AKU; PERJALANAN; AKU; HIDUP:

Author: Tok Tua Sakti /

PART 1.

Hari ini persekolahan seperti biasa, em aku beli buah "menia", buahan kampung yg sangat aku suka mase bebudak dulu. Teringat kembali kenangan dulu, aku, abg dan kekawan penggal pokok menia belakang surau gan kayu kecil sebab pokok menia tu da besar sangat sampai da tak boleh nak panjat, oleh kerana badan aku ni kecik sangat pada masa tu aku tak leh penggal buah tu sebab tak kan sampai punya, maka jadi lah aku tukang kutip buah menia je la sampai kekawan aku penggal buah gan aku2 sekali yg kena hempap termasuk buah menia.
Bila aku beli buah menia 2 aku rasa buah dulu lagi besar 3x ganda dpd skg, entah ar mungkin masa 2 aku kecik buah 2 besar kot. Kenangan tetap bermain apabila aku menikmati buah menia, buah yg sukar untuk didapati.

Malam tadi aku solat kat surau 2 balik gan anak buah aku, bila tengok pokok 2 balik da x ada, anak buah aku cakap da lama kene tebang, mungkin sebab dia besar sangat takut hempap surau kot. Kadang kala walaupun tanda bagi sebuah kenangan sudah dihapuskan, kenangan yang manis tetap segar dalam ingatan...mungkin itu nasib pokok menia gan aku kot hehehe.
Em masa perjalanan balik aku lalu laluan yg lain dpd seperti biasa, saje nak tengok tempat org, lalu sayong ke tanjung belanja ke bota. Pemandangan sangat indah dan bukit2 sampai leh dapat idea baru nak lukis nanti. Tapi masa aku nak lalu kat satu tempat 2 leh ada ular tedung sela lintas jalan yang panjang badannya boleh melepasi jalan raya, herm panjang dan besar 2, teringat dulu mak aku penah kene patuk gan ular jenis 2 siap masuk Hosp. Cangkat Melintang 3 hari, masa 2 nak raya haji herm sedih betul. Mak aku cakap dalam perjalanan ke hosp. dia minum air tanah bagi tahan bisa ular herm kira petua ar 2.

Pengalaman aku dengan ular jenis ni masa aku kat pondok dulu ular ni penah lalu kat kaki aku, aku leh melompat sampai hampir 7 kaki sebab terkejut sangat gan geli hehehe lawak betul. Syukur gak tak kena patukkan cam mak aku hehehe. Ikut kajian mengatakan selepas 5 minit dipatuk tanpa rawatan leh mendatangkan kematian...hebat ular ni kan (kuasa tuhan).

Apa la punya tur....la. Mungkin penat sangat ari ni aku leh tertidur petang, baik punya tidur bapak aku pun kejut kan la aku...bila aku bangun aku terus melompat dari katil dan bising2 kat apak aku sebab ngapa x kejutkan aku solat Subuh dan nak pegi koje hehehe apak aku siap gelakkan aku sambil cakap yang dia kejutkan aku untuk solat Maghrib huhuhu

p/s : betul la org tua2 cakap kalu tido petang leh jadi gile huhuhu memang gile la aku petang tadi hehehe

25-06-2009
khamis malam jumat (banyak anto hehehe)
"rumah ku syurga ku"
Tok Tua Sakti

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Komen Anda...
^TokTuaSakti^