bahan untuk otak fikir; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

1 malaysia? fikirkan kembali
tulisan; faisal tehrani
http://tehranifaisal.blogspot.com

Tahukah anda, 72.1% remaja Cina merasakan bahasa Melayu tidak penting; diikuti oleh Kadazan 40%, India 37%, lain-lain kaum 31%, Iban 28.8% dan Melayu 23.9%. Ini adalah kajian persepsi remaja terhadap bahasa Melayu oleh Profesor Dr Nor Hashimah Jalaluddin dari Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik UKM dengan kertas beliau berjudul Sosiokognitif dan Penguasaan Pragmatik Bahasa Melayu Remaja Malaysia: Kupasan Ilmiah.

Anehkah? Tidak aneh. Di sini tidak aneh. Orang yang tidak berjuang memansuhkan PPSMI boleh mengaku dia turut berjuang. Aktivis yang tidak mengasuh keluarganya dengan bahasa Melayu boleh sahaja mengakui dia adalah pejuang paling hadapan untuk bahasa Melayu.Orang selalu terlupa, bahasa adalah alat serta tampungan budaya dan pemikiran seseorang itu*.

Apa bahaya fakta di atas untuk generasi akan datang? Baca berita di bawah; krisis politik yang menimpa sebuah negara kecil, kita boleh mengalaminya dalam tempoh 30 tahun lagi:

BRUSSELS (sumber Berita Harian 28 April 2010):

Kerajaan Belgium tumbang semalam di tengah perpecahan antara kelompok bertutur bahasa Belanda dan puak bercakap bahasa Perancis, sekali gus menimbulkan keraguan mengenai masa depan negara itu sebagai sebuah negara bersatu menjelang pilihan raya.

Dua bulan selepas mengambil alih jawatan pengerusi Kesatuan Eropah (EU), istana mengumumkan Raja Albert II menerima tawaran Perdana Menteri, Yves Leterme untuk meletak jawatan selepas rundingan antara kumpulan bertutur bahasa Flemish (bahasa Belanda-Belgium) dan kumpulan yang bertutur bahasa Walloonia (bahasa Perancis dengan dialek berbeza) menemui jalan buntu.

“Raja menerima peletakan jawatan kerajaan,” kata satu kenyataan ringkas, selepas kegagalan usaha Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Didier Reynders untuk menyelesaikan masalah dalam kerajaan pakatan yang lemah itu.

Reynders yang menghabiskan tiga hari menaja rundingan bagi pihak Raja, memberitahu stesen televisyen negara bahawa kemungkinan mengadakan pilihan raya akan mewujudkan bahaya besar terhadap masa depan negara itu.

“Saya bimbang dengan pilihan ini kerana ia akan menjerumuskan negara ke kancah krisis yang amat serius,” katanya ketika diminta mengulas mengenai pilihan raya segera di negara itu.

Leterme, 49, yang pernah dua kali meletak jawatan sebelum ini akan mengakhiri jawatannya pada Khamis, tetapi Raja enggan membuat sebarang ulasan dalam usaha terdesak untuk meminta kedua-dua puak kembali berbincang selepas pemimpin puak Flemish yang berpendirian keras meninggalkan meja rundingan.

Kenyataan pihak istana menyatakan Raja hanya meminta kerajaan mengendalikan masalah yang belum diselesaikan, memberi isyarat kemungkinan pilihan raya umum akan diadakan di tiga wilayah iaitu Flanders, Wallonia dan Burssels yang menempatkan ibu pejabat Kesatuan Eropah.

“Adalah mustahil untuk mencapai persetujuan antara puak bertelagah dalam masalah bahasa untuk membentuk pakatan, ketika keadaan tidak stabil semakin ketara,” kata satu kenyataan dari pejabat Leterme.

Reynders berkata Leterme mengakui bahawa masalah ‘hilang keyakinan’ antara puak yang berbeza bahasa menyebabkan rundingan hampir mustahil dilakukan.

“Satu-satunya pilihan yang ada ialah kesediaan Raja untuk mencari perunding yang boleh berkompromi bagi mengatasi perpecahan undi di parlimen,” katanya. – AFP

* Adakah kita memusuhi bahasa lain untuk dipelajari, tentunya tidak!

p/s; herm....aku kenal gan buku dia baru lagi walau dah pernah dengo nama dia, buku pertama yg aku baca ( ADVENCER SI PENIUP NEY ) dan dari sejak tu aku kumpul buku2 tulisan dia...dan aku terbaca blog dia ni dan aku berminat nk ambik dan letak kan kat blog aku ( sori abg faisal ) korang pun aku syor kan pi blog dia sbb mmg hebat ( bagi aku ar kan ). Aku setuju gan pendapat kat atas ni kerna mungkin 1 hari nanti akan berlaku.... tapi cam dia cakap aku gak tak memusuhi "bahasa ibunda" bangsa lain em...cuma mungkin kita dapat renungkan bersama2 dalam entry ni ?mungkin?

aku;
toktuasakti;
28 april 2010;
umah aku:

demokrasi???; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

SEORANG pengawal keselamatan melindungi Speaker Parlimen, Volodymyr Liytvyn pada satu insiden baling telur di Parlimen Kiev semalam.

PAYUNG digunakan untuk melindungi Speaker Parlimen, Volodymyr Liytvyn semasa sidang sedang berlangsung.


Ahli Parlimen baling telur
sumber; KOSMO

KIEV – Parlimen Ukraine bersidang dalam situasi huru-hara semalam apabila kalangan anggotanya bertindak membaling telur, bom asap dan bergaduh sesama mereka.

Sejumlah anggota Parlimen negara itu berbalas-balas tumbukan manakala seorang wakil rakyat dilihat memijak kepala anggota lain.

“Telur, bom asap semuanya sudah dibaling. Cuma senjata api sahaja yang masih belum digunakan,” kata seorang ahli Parlimen, Andriy Shevchenko.

Situasi memalukan itu tercetus berhubung isu perjanjian melanjutkan pajakan sebuah pangkalan tentera laut yang menempatkan Armada Laut Hitam Rusia di Ukraine.

Kalangan wakil rakyat parti pembangkang berang kerana Presiden Ukraine, Viktor Yanukovych memeterai perjanjian dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Dmitry Medvedev untuk melanjutkan pajakan pangkalan laut itu sehingga sekurang-kurangnya pada tahun 2042 yang dianggap sebagai menjual maruah negara.

Tidak dapat menahan kemarahan, beberapa wakil rakyat mula membaling telur ke arah Speaker, Volodymr Lytvyn yang memaksanya berlindung di sebalik dua payung hitam yang dipegang oleh dua pembantunya.

Seorang wakil rakyat pro-Barat kemudian membaling sebutir bom asap sebelum keadaan menjadi tidak terkawal dan pergaduhan tercetus.

Seorang anggota Parlimen, Andriy Shevchenko daripada blok pembangkang diketuai bekas Perdana Menteri, Yulia Tymoshenko mengetahui bahawa bom itu dibaling oleh anggota-anggota pembangkang.

Namun, dia menyatakan tindakan tersebut wajar dilakukan.

“Sejarah akan menghakimi kita,” katanya.

Walaupun huru-hara, beberapa Ahli Parlimen cuba untuk meneruskan sidang. Beberapa Ahli Parlimen menjerit: “Memalukan.”

Parlimen kemudian mengiktiraf perjanjian itu dengan 236 anggota Parlimen menyokongnya.

“Bom asap, balingan telur dan pergaduhan tidak akan menghalang pihak majoriti membuat keputusan,” kata Perdana Menteri, Mykola Azarov selepas sidang berakhir.

Menerusi perjanjian itu, Rusia bersetuju untuk memberikan Ukraine 30 peratus diskaun import gas asli yang dianggarkan bernilai AS$40 bilion (RM127.50 bilion) selama 10 tahun. – AFP

p/s; tak baca lagi aku dah gelak hahahaha seingat aku belum lagi kot speker kene baling telor kakakaka tapi kalu "YB" begaduk cam bebudak ada le aku tengok hahahaha cam budak tak bersunat huhuhuhu

aku;
toktuasakti;
28 april 2010;
umah aku:

bahtera Nuh; aku:

Author: Tok Tua Sakti /


PEGAWAI Turki, Murat Guven menunjukkan spesimen kayu berusia 4,800 tahun yang didakwa tinggalan bahtera Nabi Nuh


Bahtera Nabi Nuh ditemui
sumber; KOSMO

HONG KONG - Sekumpulan penjelajah China dan Turki kelmarin mendakwa mereka mungkin telah menemui bahtera Nabi Nuh pada ketinggian 4,000 meter di sebuah lereng curam di Gunung Ararat, timur Turki.

Jurucakap pasukan berkenaan memberitahu, beberapa binaan kayu yang mereka temui di lokasi itu didapati berusia 4,800 tahun berdasarkan ujian penentuan tarikh karbon iaitu sama usianya dengan zaman banjir besar pada era Nabi Nuh.

"Penemuan ini bukan mengesahkan 100 peratus bahawa ia bahtera Nabi Nuh tetapi kami yakin ia 99.9 peratus adalah bahtera itu," kata seorang anggota pasukan penjelajah, Yeung Wing-cheung.

Menurutnya, binaan kayu itu dibahagikan kepada beberapa petak, sebahagiannya memiliki rasuk kayu yang dipercayai digunakan untuk menempatkan sejumlah haiwan dalam bahtera itu.

p/s; syukur atas kuasa Tuhan... herm...mungkin petanda dan sesungguhnye Quran tak pernah berubah untuk sepanjang zaman bagi setiap kehidupan... dan yg buat Tok pelik ...ada gak "manusia" yg nk pecaya QURAN separuh2 huhuhuhu kelakar sungguh hahahahaha cam apessssss..

aku;
toktuasakti;
28 april 2010;
umah aku:

salam perpisahan; buat kamu; aku:

Author: Tok Tua Sakti /


Assalamualaikum semua + salam penuh kesayuan + salam takziah ..........

Aku ada dengo berita semalam pasal POLIS tembak PENJENAYAH, kate nye ada PARANG huhuhu ( sbb aku ingat kan INDON aku tak ambik port ar kan ) dan ptg ni bila aku baca berita adoiiiiiiiiiiii lagi sekali huhuhuhuhu dan aku rasa dah entah berapakali kes cam ni jadi so??????? korang pikir sendiri.....

aku serta kan sekali bahan2 kat bawah ni yg boleh buat korang rasa cam KARTUN a.k.a BADUT huhuhuhuhu ( sape??? korang agak2 sape??? )

( BERITA ARUS PERDANA )

Beberapa media arus perdana sejak semalam melaporkan bahawa juvana terbabit sebagai suspek ahli kumpulan samun.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan, dilaporkan tidak menolak kemungkinan bahawa mereka yang terbabit terlibat dalam kegiatan menyamun.

(UTUSAN MALAYSIA)

Remaja maut ditembak ketika cuba rempuh polis

SHAH ALAM 26 April - Seorang remaja lelaki, Aminulrashid Amzah (gambar) berusia 15 tahun yang disyaki penjenayah mati ditembak setelah cuba merempuh anggota polis peronda ketika mahu memberkasnya di kawasan perumahan Jalan 11/2G, Seksyen 11, di sini awal pagi ini.

DAN CITE NI BERTAMBAH KARTUN BILA JADI CAM NI ( tgk link HITAM )

( MALAYSIAKINI )

Remaja ditembak: Polis diminta jamin keselamatan saksi utama

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad menggesa Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar memberi jaminan bahawa siasatan kes terhadap anggotanya yang menembak mati seorang remaja 15 tahun, dijalankan dengan telus.

Wakil rakyat PAS itu berkata, beliau kecewa dengan kenyataan awal pihak polis, ketika siasatan masih dijalankan, yang mendakwa remaja tersebut mungkin terlibat dalam kegiatan menyamun dan memiliki senjata, seperti yang dilaporkan media.
Katanya, beliau sendiri turut menemani saksi utama kes tersebut - yang bersama mangsa ketika mangsa ditembak – yang disebut oleh satu laporan akhbar sebagai Aminulrasyid Amzah (foto atas) - membuat laporan di balai polis Seksyen 11 jam 9.43 malam tadi.

Menurut khalid lagi, selepas selesai membuat laporan itu, rakan remaja itu pulang ke rumahnya.

“Saya minta ketua polis jamin keselamatan saksi ini. Jangan ada usaha untuk mengubah keterangannya,” katanya dalam satu sidang akhbar pagi ini.

Khalid juga turut mengedar salinan laporan polis rakan remaja tersebut kepada pihak media.

* yg part ni tak kuar berita semalam

Sementara itu, dalam laporan polisnya, rakan remaja berkenaan mendakwa dia dan mangsa, telah memotong kenderaan polis dengan laju.
Dakwanya, kereka mereka kemudiannya dikejar sebuah kenderaan MPV polis dan ditembak, mengakibatkan kereta mereka terbabas.

Dalam aduannya itu, rakan remaja itu mendakwa keluar dari kereta untuk menyerah diri dan mendakwa salah seorang anggota polis menendangnya dari belakang.

Dia juga, dalam aduan tersebut, mendakwa anggota polis yang lain turut memukul dan memijaknya beramai-ramai.

Dia mendakwa meronta-ronta serta dapat melarikan diri daripada anggota polis tersebut, lalu balik ke rumah.

Herm.... sedih kan??? nyawa kite ibarat kacang.. penyek +kunyah + telan = jadi TAIK hahahaha. Aku sembang gan sahabat aku ttg kes ni.... dia punya pendapat kate mugkin budak ni gelabah sebb tak de lesen keta ( ada betul nye gak ) yg pasal parang tu???? ( aku punya pikir ar kan ... cam biasa ar kan dah gali lubang so tutup ar lubang balik kan hehehehe korang paham ke???? )

Yang buat aku kelakar masa kami ber"YM" dia kate pas ni kalu lesen "L" dia dan mati pun mesti kene tembak gak hahahahahahaha ( ada betul nye kalu cam tu kan hahahahaha )

p/s; pada sahabat aku, pas ni tampal "L" kat helmet bagi polis nampak dari jauh hahahahahahahahaha dan aku tak tahan gelak bila dengo ayat "suspek penjenayah" hahahaha koman sgat ke data jenayah negara kite ni???? adoiiiiiiiiiiiii ( senak perut aku )

aku;
toktuasakti;
27 april 2010;
umah aku:

tahniah; kamal; alan; nathan; aku:

Author: Tok Tua Sakti /


Tahniah buat semua Parti2 yg bertanding di Parlimen P94 Hulu Selangor. Kepada BN alhamdulillah dapat balik kerusi Hulu Selangor dan pada rakyat hulu selangor pun aku ucap kan tahniah sbb pas ni korang KAYO huhuhuhuhu ( ingat jangan lupe tuntut semua janji hehehe kalu tak rugi oooooooooo sbb kene tunggu 2 @ 3 tahun lagi pulak hehehehe ).

p/s; em bagus nye kalu seorg leh banyak nama huhuhuhu jgn banyak agama dah le mampus oooooooo

aku;
toktuasakti;
25 april 2010;
umah aku:

mancing dan hantu; aku:

Author: Tok Tua Sakti /


Assalamualaikum semua + salam misteri huhuhuhuhu

Malam tadi Tok pi mancing gan kawan ( berdua je hehehe ) mancing ikan bukan mancing awek2 kakaka. Skg ni dah riuh rendah kate deorang jumpe anto kat port mancing kami huhuhuhu dan mlm tadi aku gayat gak kan herm... tapi dengan penuh ke"macho"an dan ke"hero"an aku redah gak dengan muke selamber kahkahkahkah ( padahal dalam hati jantung dah nk tercabut kehkehkeh ).


Aku duk pikir yg kalu dah tempat gelap + hutan dan org2 jrg datang mesti le ada hantu kan huhuhu dah sinonim anto kuar memalam kan ape yg nk dikate kan lagi, dah anto tu rutin kuar memalam sama ada nk shoping ke + bersantai ke+ cari awek2 ke+ atau pe2 je la ape yg dia nk buat kan. dah tu jgn kite kacau dia dah ar kan hehehehe. Sbb aku paling takut kalu anto kuar siang2 huhuhuhu ( korang penah dengo??? ) em sbb dia kuat masa2 tertentu je + sbb duit huhuhu. Bukan sbb ape, anto ni lain macam skit huhuhuhu gayatttt siuttt....

Nak dijadikan cite, tok teruskan mancing sampai le jam 2.30 pagi huhuuhhuhu dan alhamdulillah dapat gak ikan hukhukhuk ( bangga betul tok hehehe ) alhamdulillah rezeki Tuhan.... ( mungkin berkat tok berani kot huhuhuhu walaupun sbnornye cuak kahkahkahkahkah ) hampessssss

p/s; belum mati pun leh jadi anto huhuhuhu kalu dah mati leh jadi penunggu ni kakakakaka

aku;
toktuasakti;
25 april 2010;
umah aku:

kalah menang;kehidupan; aku:

Author: Tok Tua Sakti /


PERKARA; PilihanRaya Kecil Hulu Selangor
TARIKH: 25 April 2010



Assalamualaikum + salam kasih sayang buat semua.....

Mesti korang heran kan tetiba je ada gambo camni pulak kan hehehehehe. Yup sbb aku selalu tak ambik PORT pun pasal perkara2 cam ni hehehehe tapi bila aku baca blog kekawan aku semua duk cite pasal PRK, jadi nye aku pun baca le banyak aku BACA ( dalam paper + blog2 ) yg KERAJAAN bagi banyak bagi bantuan siut!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! BERJUTA2 huhuhuhuhu mungkin gak berpuluh JUTA2 lemon hahahahahaha ( em ada pulak duit ek??? huhuhu jual enjin lagi ke??? kahkahkahkah )

Dan aku pun berdoa le pada TUHAN ( moga ada2 le kat tempat aku pulak yg MATI huhuhu sbb conferm banyak bantuan a.k.a rasuah yg masuk kat KG aku ni huhuhuhu ) terbayang2 jalan raya 2 tingkat kat KG aku kahkahkahkah + siap MONORAIL leh pi KL SENTRAL hehehe ( melampau2 la pulak hehehehe )

Aku pulak leh jadi BOSS huhuhuhuhu.. BOSS ape???? ( entah.... jual pisang masa PRK hahaha )

p/s; bila le deorg nak MATI ni herm dah jadi KATAK pun tak mati2 adoiiiii liat sungguh ni kahkahkahkah

aku;
toktuasakti;
25 april 2010;
umah aku:

selamat datang BINATANG; Malaysia; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Assalamualaikum + salam sejahtera buat semua......

Berita gembira @ berita duka buat semua???? (terpulang pada pemikiran dan kefahaman masing2 ar kan ) Menghormati tetamu???? maka nye selamat datang ke Negara Sekutu yg pasti merestu ( walau kat depan wayang kate musuh No 1 kahkahkahkah )

Terpikir le dalam kepala otak aku ni, formulasi aku cam ni ; AMERIKA + YAHUDI = MALAYSIA??? ( agak melampau kan???) tapi ianya makin menghampiri kan hahahahahaha. Maap le sbb ni aku punya FORMULA je OK. Sbb ape ek??? korang baca kat bawah ni......



Lebih 200 bantah kehadiran Blair sumber;malaysiakini:
Lebih 200 orang yang mewakili pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta rakyat Iraq di negara ini berhimpun membantah kedatangan bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair.Blair (kiri, berbaju cerah) hadir di Malaysia sebagi penceramah jemputan di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, anjuran sebuah syarikat yang beribu pejabat di Singapura, Success Resources Company.

Untuk renungan kita bersama...

Pada tahun 2003, hampir SEJUTA Rakyat Iraq MATI!!!!!!!!!!! diketuai AMERIKA SYARIKAT a.k.a YAHUDI ISRAEL... ( leh sesape yg leh menyangkal fakta ni tak????? ) aku pikir boleh andai nye kite buta kan mata+ pekak kan telinga dan BUANG sejarah tu dalam buku sejarah DUNIA dan terkubur le semua bahan bukti hehehehe ) sbb kite pun selalu buat cam tu kan hehehehe...fikir2 ar kawan.....

p/s; agak2 korang deorg buat DEMO tu binatang2 ni ada ambik PORT ke??? kalu dah BINATANG sama BINATANG bekawan??? em....pikir2 ar kawan...

aku;
toktuasakti;
24 april 2010;
umah aku:

kebebasan asasi???;aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Assalamualaikum semua + salam kasih sayang .....

Setelah lama Negara aku ni Merdeka.... dan antara sbb ni le aku kekadang malas nk menulis mengikut selera nafsu hati aku dan banyak post2 yg terpaksa aku simpan untuk peribadi je kakakakaka...sbb ape??? sbb ada perkara yg kite rasa jujur tapi org rasa sakit hati hehehehe dan bila perlembagaan untuk rakyat yg konon nye selamat tapi kite rasa terikat.

Perlembagaan Persekutuan Malaysia/Kebebasan Asasi

Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.
(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)—
(a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;
(b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;
(c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.

huhuhuhuhu benda ni akan jadi kartun bila jadi cam kat bawah ni......

Campurtangan politik: Penerbit ntv7 letak jawatan
sumber; malaysiakini

Penerbit kanan ntv7 Joshua Wong mendakwa terdapat campur tangan melampau daripada pihak kerajaan dan juga penapisan yang keterlaluan. Wong (kiri), yang menerbitkan rancangan popular bahasa Mandarin 'Editor's Time', berkata 'larangan yang tidak munasabah' dikenakan ke atas rancangannya yang sering-kali membincangkan isu sosio politik di negara ini. “Pihak pengurusan tertinggi ntv7 bersikap tidak munasabah. Kebebasan disekat dan mereka yang engkar akan dihukum sehingga menjejaskan sikap profesionalisme kakitangan,” katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, hari ini.

Dalam blog aku ni mmg aku kurangkan cakap pasal hal2 politik sbb aku nak jadi kan ruangan ni untuk hal2 peribadi aku...tapi aku jenis yg suka membaca + fahami + menilai = membuat keputusan dari 2 sudut posisi yg berlainan mengikut cara aku ( pemikiran aku sendiri ).

Aku pelik bila aku bukak blog2 yg aku suke, banyak sangat cite pasal katak hehehehe dan aku jenis tak suke binatang yg tak berbulu kakakakaka dan aku harap katak2 akan pupus kat muke bumi ni hahahaha sbb ape??? sbb aku geli gan katak kahkahkahkah.

p/s; aku dengo cite kawan aku ( tak yah sebut nama ) pun dah jadi katak gak huhuhuhu tolong!!!! jgn dekat gan aku sbb aku geli geleman kahkahkahkahkah

aku;
toktuasakti;
22 april 2010;
umah aku:

Tahniah buat Kak Lijah gan Abg Zam; aku:

Author: Tok Tua Sakti /


Assalamualaikum semua;

BERITA GEMBIRA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

ALHAMDULILLAH KAK AKU SELAMAT MELAHIRKAN ANAK YG KE ENAM ( LELAKI )

Mungkin tu TEG yg agak melampau huhuhuhuhu ( tapi aku nk bagitau yg aku seronok gile hahahaha ) syukur pada Tuhan. akhirnye kak aku selamat lahir anak yg ke 6 lelaki hehehehehe.

Lahir pada 20 april 2010
jam 2 ptg dan
berat 3.5 KG
diberi nama MUHAMMAD ADIP MUKHRIZ BIN ZAMBIRIN ( masih dalam perbincanggan hehehehe)

Sbb ape aku happy sangat??? sbb kak aku ada 3 org anak pempuan ... yg sulung dulu kembar lelaki dan Tuhan hanya memberikan roh 1 bulan je dan kembali ke sisi Tuhan yg Maha Pengasih....

Dan akhirnye..kak aku dapat gak anak lelaki dalam keluarga dia dan aku doa kan moga kamu lebih gembira dengan cahaya mata yg baru dan bahagia dengan kurnian Tuhan.....

p/s; tak sabo nk tengok anak buah aku yg baru ni hehehehehe dan dia merupakan anak buah aku yg ke 34 hahahahahahaha. syukur pada Tuhan;atas kesinambungan;aku:

aku;
toktuasakti;
20 april 2010;
umah aku:

mancing gan ijun; aku:

Author: Tok Tua Sakti /


Salam kasih syg dari aku buat semua......

Anak buah aku balik, aku ajak di pi mancing petang hehehe saje je sbb bosan + nk tengok skill anak buah aku mancing ( konon nye hero dalam bidang pemancingan hahahahaha ) dan ternya dia HEBAT !!!!!!!!!!!!!!!!!!! huhuhuhuhu hebat berlakon je kakakakakaka tengok gambo pun tau kakakakaka gaya je lebih hahahahaha ( bior pape asal begaye kate org perak hahahahaha ) dan mesti le kene kutuk gan aku tanpa belas kesian hahahahahahaha.


