Assalamualaikum semua yg aku rindui, moga sihat di bulan yg penuh kemuliaan.
Oleh kerana aku cukup cergas dan sihat, selesai buat koje kat umah aku (menyimen & mengecat) aku ajak kak aku pergi ke manjung nak beli kasut koje hehehe kebetulan anak buah aku (Ijun) pun nak beli baju belajo dia. Seperti yg aku duga aku akan tetap menjadi " bibik" dulu, kini dan selamanya huhuhu hampeh betul. Tapi aku tetap happy sbb anak buah aku tak meragam plak bila duk gan aku huhuhu walaupun berlainan warna kulit hahahaha.
Cam biasa gak, niat aku nak beli kasut ternyata gagal sbb aku mmg x pandai membuat pilihan walaupun hampir keseluruhan kedai aku tawaf (nasib aku tak saei terus hehehe). Dan ternyata niat nak beli baju bertukar kepada beli benda yg lain herm. Ternyata perancangan aku tak cukup kuat dalam membeli-belah kakakaka (mmg 2 kelemahan aku dari dulu pun). Baru ar aku terpikir yg selama hari ni dalam membuat pilihan ternyata aku memerlukan sahabat dalam memutuskan sesuatu herm. (terima kasih kawan).
Usai dari Manjung, aku singgah kat Bazar Ramadhan di Titi Gantong, walaupun hati aku tak nak singgah kat sini (ats mslh peribadi) aku redah ar gak apabila anak buah aku yg telah ditugaskan membeli barg2 berbuka lambat beno balik nye, aku takut dia tersangkut tengok awek2 kat sini huhuhu hampeh betul, terpaksa ar aku turut dia gak.
Kami selamat sampai hampir jam 7 petang herm (cepat betul mase berlalu), alhamdulillah aku masih segar hingga saat ni. (sebb cukup tido hahaha). Aku berbuka dengan Bubur Lambuk, memag makanan kegemaran aku ketika badan tak berapa nak sihat herm, dan aku teringat bubur ayam sahabat aku (pasti kamu tahu siapa kamu kerna kamu sahabat yg terbaik). Masa aku selalu sakit dulu, dia le yg rajin masak kan bubur untuk aku herm. Budi yg baik pasti sukar untuk dilupakan kan em. " Moga tuhan sentiasa melindungi kamu sahabat ".
kamu sahabat ku
setia bersama ku
luhur jiwa mu
mereda resah hidup ku: Aku & Fitrah a.k.a Bulat
simpang Manjung
Bazar Titi Gantong (mak oi awek sini cam kat KL plak huhu)
sesak sungguh
Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan ;
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh ;
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
aku;
toktuasakti;
30-08-2009;
Manjung-TitiGantung-Bote:
Hari ni punya cerita; aku:
Author: Tok Tua Sakti /ini hari bahagia; aku:
Author: Tok Tua Sakti /kahkahkahkah....salam semua kahkahkahkah
Hari yg sangat bahagia dan sempurna buat aku kahkahkah. Bila aku dapat TIDO 8 JAM sehari ( hari ni ) kahkahkahkah. ( biasa ar baby cute cam aku kene tido lelama untuk jage kulit @ awet muda huhuhuhu ) Pas da rehat panjang mula ar kite start koje menyimen dan mengecat umah hahahaha ( patut ar bapak aku bagi aku rehat panjang, rupe nye ada koje berat yg menunggu kakakaka padan muka aku )
info: ari ni aku da belajo ber YM gan anak buah aku hahahahah
aku;
toktuasakti;
30-08-2009;
atas tilam kekabu:
aku punya jalan hidup; aku:
Author: Tok Tua Sakti /Assalamualaikum semua sahabat yg masih setia melayari blog aku;
Hari ni seharian suntuk aku berada diluar kawasan (x ada kat umah). Hari ni gak hari yg paling memenatkan aku sebab tak cukup tido sekitar hanya 3 jam je herm. Seawal pagi apak da kejut kan aku ajak pegi pekan Sabtu (pasar minggu) dan dengan mate kuyu aku redah le gak kan herm. Aku pun beli ar gak barang2 peribadi aku dan dengan sepantas kilat nye aku cepat2 masuk balik dalam keta menyambungkan tido aku hehehehe (syg mimpi nye tak same @ tak bersambung).
Menambah kan ngantuk aku bila kawan aku (Geman) bagitahu yg ari ni ada mesyuarat sekolah lama aku gan Cikgu Meor untuk Majlis Hari Raya Bekas Pelajar kat sekolah aku dan semua selesai pulang hampir jam 2 petang (borak je lebih dari mesyuarat huhuhuhu). Aku tak tau da berapa lama aku tak jejak kan kaki aku kat sekolah ni, sebelum ni aku pikir, sekolah ni ar tempat yg perlu aku jauhkan sbb terlalu banyak kenangan bersama "DIA", tapi bila aku lepak kat sekolah ni banyak plk kenangan masa aku bebudak dulu main balik dalam pale otak aku dan aku rase sangat OK hehehe kire bebaloi ar aku ngantuk2 datang ke sini kan.
7 tahun aku bertapa kat sekolah ni, menuntut bermacam2 ilmu kecuali ilmu santau dan ilmu kebal je x ada hahaha, ingat cam ne hari pertama masuk sekolah, belajo2 panjat pagar sekolah cz malas nak masuk kelas @ lari dari perhimpunan pagi huhuhu. Kene hambat gan Cikgu sampai tawaf satu sekolah hahahaha macam2 sungguh kenangan yg keluar dari pale otak aku yg penat sebb mengantuk herm.
