part 1; bota>taiping>kuala kangsar>bota; aku:

Author: Tok Tua Sakti /



Assalamualaikum + Salam kasih saya dari aku buat semua....

Projek yg seterusnya kami ke Taiping Bandar Warisan... Kali ini bepergian dengan ahli yg agak ramai dari selali ( Jeman, Malik,E.G,Wana,Zilah, Munirah, Umie dan Aku )Dengan menggunakan 2 kenderaan kami gerak ke Taiping dari Bota kiri.


Cam biasasebelum bergerak kene sarapan pagi hahahaha dan Makan merupakan agenda yg utama dalam siri jelajah yg kami buat pun sbb kali lah......GENG KUAT MAKAN hahahahaha. ( nampak tak semua muka lapo kat atas ni hahaha ).


Yup, destinasi pertama kami BUKIT LARUT hehehe dan ternyata kami sedikit kecewa bila.....

hahahahahahahahahaha TIKET HABISSSSSSS !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ternyata kami bukan mudah berputus asa bila kami tetap mendaki bukit ni walaupun separuh je pun, separuh ke???? hahahahaha ayat yg sesuai kaki bukit je kot huhuhuhu dan kelihatan 2 org kawan kami yg paling hebat bila jalan naik bukit pakai kasut tumit tinggi hahahaha
( naik; buntot ke belakang, turun; perut kedepan huahuahuahua )

Dan hasil nye...misi berjaya hehehe dengan senyuman gembira....

Dan misi yg seterusnya bergambar di taman sekitar taiping...( banyak gambo, jadi nye tengok2 le dulu )


Seterusnya, Kota Ngah Ibrahim... tempat yg penuh dengan rakaman ceritera sejarah tentang perjuangan dan pemerintahan....


Dan kami singgah berteduh solat diantara Masjid yg tertua di Bandar Taiping.


Misi utama yg akhirnye terlaksana huhuhuhu MEE UDANG( dengan wajah yg sedikit mencuka hahaha )

Singgah sebentar di pusat pendidikan paya bakau taiping ( sayang dah cam terbiar je huhuhu )



Dan seperti biasa, MAKAN lagi untuk entah keberapa kali sebelum solat magrib di Majid Ubaidiyah Kuala Kangsar huhuhuhuhu ( Acara wajib = MAKAN2)

p/s; penat berjalan @ penat makan??? huhuhu

aku;
toktuasakti;
19 feb 2011;
umah aku:

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDURRASUL 1432H

Author: Tok Tua Sakti /

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDURRASUL 1432H

"Sesungguhnya doa itu terhenti antara langit dan bumi, tidak naik sedikit pun daripadanya sehingga engkau berselawat ke atas-Ku"
(Riwayat Al-Imam At-Termidzi)

(gambo sepanjang program MaulidurrRasul kat lampung teman)











p/s: Nampak hebat lak Kampung teman bil awat cam nih hehehehe

aku;
toktuasakti;
16 feb 2011;
umah aku:


1 Zulhijjah Untuk Ganti Valentine Day; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

sumber : http://tehranifaisal.blogspot.com
10 February 2011.

1 Zulhijjah Untuk Ganti Valentine Day

Apakah alternatif kepada Valentine Day sekiranya masih ada pasangan Muslim yang tetap hendak meraikannya? Aku tahu kau tak meraikannya, tetapi kalau ada yang hendak meraikannya juga maka apa nasihat kita?

Khabarnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan forum dan pelancaran kempen "anti hari Valentine" di Putrajaya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom dilaporkan berkata "Maknanya kita kena ajak orang ramai supaya fahami bahawa itu (hari kekasih) budaya asing," (klik sini).

Jakim juga mengedarkan kenyataan media seraya menurunkan kembali pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan pada November 2005 bahawa amalan merayakan hari kekasih tidak pernah dianjurkan Islam.

"Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam,"

Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali mengaitkan Valentine Day dengan keruntuhan akhlak di kalangan muda-mudi Islam, kehamilan luar perkahwinan, pembuangan bayi dan budaya yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Aku rasa itu tidak menjadi pertikaian pun buat kita. Dalam hal ini kita bersetuju.

Akan tetapi kita memang pandai 'anti sesuatu' lantas 'melabel sesuatu'. Bila diminta beri pilihan lain atau alternatif untuk 'barang yang kita anti itu' kita memang kantul.

Maka aku ingin memberi cadangan hari gantian Valentine Day. Iaitu hari 1 Zulhijjah.

Apa istimewanya hari 1 Zulhijjah ini?

Penganut mazhab Syiah menyambutnya sebagai hari berkasih sayang kerana ia adalah hari ulang tahun perkahwinan Saidina Ali dan Saidatina Fatimah Zahra (klik sini). Justeru, biasanya orang Syiah akan melangsungkan perkahwinan pada 1 Zulhijjah untuk mendapatkan berkat. Yang lelaki akan berazam mahu menjadi suami mithali seperti Saidina Ali, yang perempuan akan berikrar mahu menjadi isteri contoh seperti Saidatina Fatimah Zahra. Perkahwinan mereka direstui langit dan bumi.

Di Malaysia, kita boleh mempromosikannya. Kalau semasa meraikan itu mereka yang kemaruk berkasih sayang ini teringat akan sandaran tarikh tersebut ialah hari nikahnya Saidina Ali dan Fatimah; tentu tersedik dalam hati untuk malu berbuat tidak senonoh dan lebih-lebih.




Kira 1 Zulhijjah dah terlepas. Tahanlah sekejap gejolak di dada sampai Zulhijjah menjelang lagi.

Itu kalau kau nak meraikan juga hari berkasih sayanglah. al-Akh dan al-Ukh Persatuan Mahasiswa Islam di universiti-universiti tempatan tentu suka dengan saranan aku ini. Bolehlah beri-beri bunga ros dan kue donut pada hari tersebut tetapi pastikan jangan sampai terlebih-terlebih. Nanti hilang berkat; yang dapat ialah laknat.

Aku berkasih sayang hari-hari beb tak payah nak tunggu Valentine-Melentine.

Tetapi, tentu ramai tak sependapat dengan aku bila terselit perkataan syiah di situ. Menjolok mata dan perasaan yang teramat sangat. Cara untuk demonized Faisal Tehrani tak susah mana, standard satu dunia, katakan sahaja: 'Argh dia Syiah, Syiah memang suka buat bid'ah.'

nota kaki aku : Terlalu banyak "entry" tentang "Valentine Day", sama ada dari faktor sejarah, kesan dan akibat dari positif dan banyak nya negatif. Mungkin aku bukan islam yg sempurna, secara hak, tetap aku katakan yg "islam sejati" ada diharam kan sama sekali meraikan perayaan ni.

Aku berminat dengan tulisan saudari faisal, dan pasti aku turut menyambut baik saranan dan cadangan beliau hehehehe, Pasti ada yg tak bersetuju kan? cam aku selalu cakap sesuatu pekara ada yg setuju dan tak bersetuju dan aku tetap dgn jawapan aku ... " ADA AKU KESAH???"

p/s: banyak informasi kat blog saudara faisal... sesama le kite jenguk2 ye hehehe

aku;
toktuasakti;
14 feb 2011;
koje:

KEMENANGAN dari RAKYAT untuk RAKYAT; AKU:

Author: Tok Tua Sakti /

egypt revolution mubarak steps down flag 1

Sumber : Malaysiakini

Presiden Mesir Hosni Mubarak akhirnya meletakkan jawatan dan meminta pihak tentera mentadbir negara itu, umum naib presiden Omar Suleiman.

Kenyataan ringkas di stesen televisyen nasional itu dibuat sehari selepas Mubarak bertegas tidak akan melepaskan jawatannya.

Berita pengundurannya itu disambut meriah oleh lebih sejuta rakyat Mesir yang berkumpul di Dataran Tahrir di Kaherah.

Presiden dan keluarganya sebelum itu dilaporkan meninggalkan istana presiden di ibu negara ke Resort Laut Merah Sharm el-Sheihh.

Lelaki yang menerajui Mesir selama 30 tahun dan terlepas dariapda enam cubaan membunuh akhirnya terpaksa akur pada kehendak rakyat yang mahukan perubahan.

Mubarak, 82, meletakkan jawatan hari ini selepas 18 hari protes antikerajaan tanpa gangguan - terbesar pernah dilangsungkan di negara itu.

Mubarak terhindar daripada banyak serangan sebelum ini tetapi suara rakyat akhirnya membuktikan sesuatu.
egypt revolution mubarak steps down crowd in square 1
Enam kali pembunuh upahan cuba menamatkan riwayatnya. Perang sampai ke pintu rumah.

Jiran mengebom negaranya. Kerajaan pimpinannya hampir muflis. Aktivis berulang kali menyumpahnya di jalan raya. Tetapi Mubarak selama itu terus juga berkuasa.

Kebanyakan rakyat Mesir masih belum dilahirkan apabila pendahulunyanya Anwar Sadat dibunuh pada 1981.

Mubarak, ketika itu naib presiden, hanya beberapa meter daripada Sadat, dan turut terkena tembakan di tangan.

Beliau mengangkat sumpah sebagai presiden lapan hari kemudian, pada 14 Oktober 1981.

p/s: KEMENANGAN dari RAKYAT untuk RAKYAT; AKU:

aku;
toktuasakti;
12 feb 2011;
umah aku:

sambungan; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Assalamualaikum + Salam kasih sayang....


Semalam perlawanan persahabatan Teluk Kepayang Team VS TLDM ( 2-3 ) = KALAH hahahaha dan aku antara 2 team yg menyumbang pada kekalahan hahahahaha ( hampess kene kutuk hahaha ).

Seingat aku, kali terakhir aku bertandingan masa aku tingkatan 2, main perseorangan hehehe tu pun sampai separuh akhir je hahaha dan debaran bermain walaupun persahabat pun masih terasa hahaha. Kesimpulannye bukan mudah nk main pertandingan ni kalu tak biasa, kalu setakat nk mengutuk permain2 malaysia main cam hampes memang senang, cube main tengok hehehe ( ayat nak cover sbb kalah hahahahahaha )

Sebelum terlupa, untuk jawapan pada entry yg sebelum ni hehehehe aku tau ada kawan aku yg menunggu hahahaha dan jawapannye

= JABATAN KAJI CUACA hakhakhakhakhakhakhakhakhakhakhak

p/s; aku cam rasa nk pusingkan je tengkuk pala kawan aku yg bagi soalan ni pada aku hahahaha

aku;
toktuasakti;
12 feb 2011;
umah aku:

soalan cepu emas celup; aku :

Author: Tok Tua Sakti /

lokasi: Kedai Kopi Pekan Parit ( Port dekat Sungai Perak )

jam : 12.30 Tgh Hari
Tukang Cite : Alias ( kawan teman )

Cam biasa waktu makan tengah hari, oleh sbb perut aku tak berapa nk sedap ari ni aku "oder" mee hailam ( biasanye makan nasi samba belacan hehehe ). Tengah baik "mentekedarah" sbb lapo tahap gaban, teteibe je kawan aku bagi soalan cepu emas celup kat aku;

{ dalam banyak2 jabatan, Jabatan ape yg tak ambik rasuah?}

Sampai habis mee aku tibai jawapan masih tak dapat2 dan aku pun nyerah le kalah sambil angkat kaki hahahahaha.... jawapan dia????

Nak bagi syok esok teman sambung kan cite hahahahaha insayallah kalu teman idup huhuhu, Sambil2 tu sesama le pikir ye hihihi.

p/s; Punya kuatnye rasuah kat negara ni sampai leh wat soalan cepu emas celup tu huhuhuhu

aku;
toktuasakti;
10 feb 2011;
umah aku:

berakhirnya sebuah perjuangan; aku:

Author: Tok Tua Sakti /


Sumber:
Keruah Usit
Feb 9, 11
2:50pm
Berakhirnya perjuangan Along Sega...