( dia kate gambo ni cam dalam cite " blues untuk aku")

kahkahkahkahkahkah sampai skg aku tak leh nk berenti gelak bila tgk gambo ni hahahahaha tengok ar rambut + gaya tangan hahahahaha cam hero filem melayu kahkahkahkahkah. Aku suh pancing awek je la yg sesuai kot hahahahahaha

Dan cam biasa kami tak dapat ikan hahahahaha dan kami pakat bagi alasan yg mantap kami dan bagitau kat mak hahahahaha " kami dapat ikan 20KG tapi biasa ar terlepas sbb beso sangat tak larat nk bawak balik hahahahahahaha" ( amacam?? bagus tak alasan ni???? hahahahahahaha )

p/s; sowi bro terlebih gelak kahkahkahkahkah

aku;
toktuasakti;
19 april 2010;
umah aku:

Ulu Kenas;gan kekawan; aku:

Author: Tok Tua Sakti /


Assalamualaikum semua.....

Alhamdulillah akhirnye program nk pi ke Ulu Kenas (UK) berjaya akhir nye dengan gelak tawa dan penuh gan kegembiraan hehehehe ( rasa aku le hahahahahaha ). Bermula gan pagi sabtu aku gan jeman pi pekan sabtu beli 2 ekor ayam dan aku jadi tukang peram ar kan ( cam biasa huhuhu sowi ar kalu rasa tak sedap ek huhuhuhu ) dan untuk kali ni En Azman yg jadi penaja ayam hahahahaha ( jgn jadi bapak ayam bro kakakakaka ).

jeman a.k.a bos beso program kami

Awal2 aku mintak maap kat jeman sbb aku bangun lewat hahahaha ( padahal janji jam 7.30 pagi nk gerak ) bila dia sampai kat umah aku, aku pulak yg baru bangun huhuhuh ( sowi kekawan sbb skg aku kene penyakit susah nak tido adoiiiiiiii sakit pala ).

Pas ambik aku, kami ambik wa dan singgah sat kat bote kiri tunggu zilah dan ira adik. Terus pi ambik umi, tapi sempat singgah pekan sehari dulu beli bekalan makan pagi kakakaka ( umi mesti bengang sbb tunggu dari jam 7.30 pagi ) dan kami ambik umi dekat jam 8.30 pagi hahahaha.



















Alhamdulillah sampai kat UK jam 10.30 dan pas makan2+mandi2 kami pi solat kat masjid kuala kangsar dan aktiviti yg paling best kami pi makan kat laksa buyung huhhuhu punya le jauh kakakakaka janji puas hati kan.

Kami selamat sampai sekitar jam5.30 ptg herm..penat sungguh siut...penat sbb terlebih gelak gan terlebih makan hahahahaha.

Terima kasih buat semua kekawan yg menghadirkan diri..korang semua mmg best dan semp0i dan aku bersyukur pasa Tuhan sebb aku ada sahabat cam korang semua...pada sahabat2 yg tak dapat hadir kan diri...insyallah kite akan jumpa untuk program seterusnye OK....

p/s; tak sabo nk pi trip yg seterus nye...hahahaha gua tempurung ....kami akan serang hahahaha

aku;
toktuasakti;
18 april 2010;
umah aku:

selamat buat kamu; aku:

Author: Tok Tua Sakti /


AL - FATEHAH;
Buat Kamu;
Abdillah Murad Md Shari (Achik);
Moga kamu aman disisi Tuhan yg Maha Sempurna:

p/s; Tetiba je aku teringat lagu2 dia yg punya kenangan dalam hidup aku masa bebudak dulu em....

aku;
toktuasakti;
18 april 2010;
umah aku:

konvoi nasional 8 mei; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Assalamualaikum semua + salam penuh kasih sayang.......

Semalam Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) datang kat Surau Beso kampung aku ( dekat gan umah aku ) buat ceramah + penerangan + Konvoi Nasional untuk Gaza pada 8 Mei 2010 ini.

Untuk maklumat lanjut aku masuk kan berita kat bawah ni senag cite em...


MAPIM anjur 'Konvoi untuk Gaza'
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 3 April: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) akan menganjurkan ”Konvoi Nasional untuk Gaza” pada 8 Mei 2010 ini.

MAPIM adalah komiti penyelaras bagi inisiatif Malaysia untuk pembebasan Palestin.

Mereka melalui satu kenyataan media berkata, penganjur mensasarkan penyertaan 1000 kenderaan dari seluruh Malaysia yang akan berkonvoi menuju ke Shah Alam.

Jelasnya tujuan program ini diadakan adalah sebagai tanda sokongan padu kepada uamat Islam di GAZA, Palestin dan juga untuk memberi kesedaran kepada seluruh umat Islam dunia mengenai penjajahan Israel terhadap Masjid Al Aqsa.

"Harapan kita hanya satu, iaitu "Bebaskan GAZA dan Selamatkan Al-Aqsa", kata Mustapa Mansor, ketua kordinator program tersebut.

"Mesej ini adalah mesej kemanusiaan yang ingin didengungkan ke telinga umat khasnya di Malaysia," tambahnya lagi.

Mereka turut mengalu-alukan penyertaan parti politik, NGO Islam, jabatan kerajaan, masjid-masjid seluruh Malaysia dan individu-individu prihatin dalam konvoi tersebut.

Mereka yang berminat boleh mengunjungi www.vivapalestinamapim.blogspot.com atau menghubungi nombor 019 4747141.

Memag tak sangka sampai cam tu punya kejam bila tgk org2 Yahudi bunuh org2 Islam. Herm dan aku tak tau cam ne aku leh turut membantu untuk memberi kesedaran pada saudara islam yg lain gak ( sbb aku yakin ramai org Islam tak ambik tau pun huhuhuhu ) Mungkin ke aku sama????. Tapi aku masih tak lupa bila aku kene kejo gan FRU bila ikut sama buat DEMO anti YAHUDI ( sekitar tahun 2002 ) kat Masjid beso Ipoh hahahaha ( salah ke??? herm dan tak sangka skg baru aku tau kenapa aku kene kejo huhuhuhu sbb binatang ni dah ada kat Tanah ayo aku sendiri hahahahahaha padan muke aku....korong sekali la hampessssss )

Aku mintak tolong dari ADMIN aku masuk kan gambo tentang penting nya pembebasan PALESTIN dari ancaman ISRAEL .TQ pada ADMIN yg sudi membantu dan aku rasa ianya juga turut membantu buat negara islam PALESTIN walaupun sekecil2 bantuan.... mungkin???

p/s; aku duk pikir...mungkin satu hari nanti org melayu gak punya topi yg tinggi dan jangut yg panjang???? mungkin????

aku;
toktuasakti;
16 april 2010;
umah aku:

hospital teluk intan; aku:

Author: Tok Tua Sakti /


Salam kasih sayang buat semua.....

Awal pagi lagi aku dah kuar sekitar jam 8 pagi, bawak makcik aku pi cek mate (sbb bau pas buat pembedahan 2 mata ) ikut sama pakcik sku sbb aku kurag psti jalan nk pi sana hehehehe ( sbb aku jarang2 pi pekan ni ).

Herm alhamdulillah semua berjalan lancar cume 2 ar kan kene tunggu kat 4 jam baru dapat jumpe doktor walau temujanji buat jam 10 pagi huhuhuhu ( harap2 bertambah2 le doktor kat tempat tu sbb dah ramai sgt lari pi luar negara hahahahaha sbb ape????? korang pikir ar sendiri).

Aku tak suke nk komen bebanyak ( sbb aku mmg suke banyak komen hahahaha ) sbb aku nk sgt2 belajo redho hahahaha. Tapi yg nyata tetap nyata herm. Bukan pe, sepanjang jalan raya yg aku lalu semua nye hampesssssssssssss adoiiiii. ( sowi kalu ada yg terasa ye hahahahahaha ).
Ape2 pun yg penting semua OK kan alhamdulillah semua nye dah setel....

p/s; aku duk kire berapa lama negeri aku ni merdeka hahahahahaha

aku;
toktuasakti;
14 april 2010;
umah aku:

teman anak buah; aku:

Author: Tok Tua Sakti /


Assalamualaikum semua...

Projek aku ari ni teman kan 2 org anak buah aku pi Ipoh uruskan biasiswa kat Yayasan Perak, dan malang nye aku tak pernah tau pun ada Yayasan Perak sebelum ni hahahaha ( herm kurang pengetahuan Am sungguh aku ni ) alhamdulillah semua urusan cek gan clear kan cek dapat buat gan mudah hahaha. Dan seterus nye bawak deorg belanje tgk Wayang huhuhuhu ( walaupun masih jadi nelayan gred 41 kakakakaka ) tgk cite melayu ( tak yah gitau a cite ape ) sbb hampessssssss walaupun juru jual tiket bagitahu cite dia syokk gile padahal hampeeee gile huhuhuhu ( padan muke aku ).





Aku mmg rapat gan anak2 buah aku, dari kecik lagi dan sampai skg anak2 buah aku yg lain2 pun ok ( lebih2 lagi sibulat hahahaha ) so cam biasa pas tu pi teman deorg beli belah ( padahal aku lepak kat kedai buku je hahahahaha).

Pasal buku aku beli 2 buah buku baru ( sbb buku yg aku nak tak kuar lagi kat pasaran Ipoh huhuhu dari RAM hampess ni mesti doa kawan aku ar ni adoiiiiiiii dah 2 kali dtg da ni benggang betul arrrr ) tapi tak pe sbb aku puas hati sbb salah satu buku ni aku penah baca masa zaman aku kecik2 dulu ( RANJAU SEPANJANG JALAN/ SHAHNON AHMAD ) sbb aku minat gile gan penulis ni hem dan AL_ FATEHAH buat beliau. Dan buku yg ke 2 ( NAFAS TERAKHIR / MURAD ASHAD ) buku ni aku tak tau, tapi nampak cam hebat hahahahaha asal jgn buku leleh ayo mate dah le huhuhuhu kantoi aku nanti.


Dari jam 12 aku bertolak sampai ar aku kat umah jam 10 mlm hahahaha adoiii senak perut ooooo sbb banyak menyinggah termasuk umah 2 org kakak aku huhuhuhu ( sbb mmg wajib singgah kalu berjalan em.

Kesimpulannye, aku happy + penat gile sbb ikut deorg bejalan huhuhuhu nasib bulat tak ikut gak huhuhuhu rasa cam nak retak pinggang kakakaka. Herm jarang2 dapat kuar cam ni dan harap2 leh kuar reramai lagi pas ni sbb ijun pulak tak de ape laaa.

p/s; walau wang makin pergi tapi hati tetap epiiiii hahahahahahahaha

aku;
toktuasakti;
13 april 2010;
umah aku:

sepanjang aku yg lalu; aku:

Author: Tok Tua Sakti /


Assalamualaikum semua....

CERITA 1

Aku mulakan cite aku gan aktiviti yg paling seronok + menyeronok kan hahahaha. Berbekalkan idea dari ira adik + jeman nk main bowling dan akhirnye mesti jadi gak punya sbb kami mmg geng2 yg paling sempoi dan gile2 hahahaha a.k.a bujang yg ensem dan cun hahahaha. Cam biasa berkumpul+sembang+mengumpat+ gelak2+ makan2+gelak2 balik hahahahaha sampai ar kami balik dari awal jam 10 pagi sampai le balik umah jam 6 petang.

Main bowling 4 game sampai tangan nk tercabut hahahaha dan ternyata zilah buat kejutan gak dengan bola jatuh kebelakang hahahahaha. Gembira? hahaha sangat lapang dan indah buat aku dan pasti kekawan aku gak walaupun aku sedikit hampa sbb buku yg aku nak cari dari RAM tak kuar lagi kat sini huhuhuhu
( ni doa dari kawan aku ar ni adoiiiiiiii ).



Dan yg buat bertambah gempak...idea seterus nye hahahahaha port yg paling best pas ni nk pi kat Ulu Kenas mandi+ makan2 hahaha mesti bertambah2 gumbira kan ???? hahahaha harap geng2 aku yg gile2 ni ada semua hahahahaha.

p/s; pas ni sape kalah kene peluk pin bowling yg kat depan pintu tu hahahaha

CERITA 2

Oleh kerana aku punya masa yg lapang + aman damai hahahaha aku ajak kak aku bawak pi beli belah dan sampai nk terbelah pinggang ( sbb kene dukung anak buah aku hahahaha ) pi Taman Paya Bakau a.k.a Taman Monyet hehehehe.

Cam biasa kat sini bagi sedekah kat monyet gan kekacang hahahaha ( mmg leh buat kite hilang tekanan ooooooooo ) maklum ar buat amal jariah hahahahahaha ( harap2 ar kan ) dan nyaris2 aku tak culik anak monyet ni bawak balik sbb cute sgt2 hahahahaha. Pas monyet dah bosan negok muke kami sbb makanan dah habis ( hampesss punya monyet huhuhuhu ) kami pun pi ar beli bebarang gan hadiah untuk anak kawan aku hehehehe.

p/s; teringat kat adik cina aku bila sebut "abg mannnnn ada munyittttttt huhuhuhu"







CERITA 3

Aku ajak kak aku teman kan aku hehehehe pi umah kawan aku herm...mungkin lebih tepat teman aku masa sekolah dulu ( sangat baik + baik dan baik ) NURUL SHAHIDA RAZALI -aku ziarah sebb aku penah janji kat dia yg aku akan dtg jumpe dia kalu dapat baby hehehehe dan alhamdulillah dia dapat anak pempuan. nama nye nur iman afika.

Aku happy sbb aku tau dia gembira dan bahagia gan hidup dia.... dia penah cakap yg Tuhan sentiasa berikan kita hidup yg terbaik dan aku sentiasa yakin gan cakap dia hahahaha dan selepas sejam aku lepak + borak gan dia gan mak dia ( tak sangka masih ingat kat aku hehehe ) aku pun berundur ar kan sbb ape??? entah hahahahaha sbb anak dia tido ar... sian ar kan dan aku syok tgk muke anak dia sbb manis hehehehehe.


p/s; moga bertaambah2 anak kamu hehehehehe

CERITA 4

Cam biasa aktiviti aku skg bertambah2 sibuk huhuhu sampai mak aku cakap aku ni dah jadi AHLI SUKAN hahahahahaha sesiang aku mengayuh basikal dan malam plak aku main badbinton huhuhuhu. Aku bukan nk cite pasal sukan tapi aku nk cite pas balik main badbinton geng2 aku ajak aku pi makan kedai yg bikin sup ekor yg paling HOTTT huhuhu dan aku pun nk try ar kan kehebatannye huhuhu dan ternya mmg sedap (sbb aku pengebar sup ) tapi yg tak best nye huhuhuhuhu tak HOTTTTT pun kakakakakakakakakakakakaka ( sbb ape aku gelak ek??? hehehe )
p/s; mmg best herm cam nk kene rasa lagi ni hahahahahaha

Tu ar cite aku hehehehe ....Tak best???? em.....yg penting aku happy gan rasa best hahahahahahaha

aku;
toktuasakti;
12 april 2010;
umah aku: