kenangan;aku; dan hidup:

Author: Tok Tua Sakti /

Hari ni aku kerja kat padang sekolah, buat penilaian untuk pelajar tahun 1, seronok tengok bebudak bermain, tawa tanpa henti; itulah dunia kanak2 yg da lama aku tinggalkan. Mungkin hampir 20 tahun. Melihat bebudak ni membuatkan aku tersenyum sendiri, mungkin terlalu banyak kenangan yg pernah mewarnai hidup aku sebagai budak kampung.

Saat itu, aku tak pernah mengenal erti masalah mahu pun bebanan perasaan yg maha hebat,(kecuali masalah malas nak pergi sekolah hehehe). Maka itu lah erti kehidupan. Seandai masa boleh diputar, maka aku mesti pilih ke masa itu, temasuk orang lain pun.

Setelah meningkat dewasa, pastinya jauh dunia kita berbeza, terlalu jauh sehingga yg tinggal adalah kenangan yg takkan hilang dan ada juga yg makin pudar hilang tiada kesan. Ini lah erti kehidupan, yg terlalu sukar untuk dirungkaikan.

Maka, adalah perlu aku menjadi aku. Sehingga nyawa melekat dibadan yg penuh kesesakan menyelami erti kehidupan:


Tok Tua Sakti
14-07-2009
Enggor

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Komen Anda...
^TokTuaSakti^