Pemimpin Penan yang terkenal di luar negara, Along Sega, menghembuskan nafas terakhirnya seminggu yang lalu. Namun pemergian pemimpin pribumi yang berusia sekitar 70an itu langsung tidak mendapat perhatian media arus perdana. Sebaliknya, Tahun Baru Cina yang mencuri tumpuan.

Hanya Malaysiakini sahaja yang membawa berita kematian pemimpin Penan yang paling dihormati dan dianggap berani dalam sejarah Sarawak.

Along adalah pelopor dalam perjuangan Penan yang menentang intrusi atau pencerobohan penebang balak di tanah pribumi itu sejak tiga dekad yang lalu.

Beliau berhujah secara lantang dan merayu bantuan negara antarabangsa untuk campurtangan menyelamatkan kediaman penduduk Penan dan Kelabit di Ulu Limbang, yang seringkali tertindas itu.

Along menjadi perhatian dunia, apabila beliau mendirikan sekatan pertama menghalang jalan pembalak bersama-sama penduduk Penan tempatan dan Kelabit dari Long Napir.

Beliau juga dianggap sebagai mentor dan menjadi bapa angkat Bruno Manser, seorang pejuang alam sekitar Switzerland yang tinggal dengan masyarakat Penan selama lebih dari enam tahun.

Perjuangan Manser menegakkan hak masyarakat Penan menjadi duri dalam daging dan penghalang utama kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Manser kemudiannya dilaporkan tidak dapat dikesan di hutan Sarawak.

p/s; perjuangan yg mencari kebenaran pasti terpadam dalam buku2 lipatan sejarah, sbb perjuangan yg tak sealiran dipanggil "penghalang ketemadunan hadapan" tapi kita masih mengatahui mana satu "perjuang tulen" atau "perjuang anak bini dan kroni"

aku;
toktuasakti;
09 feb 2011;
umah aku:

cuti tahun baru cina; part 2; aku:

Author: Tok Tua Sakti /


Program nak ke Teluk Batik terpaksa dibatalkan, mengenagkan punya ramai umah kat sana + jam dan haluan di tukar pi ke TESCO pengkalan hehehe, Best gak sekali sekala cuti2 pi jalan2 tempat cam ni ramai2 hehehehe. Dan cam biasa, tentera2 memag sukar untuk dikawal huhuhu basib tak de yg hilang anak hahahaha.




p/s: aku + abg am + abg ipor sempat melarikan diri pi karok dulu hahahahahaha

aku;
toktuasakti;
05 feb 2011;
umah aku:

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2011; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2011 BUAT SEMUA KAUM CINA DISELURUH PELUSUK NEGARA DAN DUNIA.

p/s : TQ En Ah Boon dan keluarga sbb bagi "ang pow" kat teman hehehehe tahun depan leh datang lagi nih hehehe

aku;
toktuasakti;
04 feb 2011;
umah aku:

cuti tahun baru cina; aku:

Author: Tok Tua Sakti /


Assalamualaikum + Salam kasih sayang buat semua teman dan pengunjung...

Meluang kan masa cuti Tahun Baru Cina dengan sepenuhnya hehehe, mugkin tajuk tu lebih tepat untuk entry ni mugkin. Bermula gan projek "Era Adik" dengan makan pulut doyan kat umah dia dan diteruskan dengan aktiviti lepak2 kat Ayam Mas yg baru bukak kat seri iskandar
( yg ternyata rasa dia cam hampes hahahahahaha ) dan di akhiri gan lepak2 kat tasik UTP yg ternyata berbaloi hehehehehe ( konpem ke nak joging tiap sabtu petang kat situ YOP & YONG oit??? hahahaha ) yup hanya perancangan kan em.







Berbaloi lepak kat sini dan ternyata tempat ni leh jadi tempat lepak hujung minggu pas ni hehehe sayang nye jauh je dari tempat makan, kalu tak mesti lagi best layan tempat ni hahaha
( sbb awek ramai joging kot hahahaha )


* gambo aku cilok dari FB jeman hakhakhak

p/s: ate mane gambo pulut doyan nye jeman???

aku;
toktuasakti;
05 feb 2011;
umah aku:

siuttt nye basikal; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Tempat : Dalam umah
Kejadian : Baiki basikal + negok TV

Ape malang nye nasib aku malam ni, nasib tak bute mate.Ni basikal punya cite la ni, dah mak aku pesan.... "jgn baiki basikal malam2 tak nampak" degil huhuhuhu ( jgn degil cakap mak apok ni le jadi nye) Abis calo balo comen mate baru aku beli nih herm....

Tu le netijah nye bila tak pernah beringat+ tak dengo cakap hermm.

p/s: tak sabo ari sabtu ni aku nak kayuh basikal masuk hutan huhuhu

aku;
toktuasakti;
12 jan 2011;
gua aku;
umah aku:

tahun baru;nafas baru; aku:

Author: Tok Tua Sakti /


Assalamualaikum + salam kasih sayang + salam tahun baru(mungkin agak lewat hahaha)...

Mungkin entry ni agak terlewat di"post"kan, yup sehingga hari yg ke 11 baru aku berjaya memberi peluang (buat diri aku sendiri) menulis dan menulis dalam blog aku hahahaha (ni le akibat kalau ada penyakit malas siottt).

Kita dah terbiasa dengan amalan kuno "Tahun Baru" = AZAM BARU ??? yup dan setiap org (mungkin tak semua) punya niat gan azam tahun baru kan. Tapi tahun baru ni aku mugkin menyimpan sedikit impian dalam memberi diri ruang dan peluang yg mungkin bagi aku bukan le "AZAM" pun kan herm....

1. sekurang2 nye tahun ni aku dapat hasilkan 7 buah lukisan
2. dapat post kan entry sekurang2nye sebulan 1 entry dan yg terakhir....
3. setahun 12 buah buku dapat aku baca habis hahahahaha

Aku tau, korang mesti anggap "ape hampes punya azam" (sbb aku pun pikir cam tu hahahaha) ape le punya mudah kan herm...tepuk dada tanya selera..sbb yg mudah tu la sbenarnye musuh dalam diri kita...

Pembukaan tahun baru...pembukan tahun baru dengan mungkin sedikit permulaan yg baik bila kau dapat habiskan buku rayyan fantasi tulisan RAM dengan penuh gaya hahahaha (ayat bagi sahabat aku geram siuttt hahaha maaf ye MA, abg man ensem beli + baca habis dulu hakhakak.

Runsing???? yup mugkin sbb tahun ni tahun berhantu buat aku hahahahaha ?????? gile ape aku jumpe hantu? nk wat pe? mintak no ekor ke? hahahaha. Tahun keramat mungkin bila usia menjangkau ke angka 28 tahun (tak perlu rahsiakan umur sbb aku tetap ensem hahahahaha adoiiiiii). Yup mugkin 5 tahun dulu aku pernah berazam yg tahun ni aku punya kehidupan yg baik dan lebih menarik mungkin. Tapi wat masa ni semuanye berjalan dengan keadaan yg baik hahahaha.Baik sebab ape?????
(tahun depan aku jawab hahahaha)

Dan yg terakhir, aku cadang nk ubah cara penulisan dalam blog ke arah penulisan berbentuk diari mungkin...sorry ye aku bukan budak sekema bila bercerita tentang diari OK. Mungkin corak penulisan tu aku dapat menyingkatkan masa aku nk menulis dan aku leh buat rekod setiap peristiwa yg berlaku pada aku dan persekitaran aku atau pun ape yg terlintas dalam bayangan dan pemikiraan dengan lebih cepat dan pantas.

Sekian......wasalamu....

aku;
toktuasakti;
11 jan 2011;
gua aku;
umah aku: