part 2; makan + lelepak; aku:

Author: Tok Tua Sakti /


Cam biasa bila tajuk dia "part 1" mesti ada sambungan nye kan hehehehe dan kami membelasah doyan kat umah CIK WANA hehehehe kome negok je le ye hehehehe


Dan singgah kat umah aku lak "copy" gambo yg aku ambik dan seterusnye belasah limau bali + buah amra pulak adoiiii..... kasi perut kecut hehehe

Untuk aktiviti sebelah petang nye lak kami lepak kat Taman UTP konon nk berjoging + bagi ikan makan roti, tapi nampaknye cam aktiviti bergambo je nih hahahaha belasah je le asal ada gambo cam kali berjoging hahahaha
( berapa kilo agak2 nye berat dah turun nih huhuhu )




Dan setelah penat berjalan+ bergambo dan misi yg cam biasa makan2 lagi hahahaha

p/s; kene tukar nama geng pas ni kepada GENG KUAT MAKAN hahahahaha

aku;
toktuasakti;
20 feb 2011;
umah aku:

cempedak goreng; aku:

Author: Tok Tua Sakti /


( gambo hiasan je huhuhu )

Dah lama tak makan cempedak goreng, dan bertambah nikmat bila pagi tadi mak teman masak kan untuk teman huhuhuhu... sayang kat Mak teman sesangat heehehe...

p/s: Mahal ooooo cempedah goreng sekarang huhuhuhu

aku;
toktuasakti;
20 feb 2011;
umah aku:

part 1; bota>taiping>kuala kangsar>bota; aku:

Author: Tok Tua Sakti /



Assalamualaikum + Salam kasih saya dari aku buat semua....

Projek yg seterusnya kami ke Taiping Bandar Warisan... Kali ini bepergian dengan ahli yg agak ramai dari selali ( Jeman, Malik,E.G,Wana,Zilah, Munirah, Umie dan Aku )Dengan menggunakan 2 kenderaan kami gerak ke Taiping dari Bota kiri.


Cam biasasebelum bergerak kene sarapan pagi hahahaha dan Makan merupakan agenda yg utama dalam siri jelajah yg kami buat pun sbb kali lah......GENG KUAT MAKAN hahahahaha. ( nampak tak semua muka lapo kat atas ni hahaha ).


Yup, destinasi pertama kami BUKIT LARUT hehehe dan ternyata kami sedikit kecewa bila.....

hahahahahahahahahaha TIKET HABISSSSSSS !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ternyata kami bukan mudah berputus asa bila kami tetap mendaki bukit ni walaupun separuh je pun, separuh ke???? hahahahaha ayat yg sesuai kaki bukit je kot huhuhuhu dan kelihatan 2 org kawan kami yg paling hebat bila jalan naik bukit pakai kasut tumit tinggi hahahaha
( naik; buntot ke belakang, turun; perut kedepan huahuahuahua )

Dan hasil nye...misi berjaya hehehe dengan senyuman gembira....

Dan misi yg seterusnya bergambar di taman sekitar taiping...( banyak gambo, jadi nye tengok2 le dulu )


Seterusnya, Kota Ngah Ibrahim... tempat yg penuh dengan rakaman ceritera sejarah tentang perjuangan dan pemerintahan....


Dan kami singgah berteduh solat diantara Masjid yg tertua di Bandar Taiping.


Misi utama yg akhirnye terlaksana huhuhuhu MEE UDANG( dengan wajah yg sedikit mencuka hahaha )

Singgah sebentar di pusat pendidikan paya bakau taiping ( sayang dah cam terbiar je huhuhu )



Dan seperti biasa, MAKAN lagi untuk entah keberapa kali sebelum solat magrib di Majid Ubaidiyah Kuala Kangsar huhuhuhuhu ( Acara wajib = MAKAN2)

p/s; penat berjalan @ penat makan??? huhuhu

aku;
toktuasakti;
19 feb 2011;
umah aku:

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDURRASUL 1432H

Author: Tok Tua Sakti /

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDURRASUL 1432H

"Sesungguhnya doa itu terhenti antara langit dan bumi, tidak naik sedikit pun daripadanya sehingga engkau berselawat ke atas-Ku"
(Riwayat Al-Imam At-Termidzi)

(gambo sepanjang program MaulidurrRasul kat lampung teman)











p/s: Nampak hebat lak Kampung teman bil awat cam nih hehehehe

aku;
toktuasakti;
16 feb 2011;
umah aku:


1 Zulhijjah Untuk Ganti Valentine Day; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

sumber : http://tehranifaisal.blogspot.com
10 February 2011.

1 Zulhijjah Untuk Ganti Valentine Day

Apakah alternatif kepada Valentine Day sekiranya masih ada pasangan Muslim yang tetap hendak meraikannya? Aku tahu kau tak meraikannya, tetapi kalau ada yang hendak meraikannya juga maka apa nasihat kita?

Khabarnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan forum dan pelancaran kempen "anti hari Valentine" di Putrajaya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom dilaporkan berkata "Maknanya kita kena ajak orang ramai supaya fahami bahawa itu (hari kekasih) budaya asing," (klik sini).

Jakim juga mengedarkan kenyataan media seraya menurunkan kembali pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan pada November 2005 bahawa amalan merayakan hari kekasih tidak pernah dianjurkan Islam.

"Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam,"

Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali mengaitkan Valentine Day dengan keruntuhan akhlak di kalangan muda-mudi Islam, kehamilan luar perkahwinan, pembuangan bayi dan budaya yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Aku rasa itu tidak menjadi pertikaian pun buat kita. Dalam hal ini kita bersetuju.

Akan tetapi kita memang pandai 'anti sesuatu' lantas 'melabel sesuatu'. Bila diminta beri pilihan lain atau alternatif untuk 'barang yang kita anti itu' kita memang kantul.

Maka aku ingin memberi cadangan hari gantian Valentine Day. Iaitu hari 1 Zulhijjah.

Apa istimewanya hari 1 Zulhijjah ini?

Penganut mazhab Syiah menyambutnya sebagai hari berkasih sayang kerana ia adalah hari ulang tahun perkahwinan Saidina Ali dan Saidatina Fatimah Zahra (klik sini). Justeru, biasanya orang Syiah akan melangsungkan perkahwinan pada 1 Zulhijjah untuk mendapatkan berkat. Yang lelaki akan berazam mahu menjadi suami mithali seperti Saidina Ali, yang perempuan akan berikrar mahu menjadi isteri contoh seperti Saidatina Fatimah Zahra. Perkahwinan mereka direstui langit dan bumi.

Di Malaysia, kita boleh mempromosikannya. Kalau semasa meraikan itu mereka yang kemaruk berkasih sayang ini teringat akan sandaran tarikh tersebut ialah hari nikahnya Saidina Ali dan Fatimah; tentu tersedik dalam hati untuk malu berbuat tidak senonoh dan lebih-lebih.




Kira 1 Zulhijjah dah terlepas. Tahanlah sekejap gejolak di dada sampai Zulhijjah menjelang lagi.

Itu kalau kau nak meraikan juga hari berkasih sayanglah. al-Akh dan al-Ukh Persatuan Mahasiswa Islam di universiti-universiti tempatan tentu suka dengan saranan aku ini. Bolehlah beri-beri bunga ros dan kue donut pada hari tersebut tetapi pastikan jangan sampai terlebih-terlebih. Nanti hilang berkat; yang dapat ialah laknat.

Aku berkasih sayang hari-hari beb tak payah nak tunggu Valentine-Melentine.

Tetapi, tentu ramai tak sependapat dengan aku bila terselit perkataan syiah di situ. Menjolok mata dan perasaan yang teramat sangat. Cara untuk demonized Faisal Tehrani tak susah mana, standard satu dunia, katakan sahaja: 'Argh dia Syiah, Syiah memang suka buat bid'ah.'

nota kaki aku : Terlalu banyak "entry" tentang "Valentine Day", sama ada dari faktor sejarah, kesan dan akibat dari positif dan banyak nya negatif. Mungkin aku bukan islam yg sempurna, secara hak, tetap aku katakan yg "islam sejati" ada diharam kan sama sekali meraikan perayaan ni.

Aku berminat dengan tulisan saudari faisal, dan pasti aku turut menyambut baik saranan dan cadangan beliau hehehehe, Pasti ada yg tak bersetuju kan? cam aku selalu cakap sesuatu pekara ada yg setuju dan tak bersetuju dan aku tetap dgn jawapan aku ... " ADA AKU KESAH???"

p/s: banyak informasi kat blog saudara faisal... sesama le kite jenguk2 ye hehehe

aku;
toktuasakti;
14 feb 2011;
koje:

KEMENANGAN dari RAKYAT untuk RAKYAT; AKU:

Author: Tok Tua Sakti /

egypt revolution mubarak steps down flag 1

Sumber : Malaysiakini

Presiden Mesir Hosni Mubarak akhirnya meletakkan jawatan dan meminta pihak tentera mentadbir negara itu, umum naib presiden Omar Suleiman.

Kenyataan ringkas di stesen televisyen nasional itu dibuat sehari selepas Mubarak bertegas tidak akan melepaskan jawatannya.

Berita pengundurannya itu disambut meriah oleh lebih sejuta rakyat Mesir yang berkumpul di Dataran Tahrir di Kaherah.

Presiden dan keluarganya sebelum itu dilaporkan meninggalkan istana presiden di ibu negara ke Resort Laut Merah Sharm el-Sheihh.

Lelaki yang menerajui Mesir selama 30 tahun dan terlepas dariapda enam cubaan membunuh akhirnya terpaksa akur pada kehendak rakyat yang mahukan perubahan.

Mubarak, 82, meletakkan jawatan hari ini selepas 18 hari protes antikerajaan tanpa gangguan - terbesar pernah dilangsungkan di negara itu.

Mubarak terhindar daripada banyak serangan sebelum ini tetapi suara rakyat akhirnya membuktikan sesuatu.
egypt revolution mubarak steps down crowd in square 1
Enam kali pembunuh upahan cuba menamatkan riwayatnya. Perang sampai ke pintu rumah.

Jiran mengebom negaranya. Kerajaan pimpinannya hampir muflis. Aktivis berulang kali menyumpahnya di jalan raya. Tetapi Mubarak selama itu terus juga berkuasa.

Kebanyakan rakyat Mesir masih belum dilahirkan apabila pendahulunyanya Anwar Sadat dibunuh pada 1981.

Mubarak, ketika itu naib presiden, hanya beberapa meter daripada Sadat, dan turut terkena tembakan di tangan.

Beliau mengangkat sumpah sebagai presiden lapan hari kemudian, pada 14 Oktober 1981.

p/s: KEMENANGAN dari RAKYAT untuk RAKYAT; AKU:

aku;
toktuasakti;
12 feb 2011;
umah aku:

sambungan; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Assalamualaikum + Salam kasih sayang....


Semalam perlawanan persahabatan Teluk Kepayang Team VS TLDM ( 2-3 ) = KALAH hahahaha dan aku antara 2 team yg menyumbang pada kekalahan hahahahaha ( hampess kene kutuk hahaha ).

Seingat aku, kali terakhir aku bertandingan masa aku tingkatan 2, main perseorangan hehehe tu pun sampai separuh akhir je hahaha dan debaran bermain walaupun persahabat pun masih terasa hahaha. Kesimpulannye bukan mudah nk main pertandingan ni kalu tak biasa, kalu setakat nk mengutuk permain2 malaysia main cam hampes memang senang, cube main tengok hehehe ( ayat nak cover sbb kalah hahahahahaha )

Sebelum terlupa, untuk jawapan pada entry yg sebelum ni hehehehe aku tau ada kawan aku yg menunggu hahahaha dan jawapannye

= JABATAN KAJI CUACA hakhakhakhakhakhakhakhakhakhakhak

p/s; aku cam rasa nk pusingkan je tengkuk pala kawan aku yg bagi soalan ni pada aku hahahaha

aku;
toktuasakti;
12 feb 2011;
umah aku:

soalan cepu emas celup; aku :

Author: Tok Tua Sakti /

lokasi: Kedai Kopi Pekan Parit ( Port dekat Sungai Perak )

jam : 12.30 Tgh Hari
Tukang Cite : Alias ( kawan teman )

Cam biasa waktu makan tengah hari, oleh sbb perut aku tak berapa nk sedap ari ni aku "oder" mee hailam ( biasanye makan nasi samba belacan hehehe ). Tengah baik "mentekedarah" sbb lapo tahap gaban, teteibe je kawan aku bagi soalan cepu emas celup kat aku;

{ dalam banyak2 jabatan, Jabatan ape yg tak ambik rasuah?}

Sampai habis mee aku tibai jawapan masih tak dapat2 dan aku pun nyerah le kalah sambil angkat kaki hahahahaha.... jawapan dia????

Nak bagi syok esok teman sambung kan cite hahahahaha insayallah kalu teman idup huhuhu, Sambil2 tu sesama le pikir ye hihihi.

p/s; Punya kuatnye rasuah kat negara ni sampai leh wat soalan cepu emas celup tu huhuhuhu

aku;
toktuasakti;
10 feb 2011;
umah aku:

berakhirnya sebuah perjuangan; aku:

Author: Tok Tua Sakti /


Sumber:
Keruah Usit
Feb 9, 11
2:50pm
Berakhirnya perjuangan Along Sega...

Pemimpin Penan yang terkenal di luar negara, Along Sega, menghembuskan nafas terakhirnya seminggu yang lalu. Namun pemergian pemimpin pribumi yang berusia sekitar 70an itu langsung tidak mendapat perhatian media arus perdana. Sebaliknya, Tahun Baru Cina yang mencuri tumpuan.

Hanya Malaysiakini sahaja yang membawa berita kematian pemimpin Penan yang paling dihormati dan dianggap berani dalam sejarah Sarawak.

Along adalah pelopor dalam perjuangan Penan yang menentang intrusi atau pencerobohan penebang balak di tanah pribumi itu sejak tiga dekad yang lalu.

Beliau berhujah secara lantang dan merayu bantuan negara antarabangsa untuk campurtangan menyelamatkan kediaman penduduk Penan dan Kelabit di Ulu Limbang, yang seringkali tertindas itu.

Along menjadi perhatian dunia, apabila beliau mendirikan sekatan pertama menghalang jalan pembalak bersama-sama penduduk Penan tempatan dan Kelabit dari Long Napir.

Beliau juga dianggap sebagai mentor dan menjadi bapa angkat Bruno Manser, seorang pejuang alam sekitar Switzerland yang tinggal dengan masyarakat Penan selama lebih dari enam tahun.

Perjuangan Manser menegakkan hak masyarakat Penan menjadi duri dalam daging dan penghalang utama kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Manser kemudiannya dilaporkan tidak dapat dikesan di hutan Sarawak.

p/s; perjuangan yg mencari kebenaran pasti terpadam dalam buku2 lipatan sejarah, sbb perjuangan yg tak sealiran dipanggil "penghalang ketemadunan hadapan" tapi kita masih mengatahui mana satu "perjuang tulen" atau "perjuang anak bini dan kroni"

aku;
toktuasakti;
09 feb 2011;
umah aku: