ku,
hanya untuk Mu,
Ya Tuhan ku.

hari baru aku;
aku;
Tok Tua Sakti;
27 Rejab 1430H
-----------------
29 julai 2009

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Komen Anda...
^TokTuaSakti^