Majlis Pertunangan

Author: Tok Tua Sakti /

Minggu ini dipenuhi dengan kepenatan akibat daripada majlis pertunangan sepupu sebelah ayah, adik bongsu ayah dan antara sepupu yang paling rapat antara keluarga sebelah ayah. Usai balik dari tempat kerja, aku ambik mak kat rumah dan terus ke rumah mereka di seberang (Padang Cangkat). Sehari suntuk menggoreng ayam sampai bulu kat tangan pun hangus hehehe dan badan panas demam akibat terlalu lama main ngan api dan minyak panas.

Pada 28-06-2009 majlis pertunangan berlangsung dan segala dilakukan secara bergotong-royong dan Alhamdulilah segalanya berjalan dengan lancar...

Hari ni aku tak ada niat nak panjang kan blog aku sebab aku sibuk sangat minggu ni. Hari ni aku kene uruskan pemindahan ke rumah sewa yang baru hehehe tinggal sesorang dan pada waktu begini aku memang ingin menyendiri agar boleh bermuhasabah diri, ditambah dengan keadaan kesihatan yang tidak menentu akibat kepenatan berulang alik dari Bote ke Kuala.

sekian dari blog aku:


Tok Tua Sakti
29-06-2009
Kerajaan Enggor

AKU; HIDUP BARU; AKU; HIDUP:

Author: Tok Tua Sakti /

PART 2


Hari ini telah dipenuhi dengan ruang kesedihan...tapi aku rasa ruang blog aku ni x sesuai untuk cerita tentang kesedihan dan kehampaan hehehe. Melalui Teori Hukum Tarikan: sesuatu perkara yg negatif sekiranya sering difikirkan akan membuat ruang lingkup kehidupan diri kita akan dikuasai aura Negatif, maka dengan itu kita akan berhenti bercakap tentang perkara2 negatif OK. Sekarang kita akan mulakan dengan hidup yang baru dan positif hehehe chayok...x3

Aku mula kan dengan cerita yg baru dalam hidup aku, sesudah hampir 3 tahun aku tidak menjejakkan kaki ke Pondok lama, PONDOK UMUMI. Semenjak pondok 2 di bina aku ada kat sana, dari pondok kecil sehingga menjadi 2 tingkat dan besar. Mungkin kerana cerita lama yang mengguriskan sedikit perasaan membuatkan aku mengundur diri. Malam ni aku rasa seperti " sirih pulang ke ganggang".

Terkenang kembali segala kenangan yang hampir hilang selama 10 tahun. Dari usia budak-remaja-dewasa dan sekarang ketika usia yang tak tahu mampu bertahan sampai bila. Moga Tuhan berikan rezeki yang baik kepada umur aku. Balik kpd cerita pondok, kenangan bersama Tok lebai, Tok Usul, Tok Sagor, Temenggung, Paduka, Penghulu dan sahabat2 yg lain membuatkan aku rindu pada masa lalu herm; Manusia sering lupa asal usul kpd setiap permulaan kehidupan. Itu lah aku;

Waktu solat Isyak, sahabat2 suruh aku plak jd imam, lawak betul cam sedih pun ada gelak pun ada hehehehe.Usai solat Isyak sahabat2 ajak aku Ta'am (makan) perkataan yg da lama aku x gunakan herm dan yg paling aku rindu kami makan dalam talam hehehe "sunnah" yang hampir 3 tahun aku tinggal kan. Ini lah makanan yang penuh kenikmatan dan ini lah kenikmatan dalam kehidupan aku. Harapan aku pas ni aku leh terus mencari jalan yang dah lama aku simpang selama hari ini.

Terasa hidup ini bermakna malam ni, terasa semua masalah dalam hidup hilang dan ditukarkan perasaan penuh dengan keamanan. Inilah yg aku cari selama hari ini ketenangan dan keamanan; moga Tuhan berikan aku kuasa untuk pertahan segala yg aku kecapi malam ini. Moga kebaikan sentiasa berada disekeliling hidup aku.


Tuhan berikan aku kuasa,
menguatkan kekuatan,
hati dan perasaan,
yang penuh kekhilafan.


Tok Kelana (hilang entah kemana)
26-06-2009
Pondok Umumi

Al-Fatehah

Author: Tok Tua Sakti /

Selamat kembali ke Rahmatullah kepada Tuhan yg Maha Kuasa buat Mikail Jackson...moga pertemuan di akhir kehidupan dihisap dengan penuh keadilan buat mu...

Al-Fatehah..

Tok Tua Sakti;
Gua Rumah Aku;
26-06-2009:

AKU; PERJALANAN; AKU; HIDUP:

Author: Tok Tua Sakti /

PART 1.

Hari ini persekolahan seperti biasa, em aku beli buah "menia", buahan kampung yg sangat aku suka mase bebudak dulu. Teringat kembali kenangan dulu, aku, abg dan kekawan penggal pokok menia belakang surau gan kayu kecil sebab pokok menia tu da besar sangat sampai da tak boleh nak panjat, oleh kerana badan aku ni kecik sangat pada masa tu aku tak leh penggal buah tu sebab tak kan sampai punya, maka jadi lah aku tukang kutip buah menia je la sampai kekawan aku penggal buah gan aku2 sekali yg kena hempap termasuk buah menia.
Bila aku beli buah menia 2 aku rasa buah dulu lagi besar 3x ganda dpd skg, entah ar mungkin masa 2 aku kecik buah 2 besar kot. Kenangan tetap bermain apabila aku menikmati buah menia, buah yg sukar untuk didapati.

Malam tadi aku solat kat surau 2 balik gan anak buah aku, bila tengok pokok 2 balik da x ada, anak buah aku cakap da lama kene tebang, mungkin sebab dia besar sangat takut hempap surau kot. Kadang kala walaupun tanda bagi sebuah kenangan sudah dihapuskan, kenangan yang manis tetap segar dalam ingatan...mungkin itu nasib pokok menia gan aku kot hehehe.
Em masa perjalanan balik aku lalu laluan yg lain dpd seperti biasa, saje nak tengok tempat org, lalu sayong ke tanjung belanja ke bota. Pemandangan sangat indah dan bukit2 sampai leh dapat idea baru nak lukis nanti. Tapi masa aku nak lalu kat satu tempat 2 leh ada ular tedung sela lintas jalan yang panjang badannya boleh melepasi jalan raya, herm panjang dan besar 2, teringat dulu mak aku penah kene patuk gan ular jenis 2 siap masuk Hosp. Cangkat Melintang 3 hari, masa 2 nak raya haji herm sedih betul. Mak aku cakap dalam perjalanan ke hosp. dia minum air tanah bagi tahan bisa ular herm kira petua ar 2.

Pengalaman aku dengan ular jenis ni masa aku kat pondok dulu ular ni penah lalu kat kaki aku, aku leh melompat sampai hampir 7 kaki sebab terkejut sangat gan geli hehehe lawak betul. Syukur gak tak kena patukkan cam mak aku hehehe. Ikut kajian mengatakan selepas 5 minit dipatuk tanpa rawatan leh mendatangkan kematian...hebat ular ni kan (kuasa tuhan).

Apa la punya tur....la. Mungkin penat sangat ari ni aku leh tertidur petang, baik punya tidur bapak aku pun kejut kan la aku...bila aku bangun aku terus melompat dari katil dan bising2 kat apak aku sebab ngapa x kejutkan aku solat Subuh dan nak pegi koje hehehe apak aku siap gelakkan aku sambil cakap yang dia kejutkan aku untuk solat Maghrib huhuhu

p/s : betul la org tua2 cakap kalu tido petang leh jadi gile huhuhu memang gile la aku petang tadi hehehe

25-06-2009
khamis malam jumat (banyak anto hehehe)
"rumah ku syurga ku"
Tok Tua Sakti

Episod Akhir Ceritera Panjang; Aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Adalah insan (kita) sangat bertuah kerana mempunyai peluang untuk membuat pilihan dalam hidup, dan ianya adalah satu anugerah yang sangat bernilai. Adalah tuhan, MAHA Adil dalam menilai sesuatu.

Hidup yang penuh dengan keindahan adalah impian bagi setiap insan yang melata. Namun kadang kala keindahan bukan milik kita sekiranya itu takdir kehidupan. Maka manusia akan hidup dalam kekecewaan dan kepayahan dalam mengharungi kehidupan.

Impian yang tidak kesampaian kadang kala adalah nikmat Tuhan untuk kita mengintai kembali kelemahan sendiri, kekurangan kendiri yang kadang kala hilang hemah diri sehingga sanggup menjual maruah dan jati diri.

Adalah Tuhan MAHA Mengetahui akan sesuatu.
Adalah ini ujian yang panjang, ratapan nya orang pinggiran, hati yang penuh bungkam, jiwa yang penuh dendaman.
Maka Tuhan adalah peganggan, mencari arah tujuan, moga tergapai kembali impian, walau ceritera tidak kesampaian.
Adalah lara ini lara pujian, ratip nya rebab luka, darahnya rindu duka, hati nya tetap ada DIA.

Aku:
sesibur senja
24-06-2009
rumah lama

Selamat Hari Lahir "Sahabat"

Author: Tok Tua Sakti /

Selamat Hari Lahir ku ucapkan,
kepada Sahabat yang budiman,
yang sering riang saat diperlukan,
membantu ketika kebuntuan.

Kerna kau Teman yg terbaik....

"Moga kita sering bersama teman yang sejati bukan teman yang menghantui"

Tok Kelana Sakti
23-06-09
SK Beluru

kembali ke jalan pertama

Author: Tok Tua Sakti /

Moga hubungan ini terus berkekalan
mengikut jalan tuhan,
yang penuh kerahmatan
dan kejayaan.

"kerna aku sang setia bersama"

Tok Tua Sakti
21-06-09
SMKDARY- BOTE

Selamat Hari "Apak"

Author: Tok Tua Sakti /

Buat semua "Apak" diseluruh dunia,
Selamat Hari "Apak" aku ucapkan,
Semoga bahagia disamping keluarga tercinta.

Tok Tua Sakti
21-06-2009
Gua Aku

catatan lama :

Author: Tok Tua Sakti /

tarikh: 24-12-2007
hari : ianin
jam : 11.48 am

Tajuk : Kadang kala kehilangan adalah tanda kepada erti kerinduan

Maka seringkali manusia ingin mencari,
Cari dan terus mencari walau ia dekat di hati.
Ini kerana kita sebenarnya sering lupa diri;
Hilang jati diri;
Tiada hemah kendiri:

Seringkali mencari yang hilang;
Tapi duduk bertentang;
Antara mata dan hati:

Tapi mengapa sering tak jumpa dan
hati sering bertanya.

Maka pencarian yang sebenar
adalah dalam diri sendiri.

Tok Tua Sakti
19-06-2009
dengan bebudak

Laluan Aku Rintis Alam ; Aku:

Author: Tok Tua Sakti /

adalah lara ini lara ratapan
bagi ceritera kepiluan yang panjang,
tusuknya ke jantung keramaian,
yang berubah ke sebuah daerah kepiluan,
diiringi Rebab rintih pilu yang tiada lagu.

ada lah resah ini menjadi lara,
bagi sebuah kisah-kisah dongeng panjang,
yang hampir menemui kesudahan.

maka benarlah aku
yang bernama sang lara
dari kehidupan yang tiada kesudahan,
kerna aku lara ratapan.

telah ku pujuk hati
moga tuhan memberi kuasa
menghilangkan duka lara
walau aku lara yang setia...
hingga ke hujug nyawa.

Aku;
Tok Tua Sakti
Bandar Di Raja
18-06-2009

blurr sungguh

Author: Tok Tua Sakti /

mak ai ape nak buat pun tak tau huhuhu lepak le alamat nye...

cam ne le aku pergi kelas tahu 1, bebudak 2 salam cium tangan aku sambill panggil cikgu huhuhuhu rasa nak gelak puan ada , cover jangan kasi malu hahahah

sweet memory ;

aku:

Tok Tua Sakti
17-06-2009
SK Beluru


"kekadang kita perlu mencari kemanisan walaupun pahit yang di telan"

hari pertama bekerja ; harapan manis buat kehidupan

Author: Tok Tua Sakti /

15 jun 2009

hari yang megujakan bagi nurani kehidupan, seolah kenangan lama kembali terbuka hijab satu persatu....
harapan ; ini adalah permulaan detik kegembiraan , walaupun aku tahu yang ianya makin menghilang seperti pelangi petang...seperti sesibur yang akan turut hilang mencari cahaya malam yang kelam....

tenggelam dalam awan kelam- gemelam

aku ; seseibur senja :

@ ; gelihati bila murid panggil aku "Cikgu Osman" huhuhuhu

Tok Tua Sakti
15-06-2009
SK Beluru; Enggor ; Perak:n

kembali ke shah alam

Author: Tok Tua Sakti /

setelah pulang semula ke perkarangan lama ... shah alam,
bertemu teman ketawa gembira , sedih dan nestapa;

hari ini pulang semula ke gua lama ;BOTE :
semoga kebahagian terjalin bersama...
moga teman di shah alam terus indah diulit kenangan bersama...
aku...

Tok Tua Sakti
14-06-2009
gua aku; rumah shah alam:

setelah selamat tiba di bota perak,
esok aku akan bertolak ke pulau pinang untuk mendaftar diri dan kursus pertama selama 2 hari.
perjalanan disini (bota) sangat sibuk dengan pelbagai aktiviti harian.

moga selepas ini semua keadaan akan berubah dan moga perjalanan dipermudahkan

amin...

salam buat semua teman yang mengenali aku..

tok tua sakti
06-06-2009
seri iskandar