sory aku cakap awal2 cz ni merupakan entr yg paling panjang.
PART 1
Untuk entry terbaru aku, aku akan mulakan hidup aku yang baru, impian aku untuk hidup bahagia dengan "dia" sudah berakhir. Aku telah rancangkan yg aku akan hidup dengan dia dan akan tinggalkan kawan aku, oleh kerana perancangan telah berubah, aku akn mulakan hidup bahagia dengan kawan2 aku dan jugak keluarga aku. Aku akan cuba sedaya upaya. Mohon dan harap tuhan berikan aku kekuatan sepenuhnya. Buat masa ini aku takkan cari pengganti dalam hidup aku kerna aku tak perlukan semua itu lagi buat sementara waktu. Mohon pada tuhan panjangkan umur aku untuk akhirnya aku menemui jodoh yg lebih baik.
Setelah aku pikir semalaman, coz aku tak leh tido gan selesa malam tadi, sebab x berapa sihat, aku mula pikirkan semula kejadian yg berlaku dalam hidup aku. Memang aku x nafikan, kawan aku antara punca keadaan ini berlaku..... tetapi hakikat nya hati "dia" yg beralih arah. Aku anggapkan kehadiran kawan aku adalah sebagi ujian untuk dia tetapi ternyata aku hanya berangan semata2. Konon2 sumpah setia , janji senyawa adalah mainan semata.
Dan paling aku lawak leh dia kata yg :cinta ni memang bodoh; dan ternyata lah yg kena bodoh 2 aku hahahahaha bodoh selama (13 tahun 2 huhuhu) ini kerana percaya kepada semua kehkehkeh. Betul la kata org tua2, kalu hati da ada yg lain, semua alasan boleh diguna pakai asal dapat hidup bahagia herm. Tapi aku rasa aku perlu menjadi org yg baik kan, org yg dalam bahagia jgn diganggu. Biarkan kerana kebahagiaan adalah perintah tuhan kan, jgn langgar perintah tuhan walaupun aku adalah insan yg paling banyak dosa diantara hamba tuhan; Tuhan ampunkan lah aku dan jadikan lah aku antara manusia yg baik dan gagal melakukan dosa yg berulang, dan kau ampun kan dosa org tua ku dan kekawan baik aku yg sememangnye baik:
Kuat betul aku membebel la. Mungkin da tua kot. Da habis cita setakat ni pasal dia, dan aku kan cuba selepas ni x kan ada cite pasal Dia= CARDOVA2 yang telah musnah dibawa alam hehehe.
PART 2
Hari ini aku sangat berlapang dada, mungkin aku da lepaskan semuanya yg terpendam didalam hati aku hehehehe.Tapi semput dada gak huhuhu. Sekurang2 nya aku mendapat sedikit kepuasan herm.
Kepada kekawan aku, Mariah, Lydia, Mohammad Adam, Along, Ikmal dan semua yg anggap aku kawan, aku sentiasa memerlukan kamu semua dalam hidup aku. Sehingga kini, baru aku sedar yg manusia tidak memerlukan cinta manusia, tetapi ramai sahabat2 yg baik em. Tuhan kau maha mengasihani aku.
Buat semua kekawan, aku amat merindui kamu semua dan aku akan pulang semula ke Shah Alam dalam masa terdekat ni. Hehehe kalu gaji masuk awal aku belanja menyanyi ok hehehe. Tak sabar nak jumpa semua.
Buat keluarga aku, terima kasih kerana sentiasa menyokong aku sepenuh kepercayaan aku sangat2 menyayangi kamu. Ya Allah permudahkan segala urusan kawan2 aku dan keluarga aku. Aku amat bertuah punyai keluarga yg bahagia dan sentiasa membuat aku tertawa walaupun dalam duka. Ampunkan aku kerana mengecewakan diri mu.
Aku masih ingat pesanan ibu aku; buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat; maruah yg baik akan dipelihara; maruah yg dinista akan sengsara. Terima kasih ibu, memberikan aku pengajaran yg paling berguna seumur hidup aku.
