bahan untuk otak fikir; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

1 malaysia? fikirkan kembali
tulisan; faisal tehrani
http://tehranifaisal.blogspot.com

Tahukah anda, 72.1% remaja Cina merasakan bahasa Melayu tidak penting; diikuti oleh Kadazan 40%, India 37%, lain-lain kaum 31%, Iban 28.8% dan Melayu 23.9%. Ini adalah kajian persepsi remaja terhadap bahasa Melayu oleh Profesor Dr Nor Hashimah Jalaluddin dari Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik UKM dengan kertas beliau berjudul Sosiokognitif dan Penguasaan Pragmatik Bahasa Melayu Remaja Malaysia: Kupasan Ilmiah.

Anehkah? Tidak aneh. Di sini tidak aneh. Orang yang tidak berjuang memansuhkan PPSMI boleh mengaku dia turut berjuang. Aktivis yang tidak mengasuh keluarganya dengan bahasa Melayu boleh sahaja mengakui dia adalah pejuang paling hadapan untuk bahasa Melayu.Orang selalu terlupa, bahasa adalah alat serta tampungan budaya dan pemikiran seseorang itu*.

Apa bahaya fakta di atas untuk generasi akan datang? Baca berita di bawah; krisis politik yang menimpa sebuah negara kecil, kita boleh mengalaminya dalam tempoh 30 tahun lagi:

BRUSSELS (sumber Berita Harian 28 April 2010):

Kerajaan Belgium tumbang semalam di tengah perpecahan antara kelompok bertutur bahasa Belanda dan puak bercakap bahasa Perancis, sekali gus menimbulkan keraguan mengenai masa depan negara itu sebagai sebuah negara bersatu menjelang pilihan raya.

Dua bulan selepas mengambil alih jawatan pengerusi Kesatuan Eropah (EU), istana mengumumkan Raja Albert II menerima tawaran Perdana Menteri, Yves Leterme untuk meletak jawatan selepas rundingan antara kumpulan bertutur bahasa Flemish (bahasa Belanda-Belgium) dan kumpulan yang bertutur bahasa Walloonia (bahasa Perancis dengan dialek berbeza) menemui jalan buntu.

“Raja menerima peletakan jawatan kerajaan,” kata satu kenyataan ringkas, selepas kegagalan usaha Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Didier Reynders untuk menyelesaikan masalah dalam kerajaan pakatan yang lemah itu.

Reynders yang menghabiskan tiga hari menaja rundingan bagi pihak Raja, memberitahu stesen televisyen negara bahawa kemungkinan mengadakan pilihan raya akan mewujudkan bahaya besar terhadap masa depan negara itu.

“Saya bimbang dengan pilihan ini kerana ia akan menjerumuskan negara ke kancah krisis yang amat serius,” katanya ketika diminta mengulas mengenai pilihan raya segera di negara itu.

Leterme, 49, yang pernah dua kali meletak jawatan sebelum ini akan mengakhiri jawatannya pada Khamis, tetapi Raja enggan membuat sebarang ulasan dalam usaha terdesak untuk meminta kedua-dua puak kembali berbincang selepas pemimpin puak Flemish yang berpendirian keras meninggalkan meja rundingan.

Kenyataan pihak istana menyatakan Raja hanya meminta kerajaan mengendalikan masalah yang belum diselesaikan, memberi isyarat kemungkinan pilihan raya umum akan diadakan di tiga wilayah iaitu Flanders, Wallonia dan Burssels yang menempatkan ibu pejabat Kesatuan Eropah.

“Adalah mustahil untuk mencapai persetujuan antara puak bertelagah dalam masalah bahasa untuk membentuk pakatan, ketika keadaan tidak stabil semakin ketara,” kata satu kenyataan dari pejabat Leterme.

Reynders berkata Leterme mengakui bahawa masalah ‘hilang keyakinan’ antara puak yang berbeza bahasa menyebabkan rundingan hampir mustahil dilakukan.

“Satu-satunya pilihan yang ada ialah kesediaan Raja untuk mencari perunding yang boleh berkompromi bagi mengatasi perpecahan undi di parlimen,” katanya. – AFP

* Adakah kita memusuhi bahasa lain untuk dipelajari, tentunya tidak!

p/s; herm....aku kenal gan buku dia baru lagi walau dah pernah dengo nama dia, buku pertama yg aku baca ( ADVENCER SI PENIUP NEY ) dan dari sejak tu aku kumpul buku2 tulisan dia...dan aku terbaca blog dia ni dan aku berminat nk ambik dan letak kan kat blog aku ( sori abg faisal ) korang pun aku syor kan pi blog dia sbb mmg hebat ( bagi aku ar kan ). Aku setuju gan pendapat kat atas ni kerna mungkin 1 hari nanti akan berlaku.... tapi cam dia cakap aku gak tak memusuhi "bahasa ibunda" bangsa lain em...cuma mungkin kita dapat renungkan bersama2 dalam entry ni ?mungkin?

aku;
toktuasakti;
28 april 2010;
umah aku:

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Komen Anda...
^TokTuaSakti^