cite;sekolah;aku:
Author: Tok Tua Sakti /ia hadir;kembali;aku:
Author: Tok Tua Sakti /malam ini
ia hadir kembali
mengetuk pintu hati
mengulang segala janji.
hati ini
pernah dirasai
nikmat indah duniawi
yg penuh bersemi.
hidup ini
andai diundur kembali
pasti ingin sekali
kau berada disisi.
mohon pada illahi
agar ditunjuki
cahaya hakiki
yg penuh laduni.
kau kurindui
setiap degup nadi
hingga abadi
setia disisi.
aku;
- dilaman rindu -
TokTua(yg hilang sakti)
10-08-2009;
12-30 mlm;
Bote:
selamat;hari lahir;sahabat:
Author: Tok Tua Sakti /
Selamat Hari Lahir sahabat yg baik, Ikmal Hisyam; semoga panjang umur, murah rezeki dan Tuhan sentiasa memberkati kehidupan kamu. Aku sentiasa mendoakan yg terbaik buat kamu. Aku tak kan lupa sahabat 2 yg sentiasa membuat aku bahagia dan ketawa.TokTuaSakti @
Abg Man SSCKL;
10-08-2009;
12.09 mlm;
Bote>Enggor:
tuhan;ini ujian yg berat;untuk aku:
Author: Tok Tua Sakti /Tentang aku;toktuasakti:
Author: Tok Tua Sakti /Sedikit latar belakang aku:
Sebelum ni aku banyak menggunakan nama samaran,dan yg paling lama aku gunakan nama Tok Kelana Bote;dan pas 2 aku malu sgt guna nama 2 atas masalah pribadi jadi aku tukarkan nama baru aku Tok Tua Sakti dan aku harap leh guna nama ni dalam laman maya ni. Aku pilih nama ni pun ada sebab2 tertentu dan sekiranya kita membaca sejarah rakyat pasti leh jumpa nama ni cz berkaitan dengan salasilah keluarga sebelah mak aku.
Aku suka pada alam, terutama laut walaupun aku tak pandai berenang dan aku tak suka mandi. Aku lebih suka melihat tanpa menyentuh, mungkin itu sifat semulajadi dan mungkin gak aku ni penakut hehehehe sebab pernah lemas 3x kat sungai belakang umah aku. Yg paling x tahan 2 mak aku selalu menyakat aku supaya jgn mandi sungai dia kate ada hantu ayo suke kat bebudak hehehe.(supaya aku jgn turun tebing ar 2). Aku dilahirkan di sebuah negeri yg ke 2 terkuat selepas kerajaan Melayu Melaka runtuh pada zaman dulu iaitu kerajaan negeri Perak atau di dalam buku Misa Melayu lebih dikenali sebagai kerajaan Brahman Indera@ Bota, Parit, Perak.
Hidup dibelakang Sungai Perak dan lahir dalam keluarga yg sederhana dan yg paling penting penuh dengan kasih sayang dan kebahagiaan. Mak aku asal Lambor Kiri dan dengan itu rasmi nye aku x leh makan Ikan Tapah sebab 2 pantang keturunan Tok Kaduk kate mak aku. Lantas 2 menambahkan lagi takut aku nak pegi ke tebing atau sungai hehehe. Apak aku plak asal kg Teluk Kepayang dan kami menetap kat sini InsyaAllah hingga hujung nyawa. Adik beradik aku 9 org dan aku anak yg paling HERO hehehe anak bongsu hehehehe (x manje mane pun).
Tentang latar pendidikan aku, aku x kan sentuh pasal 2 dalam entry ni em cz bagi aku pendidikan sepanjang hayat dan yg terpenting adalah dari segi pemerhatian dan pengalaman dalam hidup (2 pendapat aku la kan). Aku org yg ceria, suka berkawan dan yg paling penting suke bercerita dan hobi aku menulis, melukis dan membaca buku (ni yg paling gile). Mcm aku ckp aku suke berkawan dan aku berharap pas ni aku dapat banyak kawan em. 2 pun kalu ada yg sudi la jgn malu2 just letakkan email pun ok da insyaAllah aku akan balas segera yg mungkin em. Dan sifat aku yg paling buruk aku ni cepat terlupa tahap gile punya lupa dan ini mungkin otak kau dah tua kot @ tak fikir yg positif hehehehe dan yg paling teruk gak aku selalu salah mengeja masa menaip dan malu sgt2 jadi org Melayu konon huhuhu bahasa sendiri pun banyak salah hahaha (gelak kan diri sendiri). Niat aku masih belajar k.
Aku tinggal di Enggor > Bote, berulang alik sebab jaga mak ayah aku, tapi kadang2 aku lepak gak kat umah sewa aku hehehe umah sewa duk sesorg dan aku semakin selesa duk sesorg hehehe. Yup lupa, aku masih bujang dan masih solo huhuhuhuhu (cam ayat jual diri plak). Bukan nye ape, skg ni ramai sgt org da kawin ngaku bujang jadi sebelum ape2 aku yg bujang ni baik ngaku bujang kan hahahaha.
