
part 1; bota>taiping>kuala kangsar>bota; aku:
Author: Tok Tua Sakti /
SELAMAT MENYAMBUT MAULIDURRASUL 1432H
Author: Tok Tua Sakti /
1 Zulhijjah Untuk Ganti Valentine Day; aku:
Author: Tok Tua Sakti /


sumber : http://tehranifaisal.blogspot.com
10 February 2011.
1 Zulhijjah Untuk Ganti Valentine Day
Khabarnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan forum dan pelancaran kempen "anti hari Valentine" di Putrajaya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom dilaporkan berkata "Maknanya kita kena ajak orang ramai supaya fahami bahawa itu (hari kekasih) budaya asing," (klik sini).
Jakim juga mengedarkan kenyataan media seraya menurunkan kembali pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan pada November 2005 bahawa amalan merayakan hari kekasih tidak pernah dianjurkan Islam.
"Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam,"
Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali mengaitkan Valentine Day dengan keruntuhan akhlak di kalangan muda-mudi Islam, kehamilan luar perkahwinan, pembuangan bayi dan budaya yang bercanggah dengan ajaran Islam.
Aku rasa itu tidak menjadi pertikaian pun buat kita. Dalam hal ini kita bersetuju.
Akan tetapi kita memang pandai 'anti sesuatu' lantas 'melabel sesuatu'. Bila diminta beri pilihan lain atau alternatif untuk 'barang yang kita anti itu' kita memang kantul.Maka aku ingin memberi cadangan hari gantian Valentine Day. Iaitu hari 1 Zulhijjah.
Apa istimewanya hari 1 Zulhijjah ini?
Penganut mazhab Syiah menyambutnya sebagai hari berkasih sayang kerana ia adalah hari ulang tahun perkahwinan Saidina Ali dan Saidatina Fatimah Zahra (klik sini). Justeru, biasanya orang Syiah akan melangsungkan perkahwinan pada 1 Zulhijjah untuk mendapatkan berkat. Yang lelaki akan berazam mahu menjadi suami mithali seperti Saidina Ali, yang perempuan akan berikrar mahu menjadi isteri contoh seperti Saidatina Fatimah Zahra. Perkahwinan mereka direstui langit dan bumi.
Di Malaysia, kita boleh mempromosikannya. Kalau semasa meraikan itu mereka yang kemaruk berkasih sayang ini teringat akan sandaran tarikh tersebut ialah hari nikahnya Saidina Ali dan Fatimah; tentu tersedik dalam hati untuk malu berbuat tidak senonoh dan lebih-lebih.



Kira 1 Zulhijjah dah terlepas. Tahanlah sekejap gejolak di dada sampai Zulhijjah menjelang lagi.Itu kalau kau nak meraikan juga hari berkasih sayanglah. al-Akh dan al-Ukh Persatuan Mahasiswa Islam di universiti-universiti tempatan tentu suka dengan saranan aku ini. Bolehlah beri-beri bunga ros dan kue donut pada hari tersebut tetapi pastikan jangan sampai terlebih-terlebih. Nanti hilang berkat; yang dapat ialah laknat.
Aku berkasih sayang hari-hari beb tak payah nak tunggu Valentine-Melentine.
Tetapi, tentu ramai tak sependapat dengan aku bila terselit perkataan syiah di situ. Menjolok mata dan perasaan yang teramat sangat. Cara untuk demonized Faisal Tehrani tak susah mana, standard satu dunia, katakan sahaja: 'Argh dia Syiah, Syiah memang suka buat bid'ah.'
nota kaki aku : Terlalu banyak "entry" tentang "Valentine Day", sama ada dari faktor sejarah, kesan dan akibat dari positif dan banyak nya negatif. Mungkin aku bukan islam yg sempurna, secara hak, tetap aku katakan yg "islam sejati" ada diharam kan sama sekali meraikan perayaan ni.
Aku berminat dengan tulisan saudari faisal, dan pasti aku turut menyambut baik saranan dan cadangan beliau hehehehe, Pasti ada yg tak bersetuju kan? cam aku selalu cakap sesuatu pekara ada yg setuju dan tak bersetuju dan aku tetap dgn jawapan aku ... " ADA AKU KESAH???"
p/s: banyak informasi kat blog saudara faisal... sesama le kite jenguk2 ye hehehe
aku;
toktuasakti;
14 feb 2011;
koje:
KEMENANGAN dari RAKYAT untuk RAKYAT; AKU:
Author: Tok Tua Sakti /

sambungan; aku:
Author: Tok Tua Sakti /Assalamualaikum + Salam kasih sayang....
soalan cepu emas celup; aku :
Author: Tok Tua Sakti /lokasi: Kedai Kopi Pekan Parit ( Port dekat Sungai Perak )
berakhirnya sebuah perjuangan; aku:
Author: Tok Tua Sakti /

Feb 9, 11
2:50pm
cuti tahun baru cina; part 2; aku:
Author: Tok Tua Sakti /SELAMAT TAHUN BARU CINA 2011; aku:
Author: Tok Tua Sakti /cuti tahun baru cina; aku:
Author: Tok Tua Sakti /





Berbaloi lepak kat sini dan ternyata tempat ni leh jadi tempat lepak hujung minggu pas ni hehehe sayang nye jauh je dari tempat makan, kalu tak mesti lagi best layan tempat ni hahaha siuttt nye basikal; aku:
Author: Tok Tua Sakti /tahun baru;nafas baru; aku:
Author: Tok Tua Sakti /cuai tu binatang ape?; aku:
Author: Tok Tua Sakti /Ketika diminta Mohd Dusuki untuk menerangkan maksudnya mengenai kemungkinan kelongsong peluru boleh dirosakkan oleh sesiapa, Mazli berkata kelongsong-kelongsong lain yang dijumpai dua hari selepas kejadian itu mungkin dilepaskan oleh senjata yang berbeza dan ia menunjukkan lebih daripada seorang yang melepaskan tembakan. Turut memberi keterangan hari ini ialah Lans Koperal Madi Samsudin dari cawangan persenjataan Balai Polis Seksyen 6 di Shah Alam. p/s; jgn le aku "tercuai" kene saman lagi hukhukhukhuk aku; toktuasakti; 24 nov 2010; gua aku:
Cif Insp Mazli Jusoh mengakui demikian ketika ditanya peguam Salim Bashir dalam perbicaraan hari ini.
Katanya, beliau telahpun mengetahui bahawa kes tersebut melibatkan tembakan senjata api ketika tiba di lokasi jenayah di Seksyen 11, Shah Alam.
Ketika ditanya, Mazli mengakui bahawa beliau tidak menemuramah anggota polis yang berada di tempat kejadian.
Ditanya lanjut, beliau juga bersetuju bahawa kenderaan polis yang mengejar mangsa merupakan bahan bukti sekunder dalam penyiasatannya.
Dalam jawapannya, Mazli berkata beliau pada masa itu telahpun mengetahui bahawa sebanyak tiga buah kereta peronda terlibat mengejar mangsa.
Mazli juga mengakui tidak bertindak merampas apa-apa senjata api yang digunakan oleh anggota polis berkenaan, mahupun pakaian mereka untuk mengesan individu yang bertanggunjawab melepaskan tembakan.
Mazli berkata, beliau tidak menyiasat lanjut kerana tidak menerima arahan daripada pegawai penyiasat.
Ditanya lanjut, Mazli berkata beliau juga tidak merakam gambar mayat mangsa ketika mangsa masih di dalam kereta berkenaan.
Mazli menjelaskan, beliau hanya mengarahkan jurugambarnya untuk merakamkan mayat mangsa itu setelah beliau mengalihkannya ke atas rumput di luar kereta berkenaan.
"Itu kesilapan saya tidak arahkan jurugambar untuk ambil gambar pada masa itu," katanya.
Tambahnya, beliau juga tidak memperincikan tindakannya mengalihkan mayat mangsa berkenaan di dalam laporannya.
Mazli yang tiba di tempat kejadian pada kira-kira jam 3.10 pagi itu juga berkata, beliau hanya mengutip satu kelongsong peluru dalam penyiasatannya ketika itu.
Tambahnya, kelongsong peluru selebihnya dikutip dalam penyiasatannya di lokasi berkenaan, dua hari kemudian.
"Jika terlewat pungut barang kes mungkin barang-barang kes bukan berada di kedudukan yang asal dan tidak boleh menggambarkan kejadian sebenar.
"Bila didapati ada dua penembak yang lepaskan tembakan kemungkinan tembakan yang mengenai mangsa adalah daripada salah seorang penembak yang telah melepaskan tembakan," katanya.
Perbicaraan di hadapan Hakim Latifah Mohd Tahar bersambung pada 29 Nov ini.
kota noda; aku:
Author: Tok Tua Sakti /bota>ipoh>bota; aku:
Author: Tok Tua Sakti /


p/s; best oooo kalu wat projek cam ni hehehehe






