tuhan;
berikan aku kuasa
menghapuskan duka
yang lumpurnya luka
yang hatinya hampa.
tuhan;
berikan aku kesabaran
merempuh haluan
yang penuh rintangan
yang penuh dugaan.
tuhan;
berikan aku kekuatan
mencapai impian
tiang serinya harapan
mohon kesampaian.
tuhan;
berikan aku keampunan
dalam kehidupan
sepanjang perjalanan
laluan aku rintis alam.
Tok Tua Sakti;
07-07-2009;
Kg Halban; Enggor:
(ketika rintis hujan)
KURANG CERDIK
-
*HARGA MINYAK SEMENANJUNG, SABAH DAN SARAWAK*
*BARANG NAIK KERANA MINYAK DISEL? BUKAN! TAPI KERANA*
*PENIAGA YANG NAIKKAN!*
*HARGA DISEL SEMENANJUNG TAK...
19 hours ago

0 comments:
Post a Comment
Terima Kasih Atas Komen Anda...
^TokTuaSakti^