Aku berminat untuk berbincang @ muzakarah untuk semua isu, terutama tentang agama (semua agama) buku2, seni, politik (sembang2 kosong), tentang dunia, tentang alam @ape je hehehe. Tapi yg penting perbincangan dalam pandangan yg terbuka dan fikiran yg positif.
Setakat ni je kot tentang aku, sebab x ada yg menarik sgt tentang hidup aku kan em, Tapi yg penting aku happy dengan hidup aku hahahahaha.
Boleh hubungi aku;
http://sesibursenja.blogspot.com/
osmanabdrahman@yahoo.com

Aku;
TokTuaSakti;
07-07-2009;
Tentang aku;toktuasakti:
Nisfu Syaaban;Surau Besar;Aku:
Author: Tok Tua Sakti /Nisfu dlm bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah SAW telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda SAW dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda SAW berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."Setelah Baginda SAW selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."
Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1.Solat sunat Nisfu Sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini
Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah
Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya
i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman
warkah buat sahabat;aku;yg terbaik:
Author: Tok Tua Sakti /# sambungan
kamu sahabatku
yg menjadi sumbu
obor yg berkubu
setia yg jitu.
adalah laut
yg pasang surut
yg kita turut
yg kita sahut.
angin ini bayu
yg membawa rindu
yg membawa sendu
hingga ke kalbu.
senyum lah kamu
dalam tangis rindu
yg membeku
yg tak kan layu.
sahabat yg terbaik
yg tak lokek
yg tak serik
hati yg baik.
akan ku rindu
pada kamu
dengan sendu
dengan sayu.
doa pada tuhan
ada kebahagiaan
kepada teman
yg budiman.
kita mula langkah baru
tanpa sendu dayu
dgn harapan baru
dan hidup baru.
kamu sahabat
yg sangat erat
yg sangat kuat
dan yg terhebat.
salam perpisahan
semoga ada perjumpaan
di masa hadapan
kerna itu harapan...
# puisi paling panjang;aku:
aku;
Tok Kelana;TokTuaSakti;LailaMajnun;LayarLara;AbgMan@OsmanRahman:
Enggor;Bote;ShahAlam;UMS:
2004-2009;
05-08-2009:
warkah perpisahan buat sahabat;aku:
Author: Tok Tua Sakti /(Warkah ini buat sahabat yg punya erti dalam hidup aku)
Adalah hari ini, saat perpisahan antara kita yg jarak nya merentas Laut Cina Selatan dan hembusan udara semenanjung yg semakin ditinggalkan. Kite sememangnya telah menduga yg hari ini pasti akan berlaku antara kita dan semua sahabat2 kita pasti akn merasai perasaan yg sama.
Semalaman fikiran aku telah dibuai kenangan antara kita bersama sahabat yg lain. Teringat saat pertemuan pertama di kolej sehingga yg terakhir. Aku mengenali kamu sebagai kawan, teman, sahabat dan juga kakak ku sendiri. Sama sekali aku amat menyenangi kamu seperti adik beradik aku sendiri. Sehingga kini, ramai yg sama sekali sangsi dan tidak berpuashati dan tidak pasti dengan hubungan antara kita berdua. Mungkin aku pernah kehilangan kakak aku dahulu dan mungkin perasaan aku pada kamu sama seperti itu.
Kamu sahabat yg terbaik pernah aku kenali sepanjang kini aku hidup. Kadang kala ada aku fikirkan yg aku membuat keputusan yg salah terhadap hubungan kita ,tetapi selagi aku masih memegang prinsip dan pegangan aku tetap setia bersama kamu sebagai seorang sahabat dan saudara aku.
Dapat aku rasa kan yg ibu dan apak aku turut senang bersama kamu, kerna kamu anak yg baik. Dan aku turut rasakan perasaan yg sama.
Sepanjang perkenalan kita, kamu sering membantu, dan membimbing aku dalam mengenal erti setia, kesabaran dan kesungguhan. Terlalu banyak yg hendak diceritakan tentang kebaikan kamu dalam hidup aku.
Aku harapkan, semoga selepas ini kamu menemui kebahagiaan yg terbaik dan pastikan kamu tidak menjadi seperti aku. Kerna kamu sahabat yg baik dan yg terbaik adalah paling sesuai untuk kamu.
Terima kasih aku ucapkan, kerna setia menjadi sahabat aku dan menjaga semua rahsia hidup aku termasuk kesihatan aku yg terpaksa kamu risaukan sepanjang kite bersahabat.
Hari ini kamu akan kembali ke sangkar lama, seperti mana yg sering engkau katakan kepada aku dahulu. Tetapi ingat lah yg kadang kala sangkar lama tetap kita inginkan kerana disitu kita mengenal erti permulaan kehidupan.
Tabah kan hati dan bersabarlah, kerana itu yg kau ajarkan kepada aku sewaktu dahulu. Segala budi baik, jasa yg tak terhingga pasti tidak dapat aku lupakan sepanjang hidup aku. Ibu aku selalu berpesan yg org baik pasti mendapat balasan yg terbaik dan kau sangat mempercayainya sahabat.
Hidup lah dengan gembira dan berbahagia bersama keluarga,dan kebahagiaan adalah pendamping yg terbaik untuk kamu.
"Selagi nyawa dikandung badan,budi dan baik pasti tidak dilupakan"
Terima kasih untuk segala-galanya.
kamu teman yg terbaik.
p/s; kawin jgn lupa ajak em hehehehe
aku;
sahabat dan saudara mu;
Osman Rahman;
"hargai sahabat, selagi hidup mu bernyawa"
05-08-2009;
Enggor :
selsema babi menghampiri Enggor:
Author: Tok Tua Sakti /Hari ni riuh kat bilik guru tentang tajuk selsema babi H1N1, sekolah yg berhampiran telah didapati terkena jangkitan selsema babi. Da riuh satu dunia pun dan termasuk le Tanah Melayu ni. Tapi yg aku pelik sampi hari ni x dengar plak ada org nak baca yassin ke atau solah hajat ke nak elak kan bala tuhan ni @ mungkin nak tunggu orang besar kene dulu kot hehehehe.
Sampai sekarang kaedah yg terbaik gagal untuk dijumpai cam payah plak org2 bijak pandai nak pikir kan herm. Kalu pikir pale otak aku org yg sentuh babi kene samak jadi nye org yg kene jangkit virus ni pun kene samak gak kot@ minum ayo tanah pun ok gak kan hahahaha.
Kadang2 ada beberapa perkara yg kite terlepas pandang. Kalu dulu kite ada dengar selsema burung, jgn kate kan burung semua binatang berbulu yg berkepak deorg tibai kasi bunuh dan dibayar pampasan herm lagi satu virus nipah @ JE ada gak le babi yg mati kene tembak baru la leh kawal kan. Tapi kalu JE kire ok la sebab dibawak oleh nyamuk yg gigit babi dan kite leh kawal nyamuk gan bagi dia makan ubat nymuk, x kan la selsema babi nak bunuh org yg kene virus 2 plak sebab dia bleh menjangkitkan kat org lain plak.
Maka kesimpulan yg mudah bagi aku, bunuh je semua babi kat Malaysia yg tercinta ni kan senang, da kate dalam Al Quran kate binatang ni haram dan ditambah dengan kajian org bijak pandai mengatakan yg babi ni memang membawa banyak penyakit dan setiap 10 tahun akan membawa virus yg baru dan berlainan, 2 pun payah nak faham herm. Memang la, benda yg haram 2 sedap kan hehehehehe.
Untuk langkah pencegahan dari aku, aku dapatkan doa untuk mengelakkan dari penyakit yg merebak. Aku amat percaya yg didunia akhir zaman ni semua penyakit dari Nabi Allah ADAM hingga la yg terakhir akan dikeluarkan semula sebagai balasan atau kifarah atas kelalaian kita semua yg sememangnya lemah kan.
aku terjemah kan ke dalam bahasa ibunda kita ok:
DOA KETIKA SESUATU PENYAKIT MEREBAK
" Aku membenteng diri kpd nama Tuhan yg mempunyai kemuliaan dan kekuatan, aku berpegang teguh pada Tuhan yg menguasai alam ghaib. aku bertawakal kpd Tuhan yg hidup dan tidak mati selama-lamanya. Semoga kiranya engkau hindarkan kami ya ALLAH daripada bala dam wabak. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa ats tiap sesuatu"
Sesungguh nya hanya pada tuhan lah kite menyerahkan diri dan tingkatkan lah amalan kita sebelum mati,kalu tak kena selsema babi pun kita akan mati gak kan. Kite amalkan bersama2 ek termasuk la aku yg jadi tukang cerita heheheheheh.
Sekian dari aku;
aku;
Tok Kelana Bote;
04-08-2009;
Bote:
Dari Bote ke Shah Alam;Aku:
Author: Tok Tua Sakti /Salam untuk semua yg bernama sahabat,
Semalam 2 Ogos 2009 aku telah bertolak dari Bote ke Shah Alam bersama sahabat yg lain, selain menghantar teman pulang dan bertemu dengan keluarga, misi yg utama adalah untuk mengadap Ustaz dan menghadiri Maal Dendang Anak show di Shah Alam. Bertolak pada jam 1.30 usai solat Zohor dan sampai jam 4.45 petang di Shah Alam. Oleh kerana gian sangat makan sup aku pi tibai dulu ANI SUP UTARA hehehehehe.
Banyak lagi barang2 yg masih tertinggal di rumah lama yg perlu aku bawak balik dan sesudah berkemas aku pi jalan2 di sekitar Shah Alam, tempat2 yg aku selalu lepak dulu. Oleh kerana terlalu banyak sangat kenangan yg pahit keluar bertalu2 aku ambik keputusan baik lepak kat umah je baru x senak otak. Dan aku cakap kat teman aku yg aku memang dah x sesuai duduk kat sini dah hehehehe dan segala kenangan2 yg bodoh perlu dihapuskan dengan kadar segera.
Usai solat Isyak kami bertolak ke dataran Shah Alam untuk mengadap ustaz dan menghadiri maal. Mungkin aku da terlalu lama meninggalkan gua (program) banyak sahabat2 aku dah hampir tak kenal aku, bila aku pikir2 kan balik hampir 2 tahun setengah dah pun dan memang patut pun deorang lupakan aku. Nasib baik la ada lagi anak2 buah aku yg masih ingatkan aku herm. Dan akhirnya program aku bermula, bertemu dan mengadap ustaz dan bertemu semula jemaah yg lama. Sememangnya jemaah bote telah diputuskan untuk hadir ke Puncak Alam untuk mesyuarat program semula.
Alhamdulillah aku masih tidak terlambat melihat perkembangan ini dibangunkan semula seperti 10 tahun dahulu. Dengan niat dan harapan yg baru, semangat yg baru untuk memajukan diri dan jemaah Bote seperti dahulu adalah menjadi matlamat yg paling utama. Dan akhirnya aku terfikir, berlaku semua perkara keatas diri aku berpunca kerana aku semakin menghilangkan diri aku yg dahulu. Maka ape yg penting sekarang ni, aku perlu mencari diri aku yg sebenar dan Alhamdulillah atas kenikmatan dan kesyukuran kepada tuhan kerana masih memberi ruang dan peluang untuk aku menikmati kehidupan yg lebih sempurna dan kemuncak kepada kebahagian yg paling hakiki.
InsyaAllah selepas ni aku akan masuk semula ke Puncak Alam sebulan sekali untuk program yg seterusnya. Mohon dan harap, tuhan memberikan kekuatan sepenuhnya untuk aku memulakan langkah permulaan yg baik dan pengakhiran yg terbaik.
Aku bertolak semula ke Bote jam 1 pagi dan sampai pada jam 4 pagi, esok aku kerja masuk jam 7.30 pagi hahahahahaha. Padan muka aku:
adalah cahaya ini
cahaya Illahi
menjunjung duli
yg maha tinggi.
adalah diri ini
diri yg peri
yg menyesali
yg hakiki
Aku;
Tok Kelana Bote
2 Ogos 2009
----------------
11 Syaaban 1430H
Enggor > Bote
"aku ingin menjadi;aku:"
dari Bote ke Masjid Negara:
Author: Tok Tua Sakti /Salam perjuangan buat sahabat yg mengharungi keperitan dalam perjuangan, pasti segala kepayahan akan digalang gantikan dengan kejayaan yg total dalam kehidupan.
Adalah 1 Ogos 2009 menjadi saksi erti keperitan dan perjuangan;
aku sentiasa mendoakan kejayaan untuk kalian.
Tok Tua Sakti
Bote
1 Ogos 2009
10 Syaaban 1430H
"Ini perjuangan yg bertanda"
cite sekolah; aku:
Author: Tok Tua Sakti /PART 3
Hari ni sungguh memenatkan. Sambutan Sukan Peringkat Sekolah herm. Macam biasa aku kene jadi MC le,ni projek kat kem punya pasal sampai le ni ar aku kene pegang jawatan ni. Tapi aku stil happy huhuhuhu untuk acara guru tiup belun paling jauh aku dapat no 2 kire ok arkan hahahaha.
Hari ni balik semula ke bote,keadaan ayah yg semakin uzur herm memag memenatkan sepanjang perjalanan huhuhuhu. Kite penting kan ape yg penting, keluarga adalah segala - galanya kan em.
Pas ni cuti 2 hari rehat cukup2 hehehe
- aku;damai disini;enggor>bote;jadi saksi:
aku;
tok tua sakti;
31-07-2009
s.k.beluru
cite;sekolah aku:
Author: Tok Tua Sakti /herm penat betul masuk kelas ganti heheheh but still happy gan perangai bebudak tahun 5, banyak sgt yg hendak ditanye sampai x sedar 1 jam. Hari ni aku kene balik lewat skit ke bote hehehehe ada temujanji kan chandan puteri kuala kangsar hehehehe. Hope semua ok le, kalu x kantoi le alamatnye. Yg penting semua persiapan dah dilakukan.
Tuhan berikan kekuatan;aku;penuh pengharapan:
aku;
happy ari ni;
enggor;KK:
30-07-2009:
syukur;tuhan;berikan;aku;kebebasan:
Author: Tok Tua Sakti /Syukur pada tuhan keatas segala nikmat dan kekuatan dalam merempuh kehidupan;
Skg yg penting,fokus pada kerjaya dan menikmati kehidupan dengan penuh kesempurnaan. Ibarat bebanan batu yg telah terlepas dari kepala hehehehehe.
Permulaan hari yg penuh dengan kenikmatan yg sempurna. Syukur pada mu Tuhan:
aku;
insan Sang Pencipta;
tok tua sakti;
30-07-2009
progran;aku;bermula:
Author: Tok Tua Sakti /Alhamdulillah skg ni aku da pulang semula ke pondok, mlm tadi program 10 surah. Terlalu banyak perkara yg dibincangkan untuk membangunkan semula pondok yg da lama aku tinggalkan. Oleh kerana keadaan kesihatan aku tidak berapa baik malam tadi aku terpaksa pulang awl. Pagi ni bangun penuh dengan kepayahan dan kesabaran. (mugkin aku da tua kot herm)
Pada tuhan ku mohon kekuatan:
- skg otak tengah runsing,sory;
Tok Tua Sakti
28-07-2009
Enggor
cite;sekolah;aku:
Author: Tok Tua Sakti /Hari ni pengalaman yg paling haru biru hehehehe,leh plak budak tahun 1 menangis mengamuk-gamuk plak, budak ni memang sepesel skit cz budak ni OKU. Mungkin dia x sesuai belajo kat sini, oleh kerana aku yg bertanggungjawab membuat penilaian pentaksiran kepada dia maka semestinye aku sgt kenal gan karenah dia kan em.
Akhirnye pas berjaya dipujuk aku le kene hantr dia balik cz dia da mengamuk x nak balik gan abg dia dan nak balik sesorg. Daripada kene lango gan lori@ keta baik aku yg hantokan huhuhu kene gelak la aku satu pejabat ni herm.
Kite perlu syukur pada tuhan, kerna kita sebaik2 kejadian:
Jam1 ptg
S.K Bbeluru
28-07-2009
Cikgu Man (hehehehe)
Tuhan;berikan;Dia;cahaya:
Author: Tok Tua Sakti /Adakala kolam hati ini resah,
gelisah dan hampir goyah.
adakah hati ini perlu pasrah,
menyerah dan berserah.
Adakala hati ini galau,
yg sering menghalau,
jauh ke pulau
yg tiada risau.
Adakala jiwa ini hampa,
menyesak jiwa,
membawa lara,
yg penuh siksa.
Adalah "dia" cahaya,
yg punyai sirna,
akan ku jaga,
agar dia bahagia.
Adalah aku setia,
yg ingin ketawa,
buat semua
yg punyai jiwa.
Tok Tua Sakti;
27-07-2009;
Enggor yg sepi:
tuhan;lindungi dia;dari resah & bencana:
Author: Tok Tua Sakti /Entry aku hari ni di tulis dengan x ada mood herm,mungkin perkhabaran yg aku dapati membuatkan aku lebih takut sebab aku tak pernah rasa apa yg pernah aku rasa selama hidup ini.
Semalaman aku tidak mampu tidur dengan nyenyak kerana perkara2 begini. Mungkin hati aku sememang nya tidak mahu perkara ini berlaku keatas dirinya.
Tuhan,berikan perlindungan yg abadi ke atas dirinya:
Skg ni aku tengah betul2 blur dan x tahu ape yg perlu aku lakukan. Hanya kepada tuhan tempat aku memohon dan berharap...
Aku;
Tok Tua Sakti;
Enggor;
27-07-2009
salam;perpisahan;aku;buatmu;seniwati:
Author: Tok Tua Sakti /salam perpisahan,ke perjalanan yg lebih panjang dan kekal abadi.
al-fatehah kepada Allahyarhamah Yasmin Ahmad, engkau pembuka minda hidupku tentang kehidupan didunia....
Moga dicucuri rahmat allah di alam yg penuh berserah.
Amin....
toktuasakti
bote
25-07-2009
hidup;mesti;terus;aku:
Author: Tok Tua Sakti /Salam untuk semua;
seperti mana entry aku yg sebelum ini "kita;ciptakan;kehidupan;baru;aku:", sememagnya hampir 1 minggu ni hidup aku banyak yg dibarukan dengan hidup yg penuh istimewa hehehe. Mungkin akhir2 ni aku dah hilang sedikit fokus herm masalah yg sememagnya tidak diduga seumur hidup aku herm.
Tapi x pe ar da org tak pecaya kan nak buat cam ne. Mohon dan harap pada tuhan agar permudahkan segela urusan,bkn nye aku takut ape, da dia tak suka org yg punya sifat menipu, takut tertipu seumur hidup herm. Harap2 semuanya x betul ar kan em. Banyak2kan berdoa em.
Semalam aku turun ke sungai mancing hehehe mungkin nak hilang kan tension dan juga memenuhi masa lapang aku disamping memenuhi hobi aku yg dah lama aku tinggalkan. Dan yg paling menarik aku lehdapat ikan lampam semalam,walaupun x besar tapi mampu membuat kan aku gembira cz sebelum ni x dapat ikan huhuhuhu dan ikan 2 merupakan ikan kesukaan aku hehehe puas hati betula ar semalam.
Biarkan sedikit kegembiraan, menghilangkan kerisauan:
permulaan sebuah kehidupan yang baru:aku:
Tok Tua Sakti;
26-07-2009;
bote>enggor;
tuhan;aku;mohon kuasa;melerai keresahan;jiwa:
Author: Tok Tua Sakti /Oleh kerana aku telah mendapat perkhabaran yg kurang enak didengar dan sehingga kini aku enggan percaya. Dan ternyata dia juga tidak percaya. Sudah aku agakkan yg aku akan terus di nista akan perkara ini. Sudahlah, pujukkan hati supaya bersabar,dan mohon pada tuhan semua perkara akan menjadi jelas dan aku masih mengharap yg perkara ini bukanlah satu kebenaran.
Tuhan kau pelihara dan puliharalah: dia: agar dia bahagia, untuk selamanya: Amin:
Tok Tua Sakti:
26-07-2009;
12.mlm
Bote;
cite sekolah;aku:
Author: Tok Tua Sakti /PART 2
Semalam aku ada kursus kat sekolah, ngantuk gile betul. Kursus tentang penulisan jawi huhuhuhu rupenya aku ni da tak mahir menggunakan tulisan jawi herm kantoi betul. Dari 20 soalan 12 salah dalam mengeja jawi huhuhu hampes betul.
Usai selesai kursus, kami bergerak ke JJ Ipoh cz ada pertandingan bowling antara guru, ikut kan hati aku memang aku tak nak pergi. Mungkin Ipoh tidak sesuai dengan jiwa aku sekarang ni. Jerebu kuat sungguh kat Ipoh sehingga menyesakkan dada aku herm dan akhirnye aku kalah dalam pertandingan 2 hahahaha. (saje je bagi deorg menang hehehehe).
Aku kena segera pulang ke Bota cz adik beradik aku 2 org dari KL datang nak buat gotong royong gan nak setelkan masalah aku dan kekawan aku dari KL 2 org gak datang nak menziarah org tua aku yg tengah uzur.
Semalam oleh kerana terlalu penat bergotong royong aku tido je sepanjang petang herm.
p/s; jangan tido petang, nanti mengundang kegilaan.
aku sampai kene cekik dengan hantu 2 herm sesak nafas herm mcm2 betul,x pernah kena sebelum ni, pasni ni kene pastikan jgn tido petang em.
catatan sekolah;aku:
Author: Tok Tua Sakti /Salam semua yg menyayangi dan menyenangi aku;
Hari ni kat sekolah dimulakan dengan senaman sempena bulan kecerdasan peringkat sekolah, huhuhu nak x nak aku pun ikut le sekali herm berpeluh sungguh. Malang nye dalam waktu sejam hujan le plak hehehe.
Akibat nye, walau pun badan peluh sihat, tapi ak kene gak pakai baju sejuk sebab da demam plak huhuhuhu ternyata antibodi badan aku ni dan bertambah x kuat hehehe kene minum susu kambing pas ni.
Moral nya jangan main ayo hujan ok hehehe
Tok Tua Sakti (kene demam gak herm)
24-07-2009;
11.00 pg
S.K.Beluru:
langkah;demi langkah;demi maruah;aku:
Author: Tok Tua Sakti /Malam tadi aku masuk ke gua semula, malam program kahfi, selepas diputuskan aku kene membaca 10 surah yg terakhir, da hampir 3 tahun tak membaca kahfi hehehe. Seperti kate Temenggong semalam, kita mulakan kehidupan agama yg baru demi perjuangan yg satu.
Tuhan berikan lorongan,
jalan dihadapan,
untuk harapan,
dan impian.
Aku;
Tok Kelana Bote;
23-07-2009;
11.30 mlm;
gua lama:
khabar buruk;untuk aku; Tuhan; bantu Aku:
Author: Tok Tua Sakti /Malam tadi kau berjumpa dengan pakcik aku, khabar yg sememangnye aku tidak ingini terpaksa aku terima dengan hati yg sedikit luka dan kecewa.
"Mohon tuhan, berikan kekuatan;tunjukkan jalan, berikan pedoman:"
Tok Tua Sakti
23-07-2009
8.45 mlm
Padang Changkat; Bote:
hidup; picisan; aku; insan:
Author: Tok Tua Sakti /Salam semua,
Entry aku dimulakan dengan pengalaman aku semalam dlm perjalanan pulang Enggor> Bota: Dalam perjalanan pulang aku terlihat seekor anjing tempang berjalan sehala dalam perjalanan pulang, x ramai yg tahu aku memag takut kat binatang ni,hehehehe kalu yg tahu 2 mesti kwn2 yg sgt mengenali aku. Sepanjang pembacaan aku,terdapat 10 sifat anjing yg boleh kita ikuti kerana ianya adalah perkara yg mulia. Tapi kau dah lupa pulak,kalau aku jumpa balik buku 2 aku bagi info ok.
Hati aku cam sedih ar bila anjing 2 jalan cam 2 kan, tapi yg membuat kan aku terfikir ialah dalam masa yg sama, di jln arah yg bertentangan aku terserempak dengan seorang manusia yg mungkin kurang siuman dan turut berjalan tempang tanpa arah tujuan.
"maka nikmat manakah yg engkau dustakan"- terjemahan Quran.
Inilah akibatnya apabila tuhan,mengambil kembali nikmat insan (akal fikiran yg waras) pada diri manusia. Sekiranya tuhan mengambil segala nikmat maka tiada beza nya manusia dan haiwan(anjing tadi). Bersyukur la aku kerana tuhan masih lagi melindungi dan menaugi kau dengan kadar kewarasan yg baik. Ruang dan peluang yg diberikan memberikan aku merasai nikmat kesyukuran yg tinggi.
Pengajaran yg boleh kita dapati; kadang kala manusia bersifat haiwan dan melebihi haiwan buas dan ganas, sama ada dari fikiran, perbuatan dan tindakan. Mohon pada Tuhan, moga kita tak tersimpang arah,menongkah maruah.
Sepanjang petang 2 aku masih berfikir sehingga aku tido malam tadi herm.
Sama2 le kite pikir kalu rasa nak senak otak hehehehe.
Aku;
Insan Hina;
Menumpang sementara;
Di dunia lara:
Tok Tua (yg hilang sakti);
23-07-2009;
3.30 ptg;
Enggor>Bote:
kita;ciptakan;kehidupan;baru;aku:
Author: Tok Tua Sakti /Oleh kerana skg ni da banyak masa yg terluang, maka tercipta la hobi aku yg dulu2 masa bebudak, memancing gan berkebun hehehe. Aku memang aku minat gan pokok herba, jadi nye aku da tanam pokok misai kucing hehehe. Harga satu pokok mencecah RM25 tau, herm jadi nye aku tanam dalam beg hitam, kalu ada kekawan yg minat ambik je la, jangan mati da le kecewa plak aku kan.
Sekarang ni aku tengah suruh anak buah aku penuhkan beg hitam dengan tanah, aku dalam proses nak tanam jagung putih plak herm syok gak kan. Dan paling hebat dalam hidup baru ni aku da mula turun pergi sungai plak hehehe aktiviti memancing, siap malam tadi pun aku leh berani pg mancing, gile punya pasal ar ni. Bising2 mak aku huhuhuhu dia takut cz da dekat 17 tahun aku tak turun ke tebing mancing. Tapi nasib le bapak aku ok, hehehe siap sokong 2, dia kate duduk umah jam 10 mlm bukan leh tido pun, da penat mancing balik tido ar kan hehehehe terdiam mak aku huhuhu kire aku menang ar kan.
Malang nye ikan x dapat, pagut pun x hampeh betul ar, ayo sungai sebak (naik) plak udang x dapat le kan. Tapi aku syok cz aku da mula menjadi aku yg dulu, cam bapak aku selalu cakap; kite budak kampung, sebatikan diri gan budaya kampung: hehehe
Oleh kerana skg ni aku terpakse berulang alik dari Enggor > Bote maka makin galak le aku mancing hehehe. Aku ada program mancing hujung minggu ni gan cikgu2 kat sini, nak bawak deme test sungai aku. Kalu jadi aku akan cite balik ar kan.
Petang ni aku cadang nak jumpe pakcik aku, ada hal penting2 gile yg perlu aku lakukan, antara hidup dan mati 2 hehehe harap2 jawapan dari dia ape yg berlaku semuanya x betul, sebab aku harap sangat2 semua ni x betul. Mohon dan harap pada tuhan semua nya dapat diselesaikan.
2 je dulu buat masa ni, nanti kau sambung lagi ok. da....salam
aku;
Abg Men (name baru aku kat sini hehehehe)
23-07-2009
10.Pagi
S.K.Beluru
BERKELANA /AR-RASHID:
Author: Tok Tua Sakti /BERKELANA
Aku dulu insan hina,
Hidup tidak ada makna,
Kini aku berkelanaKu,
mencari sini sana.
Ku lalui lembah dan gunung,
Mula diriku terapung,
Ku dengar namaku dilaung,
Bergema bergaung gaung.
Aku terhenti aku menanti,
Ku menyaksi kuasa Ilahi,
Ini bukti bukti sejati,
Ku abadi dengan Ilahi.
Apa kucari sudah ku jumpa,
Baru ku tahu aku siapa,
Diri ini tiada apa-apa,
Kita semua hanya hamba.
Empat purnama aku berkelana,
Seperti mana diperintahNya,
Sesungguh Tuhan yang berkuasa,
Pada Mu Tuhan kuperhamba…
AR-RASHID
Berjalan menuju arah
Berjalan mengorak langkah
Berjalan menjejak sirah
Mengharap petunjuk dan hidayah
Petunjuk darimu Tuhan
Menunjuk arah tujuan
Memupuk mengasah fikiran
Membentuk memasak ketaatan
Atas Ar-Rashid petunjuk
Atas Ya-Rashid membentuk
Petunjuk yang membentuk
Memupuk dan melentok
Jalan lurus tiada bengkok
Arah tujuan di tunjuk
Nama Tuhan sebagai petunjuk
Berjalan aku moga, diriku terbentuk
Pada Tuhan diriku menunduk
lirik;lagu: Ustaz Zul
kump: Dendang Anak
Salam semua, pagi ni aku mula kan entry aku dengan beberapa buah lagu yg ada kaitan dengan hidup aku dari masa ke semasa. Memag aku dah rancang nak masuk kan lagu,puisi,lukisan atau ape2 je yg aku pikirkan sesuai untuk dimasukkan.
Untuk lagu pertama ni, (berkelana) lagu ni dibuatkan untuk Tok kelana bota yg asal,dan lagu ni mempunyai maksud yg sangat mendalam bagi diri aku sendiri, bila kau nyanyikan semula membuatkan aku sedih gan diri aku sendiri: mungkin aku yg faham aku:
Lagu yg kedua ni, aku selalu nyanyi mase aku mula keluar dari gua lama aku dulu, aku selalu mohon dan harap yg lagu ni boleh memberika aku kekuatan yg paling teras. Dan alhamdulilah aku jumpa gak lagu ni balik:
Cuba baca dan hayati insyaalllah ada pekara baru yg kita dapat jumpa.
pada tuhan; aku serah kan; kehidupan; aku:
Tok Tua Sakti;
23-07-2009
enggor>bote
ketika;aku;mencari;aku:
Author: Tok Tua Sakti /Semalam aku pergi semula ke gua lama (Pondok Umumi), niat aku nak infradi dgn Temenggong aku, tentang masalah aku. Oleh kerana malam 2 malam program dan malam 10 surah, kene la aku ikut sama.
Jawapan daripada masalah aku membuatkan aku mengeletar sehingga kini dan merunsingkan keadaan aku.Mohon tuhan permudahkan segala urusan bagi semua yg berlaku. Betul kate org tua2; ditelan pahit nak dibuang sayang, ditelan mati emak dibuang mati bapak:
Kerisauan dan kebuntuan membuatkan aku semakin pasrah dalam kehidupan aku sendiri. Disaat aku sudah mula terbiasa dengan kesepian, datang plak macam2 herm, mungkin ini ujian yg perlu aku lalui untuk melangsaikan segala dosa yg pernah aku lakukan, mungkin.
Malam tadi aku dapat satu ilmu yg amat berguna sepanjang perbincangan.
4 pekara yg ada di dunia;
1= kekafiraan
2=tipu daya
3=kelalaian
4=mencengkam
aku jugak terpaksa diajar semula untuk berfikir secara lebih keras dan kembali kepada teras;
Bagi maksud setiap perkataan yg ada akan kita bincangkan semula kerana aku masih berfikir perkara di atas. Kalu nak pikir sama2 le tajamkan akal hehehe.
Hari ni seperti biasa aku akn pulang semula ke Bota untuk pergi ke HCM, apak aku kan cube untuk tanggal kan tube hari ni, mohon dan harap tuhan akan permudahkan segala urusan apak aku... amin...
Tuhan;aku;insan;kerdil:
Tok Tua Sakti;
22-07-2009
Enggor
aku;gelakkan;aku:
Author: Tok Tua Sakti /Hehehehe hari ni merupakan ujian yg paling membuatkan hati aku tercabar dan membuatkan aku gelak sendiri huhuhuhu. Bleh aku dari Ipoh nak ke Enggor sesat jalan sampai ke Taiping herm dan yg paling teruk bleh plak lori bawak batu nak langgar aku plak herm. Nyaris aku kire PRO la kan hahahaha. Tuhan lindungi aku:
Semalam aku terfikir nak buang semua lukisan2 aku, coz ada aura yg x menarik. Tapi bila pikir2 kan balik buat ape nak dikenangkan benda yg da x hidupkan herm jadinye pagi tadi aku terpikir nak bagi kat kawan2 aku yg minat kat lukisan 2, ambik je la kalu hati kawan2 aku berkenan. Cikgu2 sini punya le suka herm.
itu saje laporan untuk pagi ni;
rojer and out
laporan dari
Man Ensem hehehehe
10.00 pg
21-07-2009
Dah Sampai Enggor



