kenangan lalu; aku:

Author: Tok Tua Sakti /


Assalamualaikum + Salam kasih sayang...

Oleh kerna kerja, aku kebalakangan ni agak sibuk dan makin mengabaikan sesawang aku ni hehehe dan maaf pada yg selalu bertanya ngape + ngape dan ngape tak tulis blog tetiap hari herm. Ops lupe yg laptop aku pun dah rosak tak leh nk gune sesangat sbb dah tak nampak ape kat skrin dia hahahaha ( tanda kene beli yg baru ar tu kan hahaha ).

Pagi tadi aku kene pi sekolah ( SMKDARY ) sbb faktor koje dan bukan nye "menjongkit" hehehe dan aku kejap je tak sampai 15 minit pun kat sekolah tu walaupun kalu ikut niat aku mau je aku nk jumpa semua guru2 yg ngajo aku mase dedulu... Oleh sebb "masa bekerja" aku padam kan je la niat aku tu ( maap le ye herm ).

Kebetulan aku kene lalu kat kelas masa tingkatan 6 aku dulu hehehe ( yg punya kenangan manis buat aku emm ) dan banyak le yg aku ingat tentang semua pekara waktu aku kat kelas tu dulu herm.....terlalu banyak sampai tak leh nk lupa ( sampai saat aku tulis blog ni emm ).

Yup, kalu tanya sape pun,l pasti saat bersekolah le yg paling seronok dan mempunyai kekawan dan kenangan yg indah hehehe termasuk le aku kakakaka

p/s; dulu aku pun pemalas gak huhuhu tapi yg penting ensem hahahaha

aku;
toktuasakti;
29 julai 2010;
pejabat; ( huhu dah kantoi kakaka )

ubah; perubahan; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

( gambo hiasan )

Assalamualaikum + Salam kasih sayang dari aku buat semua.

Kamus Dewan; Edisi ke 4:
PERUBAHAN; Perihal berubah, peralihan , pertukaran.

Petang tadi kawan aku tarik tangan ajak turun dan terus pi lepak kedai minum ( aku bukan gay walaupun dia tarik tangan aku hahahaha dan cite ni bukan pasal gay kakaka ) yg aku faham dia nak cite masalah dia dan " perubahan " adalah kata kunci bagi tajuk kami sepanjang petang tadi ( bertambah menarik hujan pulak tu hehehe sambil minum ayo nescafe).

( aku tak kan cite secara terang@ terus tentang situasi yg berlaku sbb banyak benda yg aku kene "cut" huhuhuhu )

Setiap manusia yg pernah hidup dan meneruskan hidup; kira aku, pasti ingin @ berniat untuk berubah dalam setiap detik kehidupan. Namun persoalannye "perubahan" yg bagai mana?. Dan bilamana nama nye perubahan, pasti yg tak baik kepada baik dan yg baik kepada lebih2 baik. Itu perkara yg pasti ( cam mana kite selalu dengo dalam bilik darjah @ kite baca buku2 motivasi ar kan).

Sepanjang petang tadi aku hanya banyak mendengar, ( sbb aku tau kawan aku nk aku jadi tukang dengo bagi masalah dia ) dan ape yg aku mampu simpulkan tentang tajuk aku ptg ni ialah;

1. perubahan perlu dilakukan secara peringkat berperingkat.
2. perubahan yg berlaku ada baik dan buruk ( setiap pada tindakan ).
3. perubahan perlu diasaskan pada keperluan dan keadaan.
4. perubahan jugak bukan "tanda" bagi sebuah kejayaan.

Mungkin banyak lagi yg aku bleh simpulkan ( baik jgn banyak nanti tersimpul pulak kan em). Ape yg penting bagi aku ( fikir aku ), sebagai manusia, dan fitrah manusia yg sepertimana yg dituntut sendiri oleh agama, perubahan kepada kebaikan sememangnye dituntut sama sekali, namun perubahan yg terbaik adalah mengikut "fatonah" dan "fitrah".

Dan sebagai "melayu" yg beradat dan berbudaya, sopan dan santun bersama seperti mana pepatah melayu itu sendiri ; " ibarat menarik rambut didalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerakan". Adalah kunci yg terbaik dalam membuat sesuatu perubahan dalam diri mahupun kehidupan. Sbb kekadang, perubahan yg kita lakukan, secara tak langsung memberi kesan pada kehidupan org lain.... wallahhualam.......

p/s; aku letak gambo katak sbb binatang ni gak melakukan perubahan dalam idup dia, dari berudu jadi sampai 4 kaki huhuhu dan ramai gak manusia skag yg suke jadi katak huhuhuhu ong3...

aku;
toktuasakti;
20 julai 2010;
umah aku:

makan malam; aku:

Author: Tok Tua Sakti /


Menu makan malam aku huhuhuhuhuhu?????????? saje je nak bagi panas kawan aku hakhakhakhakhakhakahak.. urrrbb alhamdulillah....syukur pada Tuhan yg memberi rezeki.. ( ni makanan kegemaran aku hehehehe )


p/s; musim doyan kali ni tak jadi kat kebun @ kampung aku herm... tak de rezeki ar tu atau aku tengah duk pikir yg pokok2 doyan aku sambung merajuk balik kot huhuhuhuhu

aku;
toktuasakti;
19 julai 2010;
umah aku:

aku;botak;aku:

Author: Tok Tua Sakti /


( aku masuk kan gambo ni sbb ada yg nk tgk huhuhuhu )

Akibat dari demam yg panjag ( 7 hari ) gan jumpa sampai 4 org doktor huhuhu alhamdulillah sihat, kuat dan ensem balik hahaha. Dan aku terpaksa "mendogolkan" kepala aku sbb dah tak tahan panas badan kakaka. Dan abg aku kasi hentam je sbb dia tau potong rambut "pesen MAWI" je kate dia, adoiii walaupun aku rasa aku ensem lagi dari mawi hahahahaha.

p/s; kak aku cakap rupe org sakitt je huhuhu kantoiii ( aku je yg perasan rupenya cam ensem hukhukhuk )

aku;
toktuasakti;
19 julai 2010;
umah aku:

hadiah hari jadi; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Terima Kasih pada Adik beradik, sahabat , teman , anak2 buah dan adik2 aku, yg masih ingat hari "beranak" aku kat dunia hehehehe. Ni hadiah dari Sahabat aku yg jauh di pos melintasi dari "di bawah bayu" dan TQ gan gan baju "jerMAN" walaupun kalah main bola masa Piala Dunia huhuhuhu.


p/s; makin tua aku rupenya hahahahaha tapi manisss ada hahahaha

aku;
toktuasakti;
19 julai 2010;
umah aku:

opah dah kembali; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Assalamualaikum + Salam kasih sayang dari aku....

Tepat jam 3 pagi, Jumaah, 9 julai 2010, Kg Teluk Kepayang Bota, Perak. Opah telah kembali ke sisi Tuhan yg Menciptakan... Seusia 93 Tahun ( ikut i/c ). Alhamdulillah ketika Malaikat Maut mampir ke rumah aku, aku masih dalam keadaan berjaga ( sbb semua berjaga dalam keaadaan bergilir2 ).

Kenangan, yup..mungkin itu yg masih tinggal untuk kami yg hidup. Hampir 4 bulan Opah tinggal gan kami, dan selama itu aku ada gan Opah dan antara rutin harian aku gan Opah ( cium Opah sebelum tido gan pi koje) herm...

Skg aku dah tak de Opah ( Datuk mmg aku tak penah tgk masa hidup aku sbb dah meninggal dunia dulu ) dan aku bersyukur sbb aku sempat bersama Opah hingga ke akhir nyawa. Walaupun Opah meninggal kat umah aku, jenazah tetap tanak kat Kampung nenek moyang dia ( Lambor Kiri ) dekat gan kuburan Datuk gan anak pempuan dia ( cam mana yg dia nak).