Menyembang2 gan kwn2 lama buat kami tak sedar yg kami da lepak sampai jam 2 herm. Banyak le pekara yg diborak kan sehingga soalan yg da dijangka pun kuar same herm. Harapan aku pas ni aku ada banyak mase gan kawan2 aku lagi .
- kawan yg baik, kawan yg sentiasa berada disisi -Pasar Pekan Sabtu Bota Kanan (aku ambik gambar awek sebenor2 nye hahaha)
-kenangan yg indah tetap di sekolah- (aku rase semua org pun pikir cam 2)
* Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan;
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
aku;
toktuasakti;
29-09-2009;
aku dan kenangan;
SMKDARY BOTA:
aku; diri; aku:
Author: Tok Tua Sakti /hati ini resah
diri ini lemah
jiwa ini lelah
dan aku pasrah:
aku;
toktuasakti;
29-08-2009;
4.55 pagi;
sesampi ke rumah;aku:
hampeh- sehampeh2 nye; aku:
Author: Tok Tua Sakti /Salam harga barang naik buat semua hehehehe (pelik beno bunyi nye)
Aku cukup heran dengan Negara Malaysia yg cukup maju dan kehadapan ni herm, menambahkan kehairanan aku bila masuk bulan ramdhan ni dan disusuli gan syawal (raya le 2) mesti harga barang2 naik punya. Aku tak pernah kisah pun hargai gula naik, tepung naik entah ape2 barang naik pun aku tak kisah sbb aku tak duk dapur. Yg aku tau aku huluq duit mak ayah beli brg, kalu lebih deorng ambik kalu kurang deorang tambah hehehe.
Tapi yg nak dijadikan cite yg hampeh, pas solat jumaat aku trus pg ke BOTA KANAN (lebih kurang 8 KM dari umah aku) nak beli makanan kucing ar kan, dah aku tengok kucing aku cam nak kene sawan babi je x dapat makanan dia (tanda protes ar 2, aku suruh pose same x nak plak dia, bangun sahur makan baik punya dia melantak, hampeh punya kucing) Harge biasa makanan kucing yg pakai timbang RM 7 sekilo, sekali aku nak beli 2 kilo leh plak harga di RM 9 kilo. Memang gila babi betul ar harga dia naik. Patut ar ramai yg kene selsema babi (H1N1) rupe2 nye antara faktor kene selsema ni harga barang naik hahahaha. Nasib baik aku ada wuduk lagi time 2 kalu x aku pun kene selsema babi kot hahahahaha.
Aku tak tau la ape nak jadi, da penat da nak ckp kalu pasal harga barang naik, tapi kalu bab harga makanan kucing naik memang terbakar aku. Ye la, kalu harga gula naik leh ar ckp kat satu family yg kene kurang kan makan gula harga dia naik da boleh kene penyakit kencing manis kan. Cuba korang pikir ape aku nak kelentong kan kucing aku yg da mengamuk cam terkene sampuk bila x dapat makanan dia? aku pun tak tau nak ckp, dia pun tak faham ape yg aku ckp hahahaha same2 la hampeh kahkahkah.
p/s ; sape yg bela kucing pas ni pakat reramai buat reunion kite boikot harga makanan kucing bagi ada subsidi ok x? ( kalu kempen boikot beli brg2 israel sampai kucing bertanduk pun tak leh punya hahaha)
aku;
toktuasakti;
28-08-2009;
jumaat yg redup; (nyenyak tido huhuhu)
Masjid Teluk Kepayang > rumah aku;
kucing kuning yg dah sawan @ pondan kakakaka:
satu keindahan dan kenikmatan;aku:
Author: Tok Tua Sakti /pagi ini ada keindahan dan kenikmatan yg mengetuk pintu hati, meningkatkan berahi diri, menyulam hati yg bersemi. Syukur pada Illahi, memberi nikmat hati yg tenteram dan puja-puji.
hati yg terisi, bersama puja dan puji:
aku;
TokTuaSakti;
28-08-2009;
Pondok Ku Syarif > rumah aku;
4.45 pagi:
aku hidup; hidup aku:
Author: Tok Tua Sakti /Salam buat semua pengunjung dan sahabat;
Aku naik kan entry ni awl skit sbb aku mungkin tak balik malam ni dan tak sempat nak ngadap bini aku ni (laptop + BB) hehehehe. Aku tido kat gua aku mlm ni insyaAllah. Pagi2 lagi aku dah dapt SMS dari org yg aku x suka nak bace hehehe dan alamat nye memang x bebalas le sms 2 herm. X salah kot kan, buat ape nak panjang2 kan cite gaduh2 bulan pose ni x elok kate mak aku, tambah dia lagi;" yg penting kite tahu sape yg betul sape yg salah dan Tuhan 2 Maha Petunjuk" herm... masih ingat lagi leteran mak aku walaupun dah berminggu2 dia ckap hehehe.
Pagi ni gak aku sedikit terganggu (banyak betul gangguan) mungkin akibat daripada perbincangan@ muzakarah kami semalam dan akhirnya aku kuar kan entry awal pagi tadi. Kalu sape yg tahu Tajuk yg sebenor2 nya memang le dia rajin baca surat khabar, kalu x korang memang hampeh hahahahaha (asyik aku je yg menghampeh kan diri aku kan hahahaha)
Petang skit tadi aku ajak kak aku kuar jalan2, ye ar da cuti x kemana pun nak buat koje kat umah ujan x henti2, siap bawak 2 org anak buah aku sekali. Nak dijadikan cite yg hampeh aku yg kene jaga anak buah aku dalam keta cz kak aku nak shopping dan terpakse ar aku jadi "bibik" mmg hampas hahaha padan gan muka aku sendiri.
adik a.k.a bulat DAN kakak a.k.a kuntum
Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh;
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
adakah aku masih sang arjuna
yg iring nya hampa
lintas nya kecewa
dunia nya nestapa;
adakah aku masih sang setia
umpama bulan yg bercahaya
menerangi semesta
walau hati gundah gulana;
adakah aku sang pencinta
menagih janji mulia
tetap cinta pada Nya
kerna aku ciptaan Nya
aku;
TokKelana;
rumah ku syurga ku;
27-08-2009:
bote yg hujan tanpa henti (rahmat mu ku pohon)
satu pemikiran & pandangan; aku:
Author: Tok Tua Sakti /Mengapa payah nak melaksanakan sesuatu Hukum Tuhan, sampai ada yg nak mempersoalkan dalil Quran dan Hadis Nabi soheh @ hanya Daif herm....
Aku pun tak pandai mana bab agaman ni, sehingga mempersoalkan hujum tuhan membuat kan aku terus terfikir dan mencai jawapan, kalu sudi bace le em....
Hadis Nabi s.a.w;
mereka minum lagi, sebatlah mereka dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka ( Riwayat Abu Daud)
Terjemahan Al- Quran;
Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah ( DIHARAMKAN) perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan ( Al-Maidah : 90)
Dan aku gak penah buat entry sebelum ni, walaupun tidak secara langsung tapi tajuk ni masih tersentuh, kalau sahabat berminat membaca;
tajuk entry : aku;gua;gua;aku:
TokTuaSakti;
Pondok Ku Syarif;
16-08-2009:
aku ambik skit isi2 yg aku rasa penting ar kan (korg tak tau le plak cam e hehehe)
1- Zina berleluasa tanpa ada perasaan bersalah dan malu = Natijahnya Allah akan turun kan penyakit yg baru ( cth: virus JE dan yg terkini H1N1)
2- Rasuah dan Riba berleluasa = Natijahnya Allah akan berikan pemimpin yg zalim (sendiri pikir la kan)
3- Bila tak melaksanakan hukum Allah (quran) = Natijahnya ; kuasa asing akan datang menjajah (cth: Negara Iraq)
4- Bila pertikai hukum2 Allah = Natijah ; Akan berperang sesama sendiri (lihat negara2 arab yg mengaku islam tapi berbunuh sesama islam semata2 kuasa dan pemerintahan)
mungkin boleh dihubungkaitkan betul tak? (kalu x betul aku syok sendiri je la hahahaha)
Ok fikir2 kan le...
aku;
toktuasakti;
27-08-2009;
rumah ku syurga ku;
pg yg sedikit gangguan:
ramadhan; kifarah dan ujian; aku:
Author: Tok Tua Sakti /Salam ramadhan buat semua;
Seperti tajuk entry aku kali ni, tahun ni ramadhan yg aku lalui penuh gan kifarah dan ujian yg berpanjangan. Semalam aku tak dapat tidur dan rehat dengan selesa akibat dari masalah kesihatan, mungkin akibat cuaca yg tidak menentu. Alhamdulillah aku selalu iktikad kan dalam hati aku yg setiap pekara yg aku lalui hari ini adalah kerana dosa dan kesilapan yg pernah aku lakukan dahulu dan aku sering mohon dan harap yg ini merupakan kifarah yg sempurna sebelum aku menjadi debu yg hampa.
Untuk ramadhan kali ini turut membuatkan hati aku selesa dengan kehidupan yg dilalui seharian, suasana sepi membuat kan wadah hati menjadi lebih terisi dan mohon harap agar sentiasa dirahmati dibawah naungan dan lindungan yg Maha Esa.
Sahur aku hari ini sedikit terbabas sekitar 10 minit lagi imsak nak berlalu hehehe,hanya mampu minum secawan kopi dan terus tak sedar kembali. Betul kata2 Mutiara, Berbuat la sebanyak mana amalan kebaikan, sebelum datang nya sakit herm....( sesama la kite ambik ingat k )
make tibe2 aku teringat 1 hadis yg lebih kurang maksud nye ( aku akan cuba dapatkan sanad hadis yg lebih tepat insyaallah)
* beza puasa antara org islam dan ahli kitab ialah bersahur;
dan
* sebaik2 berpuasa ialah melewatkan sahur dan awal kan berbuka puasa bila sampainye waktu;
Untuk fadhilat tarawih malam ini;
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
sesama le kite ambik pikir herm.
hujan di bota
seperti air mata
atau mutiara
yang menyuci dosa:
aku;
toktuasakti;
26-08-2009;
bote dan hujan:
ramadhan; yg penuh kerahmatan; aku:
Author: Tok Tua Sakti /Salam buat semua,
Hari ni banyak aktiviti yg memenatkan untuk bulan puasa ni herm. Kalu x ada aktiviti tak syok la pulak kan cz cam lambat beno mase berlalu hehehe. Ari ni aku bawak mak aku pergi ziarah Opah Lambor, makin uzur aku tengok dia herm pas 2 pg klinik ambik ubat opah.
Ya paling boring ambik buah kelapa@ nyor cz nak raya nanti simpan stok awl2 herm confem mak aku nak buat dodol punya dan pasti nye aku la yg kene jadi tukang kacau dodol huhuhu penat 2 herm.
Ari ni kawan @ jiran aku datang rumah aku sembang2 gan bagi borg koje huhuhu nyaris ada kawan yg masih ingat kat aku kan herm. Banyak sangat topik yg disembang karut kan sampai da tak sedar nak buka pose da hahaha. K ar aku dah nak kuar pi tarawih da walaupun mate dah mengajak aku beradu huhuhu hampeh betul nafsu mate aku ni hehehe ( sama cam tuan nye gak kahkahkah ).
* Fadhilat Tarawih malam ke 5;
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
subahanallah...
meh la kite sesame ambik berkat ramadhan em....takbir....
aku;
toktuasakti;
25-08-2009;
bota yg herm...... :
syukur; atas perjuangan;aku:
Author: Tok Tua Sakti /syukur pada Tuhan
atas kemenangan
demi kesejahteraan
demi agama dan kesempurnaan:
aku;
toktuasakti;
25-08-2009;
bota yg suam2 kuku;
ini kemenangan berganda:
ramadhan ini; sepi; aku:
Author: Tok Tua Sakti /Maaf buat semua sahabat seandainya aku pernah membuat salah dan dosa kepada kalian semua:
* Fadhilat Tarawih malam ke 4;
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
aku;
toktuasakti;
24-08-2009;
bota yg sedikit gusar:
kembali ke Ipoh;aku:
Author: Tok Tua Sakti /Salam semua,
Semalam aku tido hanya 3 jam je herm, balik lewat sehingga 4 pagi menyembang2 punya pasal dan aku tido jam 6.30 pagi setelah usai solat subuh. Pagi 2 aku paksa kan diri aku untuk menziarahi jiran aku meninggal kan dunia yg fana (meninggal dunia) oleh kerana rumah dia x sampai 50 meter dari rumah aku tak kan tak pergi kot kan, dan kebetulan anak pempuan dia pun sebaya gan aku dan kami kenal sesama keluarga.
Setelah selesai meguruskan hal pengebumian, aku bersiap pergi ke Ipoh, herm tempat yg mana aku memang nak elakkan buat masa ni, kerana penuh gan kenangan yg menyesak kan kepala otak aku. Tapi oleh kerana daya tarikan yg kuat dan amat aku rindukan, aku pergi gak ar kan hehehe. Ni buku punya pasal le, da hampir 3 bulan x beli buku membuatkan aku betul2 rindu hehehe dan akhirnya terbang la duit aku RM98 huhuhu dan aku berjaya membeli sebanyak 18 buah buku. Kedai 2 jual buku2 terpakai dan setahu aku kat situ je aku leh dapat bekalan buku2 yg lama dan yg terbaru.
Kebetulan aku gak hantar 2 org anak buah aku balik ke Ipoh, deorg belajar lagi kire sekali jln ar kan. Tapi aku tetap happy cz misi aku tercapai dan malang nye malam ni aku tak dapat lagi nak belek2 buku yg aku baru beli cz badan aku da cukup penat tak cukup tido hehehe.
kadang kala kenangan indah
tak secantik wajah
yg penuh darah
yg tiada maruah:
* Fadhilat Tarawih malam ke 3;
Berseru para Malaikat di bawah Arasy Allah supaya org yg sembahyag Tarawih berupaya meneruskan sembahyang mereka pada malam2 seterusnya.
aku;
TokTuaSakti;
23-08-2009;
cuti sekolah seminggu hahaha;
Bote yg suram cerah ( cuaca x menentu ):
Hari pertama; puasa; aku:
Author: Tok Tua Sakti /Assalamualaikum semua;
Alhamdulillah, selesai sudah ujian puasa yg pertama utk hari ni herm. Bote hujan sepanjang hari, mungkin tanda rahmat dari tuhan untuk menyambut Ramadhan yg pertama kot. Aku bahagia sekali menuggu berbuka puasa, bersama emak dan anak buah aku ( ijun ). Seperti yg dijanji kan Tuhan pada umat yg berpuasa, 2 nikmat yg diberikan antaranya waktu berbuka puasa.
Sewaktu berbuka aku sgt gembira dan sedih pulak, gembira kerna dapat berbuka di rumah yg mana hampir 5 tahun kebanyakan ramadhan di luar kampung, dan sedih bila teringatkan waktu berbukan ketika di work station SSCKL. Herm macam2 ragam dan gaya yg kadang2 buatkan aku happy bila waktu berbuka kat sana heheheh. Mungkin itu lah masa yg paling sedih dan mengembirakan aku sepanjang pengalaman aku berbuka dan menjalani ibadah puasa.
Buat semua teman dan warga SSCKL, sabo je le sepanjang pose ni hehehehe, x yah jawab call mase tengah berbuka hahahaha : pesanan dari aku; Abg Man Beso hahahaha.
Oleh kerna hari ni merupakan solat tarawih yg kedua aku sertakan fadhilat solat tarawih just untuk info kite bersama ok:
Malam pertama:
Keluar dosa2 nya seolah2 baru dilahirkan:
Malam ke 2:
Diampunkan dosa2 nya serta dosa2 ibu bapanya:
Hebat kan kurniaan Tuhan...Maka sesama le kita rebutkan ganjaran yg telah di janjikan...
aku;
toktuasakti;
22-08-2009;
sabtu mlm ahad;
pdk. umumi; bote:
Selamat datang;bulan kerahmatan& keampunan;aku:
Author: Tok Tua Sakti /program motivasi;aku:
Author: Tok Tua Sakti /Salam semua,
toktuasakti;
20-08-2009;
enggor>bote:
Sambutan kemerdekaan;sekolah;aku:
Author: Tok Tua Sakti /Aku baru pas selesai buat program sambutan pra kemerdekaan dan cam biasa aku jadi bidan terjun hehehe aku kene nyanyi ngan 4 org cikgu yg lain hehehe nyanyi lagu " Warisan" nyanyian asal Allahyarham Sudirman. Walaupun x ada latihan, jam2 tu gak aku kene panggil maka aku pun main redah ar gak kan, dah ar lagu pun tak hafal maka kami ramai2 pun main tibai je le kehkehkeh buat malu kat bebudak aku je hehehe.
Aku gak kene pg ambik ubi kayu, pelik tapi 2 yg menarik, Aku rasa dah lama x makan ubi kayu x macam mase aku kekecik dulu, aku tanya Guru Besau (hehehe) ngape perlu menu ubi kayu, dia cakap nak bagitahu murid2 camne susahnye mak bapak deorg dulu nak hidup dan aku rasa ada betul nya cz aku pun penah rasa cam 2 (tapi x le susah mane pun) bak kate iklan TV, zaman da berubah herm.
Ape pun , aku tetap happy sepanjang program ni berjalan dan aku tengok bebudak kat sini berbakat gak kan, termasuk ar bebudak yg aku buat penilaian (kerja aku). Aku letakkan gambar yg aku kira menarik perhatian aku sepanjang program ni berlangsung.
Pekan Karai; Victoria Bridge; sejarah & kenangan;aku:
Author: Tok Tua Sakti /
Victoria Bridge;
tarikh bina December 1897;
tarikh siap March 1900:
Jambatan Victoria Bridge dari arah sisi:
Cikgu Mohd; a.k.a pemandu pelancong hehehe:
Aku; siap pegang besi sebab gayat hahaha, leh sakit jantung tengok bawah. Lebih kurang ketinggian bangunan 3 tingkat dari aras Sungai Perak:
Pekan Karai sama level gan Pekan Parit je lee..
(sama umur kot bangunan ni)
- sejarah itu masa, dan masa membentuk sejarah-
aku;
TokTuaSakti;
18-09-2009;
Karai > Enggor:
Al-Fatehah;buat jejalur keluarga; aku:
Author: Tok Tua Sakti /impian;harapan;satu keindahan@keresahan;aku:
Author: Tok Tua Sakti /aku;gua;gua;aku:
Author: Tok Tua Sakti /aku;kenangan;Pekan Parit;dulu2:
Author: Tok Tua Sakti /tiada tajuk;aku:
Author: Tok Tua Sakti /Kadang kala,harapan dan impian yg terlalu tinggi akan membuatkan kita menjadi resah dan kecewa;aku:
toktuasakti;
15-08-2009;
bote;
10 pg
kenangan lama;yg disingkapkan;aku:
Author: Tok Tua Sakti /bersama keampunan
sadung ku dipertengahan
TokKelana @ bote;
selamat kembali;ke perkampungan abadi;aku:
Author: Tok Tua Sakti /TokTuaSakti;
13-08-2009;
Enggor>Bote
selamat;hari lahir;sahabat: part 2
Author: Tok Tua Sakti /
Selamat Hari Lahir sahabat yg baik, Mohd Izal Fazli ; pada 11-08-2009; semoga panjang umur, PEROT MAKIN BESAU (ma kate ar), murah rezeki dan Tuhan sentiasa memberkati kehidupan kamu. Aku sentiasa mendoakan yg terbaik buat kamu. Aku tak kan lupa sahabat 2 yg sentiasa membuat aku bahagia dan ketawa.
p/s; maaf lambat kuar entry ni cz terlalu sebuk dengan masalah k.
" ko sering membuat org kekawan gembira dan ketawa"
TokTuaSakti @Abg Man SSCKL;
12-08-2009;
12.09 mlm;
Bote>Enggor:
cite;sekolah;aku:
Author: Tok Tua Sakti /ia hadir;kembali;aku:
Author: Tok Tua Sakti /malam ini
ia hadir kembali
mengetuk pintu hati
mengulang segala janji.
hati ini
pernah dirasai
nikmat indah duniawi
yg penuh bersemi.
hidup ini
andai diundur kembali
pasti ingin sekali
kau berada disisi.
mohon pada illahi
agar ditunjuki
cahaya hakiki
yg penuh laduni.
kau kurindui
setiap degup nadi
hingga abadi
setia disisi.
aku;
- dilaman rindu -
TokTua(yg hilang sakti)
10-08-2009;
12-30 mlm;
Bote:
selamat;hari lahir;sahabat:
Author: Tok Tua Sakti /
TokTuaSakti @
Abg Man SSCKL;
10-08-2009;
12.09 mlm;
Bote>Enggor:
tuhan;ini ujian yg berat;untuk aku:
Author: Tok Tua Sakti /Tentang aku;toktuasakti:
Author: Tok Tua Sakti /Sedikit latar belakang aku:
Sebelum ni aku banyak menggunakan nama samaran,dan yg paling lama aku gunakan nama Tok Kelana Bote;dan pas 2 aku malu sgt guna nama 2 atas masalah pribadi jadi aku tukarkan nama baru aku Tok Tua Sakti dan aku harap leh guna nama ni dalam laman maya ni. Aku pilih nama ni pun ada sebab2 tertentu dan sekiranya kita membaca sejarah rakyat pasti leh jumpa nama ni cz berkaitan dengan salasilah keluarga sebelah mak aku.
Aku suka pada alam, terutama laut walaupun aku tak pandai berenang dan aku tak suka mandi. Aku lebih suka melihat tanpa menyentuh, mungkin itu sifat semulajadi dan mungkin gak aku ni penakut hehehehe sebab pernah lemas 3x kat sungai belakang umah aku. Yg paling x tahan 2 mak aku selalu menyakat aku supaya jgn mandi sungai dia kate ada hantu ayo suke kat bebudak hehehe.(supaya aku jgn turun tebing ar 2). Aku dilahirkan di sebuah negeri yg ke 2 terkuat selepas kerajaan Melayu Melaka runtuh pada zaman dulu iaitu kerajaan negeri Perak atau di dalam buku Misa Melayu lebih dikenali sebagai kerajaan Brahman Indera@ Bota, Parit, Perak.
Hidup dibelakang Sungai Perak dan lahir dalam keluarga yg sederhana dan yg paling penting penuh dengan kasih sayang dan kebahagiaan. Mak aku asal Lambor Kiri dan dengan itu rasmi nye aku x leh makan Ikan Tapah sebab 2 pantang keturunan Tok Kaduk kate mak aku. Lantas 2 menambahkan lagi takut aku nak pegi ke tebing atau sungai hehehe. Apak aku plak asal kg Teluk Kepayang dan kami menetap kat sini InsyaAllah hingga hujung nyawa. Adik beradik aku 9 org dan aku anak yg paling HERO hehehe anak bongsu hehehehe (x manje mane pun).
Tentang latar pendidikan aku, aku x kan sentuh pasal 2 dalam entry ni em cz bagi aku pendidikan sepanjang hayat dan yg terpenting adalah dari segi pemerhatian dan pengalaman dalam hidup (2 pendapat aku la kan). Aku org yg ceria, suka berkawan dan yg paling penting suke bercerita dan hobi aku menulis, melukis dan membaca buku (ni yg paling gile). Mcm aku ckp aku suke berkawan dan aku berharap pas ni aku dapat banyak kawan em. 2 pun kalu ada yg sudi la jgn malu2 just letakkan email pun ok da insyaAllah aku akan balas segera yg mungkin em. Dan sifat aku yg paling buruk aku ni cepat terlupa tahap gile punya lupa dan ini mungkin otak kau dah tua kot @ tak fikir yg positif hehehehe dan yg paling teruk gak aku selalu salah mengeja masa menaip dan malu sgt2 jadi org Melayu konon huhuhu bahasa sendiri pun banyak salah hahaha (gelak kan diri sendiri). Niat aku masih belajar k.
Aku tinggal di Enggor > Bote, berulang alik sebab jaga mak ayah aku, tapi kadang2 aku lepak gak kat umah sewa aku hehehe umah sewa duk sesorg dan aku semakin selesa duk sesorg hehehe. Yup lupa, aku masih bujang dan masih solo huhuhuhuhu (cam ayat jual diri plak). Bukan nye ape, skg ni ramai sgt org da kawin ngaku bujang jadi sebelum ape2 aku yg bujang ni baik ngaku bujang kan hahahaha.
Aku berminat untuk berbincang @ muzakarah untuk semua isu, terutama tentang agama (semua agama) buku2, seni, politik (sembang2 kosong), tentang dunia, tentang alam @ape je hehehe. Tapi yg penting perbincangan dalam pandangan yg terbuka dan fikiran yg positif.
Setakat ni je kot tentang aku, sebab x ada yg menarik sgt tentang hidup aku kan em, Tapi yg penting aku happy dengan hidup aku hahahahaha.
Boleh hubungi aku;
http://sesibursenja.blogspot.com/
osmanabdrahman@yahoo.com

Aku;
TokTuaSakti;
07-07-2009;
Tentang aku;toktuasakti:
Nisfu Syaaban;Surau Besar;Aku:
Author: Tok Tua Sakti /Nisfu dlm bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah SAW telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda SAW dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda SAW berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."Setelah Baginda SAW selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."
Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1.Solat sunat Nisfu Sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini
Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah
Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya
i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman
warkah buat sahabat;aku;yg terbaik:
Author: Tok Tua Sakti /# sambungan
kamu sahabatku
yg menjadi sumbu
obor yg berkubu
setia yg jitu.
adalah laut
yg pasang surut
yg kita turut
yg kita sahut.
angin ini bayu
yg membawa rindu
yg membawa sendu
hingga ke kalbu.
senyum lah kamu
dalam tangis rindu
yg membeku
yg tak kan layu.
sahabat yg terbaik
yg tak lokek
yg tak serik
hati yg baik.
akan ku rindu
pada kamu
dengan sendu
dengan sayu.
doa pada tuhan
ada kebahagiaan
kepada teman
yg budiman.
kita mula langkah baru
tanpa sendu dayu
dgn harapan baru
dan hidup baru.
kamu sahabat
yg sangat erat
yg sangat kuat
dan yg terhebat.
salam perpisahan
semoga ada perjumpaan
di masa hadapan
kerna itu harapan...
# puisi paling panjang;aku:
aku;
Tok Kelana;TokTuaSakti;LailaMajnun;LayarLara;AbgMan@OsmanRahman:
Enggor;Bote;ShahAlam;UMS:
2004-2009;
05-08-2009:
warkah perpisahan buat sahabat;aku:
Author: Tok Tua Sakti /(Warkah ini buat sahabat yg punya erti dalam hidup aku)
Adalah hari ini, saat perpisahan antara kita yg jarak nya merentas Laut Cina Selatan dan hembusan udara semenanjung yg semakin ditinggalkan. Kite sememangnya telah menduga yg hari ini pasti akan berlaku antara kita dan semua sahabat2 kita pasti akn merasai perasaan yg sama.
Semalaman fikiran aku telah dibuai kenangan antara kita bersama sahabat yg lain. Teringat saat pertemuan pertama di kolej sehingga yg terakhir. Aku mengenali kamu sebagai kawan, teman, sahabat dan juga kakak ku sendiri. Sama sekali aku amat menyenangi kamu seperti adik beradik aku sendiri. Sehingga kini, ramai yg sama sekali sangsi dan tidak berpuashati dan tidak pasti dengan hubungan antara kita berdua. Mungkin aku pernah kehilangan kakak aku dahulu dan mungkin perasaan aku pada kamu sama seperti itu.
Kamu sahabat yg terbaik pernah aku kenali sepanjang kini aku hidup. Kadang kala ada aku fikirkan yg aku membuat keputusan yg salah terhadap hubungan kita ,tetapi selagi aku masih memegang prinsip dan pegangan aku tetap setia bersama kamu sebagai seorang sahabat dan saudara aku.
Dapat aku rasa kan yg ibu dan apak aku turut senang bersama kamu, kerna kamu anak yg baik. Dan aku turut rasakan perasaan yg sama.
Sepanjang perkenalan kita, kamu sering membantu, dan membimbing aku dalam mengenal erti setia, kesabaran dan kesungguhan. Terlalu banyak yg hendak diceritakan tentang kebaikan kamu dalam hidup aku.
Aku harapkan, semoga selepas ini kamu menemui kebahagiaan yg terbaik dan pastikan kamu tidak menjadi seperti aku. Kerna kamu sahabat yg baik dan yg terbaik adalah paling sesuai untuk kamu.
Terima kasih aku ucapkan, kerna setia menjadi sahabat aku dan menjaga semua rahsia hidup aku termasuk kesihatan aku yg terpaksa kamu risaukan sepanjang kite bersahabat.
Hari ini kamu akan kembali ke sangkar lama, seperti mana yg sering engkau katakan kepada aku dahulu. Tetapi ingat lah yg kadang kala sangkar lama tetap kita inginkan kerana disitu kita mengenal erti permulaan kehidupan.
Tabah kan hati dan bersabarlah, kerana itu yg kau ajarkan kepada aku sewaktu dahulu. Segala budi baik, jasa yg tak terhingga pasti tidak dapat aku lupakan sepanjang hidup aku. Ibu aku selalu berpesan yg org baik pasti mendapat balasan yg terbaik dan kau sangat mempercayainya sahabat.
Hidup lah dengan gembira dan berbahagia bersama keluarga,dan kebahagiaan adalah pendamping yg terbaik untuk kamu.
"Selagi nyawa dikandung badan,budi dan baik pasti tidak dilupakan"
Terima kasih untuk segala-galanya.
kamu teman yg terbaik.
p/s; kawin jgn lupa ajak em hehehehe
aku;
sahabat dan saudara mu;
Osman Rahman;
"hargai sahabat, selagi hidup mu bernyawa"
05-08-2009;
Enggor :
selsema babi menghampiri Enggor:
Author: Tok Tua Sakti /Hari ni riuh kat bilik guru tentang tajuk selsema babi H1N1, sekolah yg berhampiran telah didapati terkena jangkitan selsema babi. Da riuh satu dunia pun dan termasuk le Tanah Melayu ni. Tapi yg aku pelik sampi hari ni x dengar plak ada org nak baca yassin ke atau solah hajat ke nak elak kan bala tuhan ni @ mungkin nak tunggu orang besar kene dulu kot hehehehe.
Sampai sekarang kaedah yg terbaik gagal untuk dijumpai cam payah plak org2 bijak pandai nak pikir kan herm. Kalu pikir pale otak aku org yg sentuh babi kene samak jadi nye org yg kene jangkit virus ni pun kene samak gak kot@ minum ayo tanah pun ok gak kan hahahaha.
Kadang2 ada beberapa perkara yg kite terlepas pandang. Kalu dulu kite ada dengar selsema burung, jgn kate kan burung semua binatang berbulu yg berkepak deorg tibai kasi bunuh dan dibayar pampasan herm lagi satu virus nipah @ JE ada gak le babi yg mati kene tembak baru la leh kawal kan. Tapi kalu JE kire ok la sebab dibawak oleh nyamuk yg gigit babi dan kite leh kawal nyamuk gan bagi dia makan ubat nymuk, x kan la selsema babi nak bunuh org yg kene virus 2 plak sebab dia bleh menjangkitkan kat org lain plak.
Maka kesimpulan yg mudah bagi aku, bunuh je semua babi kat Malaysia yg tercinta ni kan senang, da kate dalam Al Quran kate binatang ni haram dan ditambah dengan kajian org bijak pandai mengatakan yg babi ni memang membawa banyak penyakit dan setiap 10 tahun akan membawa virus yg baru dan berlainan, 2 pun payah nak faham herm. Memang la, benda yg haram 2 sedap kan hehehehehe.
Untuk langkah pencegahan dari aku, aku dapatkan doa untuk mengelakkan dari penyakit yg merebak. Aku amat percaya yg didunia akhir zaman ni semua penyakit dari Nabi Allah ADAM hingga la yg terakhir akan dikeluarkan semula sebagai balasan atau kifarah atas kelalaian kita semua yg sememangnya lemah kan.
aku terjemah kan ke dalam bahasa ibunda kita ok:
DOA KETIKA SESUATU PENYAKIT MEREBAK
" Aku membenteng diri kpd nama Tuhan yg mempunyai kemuliaan dan kekuatan, aku berpegang teguh pada Tuhan yg menguasai alam ghaib. aku bertawakal kpd Tuhan yg hidup dan tidak mati selama-lamanya. Semoga kiranya engkau hindarkan kami ya ALLAH daripada bala dam wabak. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa ats tiap sesuatu"
Sesungguh nya hanya pada tuhan lah kite menyerahkan diri dan tingkatkan lah amalan kita sebelum mati,kalu tak kena selsema babi pun kita akan mati gak kan. Kite amalkan bersama2 ek termasuk la aku yg jadi tukang cerita heheheheheh.
Sekian dari aku;
aku;
Tok Kelana Bote;
04-08-2009;
Bote:
Dari Bote ke Shah Alam;Aku:
Author: Tok Tua Sakti /Salam untuk semua yg bernama sahabat,
Semalam 2 Ogos 2009 aku telah bertolak dari Bote ke Shah Alam bersama sahabat yg lain, selain menghantar teman pulang dan bertemu dengan keluarga, misi yg utama adalah untuk mengadap Ustaz dan menghadiri Maal Dendang Anak show di Shah Alam. Bertolak pada jam 1.30 usai solat Zohor dan sampai jam 4.45 petang di Shah Alam. Oleh kerana gian sangat makan sup aku pi tibai dulu ANI SUP UTARA hehehehehe.
Banyak lagi barang2 yg masih tertinggal di rumah lama yg perlu aku bawak balik dan sesudah berkemas aku pi jalan2 di sekitar Shah Alam, tempat2 yg aku selalu lepak dulu. Oleh kerana terlalu banyak sangat kenangan yg pahit keluar bertalu2 aku ambik keputusan baik lepak kat umah je baru x senak otak. Dan aku cakap kat teman aku yg aku memang dah x sesuai duduk kat sini dah hehehehe dan segala kenangan2 yg bodoh perlu dihapuskan dengan kadar segera.
Usai solat Isyak kami bertolak ke dataran Shah Alam untuk mengadap ustaz dan menghadiri maal. Mungkin aku da terlalu lama meninggalkan gua (program) banyak sahabat2 aku dah hampir tak kenal aku, bila aku pikir2 kan balik hampir 2 tahun setengah dah pun dan memang patut pun deorang lupakan aku. Nasib baik la ada lagi anak2 buah aku yg masih ingatkan aku herm. Dan akhirnya program aku bermula, bertemu dan mengadap ustaz dan bertemu semula jemaah yg lama. Sememangnya jemaah bote telah diputuskan untuk hadir ke Puncak Alam untuk mesyuarat program semula.
Alhamdulillah aku masih tidak terlambat melihat perkembangan ini dibangunkan semula seperti 10 tahun dahulu. Dengan niat dan harapan yg baru, semangat yg baru untuk memajukan diri dan jemaah Bote seperti dahulu adalah menjadi matlamat yg paling utama. Dan akhirnya aku terfikir, berlaku semua perkara keatas diri aku berpunca kerana aku semakin menghilangkan diri aku yg dahulu. Maka ape yg penting sekarang ni, aku perlu mencari diri aku yg sebenar dan Alhamdulillah atas kenikmatan dan kesyukuran kepada tuhan kerana masih memberi ruang dan peluang untuk aku menikmati kehidupan yg lebih sempurna dan kemuncak kepada kebahagian yg paling hakiki.
InsyaAllah selepas ni aku akan masuk semula ke Puncak Alam sebulan sekali untuk program yg seterusnya. Mohon dan harap, tuhan memberikan kekuatan sepenuhnya untuk aku memulakan langkah permulaan yg baik dan pengakhiran yg terbaik.
Aku bertolak semula ke Bote jam 1 pagi dan sampai pada jam 4 pagi, esok aku kerja masuk jam 7.30 pagi hahahahahaha. Padan muka aku:
adalah cahaya ini
cahaya Illahi
menjunjung duli
yg maha tinggi.
adalah diri ini
diri yg peri
yg menyesali
yg hakiki
Aku;
Tok Kelana Bote
2 Ogos 2009
----------------
11 Syaaban 1430H
Enggor > Bote
"aku ingin menjadi;aku:"
dari Bote ke Masjid Negara:
Author: Tok Tua Sakti /Salam perjuangan buat sahabat yg mengharungi keperitan dalam perjuangan, pasti segala kepayahan akan digalang gantikan dengan kejayaan yg total dalam kehidupan.
Adalah 1 Ogos 2009 menjadi saksi erti keperitan dan perjuangan;
aku sentiasa mendoakan kejayaan untuk kalian.
Tok Tua Sakti
Bote
1 Ogos 2009
10 Syaaban 1430H
"Ini perjuangan yg bertanda"