Aku;ingin;menjadi;Aku:
Osman;Abg (besar) Man;Tok Kelana;Tok Tua Sakti;Bota;Enggor:
20-07-2009
Ipoh
Tmn Cempaka;Sari 1:
hidup;baru;aku;tuhan;tunjukan aku jalan:
Author: Tok Tua Sakti /Salam Isra' Mikraj; Tuhan; bantu; Aku:
Author: Tok Tua Sakti /Salam "Isra' Mikraj" kepada semua pelayar dan semua umat Islam di seluruh dunia, mohon pada Tuhan agar hari ini memberi sinar harapan yang baru untuk permulaan bagi sebuah kehidupan. Aku sentiasa bermohon dan berharap kehidupan aku akan sentiasa dalam kebaikan dan kebahagian di bawah lindungan Tuhan; bantu aku Tuhan:
Kadang2 aku sendiri tak tahu ngape aku selalu menggunakan perkataan yg pelik2 kan hehehehe mungkin diri aku ni penuh dengan kepelikan kot, herm mungkin la. Sekarang aku berada dalam zon hidup yg penuh dengan kesibukan dan aku sentiasa berharap aku dapat membahagikan masa aku untuk menguruskan kehidupan aku untuk Tuhan, keluarga dan yg tersayang yg sukar untuk aku lepaskan, dan sekarang aku seolah2 telah mendapat ilham Yg Maha Agung menemui jalan untuk dikeluarkan dari segala belenggu kehidupan, insyaAllah aku berharap Tuhan sentiasa membayangi kehidupan aku dengan penuh sempurna. Amin....
Hari ni, sehari suntuk aku tak dapat tidur dengan sempurna, mungkin terlalu banyak berfikir dan otak aku x dapat tido kalu sentiasa berfikir herm. Tapi pagi tadi tuhan telah menunjukkan aku suasana yg sangat aneh dan cantik sekitar jam 5.45 pagi dalam perjalanan ke Enggor. Bulan sabit penuh ditemani bintang terang seolah2 menemani aku dari Bota ke Enggor. Satu kenikmatan yg sangat2 aku perlukan. Seperti mana sinaran bulan menerangi kehidupan umat di bumi.
Mohon pada tuhan,
berikan jalan,
arah tujuan,
yg berkekalan.
Terlalu banyak perkara yg perlu aku lakukan dengan kadar segera untuk menghuraikan segala kekusutan, Alhamdulillah berkat aku minat membaca terutama BUKU TEORI HUKUM TARIKAN membuatkan aku lebih mudah menyelesaikan segala masalah dalam kehidupan. Dan semestinya ianya adalah petunjuk dari tuhan yg Maha Mengasihani.
Sujud ku,
syukur ku,
hanya untuk Mu,
Ya Tuhan ku.
hari baru aku;
aku;
Tok Tua Sakti;
27 Rejab 1430H
-----------------
29 julai 2009
hidup;penuh dengan kesibukkan;bantu;aku;Tuhan:
Author: Tok Tua Sakti /Minggu ini penuh dengan ujian tuhan, dengan keadaan Ayah yang semakin uzur, aku terpaksa berulang-alik Enggor ke Bota. Minggu ni ujian Penilaian telah bermula, dari set exam hingga ke peperiksaan terpaksa aku lakukan dengan penuh kesabaran dan kepenatan.
Mohon pada tuhan, berikan kekuatan untuk menempuh segala dugaan dalam kehidupan.
Mungkin buat masa ini kau terpaksa berhenti seketika memblog kerana kengkangan masa dan untuk bersendirian dahulu... moga aman dunia sepanjang ketiadaan aku (mungkin minggu ni je kot hehehe)
ok, salam buat semua.
aku
tok tua"yg x ada sakti"
Enggor>Bota
22-07-2009
Aku;sendirian;hidup & sepi:
Author: Tok Tua Sakti /Setelah penat aku berlari,
mencari dan terus mencari,
hati yang dikasihi,
yang telah pergi.
Setelah penat aku mendaki,
hingga hilang diri sendiri,
mencari arah illahi,
untuk menyuluh hati,
Ingin aku sendiri,
menempuh hari,
yang penuh menyakiti,
hati dan naluri.
Ingin aku mengenal sepi,
yang dulu aku kenali,
kini aku susuli,
jalan itu kembali.
Ingin aku mengenal diri,
yang dulu aku rindui,
pernah aku harungi,
tapi kini aku sedari.
Adalah aku yang bernama sepi,
rindu yang telah pergi,
hati yang telah mati,
hati yang tiada erti.
toktuasakti
15-07-2009
sepi di Enggor
sunyi;sepi & aku;sendiri:
Author: Tok Tua Sakti /Permulaan bagi sebuah daerah yang bernama "sepi",
yang hutannya sunyi,
tanahnya sendiri.
Selamat datang ke daerah yang tidak berhati,
pintunya berkunci,
untuk remuknya hati.
Selamat ku ucapkan kepada kedamaian,
yang menyapa jiwa,
yang penuh rasa,
yang mungkin bahagia.
Aku di tanah daerah ini;
menghurai janji;
mencari diri;
menenangkan hati:
TOK TUA SAKTI
GUA KELAM HALBAN
ENGGOR
PERAK
14-07-2009
kenangan;aku; dan hidup:
Author: Tok Tua Sakti /Hari ni aku kerja kat padang sekolah, buat penilaian untuk pelajar tahun 1, seronok tengok bebudak bermain, tawa tanpa henti; itulah dunia kanak2 yg da lama aku tinggalkan. Mungkin hampir 20 tahun. Melihat bebudak ni membuatkan aku tersenyum sendiri, mungkin terlalu banyak kenangan yg pernah mewarnai hidup aku sebagai budak kampung.
Saat itu, aku tak pernah mengenal erti masalah mahu pun bebanan perasaan yg maha hebat,(kecuali masalah malas nak pergi sekolah hehehe). Maka itu lah erti kehidupan. Seandai masa boleh diputar, maka aku mesti pilih ke masa itu, temasuk orang lain pun.
Setelah meningkat dewasa, pastinya jauh dunia kita berbeza, terlalu jauh sehingga yg tinggal adalah kenangan yg takkan hilang dan ada juga yg makin pudar hilang tiada kesan. Ini lah erti kehidupan, yg terlalu sukar untuk dirungkaikan.
Maka, adalah perlu aku menjadi aku. Sehingga nyawa melekat dibadan yg penuh kesesakan menyelami erti kehidupan:
Tok Tua Sakti
14-07-2009
Enggor
Lepaskan;Aku;Kelaut:
Author: Tok Tua Sakti /ku renung jauh,
sayup mata luluh.
melihat laut,
yang penuh parut.
adalah hati ini gusar,
yang berakar,
adalah hati ini rindu,
laut yang biru,
dilaut yang penuh duka,
yang penuh sengsara,
adalah dunia,
aku yang setia.
hati ini rindu,
laut yang satu,
ingin ku beradu,
tanpa sendu.
toktuasakti
11-07-2009
pulau misa melayu
Resah;aku;gelisah: part 2
Author: Tok Tua Sakti /Resah aku gelisah,
menanti pasrah,
mohon ALLAH,
memberi arah.
Pada Tuhan,
berikan rahmat,
moga jalan,
yang penuh selamat...
Amin...
tok tua sakti
13-06-2009
brahmanindera.
Resah;aku;gelisah:
Author: Tok Tua Sakti /Hidup ini,
penuh menanti,
maka penantian itu,
adalah satu penyeksaan....
Tok Tua Sakti
09-07-2009
(akhir?)
Aku;Tuhan;Harapan & kehidupan:
Author: Tok Tua Sakti /tuhan;
berikan aku kuasa
menghapuskan duka
yang lumpurnya luka
yang hatinya hampa.
tuhan;
berikan aku kesabaran
merempuh haluan
yang penuh rintangan
yang penuh dugaan.
tuhan;
berikan aku kekuatan
mencapai impian
tiang serinya harapan
mohon kesampaian.
tuhan;
berikan aku keampunan
dalam kehidupan
sepanjang perjalanan
laluan aku rintis alam.
Tok Tua Sakti;
07-07-2009;
Kg Halban; Enggor:
(ketika rintis hujan)
PERASA AUTO KEM; PROGRAM; AKU:
Author: Tok Tua Sakti /Ni merupakan program yg ke dua yang aku ikut sepanjang aku koje kat sini, oleh kerana guru sekolah kat sini kurang, maka aku le bantu jadi guru pengiring hehehe. Sepanjang kem tugasan aku hanya lah jadi "MC" untuk malam kebudayaan aje. Elok sampai je kat sini hujan sampai le kami balik huhuhu jadi banyak aktiviti dalaman je la. Aku plak tengahari 2 trus flat x sedarkan diri hampir 4 jam, tetiba je aku pengsan x sedar diri, mungkin pening tahap gaban huhuhu. Nasib ada guru yg pandai berubat mengurut pale aku. Alhamdulillah bertahan sampai balik 2. Pas ni bleh ar aku berubat mengurut gan dia hehehehe.
Malam 2 buat bakar2 ikan, udang, sotong dan lain2 dan aku jadi tukang bakar je la kan hehehe sebab aku kurang makan benda2 cam 2 konon jage muka aku yg ensem ni kan huhuhu (angkat bakul besar betul). Malam 2 aku jadi MC dan dibantu sorang lagi guru, mungkin dia tengok aku x berapa nak normal malam 2 kot hehehe, dan untuk guru pun kene buat persembahan gak, kena menyanyi (karaoke) le hahaha termasuk la aku. Aku pilih lagu jiwang lama yg aku rasa ada kaitan dengan perasaan aku malam 2. hahaha lagu kumpulan Axl's tajuk lagu akulah kekasihmu, kalu salah aku edit balik ok. Yg lawak 2, siap aku nyanyi lagu 2 bebudak ni bleh mintak aku nyanyi sekali lagi 2 hahahaha, 2 makne nye suara aku memag mengancam ar kan hahahah. (x angkat bakul tau) habis bengang le guru2 lelaki harharhar. Tapi pas nyanyi aku rasa betul2 sedih herm...tapi hidup mesti terus kan hehehe.
Usai habis program aku tido lewat jadi jaga sampai jam 4 pagi, bebudak ni bukan nye nak tido, siap kene jerit2 gan aku hahahaha konon jadi guru garang le kan hehehe, syok gak kadang2 jadi guru garang2 ni hehehe. Siot nye malam 2 ada plak budak kene kacau, jadi aku pun jadi le "ghostbuster" cam citer hantu 2, tapi aku jadi peneman je hehehehe guru yg tolong ubat kan aku jadi tok moh nye hehehehe.
Pagi 2, program poco2, untuk senaman pagi, oleh kerana guru x bersedia, maka aku leh kene jadi bidan terjun. Oleh kerana GURU PK kate buat je ape yg aku tau maka aku pasang lagu 70'an dan aku buat tarian dulu2 hahaha lawak betul. Aku ingat murid je yg ikut, siap semua guru2 ikut 2 hahaha lawak betul...bila teringat balik mungkin 2 je la kot yg tuhan bagi kat aku untuk hilangkan ape yg terbuku kat hati herm....
Petang 2 kami balik dan aku terus balik kampung bote dan terus koma sampai jam 2 petang hahahahaha penat bebenor le 2.
Sekian berita untuk program PERASA AUTO KEM
Tok Tua Sakti;
06-07-2009;
Changkat Jering- Kg Halban :
Selamat Hari Lahir; Aku; Sendiri:
Author: Tok Tua Sakti /hehehe Aku ucapkan Selamat Hari Lahir untuk diri aku sendiri, moga menemui kebahagiaan dan kerahmatan. Diharapkan Tuhan permudahkan segala perkara dunia dan akhirat...Seingat aku, tahun ni aku sambut hari lahir lain dpd yg lain, ape sebab nye x payah le bagi tahu nanti bertambah hampeh entry ni nanti...
Ape2 pun aku tetap gumbira kengkawan aku x pernah lupa walaupun aku ni sering lupa, mungkin aku ni jenis manusia yg mudah lupa kot hahahaha (ikut kata madey). Terlalu banyak perasaan yg nak diceritakan sempena hari yg bertuah ni (hari lahir aku) tapi aku rasa buat masa ni baik aku simpan saje dalam kolah hati aku ni hahahaha. X semua perkara mudah untuk diperkatakan betul x? kalu x betul memang aku sorg je la yg hampeh kahkahkah.
Oleh kerana hari lahir aku ni waktu aku terpaksa bekerja bawak bebudak pergi KEM, dan aku happy gak cikgu kat sini semua gile2 dan ucapkan selamat untuk aku huhuhu, maka nanti aku akan sambung entry yg lain, sebab malam ni aku da x sanggup mengadap laptop baru aku ni, badan X sihat sangat sambil mata aku makin kecik memandang skrin hahahaha. OK aku blah dulu.
* KATA HATI AKU : "terima seadanya pemberian Tuhan dgn penuh kesyukuran...amin."
(kegembiraan yang penuh luka)
Tok Tua Sakti
04 Julai 2009
Brahman Indera
Aku; Pejuang Setia; Pejuang kata:
Author: Tok Tua Sakti /PART 5
Kadang kala, kita sering rasakan yg stp ujian yg kita hadapi Satu malapetaka yg Maha hebat. Aku selalu nak pikir kan dengan pale otak aku supaya positifkan diri aku bila dpt ujian dan cobaan (mcm filem P.Ramlee) hehehehe. Semenjak aku baca buku gan dengar ceramah tentang "hukum tarikan" 2, aku makin nak belajorkan agar otak yg ada dlm pale aku ni supaya pkr2 yg baik2 je hehehehehe kira ok la 2 kan em.
Tapi kadang2 bila perkara 2 penuh ngan negatif je memanjang x mau nye teori tarikan 2 dah hahahaha maka jadi hampas le semua nya. Padan la ngan muka aku hahahaha. Kadang2 banyak mane pun teori kite kalu pale hotak kite ni senak nak mampus x bleh pikir, betul x? kalu salah 2 memang salah aku la 2 kan hahahaha. Hampas gak le aku kan hehehe.
Maka moral cite kite hari ni...banyakkan berdoa dgn TUHAN, kan TUHAN tempat yg terbaik untuk kita dapatkan kuasa positifkan diri kita. Dan beranggapan le yg tuhan nak menguji kita sebab DIA syg kan kite sgt2 ok....
aku mintak jalan dulu.....ingat aku jgn lupa gelak harharhar
Aku; Tok Tua Sakti;
03-07-2009;
Gua Halban:
AKU; GEMBALA GUA; DI TANAH SEPI:
Author: Tok Tua Sakti /Aku gembala gua,
yang membawa rasa.
Aku gembala gua,
yang membawa cinta.
Aku gembala sepi,
yang membawa hati.
Aku gembala sepi,
yang hidup disisi.
Aku gembala jiwa,
yang membawa nyawa.
Aku gembala rasa,
yang terus kecewa.
Aku gembala rintih,
yang terus menagih.
Aku gembala kasih,
yang makin tersisih.
Aku; Tok Tua Sakti;
Gua Halban;
02-07-2009:
Aku; mencari Aku:
Author: Tok Tua Sakti /PART 4
Telah kita masuk ke bulan yg baru,1 Julai 2009. Hari ni aku tak lepak kat umah sewa aku, kakak aku suruh aku balik umah (Teluk Kepayang). Kakak aku dah nak pindah rumah sewa dia kat Taman Maju Seri Iskandar. Maka aku la yg jadi pemandu dia ditemani mak aku sebagai bodyguard hehehehe.
Sepanjang hari menjadi driver yang tak bergaji dan jadi le aku tukang angkat barang, cam sama standard bangla jugak le har...har...har... Pas balik aku terus balik bersiap pergi ke Pondok Umumi. Kali ni niat aku ziarah, solat Maghrib dan baca yassin sahaja. Usai bacaan yassin aku terus balik dan menuju ke Surau Besar (surau lama). Aku solat Isyak kat situ, maklum la dah nama duduknye kampung kalau tak pegi surau tak sedap gak kan hehehehe kira jaga air muka gak le kan hahaha maklumlah muka jenis bleh tahan hahahahaha (angkat bakul sendiri).
Tapi memang malang betul la aku, leh aku lepak kat motor Tok aku sebelah apak aku, baik punya sembang gan anak buah aku leh aku jatuh melentang kat atas motor 2, mengikut kajian aku, motor 2 tak stabil dan gak kain pelekat aku licin sangat sampai bleh terjelepuk atas motor nasib baik, kalu motor yang jatuh atas aku alamat makan bubur nasi le aku dalam sepital hahaha. Yang bertambah hangin satu badan 2, anak buah aku duk tengok je + gelak kan aku. Akibat daripada kejadian tesebut maka tergeliat le aku punya pinggang dengan bunyi tulang hahahahaha padan gan muka aku sendiri, tapi aku duk pikir gak yang mungkin ni "kifarah" atas perbuatan aku sebelum ni kot. Jadi nye sabo le aku sambil menahan kesakitan herm.
Moral cite nya, berhati2 le duk atas motor kalu pakai kain pelekat + pakai le spendar sebab aku semalam x pakai, nasib baik kain x terjelus, kalu x semua jemaah kat surau 2 batal wuduk hahahahahaha padan muka dorang.
sekian berita dari bote:
p/s: tahniah buat kekawan yg da naik pangkat kat SSCKL, moga terus berjaya dalam kehidupan.
Tok Tua Sakti a.k.a. Tok Kelana Bote1
Julai 2009
Gembala Gua; Bote:
Hidup Baru; Aku; Penjelmaan Semula:
Author: Tok Tua Sakti /PART 3
Hari yang penuh dengan kesibukan, Hari ni aku da duk umah sewa aku kat kg. Halban, enggor perak. Terlalu banyak yang perlu dilakukan sehingga sesawang aku pun da tak tengok pun. Mungkin kesibukan amat diperlukan oleh aku buat masa sekarang untuk mengelak dari fikir pekara yang negatif dan menyenak kan pale sehingga menjejaskan buah pinggang hahahaha.
Minggu ni adalah minggu ke 3 aku bekerja di sekolah dan minggu ni aku baru bleh menyanyi lagu Negaraku dan lagu perak huhuhu mungkin da lama tinggal sampai lagu yang 7 tahun aku nyanyi pun tak tahu. Memang kurang semangat nasionalisme betul huhuhu mungkin bangla2 kat sini lagi pandai nyanyi dpd aku kot hahahahaha.
Aku semakin gembira dengan apa yang ada skg, aku makin bleh tersenyum dan aku makin memperolehi cahaya untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik " HIDUP MESTI TERUS" har...har...har...
Aku harap mungkin akan datang aku leh cerita pekara2 yang lebih baik dan berfaedah dari sekarang kan. Aku gak da rancang nak mula kan balik menulis puisi ke sajak ke dan termasuk le bidang lukisan. Duduk disini penuh dengan kehijauan dan bukit bukau dan bleh mendatangkan banyak idea. Aku pun dan rancang aku nak teroka semua tempat kat sini sebab kat sini banyak pemandangan yang cantik2.
Harapan aku semoga setiap perancangan aku dapat berjalan dengan lancar.
" Kebebasan mutlak untuk Aku "
Tok Tua Sakti
30-06-2009
Kg. Halban; Enggor; Perak:
Majlis Pertunangan
Author: Tok Tua Sakti /Minggu ini dipenuhi dengan kepenatan akibat daripada majlis pertunangan sepupu sebelah ayah, adik bongsu ayah dan antara sepupu yang paling rapat antara keluarga sebelah ayah. Usai balik dari tempat kerja, aku ambik mak kat rumah dan terus ke rumah mereka di seberang (Padang Cangkat). Sehari suntuk menggoreng ayam sampai bulu kat tangan pun hangus hehehe dan badan panas demam akibat terlalu lama main ngan api dan minyak panas.
Pada 28-06-2009 majlis pertunangan berlangsung dan segala dilakukan secara bergotong-royong dan Alhamdulilah segalanya berjalan dengan lancar...
Hari ni aku tak ada niat nak panjang kan blog aku sebab aku sibuk sangat minggu ni. Hari ni aku kene uruskan pemindahan ke rumah sewa yang baru hehehe tinggal sesorang dan pada waktu begini aku memang ingin menyendiri agar boleh bermuhasabah diri, ditambah dengan keadaan kesihatan yang tidak menentu akibat kepenatan berulang alik dari Bote ke Kuala.
sekian dari blog aku:
Tok Tua Sakti
29-06-2009
Kerajaan Enggor
AKU; HIDUP BARU; AKU; HIDUP:
Author: Tok Tua Sakti /PART 2
Hari ini telah dipenuhi dengan ruang kesedihan...tapi aku rasa ruang blog aku ni x sesuai untuk cerita tentang kesedihan dan kehampaan hehehe. Melalui Teori Hukum Tarikan: sesuatu perkara yg negatif sekiranya sering difikirkan akan membuat ruang lingkup kehidupan diri kita akan dikuasai aura Negatif, maka dengan itu kita akan berhenti bercakap tentang perkara2 negatif OK. Sekarang kita akan mulakan dengan hidup yang baru dan positif hehehe chayok...x3
Aku mula kan dengan cerita yg baru dalam hidup aku, sesudah hampir 3 tahun aku tidak menjejakkan kaki ke Pondok lama, PONDOK UMUMI. Semenjak pondok 2 di bina aku ada kat sana, dari pondok kecil sehingga menjadi 2 tingkat dan besar. Mungkin kerana cerita lama yang mengguriskan sedikit perasaan membuatkan aku mengundur diri. Malam ni aku rasa seperti " sirih pulang ke ganggang".
Terkenang kembali segala kenangan yang hampir hilang selama 10 tahun. Dari usia budak-remaja-dewasa dan sekarang ketika usia yang tak tahu mampu bertahan sampai bila. Moga Tuhan berikan rezeki yang baik kepada umur aku. Balik kpd cerita pondok, kenangan bersama Tok lebai, Tok Usul, Tok Sagor, Temenggung, Paduka, Penghulu dan sahabat2 yg lain membuatkan aku rindu pada masa lalu herm; Manusia sering lupa asal usul kpd setiap permulaan kehidupan. Itu lah aku;
Waktu solat Isyak, sahabat2 suruh aku plak jd imam, lawak betul cam sedih pun ada gelak pun ada hehehehe.Usai solat Isyak sahabat2 ajak aku Ta'am (makan) perkataan yg da lama aku x gunakan herm dan yg paling aku rindu kami makan dalam talam hehehe "sunnah" yang hampir 3 tahun aku tinggal kan. Ini lah makanan yang penuh kenikmatan dan ini lah kenikmatan dalam kehidupan aku. Harapan aku pas ni aku leh terus mencari jalan yang dah lama aku simpang selama hari ini.
Terasa hidup ini bermakna malam ni, terasa semua masalah dalam hidup hilang dan ditukarkan perasaan penuh dengan keamanan. Inilah yg aku cari selama hari ini ketenangan dan keamanan; moga Tuhan berikan aku kuasa untuk pertahan segala yg aku kecapi malam ini. Moga kebaikan sentiasa berada disekeliling hidup aku.
Tuhan berikan aku kuasa,
menguatkan kekuatan,
hati dan perasaan,
yang penuh kekhilafan.
Tok Kelana (hilang entah kemana)
26-06-2009
Pondok Umumi
Al-Fatehah
Author: Tok Tua Sakti /Selamat kembali ke Rahmatullah kepada Tuhan yg Maha Kuasa buat Mikail Jackson...moga pertemuan di akhir kehidupan dihisap dengan penuh keadilan buat mu...
Al-Fatehah..
Tok Tua Sakti;
Gua Rumah Aku;
26-06-2009:
AKU; PERJALANAN; AKU; HIDUP:
Author: Tok Tua Sakti /PART 1.
Hari ini persekolahan seperti biasa, em aku beli buah "menia", buahan kampung yg sangat aku suka mase bebudak dulu. Teringat kembali kenangan dulu, aku, abg dan kekawan penggal pokok menia belakang surau gan kayu kecil sebab pokok menia tu da besar sangat sampai da tak boleh nak panjat, oleh kerana badan aku ni kecik sangat pada masa tu aku tak leh penggal buah tu sebab tak kan sampai punya, maka jadi lah aku tukang kutip buah menia je la sampai kekawan aku penggal buah gan aku2 sekali yg kena hempap termasuk buah menia.
Bila aku beli buah menia 2 aku rasa buah dulu lagi besar 3x ganda dpd skg, entah ar mungkin masa 2 aku kecik buah 2 besar kot. Kenangan tetap bermain apabila aku menikmati buah menia, buah yg sukar untuk didapati.
Malam tadi aku solat kat surau 2 balik gan anak buah aku, bila tengok pokok 2 balik da x ada, anak buah aku cakap da lama kene tebang, mungkin sebab dia besar sangat takut hempap surau kot. Kadang kala walaupun tanda bagi sebuah kenangan sudah dihapuskan, kenangan yang manis tetap segar dalam ingatan...mungkin itu nasib pokok menia gan aku kot hehehe.
Em masa perjalanan balik aku lalu laluan yg lain dpd seperti biasa, saje nak tengok tempat org, lalu sayong ke tanjung belanja ke bota. Pemandangan sangat indah dan bukit2 sampai leh dapat idea baru nak lukis nanti. Tapi masa aku nak lalu kat satu tempat 2 leh ada ular tedung sela lintas jalan yang panjang badannya boleh melepasi jalan raya, herm panjang dan besar 2, teringat dulu mak aku penah kene patuk gan ular jenis 2 siap masuk Hosp. Cangkat Melintang 3 hari, masa 2 nak raya haji herm sedih betul. Mak aku cakap dalam perjalanan ke hosp. dia minum air tanah bagi tahan bisa ular herm kira petua ar 2.
Pengalaman aku dengan ular jenis ni masa aku kat pondok dulu ular ni penah lalu kat kaki aku, aku leh melompat sampai hampir 7 kaki sebab terkejut sangat gan geli hehehe lawak betul. Syukur gak tak kena patukkan cam mak aku hehehe. Ikut kajian mengatakan selepas 5 minit dipatuk tanpa rawatan leh mendatangkan kematian...hebat ular ni kan (kuasa tuhan).
Apa la punya tur....la. Mungkin penat sangat ari ni aku leh tertidur petang, baik punya tidur bapak aku pun kejut kan la aku...bila aku bangun aku terus melompat dari katil dan bising2 kat apak aku sebab ngapa x kejutkan aku solat Subuh dan nak pegi koje hehehe apak aku siap gelakkan aku sambil cakap yang dia kejutkan aku untuk solat Maghrib huhuhu
p/s : betul la org tua2 cakap kalu tido petang leh jadi gile huhuhu memang gile la aku petang tadi hehehe
25-06-2009
khamis malam jumat (banyak anto hehehe)
"rumah ku syurga ku"
Tok Tua Sakti
Episod Akhir Ceritera Panjang; Aku:
Author: Tok Tua Sakti /Adalah insan (kita) sangat bertuah kerana mempunyai peluang untuk membuat pilihan dalam hidup, dan ianya adalah satu anugerah yang sangat bernilai. Adalah tuhan, MAHA Adil dalam menilai sesuatu.
Hidup yang penuh dengan keindahan adalah impian bagi setiap insan yang melata. Namun kadang kala keindahan bukan milik kita sekiranya itu takdir kehidupan. Maka manusia akan hidup dalam kekecewaan dan kepayahan dalam mengharungi kehidupan.
Impian yang tidak kesampaian kadang kala adalah nikmat Tuhan untuk kita mengintai kembali kelemahan sendiri, kekurangan kendiri yang kadang kala hilang hemah diri sehingga sanggup menjual maruah dan jati diri.
Adalah Tuhan MAHA Mengetahui akan sesuatu.
Adalah ini ujian yang panjang, ratapan nya orang pinggiran, hati yang penuh bungkam, jiwa yang penuh dendaman.
Maka Tuhan adalah peganggan, mencari arah tujuan, moga tergapai kembali impian, walau ceritera tidak kesampaian.
Adalah lara ini lara pujian, ratip nya rebab luka, darahnya rindu duka, hati nya tetap ada DIA.
Aku:
sesibur senja
24-06-2009
rumah lama
Selamat Hari Lahir "Sahabat"
Author: Tok Tua Sakti /Selamat Hari Lahir ku ucapkan,
kepada Sahabat yang budiman,
yang sering riang saat diperlukan,
membantu ketika kebuntuan.
Kerna kau Teman yg terbaik....
"Moga kita sering bersama teman yang sejati bukan teman yang menghantui"
Tok Kelana Sakti
23-06-09
SK Beluru
kembali ke jalan pertama
Author: Tok Tua Sakti /Moga hubungan ini terus berkekalan
mengikut jalan tuhan,
yang penuh kerahmatan
dan kejayaan.
"kerna aku sang setia bersama"
Tok Tua Sakti
21-06-09
SMKDARY- BOTE
Selamat Hari "Apak"
Author: Tok Tua Sakti /Buat semua "Apak" diseluruh dunia,
Selamat Hari "Apak" aku ucapkan,
Semoga bahagia disamping keluarga tercinta.
Tok Tua Sakti
21-06-2009
Gua Aku
catatan lama :
Author: Tok Tua Sakti /tarikh: 24-12-2007
hari : ianin
jam : 11.48 am
Tajuk : Kadang kala kehilangan adalah tanda kepada erti kerinduan
Maka seringkali manusia ingin mencari,
Cari dan terus mencari walau ia dekat di hati.
Ini kerana kita sebenarnya sering lupa diri;
Hilang jati diri;
Tiada hemah kendiri:
Seringkali mencari yang hilang;
Tapi duduk bertentang;
Antara mata dan hati:
Tapi mengapa sering tak jumpa dan
hati sering bertanya.
Maka pencarian yang sebenar
adalah dalam diri sendiri.
Tok Tua Sakti
19-06-2009
dengan bebudak
Laluan Aku Rintis Alam ; Aku:
Author: Tok Tua Sakti /adalah lara ini lara ratapan
bagi ceritera kepiluan yang panjang,
tusuknya ke jantung keramaian,
yang berubah ke sebuah daerah kepiluan,
diiringi Rebab rintih pilu yang tiada lagu.
ada lah resah ini menjadi lara,
bagi sebuah kisah-kisah dongeng panjang,
yang hampir menemui kesudahan.
maka benarlah aku
yang bernama sang lara
dari kehidupan yang tiada kesudahan,
kerna aku lara ratapan.
telah ku pujuk hati
moga tuhan memberi kuasa
menghilangkan duka lara
walau aku lara yang setia...
hingga ke hujug nyawa.
Aku;
Tok Tua Sakti
Bandar Di Raja
18-06-2009
blurr sungguh
Author: Tok Tua Sakti /mak ai ape nak buat pun tak tau huhuhu lepak le alamat nye...
cam ne le aku pergi kelas tahu 1, bebudak 2 salam cium tangan aku sambill panggil cikgu huhuhuhu rasa nak gelak puan ada , cover jangan kasi malu hahahah
sweet memory ;
aku:
Tok Tua Sakti
17-06-2009
SK Beluru
"kekadang kita perlu mencari kemanisan walaupun pahit yang di telan"
hari pertama bekerja ; harapan manis buat kehidupan
Author: Tok Tua Sakti /15 jun 2009
hari yang megujakan bagi nurani kehidupan, seolah kenangan lama kembali terbuka hijab satu persatu....
harapan ; ini adalah permulaan detik kegembiraan , walaupun aku tahu yang ianya makin menghilang seperti pelangi petang...seperti sesibur yang akan turut hilang mencari cahaya malam yang kelam....
tenggelam dalam awan kelam- gemelam
aku ; seseibur senja :
@ ; gelihati bila murid panggil aku "Cikgu Osman" huhuhuhu
Tok Tua Sakti
15-06-2009
SK Beluru; Enggor ; Perak:n
kembali ke shah alam
Author: Tok Tua Sakti /setelah pulang semula ke perkarangan lama ... shah alam,
bertemu teman ketawa gembira , sedih dan nestapa;
hari ini pulang semula ke gua lama ;BOTE :
semoga kebahagian terjalin bersama...
moga teman di shah alam terus indah diulit kenangan bersama...
aku...
Tok Tua Sakti
14-06-2009
gua aku; rumah shah alam:
setelah selamat tiba di bota perak,
esok aku akan bertolak ke pulau pinang untuk mendaftar diri dan kursus pertama selama 2 hari.
perjalanan disini (bota) sangat sibuk dengan pelbagai aktiviti harian.
moga selepas ini semua keadaan akan berubah dan moga perjalanan dipermudahkan
amin...
salam buat semua teman yang mengenali aku..
tok tua sakti
06-06-2009
seri iskandar