Aku duk perah otak aku tuk ingat balik kenangan aku mase kekecik dulu gan Opah. Aku hanya ingat yg aku selalu pi umah Opah aku naik basikal galang ( berpalang) gan mak aku, main kuda2 gan kambing2 opah aku gan ambik mengkuang gan mak aku hehehehehe tu je herm.

Sebelum meninggal, nenda aku selalu pesan kat anak2 + adik beradik aku;
1. jangan jaduh2 adik beradik @ laki bini
2. jangan kawin lagi ( bagi anak2 gan cucu2 lelaki) hahahaha tak termasuk aku kakaka

Semua adik beradik aku balik termasuk pakcik2 aku dan semua urusan selesai dengan baik dan sempurna sebelum solat jumaat... dan hidup ini perlu diteruskan....

p/s; moga arwah aman disisi Tuhan yg Maha Menciptakan....amin...

aku;
toktuasakti;
19 julai 2010;
umah aku:

dari meja; tua; aku:

Author: Tok Tua Sakti /


Assalamualaikum + salam kasih sayang + salam ketemu buat semua sahabat dan pengunjung2 blog aku...

Syukur atas Tuhan kerna masih diberi ruang dan peluang pada aku untuh masih setia dan setia untuk menulis dan menulis atas nama kasih sayang aku pada semua, 24 hari tanpa berita hehehe satu jangka masa yg agak lama mungkin em.... maaf pada teman dan sahabat yg sering bertanya mengapa dah lama tak update hehehe dan jawapan yg pasti, aku sibuk gile gan koje baru aku herm... koje ape?? tak yah cite ar biar rahsia hahahahaha ( cam ajen 007 plak hahaha ).

Terlalu sibuk dan penat sampai 24 hari tanpa aku lawati pun sesawang aku huhuhuhu. Dan kehidupan ini perlukan perubahan, dan perubahan buat kita lebih matang dan berfikir atas sesuatu. "syukur" adalah jawapan bagi setiap jawapan yg aku temui disempanjang aku lakukan perubahan. Setiap hari dan perkara adalah yg baru, dan yg baru membuat aku menjadi lebih kuat dan kuat ( balik terus pensan hahahahaha ).

Kesempatan yg ada, aku ucapkan TAHNIAH pada kesemua adik2 aku yg aku sayang kerna berjaya menuju impian yg sering mereka ingin kan dalam hidup mereka.....

TAHNIAH PADA SEMUA KERNA BERJAYA MENUJU KE MENARA GADING;
TIQ; AQI; HANI & BAYY:
BELAJO RERAJIN DAN JADI LAH YG TERBAIK:

Buat Sahabat dan Saudara yg aku kasih;

MARIAH BT SEMAT
SELAMAT HARI LAHIR KE 27;
23 JUN 2010;
MOGA KAMU BAHAGIA DAN GEMBIRA;
PADA SETIAP DETIK DAN KETIKA:


Sabtu yg lalu, 3 julai 2010, aku lepak kat ipoh em, sbb aku hadiri kenduri sahabat aku along hehehe alhamdulillah selamat semua dan dia siap bagitahu aku " dunia ni ana yg punya" hahahahaha ... ambik ar semua asal kamu bahagia dan gembira dan aku pasti tumpang gembira ats setiap senyuman dan kegembiraan kamu sahabat.......

Tak de cite pasal aku???? hehehehe sbb kamu semua lebih berharga dalam ingatan dan hidup aku herm, cite aku cam biasa dan terlalu biasa tanpa ada yg luar biasa kerna aku suka kepada "kebiasaan" hehehehehe.

p/s; hidup ini punya rentetan bagi setiap peristiwa dan peristiwa, dan penamat nya adalah sahabat yg setiap pada setiap ketika dan masa...

aku;
toktuasakti;
7 julai 2010;
umah aku;
gua aku: