salam perpisahan; buat kamu; aku:

Author: Tok Tua Sakti /


Assalamualaikum semua + salam penuh kesayuan + salam takziah ..........

Aku ada dengo berita semalam pasal POLIS tembak PENJENAYAH, kate nye ada PARANG huhuhu ( sbb aku ingat kan INDON aku tak ambik port ar kan ) dan ptg ni bila aku baca berita adoiiiiiiiiiiii lagi sekali huhuhuhuhu dan aku rasa dah entah berapakali kes cam ni jadi so??????? korang pikir sendiri.....

aku serta kan sekali bahan2 kat bawah ni yg boleh buat korang rasa cam KARTUN a.k.a BADUT huhuhuhuhu ( sape??? korang agak2 sape??? )

( BERITA ARUS PERDANA )

Beberapa media arus perdana sejak semalam melaporkan bahawa juvana terbabit sebagai suspek ahli kumpulan samun.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan, dilaporkan tidak menolak kemungkinan bahawa mereka yang terbabit terlibat dalam kegiatan menyamun.

(UTUSAN MALAYSIA)

Remaja maut ditembak ketika cuba rempuh polis

SHAH ALAM 26 April - Seorang remaja lelaki, Aminulrashid Amzah (gambar) berusia 15 tahun yang disyaki penjenayah mati ditembak setelah cuba merempuh anggota polis peronda ketika mahu memberkasnya di kawasan perumahan Jalan 11/2G, Seksyen 11, di sini awal pagi ini.

DAN CITE NI BERTAMBAH KARTUN BILA JADI CAM NI ( tgk link HITAM )

( MALAYSIAKINI )

Remaja ditembak: Polis diminta jamin keselamatan saksi utama

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad menggesa Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar memberi jaminan bahawa siasatan kes terhadap anggotanya yang menembak mati seorang remaja 15 tahun, dijalankan dengan telus.

Wakil rakyat PAS itu berkata, beliau kecewa dengan kenyataan awal pihak polis, ketika siasatan masih dijalankan, yang mendakwa remaja tersebut mungkin terlibat dalam kegiatan menyamun dan memiliki senjata, seperti yang dilaporkan media.
Katanya, beliau sendiri turut menemani saksi utama kes tersebut - yang bersama mangsa ketika mangsa ditembak – yang disebut oleh satu laporan akhbar sebagai Aminulrasyid Amzah (foto atas) - membuat laporan di balai polis Seksyen 11 jam 9.43 malam tadi.

Menurut khalid lagi, selepas selesai membuat laporan itu, rakan remaja itu pulang ke rumahnya.

“Saya minta ketua polis jamin keselamatan saksi ini. Jangan ada usaha untuk mengubah keterangannya,” katanya dalam satu sidang akhbar pagi ini.

Khalid juga turut mengedar salinan laporan polis rakan remaja tersebut kepada pihak media.

* yg part ni tak kuar berita semalam

Sementara itu, dalam laporan polisnya, rakan remaja berkenaan mendakwa dia dan mangsa, telah memotong kenderaan polis dengan laju.
Dakwanya, kereka mereka kemudiannya dikejar sebuah kenderaan MPV polis dan ditembak, mengakibatkan kereta mereka terbabas.

Dalam aduannya itu, rakan remaja itu mendakwa keluar dari kereta untuk menyerah diri dan mendakwa salah seorang anggota polis menendangnya dari belakang.

Dia juga, dalam aduan tersebut, mendakwa anggota polis yang lain turut memukul dan memijaknya beramai-ramai.

Dia mendakwa meronta-ronta serta dapat melarikan diri daripada anggota polis tersebut, lalu balik ke rumah.

Herm.... sedih kan??? nyawa kite ibarat kacang.. penyek +kunyah + telan = jadi TAIK hahahaha. Aku sembang gan sahabat aku ttg kes ni.... dia punya pendapat kate mugkin budak ni gelabah sebb tak de lesen keta ( ada betul nye gak ) yg pasal parang tu???? ( aku punya pikir ar kan ... cam biasa ar kan dah gali lubang so tutup ar lubang balik kan hehehehe korang paham ke???? )

Yang buat aku kelakar masa kami ber"YM" dia kate pas ni kalu lesen "L" dia dan mati pun mesti kene tembak gak hahahahahahaha ( ada betul nye kalu cam tu kan hahahahaha )

p/s; pada sahabat aku, pas ni tampal "L" kat helmet bagi polis nampak dari jauh hahahahahahahahaha dan aku tak tahan gelak bila dengo ayat "suspek penjenayah" hahahaha koman sgat ke data jenayah negara kite ni???? adoiiiiiiiiiiiii ( senak perut aku )

aku;
toktuasakti;
27 april 2010;
umah aku:

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Komen Anda...
^TokTuaSakti^