AKU; HIDUP BARU; AKU; HIDUP:

Author: Tok Tua Sakti /

PART 2


Hari ini telah dipenuhi dengan ruang kesedihan...tapi aku rasa ruang blog aku ni x sesuai untuk cerita tentang kesedihan dan kehampaan hehehe. Melalui Teori Hukum Tarikan: sesuatu perkara yg negatif sekiranya sering difikirkan akan membuat ruang lingkup kehidupan diri kita akan dikuasai aura Negatif, maka dengan itu kita akan berhenti bercakap tentang perkara2 negatif OK. Sekarang kita akan mulakan dengan hidup yang baru dan positif hehehe chayok...x3

Aku mula kan dengan cerita yg baru dalam hidup aku, sesudah hampir 3 tahun aku tidak menjejakkan kaki ke Pondok lama, PONDOK UMUMI. Semenjak pondok 2 di bina aku ada kat sana, dari pondok kecil sehingga menjadi 2 tingkat dan besar. Mungkin kerana cerita lama yang mengguriskan sedikit perasaan membuatkan aku mengundur diri. Malam ni aku rasa seperti " sirih pulang ke ganggang".

Terkenang kembali segala kenangan yang hampir hilang selama 10 tahun. Dari usia budak-remaja-dewasa dan sekarang ketika usia yang tak tahu mampu bertahan sampai bila. Moga Tuhan berikan rezeki yang baik kepada umur aku. Balik kpd cerita pondok, kenangan bersama Tok lebai, Tok Usul, Tok Sagor, Temenggung, Paduka, Penghulu dan sahabat2 yg lain membuatkan aku rindu pada masa lalu herm; Manusia sering lupa asal usul kpd setiap permulaan kehidupan. Itu lah aku;

Waktu solat Isyak, sahabat2 suruh aku plak jd imam, lawak betul cam sedih pun ada gelak pun ada hehehehe.Usai solat Isyak sahabat2 ajak aku Ta'am (makan) perkataan yg da lama aku x gunakan herm dan yg paling aku rindu kami makan dalam talam hehehe "sunnah" yang hampir 3 tahun aku tinggal kan. Ini lah makanan yang penuh kenikmatan dan ini lah kenikmatan dalam kehidupan aku. Harapan aku pas ni aku leh terus mencari jalan yang dah lama aku simpang selama hari ini.

Terasa hidup ini bermakna malam ni, terasa semua masalah dalam hidup hilang dan ditukarkan perasaan penuh dengan keamanan. Inilah yg aku cari selama hari ini ketenangan dan keamanan; moga Tuhan berikan aku kuasa untuk pertahan segala yg aku kecapi malam ini. Moga kebaikan sentiasa berada disekeliling hidup aku.


Tuhan berikan aku kuasa,
menguatkan kekuatan,
hati dan perasaan,
yang penuh kekhilafan.


Tok Kelana (hilang entah kemana)
26-06-2009
Pondok Umumi

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Komen Anda...
^TokTuaSakti^