1 Zulhijjah Untuk Ganti Valentine Day; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

sumber : http://tehranifaisal.blogspot.com
10 February 2011.

1 Zulhijjah Untuk Ganti Valentine Day

Apakah alternatif kepada Valentine Day sekiranya masih ada pasangan Muslim yang tetap hendak meraikannya? Aku tahu kau tak meraikannya, tetapi kalau ada yang hendak meraikannya juga maka apa nasihat kita?

Khabarnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan forum dan pelancaran kempen "anti hari Valentine" di Putrajaya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom dilaporkan berkata "Maknanya kita kena ajak orang ramai supaya fahami bahawa itu (hari kekasih) budaya asing," (klik sini).

Jakim juga mengedarkan kenyataan media seraya menurunkan kembali pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan pada November 2005 bahawa amalan merayakan hari kekasih tidak pernah dianjurkan Islam.

"Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam,"

Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali mengaitkan Valentine Day dengan keruntuhan akhlak di kalangan muda-mudi Islam, kehamilan luar perkahwinan, pembuangan bayi dan budaya yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Aku rasa itu tidak menjadi pertikaian pun buat kita. Dalam hal ini kita bersetuju.

Akan tetapi kita memang pandai 'anti sesuatu' lantas 'melabel sesuatu'. Bila diminta beri pilihan lain atau alternatif untuk 'barang yang kita anti itu' kita memang kantul.

Maka aku ingin memberi cadangan hari gantian Valentine Day. Iaitu hari 1 Zulhijjah.

Apa istimewanya hari 1 Zulhijjah ini?

Penganut mazhab Syiah menyambutnya sebagai hari berkasih sayang kerana ia adalah hari ulang tahun perkahwinan Saidina Ali dan Saidatina Fatimah Zahra (klik sini). Justeru, biasanya orang Syiah akan melangsungkan perkahwinan pada 1 Zulhijjah untuk mendapatkan berkat. Yang lelaki akan berazam mahu menjadi suami mithali seperti Saidina Ali, yang perempuan akan berikrar mahu menjadi isteri contoh seperti Saidatina Fatimah Zahra. Perkahwinan mereka direstui langit dan bumi.

Di Malaysia, kita boleh mempromosikannya. Kalau semasa meraikan itu mereka yang kemaruk berkasih sayang ini teringat akan sandaran tarikh tersebut ialah hari nikahnya Saidina Ali dan Fatimah; tentu tersedik dalam hati untuk malu berbuat tidak senonoh dan lebih-lebih.




Kira 1 Zulhijjah dah terlepas. Tahanlah sekejap gejolak di dada sampai Zulhijjah menjelang lagi.

Itu kalau kau nak meraikan juga hari berkasih sayanglah. al-Akh dan al-Ukh Persatuan Mahasiswa Islam di universiti-universiti tempatan tentu suka dengan saranan aku ini. Bolehlah beri-beri bunga ros dan kue donut pada hari tersebut tetapi pastikan jangan sampai terlebih-terlebih. Nanti hilang berkat; yang dapat ialah laknat.

Aku berkasih sayang hari-hari beb tak payah nak tunggu Valentine-Melentine.

Tetapi, tentu ramai tak sependapat dengan aku bila terselit perkataan syiah di situ. Menjolok mata dan perasaan yang teramat sangat. Cara untuk demonized Faisal Tehrani tak susah mana, standard satu dunia, katakan sahaja: 'Argh dia Syiah, Syiah memang suka buat bid'ah.'

nota kaki aku : Terlalu banyak "entry" tentang "Valentine Day", sama ada dari faktor sejarah, kesan dan akibat dari positif dan banyak nya negatif. Mungkin aku bukan islam yg sempurna, secara hak, tetap aku katakan yg "islam sejati" ada diharam kan sama sekali meraikan perayaan ni.

Aku berminat dengan tulisan saudari faisal, dan pasti aku turut menyambut baik saranan dan cadangan beliau hehehehe, Pasti ada yg tak bersetuju kan? cam aku selalu cakap sesuatu pekara ada yg setuju dan tak bersetuju dan aku tetap dgn jawapan aku ... " ADA AKU KESAH???"

p/s: banyak informasi kat blog saudara faisal... sesama le kite jenguk2 ye hehehe

aku;
toktuasakti;
14 feb 2011;
koje:

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Komen Anda...
^TokTuaSakti^