cite sekolah; aku:

Author: Tok Tua Sakti /

PART 3

Hari ni sungguh memenatkan. Sambutan Sukan Peringkat Sekolah herm. Macam biasa aku kene jadi MC le,ni projek kat kem punya pasal sampai le ni ar aku kene pegang jawatan ni. Tapi aku stil happy huhuhuhu untuk acara guru tiup belun paling jauh aku dapat no 2 kire ok arkan hahahaha.

Hari ni balik semula ke bote,keadaan ayah yg semakin uzur herm memag memenatkan sepanjang perjalanan huhuhuhu. Kite penting kan ape yg penting, keluarga adalah segala - galanya kan em.

Pas ni cuti 2 hari rehat cukup2 hehehe

- aku;damai disini;enggor>bote;jadi saksi:

aku;
tok tua sakti;
31-07-2009
s.k.beluru

cite;sekolah aku:

Author: Tok Tua Sakti /

herm penat betul masuk kelas ganti heheheh but still happy gan perangai bebudak tahun 5, banyak sgt yg hendak ditanye sampai x sedar 1 jam. Hari ni aku kene balik lewat skit ke bote hehehehe ada temujanji kan chandan puteri kuala kangsar hehehehe. Hope semua ok le, kalu x kantoi le alamatnye. Yg penting semua persiapan dah dilakukan.

Tuhan berikan kekuatan;aku;penuh pengharapan:

aku;
happy ari ni;
enggor;KK:
30-07-2009:

syukur;tuhan;berikan;aku;kebebasan:

Author: Tok Tua Sakti /

Syukur pada tuhan keatas segala nikmat dan kekuatan dalam merempuh kehidupan;
Skg yg penting,fokus pada kerjaya dan menikmati kehidupan dengan penuh kesempurnaan. Ibarat bebanan batu yg telah terlepas dari kepala hehehehehe.

Permulaan hari yg penuh dengan kenikmatan yg sempurna. Syukur pada mu Tuhan:

aku;
insan Sang Pencipta;
tok tua sakti;
30-07-2009

progran;aku;bermula:

Author: Tok Tua Sakti /

Alhamdulillah skg ni aku da pulang semula ke pondok, mlm tadi program 10 surah. Terlalu banyak perkara yg dibincangkan untuk membangunkan semula pondok yg da lama aku tinggalkan. Oleh kerana keadaan kesihatan aku tidak berapa baik malam tadi aku terpaksa pulang awl. Pagi ni bangun penuh dengan kepayahan dan kesabaran. (mugkin aku da tua kot herm)

Pada tuhan ku mohon kekuatan:

- skg otak tengah runsing,sory;

Tok Tua Sakti
28-07-2009
Enggor

cite;sekolah;aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Hari ni pengalaman yg paling haru biru hehehehe,leh plak budak tahun 1 menangis mengamuk-gamuk plak, budak ni memang sepesel skit cz budak ni OKU. Mungkin dia x sesuai belajo kat sini, oleh kerana aku yg bertanggungjawab membuat penilaian pentaksiran kepada dia maka semestinye aku sgt kenal gan karenah dia kan em.

Akhirnye pas berjaya dipujuk aku le kene hantr dia balik cz dia da mengamuk x nak balik gan abg dia dan nak balik sesorg. Daripada kene lango gan lori@ keta baik aku yg hantokan huhuhu kene gelak la aku satu pejabat ni herm.

Kite perlu syukur pada tuhan, kerna kita sebaik2 kejadian:

Jam1 ptg
S.K Bbeluru
28-07-2009
Cikgu Man (hehehehe)

Tuhan;berikan;Dia;cahaya:

Author: Tok Tua Sakti /

Adakala kolam hati ini resah,
gelisah dan hampir goyah.
adakah hati ini perlu pasrah,
menyerah dan berserah.

Adakala hati ini galau,
yg sering menghalau,
jauh ke pulau
yg tiada risau.

Adakala jiwa ini hampa,
menyesak jiwa,
membawa lara,
yg penuh siksa.

Adalah "dia" cahaya,
yg punyai sirna,
akan ku jaga,
agar dia bahagia.

Adalah aku setia,
yg ingin ketawa,
buat semua
yg punyai jiwa.


Tok Tua Sakti;
27-07-2009;
Enggor yg sepi:

tuhan;lindungi dia;dari resah & bencana:

Author: Tok Tua Sakti /

Entry aku hari ni di tulis dengan x ada mood herm,mungkin perkhabaran yg aku dapati membuatkan aku lebih takut sebab aku tak pernah rasa apa yg pernah aku rasa selama hidup ini.
Semalaman aku tidak mampu tidur dengan nyenyak kerana perkara2 begini. Mungkin hati aku sememang nya tidak mahu perkara ini berlaku keatas dirinya.

Tuhan,berikan perlindungan yg abadi ke atas dirinya:

Skg ni aku tengah betul2 blur dan x tahu ape yg perlu aku lakukan. Hanya kepada tuhan tempat aku memohon dan berharap...


Aku;
Tok Tua Sakti;
Enggor;
27-07-2009

salam;perpisahan;aku;buatmu;seniwati:

Author: Tok Tua Sakti /

salam perpisahan,ke perjalanan yg lebih panjang dan kekal abadi.

al-fatehah kepada Allahyarhamah Yasmin Ahmad, engkau pembuka minda hidupku tentang kehidupan didunia....

Moga dicucuri rahmat allah di alam yg penuh berserah.

Amin....

toktuasakti
bote
25-07-2009

hidup;mesti;terus;aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Salam untuk semua;
seperti mana entry aku yg sebelum ini "kita;ciptakan;kehidupan;baru;aku:", sememagnya hampir 1 minggu ni hidup aku banyak yg dibarukan dengan hidup yg penuh istimewa hehehe. Mungkin akhir2 ni aku dah hilang sedikit fokus herm masalah yg sememagnya tidak diduga seumur hidup aku herm.

Tapi x pe ar da org tak pecaya kan nak buat cam ne. Mohon dan harap pada tuhan agar permudahkan segela urusan,bkn nye aku takut ape, da dia tak suka org yg punya sifat menipu, takut tertipu seumur hidup herm. Harap2 semuanya x betul ar kan em. Banyak2kan berdoa em.

Semalam aku turun ke sungai mancing hehehe mungkin nak hilang kan tension dan juga memenuhi masa lapang aku disamping memenuhi hobi aku yg dah lama aku tinggalkan. Dan yg paling menarik aku lehdapat ikan lampam semalam,walaupun x besar tapi mampu membuat kan aku gembira cz sebelum ni x dapat ikan huhuhuhu dan ikan 2 merupakan ikan kesukaan aku hehehe puas hati betula ar semalam.

Biarkan sedikit kegembiraan, menghilangkan kerisauan:
permulaan sebuah kehidupan yang baru:aku:

Tok Tua Sakti;
26-07-2009;
bote>enggor;

tuhan;aku;mohon kuasa;melerai keresahan;jiwa:

Author: Tok Tua Sakti /

Oleh kerana aku telah mendapat perkhabaran yg kurang enak didengar dan sehingga kini aku enggan percaya. Dan ternyata dia juga tidak percaya. Sudah aku agakkan yg aku akan terus di nista akan perkara ini. Sudahlah, pujukkan hati supaya bersabar,dan mohon pada tuhan semua perkara akan menjadi jelas dan aku masih mengharap yg perkara ini bukanlah satu kebenaran.

Tuhan kau pelihara dan puliharalah: dia: agar dia bahagia, untuk selamanya: Amin:

Tok Tua Sakti:
26-07-2009;
12.mlm
Bote;

cite sekolah;aku:

Author: Tok Tua Sakti /

PART 2

Semalam aku ada kursus kat sekolah, ngantuk gile betul. Kursus tentang penulisan jawi huhuhuhu rupenya aku ni da tak mahir menggunakan tulisan jawi herm kantoi betul. Dari 20 soalan 12 salah dalam mengeja jawi huhuhu hampes betul.

Usai selesai kursus, kami bergerak ke JJ Ipoh cz ada pertandingan bowling antara guru, ikut kan hati aku memang aku tak nak pergi. Mungkin Ipoh tidak sesuai dengan jiwa aku sekarang ni. Jerebu kuat sungguh kat Ipoh sehingga menyesakkan dada aku herm dan akhirnye aku kalah dalam pertandingan 2 hahahaha. (saje je bagi deorg menang hehehehe).

Aku kena segera pulang ke Bota cz adik beradik aku 2 org dari KL datang nak buat gotong royong gan nak setelkan masalah aku dan kekawan aku dari KL 2 org gak datang nak menziarah org tua aku yg tengah uzur.

Semalam oleh kerana terlalu penat bergotong royong aku tido je sepanjang petang herm.

p/s; jangan tido petang, nanti mengundang kegilaan.
aku sampai kene cekik dengan hantu 2 herm sesak nafas herm mcm2 betul,x pernah kena sebelum ni, pasni ni kene pastikan jgn tido petang em.

catatan sekolah;aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Salam semua yg menyayangi dan menyenangi aku;

Hari ni kat sekolah dimulakan dengan senaman sempena bulan kecerdasan peringkat sekolah, huhuhu nak x nak aku pun ikut le sekali herm berpeluh sungguh. Malang nye dalam waktu sejam hujan le plak hehehe.

Akibat nye, walau pun badan peluh sihat, tapi ak kene gak pakai baju sejuk sebab da demam plak huhuhuhu ternyata antibodi badan aku ni dan bertambah x kuat hehehe kene minum susu kambing pas ni.

Moral nya jangan main ayo hujan ok hehehe

Tok Tua Sakti (kene demam gak herm)
24-07-2009;
11.00 pg
S.K.Beluru:

langkah;demi langkah;demi maruah;aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Malam tadi aku masuk ke gua semula, malam program kahfi, selepas diputuskan aku kene membaca 10 surah yg terakhir, da hampir 3 tahun tak membaca kahfi hehehe. Seperti kate Temenggong semalam, kita mulakan kehidupan agama yg baru demi perjuangan yg satu.

Tuhan berikan lorongan,
jalan dihadapan,
untuk harapan,
dan impian.

Aku;
Tok Kelana Bote;
23-07-2009;
11.30 mlm;
gua lama:

khabar buruk;untuk aku; Tuhan; bantu Aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Malam tadi kau berjumpa dengan pakcik aku, khabar yg sememangnye aku tidak ingini terpaksa aku terima dengan hati yg sedikit luka dan kecewa.

"Mohon tuhan, berikan kekuatan;tunjukkan jalan, berikan pedoman:"


Tok Tua Sakti
23-07-2009
8.45 mlm
Padang Changkat; Bote:

hidup; picisan; aku; insan:

Author: Tok Tua Sakti /

Salam semua,

Entry aku dimulakan dengan pengalaman aku semalam dlm perjalanan pulang Enggor> Bota: Dalam perjalanan pulang aku terlihat seekor anjing tempang berjalan sehala dalam perjalanan pulang, x ramai yg tahu aku memag takut kat binatang ni,hehehehe kalu yg tahu 2 mesti kwn2 yg sgt mengenali aku. Sepanjang pembacaan aku,terdapat 10 sifat anjing yg boleh kita ikuti kerana ianya adalah perkara yg mulia. Tapi kau dah lupa pulak,kalau aku jumpa balik buku 2 aku bagi info ok.

Hati aku cam sedih ar bila anjing 2 jalan cam 2 kan, tapi yg membuat kan aku terfikir ialah dalam masa yg sama, di jln arah yg bertentangan aku terserempak dengan seorang manusia yg mungkin kurang siuman dan turut berjalan tempang tanpa arah tujuan.

"maka nikmat manakah yg engkau dustakan"- terjemahan Quran.

Inilah akibatnya apabila tuhan,mengambil kembali nikmat insan (akal fikiran yg waras) pada diri manusia. Sekiranya tuhan mengambil segala nikmat maka tiada beza nya manusia dan haiwan(anjing tadi). Bersyukur la aku kerana tuhan masih lagi melindungi dan menaugi kau dengan kadar kewarasan yg baik. Ruang dan peluang yg diberikan memberikan aku merasai nikmat kesyukuran yg tinggi.

Pengajaran yg boleh kita dapati; kadang kala manusia bersifat haiwan dan melebihi haiwan buas dan ganas, sama ada dari fikiran, perbuatan dan tindakan. Mohon pada Tuhan, moga kita tak tersimpang arah,menongkah maruah.

Sepanjang petang 2 aku masih berfikir sehingga aku tido malam tadi herm.

Sama2 le kite pikir kalu rasa nak senak otak hehehehe.


Aku;
Insan Hina;
Menumpang sementara;
Di dunia lara:

Tok Tua (yg hilang sakti);
23-07-2009;
3.30 ptg;
Enggor>Bote:

kita;ciptakan;kehidupan;baru;aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Oleh kerana skg ni da banyak masa yg terluang, maka tercipta la hobi aku yg dulu2 masa bebudak, memancing gan berkebun hehehe. Aku memang aku minat gan pokok herba, jadi nye aku da tanam pokok misai kucing hehehe. Harga satu pokok mencecah RM25 tau, herm jadi nye aku tanam dalam beg hitam, kalu ada kekawan yg minat ambik je la, jangan mati da le kecewa plak aku kan.

Sekarang ni aku tengah suruh anak buah aku penuhkan beg hitam dengan tanah, aku dalam proses nak tanam jagung putih plak herm syok gak kan. Dan paling hebat dalam hidup baru ni aku da mula turun pergi sungai plak hehehe aktiviti memancing, siap malam tadi pun aku leh berani pg mancing, gile punya pasal ar ni. Bising2 mak aku huhuhuhu dia takut cz da dekat 17 tahun aku tak turun ke tebing mancing. Tapi nasib le bapak aku ok, hehehe siap sokong 2, dia kate duduk umah jam 10 mlm bukan leh tido pun, da penat mancing balik tido ar kan hehehehe terdiam mak aku huhuhu kire aku menang ar kan.

Malang nye ikan x dapat, pagut pun x hampeh betul ar, ayo sungai sebak (naik) plak udang x dapat le kan. Tapi aku syok cz aku da mula menjadi aku yg dulu, cam bapak aku selalu cakap; kite budak kampung, sebatikan diri gan budaya kampung: hehehe

Oleh kerana skg ni aku terpakse berulang alik dari Enggor > Bote maka makin galak le aku mancing hehehe. Aku ada program mancing hujung minggu ni gan cikgu2 kat sini, nak bawak deme test sungai aku. Kalu jadi aku akan cite balik ar kan.

Petang ni aku cadang nak jumpe pakcik aku, ada hal penting2 gile yg perlu aku lakukan, antara hidup dan mati 2 hehehe harap2 jawapan dari dia ape yg berlaku semuanya x betul, sebab aku harap sangat2 semua ni x betul. Mohon dan harap pada tuhan semua nya dapat diselesaikan.

2 je dulu buat masa ni, nanti kau sambung lagi ok. da....salam


aku;
Abg Men (name baru aku kat sini hehehehe)
23-07-2009
10.Pagi
S.K.Beluru

BERKELANA /AR-RASHID:

Author: Tok Tua Sakti /

BERKELANA

Aku dulu insan hina,
Hidup tidak ada makna,
Kini aku berkelanaKu,
mencari sini sana.

Ku lalui lembah dan gunung,
Mula diriku terapung,
Ku dengar namaku dilaung,
Bergema bergaung gaung.

Aku terhenti aku menanti,
Ku menyaksi kuasa Ilahi,
Ini bukti bukti sejati,
Ku abadi dengan Ilahi.

Apa kucari sudah ku jumpa,
Baru ku tahu aku siapa,
Diri ini tiada apa-apa,
Kita semua hanya hamba.

Empat purnama aku berkelana,
Seperti mana diperintahNya,
Sesungguh Tuhan yang berkuasa,
Pada Mu Tuhan kuperhamba…


AR-RASHID

Berjalan menuju arah
Berjalan mengorak langkah
Berjalan menjejak sirah
Mengharap petunjuk dan hidayah

Petunjuk darimu Tuhan
Menunjuk arah tujuan
Memupuk mengasah fikiran
Membentuk memasak ketaatan

Atas Ar-Rashid petunjuk
Atas Ya-Rashid membentuk
Petunjuk yang membentuk
Memupuk dan melentok
Jalan lurus tiada bengkok

Arah tujuan di tunjuk
Nama Tuhan sebagai petunjuk
Berjalan aku moga, diriku terbentuk
Pada Tuhan diriku menunduk

lirik;lagu: Ustaz Zul
kump: Dendang Anak


Salam semua, pagi ni aku mula kan entry aku dengan beberapa buah lagu yg ada kaitan dengan hidup aku dari masa ke semasa. Memag aku dah rancang nak masuk kan lagu,puisi,lukisan atau ape2 je yg aku pikirkan sesuai untuk dimasukkan.

Untuk lagu pertama ni, (berkelana) lagu ni dibuatkan untuk Tok kelana bota yg asal,dan lagu ni mempunyai maksud yg sangat mendalam bagi diri aku sendiri, bila kau nyanyikan semula membuatkan aku sedih gan diri aku sendiri: mungkin aku yg faham aku:

Lagu yg kedua ni, aku selalu nyanyi mase aku mula keluar dari gua lama aku dulu, aku selalu mohon dan harap yg lagu ni boleh memberika aku kekuatan yg paling teras. Dan alhamdulilah aku jumpa gak lagu ni balik:

Cuba baca dan hayati insyaalllah ada pekara baru yg kita dapat jumpa.

pada tuhan; aku serah kan; kehidupan; aku:

Tok Tua Sakti;
23-07-2009
enggor>bote

ketika;aku;mencari;aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Semalam aku pergi semula ke gua lama (Pondok Umumi), niat aku nak infradi dgn Temenggong aku, tentang masalah aku. Oleh kerana malam 2 malam program dan malam 10 surah, kene la aku ikut sama.

Jawapan daripada masalah aku membuatkan aku mengeletar sehingga kini dan merunsingkan keadaan aku.Mohon tuhan permudahkan segala urusan bagi semua yg berlaku. Betul kate org tua2; ditelan pahit nak dibuang sayang, ditelan mati emak dibuang mati bapak:

Kerisauan dan kebuntuan membuatkan aku semakin pasrah dalam kehidupan aku sendiri. Disaat aku sudah mula terbiasa dengan kesepian, datang plak macam2 herm, mungkin ini ujian yg perlu aku lalui untuk melangsaikan segala dosa yg pernah aku lakukan, mungkin.

Malam tadi aku dapat satu ilmu yg amat berguna sepanjang perbincangan.

4 pekara yg ada di dunia;

1= kekafiraan
2=tipu daya
3=kelalaian
4=mencengkam

aku jugak terpaksa diajar semula untuk berfikir secara lebih keras dan kembali kepada teras;
Bagi maksud setiap perkataan yg ada akan kita bincangkan semula kerana aku masih berfikir perkara di atas. Kalu nak pikir sama2 le tajamkan akal hehehe.

Hari ni seperti biasa aku akn pulang semula ke Bota untuk pergi ke HCM, apak aku kan cube untuk tanggal kan tube hari ni, mohon dan harap tuhan akan permudahkan segala urusan apak aku... amin...

Tuhan;aku;insan;kerdil:

Tok Tua Sakti;
22-07-2009
Enggor

aku;gelakkan;aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Hehehehe hari ni merupakan ujian yg paling membuatkan hati aku tercabar dan membuatkan aku gelak sendiri huhuhuhu. Bleh aku dari Ipoh nak ke Enggor sesat jalan sampai ke Taiping herm dan yg paling teruk bleh plak lori bawak batu nak langgar aku plak herm. Nyaris aku kire PRO la kan hahahaha. Tuhan lindungi aku:

Semalam aku terfikir nak buang semua lukisan2 aku, coz ada aura yg x menarik. Tapi bila pikir2 kan balik buat ape nak dikenangkan benda yg da x hidupkan herm jadinye pagi tadi aku terpikir nak bagi kat kawan2 aku yg minat kat lukisan 2, ambik je la kalu hati kawan2 aku berkenan. Cikgu2 sini punya le suka herm.

itu saje laporan untuk pagi ni;
rojer and out
laporan dari

Man Ensem hehehehe
10.00 pg
21-07-2009
Dah Sampai Enggor

hidup;baru;aku;tuhan;tunjukan aku jalan:

Author: Tok Tua Sakti /

sory aku cakap awal2 cz ni merupakan entr yg paling panjang.


PART 1


Untuk entry terbaru aku, aku akan mulakan hidup aku yang baru, impian aku untuk hidup bahagia dengan "dia" sudah berakhir. Aku telah rancangkan yg aku akan hidup dengan dia dan akan tinggalkan kawan aku, oleh kerana perancangan telah berubah, aku akn mulakan hidup bahagia dengan kawan2 aku dan jugak keluarga aku. Aku akan cuba sedaya upaya. Mohon dan harap tuhan berikan aku kekuatan sepenuhnya. Buat masa ini aku takkan cari pengganti dalam hidup aku kerna aku tak perlukan semua itu lagi buat sementara waktu. Mohon pada tuhan panjangkan umur aku untuk akhirnya aku menemui jodoh yg lebih baik.


Setelah aku pikir semalaman, coz aku tak leh tido gan selesa malam tadi, sebab x berapa sihat, aku mula pikirkan semula kejadian yg berlaku dalam hidup aku. Memang aku x nafikan, kawan aku antara punca keadaan ini berlaku..... tetapi hakikat nya hati "dia" yg beralih arah. Aku anggapkan kehadiran kawan aku adalah sebagi ujian untuk dia tetapi ternyata aku hanya berangan semata2. Konon2 sumpah setia , janji senyawa adalah mainan semata.


Dan paling aku lawak leh dia kata yg :cinta ni memang bodoh; dan ternyata lah yg kena bodoh 2 aku hahahahaha bodoh selama (13 tahun 2 huhuhu) ini kerana percaya kepada semua kehkehkeh. Betul la kata org tua2, kalu hati da ada yg lain, semua alasan boleh diguna pakai asal dapat hidup bahagia herm. Tapi aku rasa aku perlu menjadi org yg baik kan, org yg dalam bahagia jgn diganggu. Biarkan kerana kebahagiaan adalah perintah tuhan kan, jgn langgar perintah tuhan walaupun aku adalah insan yg paling banyak dosa diantara hamba tuhan; Tuhan ampunkan lah aku dan jadikan lah aku antara manusia yg baik dan gagal melakukan dosa yg berulang, dan kau ampun kan dosa org tua ku dan kekawan baik aku yg sememangnye baik:


Kuat betul aku membebel la. Mungkin da tua kot. Da habis cita setakat ni pasal dia, dan aku kan cuba selepas ni x kan ada cite pasal Dia= CARDOVA2 yang telah musnah dibawa alam hehehe.


PART 2


Hari ini aku sangat berlapang dada, mungkin aku da lepaskan semuanya yg terpendam didalam hati aku hehehehe.Tapi semput dada gak huhuhu. Sekurang2 nya aku mendapat sedikit kepuasan herm.


Kepada kekawan aku, Mariah, Lydia, Mohammad Adam, Along, Ikmal dan semua yg anggap aku kawan, aku sentiasa memerlukan kamu semua dalam hidup aku. Sehingga kini, baru aku sedar yg manusia tidak memerlukan cinta manusia, tetapi ramai sahabat2 yg baik em. Tuhan kau maha mengasihani aku.


Buat semua kekawan, aku amat merindui kamu semua dan aku akan pulang semula ke Shah Alam dalam masa terdekat ni. Hehehe kalu gaji masuk awal aku belanja menyanyi ok hehehe. Tak sabar nak jumpa semua.


Buat keluarga aku, terima kasih kerana sentiasa menyokong aku sepenuh kepercayaan aku sangat2 menyayangi kamu. Ya Allah permudahkan segala urusan kawan2 aku dan keluarga aku. Aku amat bertuah punyai keluarga yg bahagia dan sentiasa membuat aku tertawa walaupun dalam duka. Ampunkan aku kerana mengecewakan diri mu.


Aku masih ingat pesanan ibu aku; buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat; maruah yg baik akan dipelihara; maruah yg dinista akan sengsara. Terima kasih ibu, memberikan aku pengajaran yg paling berguna seumur hidup aku.


Aku;ingin;menjadi;Aku:
Osman;Abg (besar) Man;Tok Kelana;Tok Tua Sakti;Bota;Enggor:
20-07-2009
Ipoh
Tmn Cempaka;Sari 1:

Salam Isra' Mikraj; Tuhan; bantu; Aku:

Author: Tok Tua Sakti /

Salam "Isra' Mikraj" kepada semua pelayar dan semua umat Islam di seluruh dunia, mohon pada Tuhan agar hari ini memberi sinar harapan yang baru untuk permulaan bagi sebuah kehidupan. Aku sentiasa bermohon dan berharap kehidupan aku akan sentiasa dalam kebaikan dan kebahagian di bawah lindungan Tuhan; bantu aku Tuhan:

Kadang2 aku sendiri tak tahu ngape aku selalu menggunakan perkataan yg pelik2 kan hehehehe mungkin diri aku ni penuh dengan kepelikan kot, herm mungkin la. Sekarang aku berada dalam zon hidup yg penuh dengan kesibukan dan aku sentiasa berharap aku dapat membahagikan masa aku untuk menguruskan kehidupan aku untuk Tuhan, keluarga dan yg tersayang yg sukar untuk aku lepaskan, dan sekarang aku seolah2 telah mendapat ilham Yg Maha Agung menemui jalan untuk dikeluarkan dari segala belenggu kehidupan, insyaAllah aku berharap Tuhan sentiasa membayangi kehidupan aku dengan penuh sempurna. Amin....

Hari ni, sehari suntuk aku tak dapat tidur dengan sempurna, mungkin terlalu banyak berfikir dan otak aku x dapat tido kalu sentiasa berfikir herm. Tapi pagi tadi tuhan telah menunjukkan aku suasana yg sangat aneh dan cantik sekitar jam 5.45 pagi dalam perjalanan ke Enggor. Bulan sabit penuh ditemani bintang terang seolah2 menemani aku dari Bota ke Enggor. Satu kenikmatan yg sangat2 aku perlukan. Seperti mana sinaran bulan menerangi kehidupan umat di bumi.

Mohon pada tuhan,
berikan jalan,
arah tujuan,
yg berkekalan.

Terlalu banyak perkara yg perlu aku lakukan dengan kadar segera untuk menghuraikan segala kekusutan, Alhamdulillah berkat aku minat membaca terutama BUKU TEORI HUKUM TARIKAN membuatkan aku lebih mudah menyelesaikan segala masalah dalam kehidupan. Dan semestinya ianya adalah petunjuk dari tuhan yg Maha Mengasihani.

Sujud ku,
syukur ku,
hanya untuk Mu,
Ya Tuhan ku.

hari baru aku;
aku;
Tok Tua Sakti;
27 Rejab 1430H
-----------------
29 julai 2009

hidup;penuh dengan kesibukkan;bantu;aku;Tuhan:

Author: Tok Tua Sakti /

Minggu ini penuh dengan ujian tuhan, dengan keadaan Ayah yang semakin uzur, aku terpaksa berulang-alik Enggor ke Bota. Minggu ni ujian Penilaian telah bermula, dari set exam hingga ke peperiksaan terpaksa aku lakukan dengan penuh kesabaran dan kepenatan.

Mohon pada tuhan, berikan kekuatan untuk menempuh segala dugaan dalam kehidupan.
Mungkin buat masa ini kau terpaksa berhenti seketika memblog kerana kengkangan masa dan untuk bersendirian dahulu... moga aman dunia sepanjang ketiadaan aku (mungkin minggu ni je kot hehehe)

ok, salam buat semua.

aku
tok tua"yg x ada sakti"
Enggor>Bota
22-07-2009

Aku;sendirian;hidup & sepi:

Author: Tok Tua Sakti /

Setelah penat aku berlari,
mencari dan terus mencari,
hati yang dikasihi,
yang telah pergi.

Setelah penat aku mendaki,
hingga hilang diri sendiri,
mencari arah illahi,
untuk menyuluh hati,

Ingin aku sendiri,
menempuh hari,
yang penuh menyakiti,
hati dan naluri.

Ingin aku mengenal sepi,
yang dulu aku kenali,
kini aku susuli,
jalan itu kembali.

Ingin aku mengenal diri,
yang dulu aku rindui,
pernah aku harungi,
tapi kini aku sedari.

Adalah aku yang bernama sepi,
rindu yang telah pergi,
hati yang telah mati,
hati yang tiada erti.

toktuasakti
15-07-2009
sepi di Enggor

sunyi;sepi & aku;sendiri:

Author: Tok Tua Sakti /

Permulaan bagi sebuah daerah yang bernama "sepi",
yang hutannya sunyi,
tanahnya sendiri.

Selamat datang ke daerah yang tidak berhati,
pintunya berkunci,
untuk remuknya hati.

Selamat ku ucapkan kepada kedamaian,
yang menyapa jiwa,
yang penuh rasa,
yang mungkin bahagia.

Aku di tanah daerah ini;
menghurai janji;
mencari diri;
menenangkan hati:


TOK TUA SAKTI
GUA KELAM HALBAN
ENGGOR
PERAK
14-07-2009

kenangan;aku; dan hidup:

Author: Tok Tua Sakti /

Hari ni aku kerja kat padang sekolah, buat penilaian untuk pelajar tahun 1, seronok tengok bebudak bermain, tawa tanpa henti; itulah dunia kanak2 yg da lama aku tinggalkan. Mungkin hampir 20 tahun. Melihat bebudak ni membuatkan aku tersenyum sendiri, mungkin terlalu banyak kenangan yg pernah mewarnai hidup aku sebagai budak kampung.

Saat itu, aku tak pernah mengenal erti masalah mahu pun bebanan perasaan yg maha hebat,(kecuali masalah malas nak pergi sekolah hehehe). Maka itu lah erti kehidupan. Seandai masa boleh diputar, maka aku mesti pilih ke masa itu, temasuk orang lain pun.

Setelah meningkat dewasa, pastinya jauh dunia kita berbeza, terlalu jauh sehingga yg tinggal adalah kenangan yg takkan hilang dan ada juga yg makin pudar hilang tiada kesan. Ini lah erti kehidupan, yg terlalu sukar untuk dirungkaikan.

Maka, adalah perlu aku menjadi aku. Sehingga nyawa melekat dibadan yg penuh kesesakan menyelami erti kehidupan:


Tok Tua Sakti
14-07-2009
Enggor

Lepaskan;Aku;Kelaut:

Author: Tok Tua Sakti /

ku renung jauh,
sayup mata luluh.
melihat laut,
yang penuh parut.


adalah hati ini gusar,
yang berakar,
adalah hati ini rindu,
laut yang biru,


dilaut yang penuh duka,
yang penuh sengsara,
adalah dunia,
aku yang setia.

hati ini rindu,
laut yang satu,
ingin ku beradu,
tanpa sendu.


toktuasakti
11-07-2009
pulau misa melayu

Resah;aku;gelisah: part 2

Author: Tok Tua Sakti /

Resah aku gelisah,
menanti pasrah,
mohon ALLAH,
memberi arah.

Pada Tuhan,
berikan rahmat,
moga jalan,
yang penuh selamat...

Amin...


tok tua sakti
13-06-2009
brahmanindera.

Resah;aku;gelisah:

Author: Tok Tua Sakti /

Hidup ini,
penuh menanti,
maka penantian itu,
adalah satu penyeksaan....


Tok Tua Sakti
09-07-2009
(akhir?)

Aku;Tuhan;Harapan & kehidupan:

Author: Tok Tua Sakti /

tuhan;
berikan aku kuasa
menghapuskan duka
yang lumpurnya luka
yang hatinya hampa.

tuhan;
berikan aku kesabaran
merempuh haluan
yang penuh rintangan
yang penuh dugaan.

tuhan;
berikan aku kekuatan
mencapai impian
tiang serinya harapan
mohon kesampaian.

tuhan;
berikan aku keampunan
dalam kehidupan
sepanjang perjalanan
laluan aku rintis alam.


Tok Tua Sakti;
07-07-2009;
Kg Halban; Enggor:
(ketika rintis hujan)

PERASA AUTO KEM; PROGRAM; AKU:

Author: Tok Tua Sakti /

Ni merupakan program yg ke dua yang aku ikut sepanjang aku koje kat sini, oleh kerana guru sekolah kat sini kurang, maka aku le bantu jadi guru pengiring hehehe. Sepanjang kem tugasan aku hanya lah jadi "MC" untuk malam kebudayaan aje. Elok sampai je kat sini hujan sampai le kami balik huhuhu jadi banyak aktiviti dalaman je la. Aku plak tengahari 2 trus flat x sedarkan diri hampir 4 jam, tetiba je aku pengsan x sedar diri, mungkin pening tahap gaban huhuhu. Nasib ada guru yg pandai berubat mengurut pale aku. Alhamdulillah bertahan sampai balik 2. Pas ni bleh ar aku berubat mengurut gan dia hehehehe.

Malam 2 buat bakar2 ikan, udang, sotong dan lain2 dan aku jadi tukang bakar je la kan hehehe sebab aku kurang makan benda2 cam 2 konon jage muka aku yg ensem ni kan huhuhu (angkat bakul besar betul). Malam 2 aku jadi MC dan dibantu sorang lagi guru, mungkin dia tengok aku x berapa nak normal malam 2 kot hehehe, dan untuk guru pun kene buat persembahan gak, kena menyanyi (karaoke) le hahaha termasuk la aku. Aku pilih lagu jiwang lama yg aku rasa ada kaitan dengan perasaan aku malam 2. hahaha lagu kumpulan Axl's tajuk lagu akulah kekasihmu, kalu salah aku edit balik ok. Yg lawak 2, siap aku nyanyi lagu 2 bebudak ni bleh mintak aku nyanyi sekali lagi 2 hahahaha, 2 makne nye suara aku memag mengancam ar kan hahahah. (x angkat bakul tau) habis bengang le guru2 lelaki harharhar. Tapi pas nyanyi aku rasa betul2 sedih herm...tapi hidup mesti terus kan hehehe.

Usai habis program aku tido lewat jadi jaga sampai jam 4 pagi, bebudak ni bukan nye nak tido, siap kene jerit2 gan aku hahahaha konon jadi guru garang le kan hehehe, syok gak kadang2 jadi guru garang2 ni hehehe. Siot nye malam 2 ada plak budak kene kacau, jadi aku pun jadi le "ghostbuster" cam citer hantu 2, tapi aku jadi peneman je hehehehe guru yg tolong ubat kan aku jadi tok moh nye hehehehe.

Pagi 2, program poco2, untuk senaman pagi, oleh kerana guru x bersedia, maka aku leh kene jadi bidan terjun. Oleh kerana GURU PK kate buat je ape yg aku tau maka aku pasang lagu 70'an dan aku buat tarian dulu2 hahaha lawak betul. Aku ingat murid je yg ikut, siap semua guru2 ikut 2 hahaha lawak betul...bila teringat balik mungkin 2 je la kot yg tuhan bagi kat aku untuk hilangkan ape yg terbuku kat hati herm....

Petang 2 kami balik dan aku terus balik kampung bote dan terus koma sampai jam 2 petang hahahahaha penat bebenor le 2.

Sekian berita untuk program PERASA AUTO KEM


Tok Tua Sakti;
06-07-2009;
Changkat Jering- Kg Halban :

Selamat Hari Lahir; Aku; Sendiri:

Author: Tok Tua Sakti /

hehehe Aku ucapkan Selamat Hari Lahir untuk diri aku sendiri, moga menemui kebahagiaan dan kerahmatan. Diharapkan Tuhan permudahkan segala perkara dunia dan akhirat...Seingat aku, tahun ni aku sambut hari lahir lain dpd yg lain, ape sebab nye x payah le bagi tahu nanti bertambah hampeh entry ni nanti...

Ape2 pun aku tetap gumbira kengkawan aku x pernah lupa walaupun aku ni sering lupa, mungkin aku ni jenis manusia yg mudah lupa kot hahahaha (ikut kata madey). Terlalu banyak perasaan yg nak diceritakan sempena hari yg bertuah ni (hari lahir aku) tapi aku rasa buat masa ni baik aku simpan saje dalam kolah hati aku ni hahahaha. X semua perkara mudah untuk diperkatakan betul x? kalu x betul memang aku sorg je la yg hampeh kahkahkah.

Oleh kerana hari lahir aku ni waktu aku terpaksa bekerja bawak bebudak pergi KEM, dan aku happy gak cikgu kat sini semua gile2 dan ucapkan selamat untuk aku huhuhu, maka nanti aku akan sambung entry yg lain, sebab malam ni aku da x sanggup mengadap laptop baru aku ni, badan X sihat sangat sambil mata aku makin kecik memandang skrin hahahaha. OK aku blah dulu.


* KATA HATI AKU : "terima seadanya pemberian Tuhan dgn penuh kesyukuran...amin."
(kegembiraan yang penuh luka)

Tok Tua Sakti
04 Julai 2009
Brahman Indera

Aku; Pejuang Setia; Pejuang kata:

Author: Tok Tua Sakti /

PART 5

Kadang kala, kita sering rasakan yg stp ujian yg kita hadapi Satu malapetaka yg Maha hebat. Aku selalu nak pikir kan dengan pale otak aku supaya positifkan diri aku bila dpt ujian dan cobaan (mcm filem P.Ramlee) hehehehe. Semenjak aku baca buku gan dengar ceramah tentang "hukum tarikan" 2, aku makin nak belajorkan agar otak yg ada dlm pale aku ni supaya pkr2 yg baik2 je hehehehehe kira ok la 2 kan em.

Tapi kadang2 bila perkara 2 penuh ngan negatif je memanjang x mau nye teori tarikan 2 dah hahahaha maka jadi hampas le semua nya. Padan la ngan muka aku hahahaha. Kadang2 banyak mane pun teori kite kalu pale hotak kite ni senak nak mampus x bleh pikir, betul x? kalu salah 2 memang salah aku la 2 kan hahahaha. Hampas gak le aku kan hehehe.

Maka moral cite kite hari ni...banyakkan berdoa dgn TUHAN, kan TUHAN tempat yg terbaik untuk kita dapatkan kuasa positifkan diri kita. Dan beranggapan le yg tuhan nak menguji kita sebab DIA syg kan kite sgt2 ok....

aku mintak jalan dulu.....ingat aku jgn lupa gelak harharhar


Aku; Tok Tua Sakti;
03-07-2009;
Gua Halban:

AKU; GEMBALA GUA; DI TANAH SEPI:

Author: Tok Tua Sakti /

Aku gembala gua,
yang membawa rasa.
Aku gembala gua,
yang membawa cinta.

Aku gembala sepi,
yang membawa hati.
Aku gembala sepi,
yang hidup disisi.

Aku gembala jiwa,
yang membawa nyawa.
Aku gembala rasa,
yang terus kecewa.

Aku gembala rintih,
yang terus menagih.
Aku gembala kasih,
yang makin tersisih.


Aku; Tok Tua Sakti;
Gua Halban;
02-07-2009:

Aku; mencari Aku:

Author: Tok Tua Sakti /

PART 4


Telah kita masuk ke bulan yg baru,1 Julai 2009. Hari ni aku tak lepak kat umah sewa aku, kakak aku suruh aku balik umah (Teluk Kepayang). Kakak aku dah nak pindah rumah sewa dia kat Taman Maju Seri Iskandar. Maka aku la yg jadi pemandu dia ditemani mak aku sebagai bodyguard hehehehe.

Sepanjang hari menjadi driver yang tak bergaji dan jadi le aku tukang angkat barang, cam sama standard bangla jugak le har...har...har... Pas balik aku terus balik bersiap pergi ke Pondok Umumi. Kali ni niat aku ziarah, solat Maghrib dan baca yassin sahaja. Usai bacaan yassin aku terus balik dan menuju ke Surau Besar (surau lama). Aku solat Isyak kat situ, maklum la dah nama duduknye kampung kalau tak pegi surau tak sedap gak kan hehehehe kira jaga air muka gak le kan hahaha maklumlah muka jenis bleh tahan hahahahaha (angkat bakul sendiri).

Tapi memang malang betul la aku, leh aku lepak kat motor Tok aku sebelah apak aku, baik punya sembang gan anak buah aku leh aku jatuh melentang kat atas motor 2, mengikut kajian aku, motor 2 tak stabil dan gak kain pelekat aku licin sangat sampai bleh terjelepuk atas motor nasib baik, kalu motor yang jatuh atas aku alamat makan bubur nasi le aku dalam sepital hahaha. Yang bertambah hangin satu badan 2, anak buah aku duk tengok je + gelak kan aku. Akibat daripada kejadian tesebut maka tergeliat le aku punya pinggang dengan bunyi tulang hahahahaha padan gan muka aku sendiri, tapi aku duk pikir gak yang mungkin ni "kifarah" atas perbuatan aku sebelum ni kot. Jadi nye sabo le aku sambil menahan kesakitan herm.

Moral cite nya, berhati2 le duk atas motor kalu pakai kain pelekat + pakai le spendar sebab aku semalam x pakai, nasib baik kain x terjelus, kalu x semua jemaah kat surau 2 batal wuduk hahahahahaha padan muka dorang.

sekian berita dari bote:

p/s: tahniah buat kekawan yg da naik pangkat kat SSCKL, moga terus berjaya dalam kehidupan.

Tok Tua Sakti a.k.a. Tok Kelana Bote1
Julai 2009
Gembala Gua; Bote:

Hidup Baru; Aku; Penjelmaan Semula:

Author: Tok Tua Sakti /

PART 3


Hari yang penuh dengan kesibukan, Hari ni aku da duk umah sewa aku kat kg. Halban, enggor perak. Terlalu banyak yang perlu dilakukan sehingga sesawang aku pun da tak tengok pun. Mungkin kesibukan amat diperlukan oleh aku buat masa sekarang untuk mengelak dari fikir pekara yang negatif dan menyenak kan pale sehingga menjejaskan buah pinggang hahahaha.

Minggu ni adalah minggu ke 3 aku bekerja di sekolah dan minggu ni aku baru bleh menyanyi lagu Negaraku dan lagu perak huhuhu mungkin da lama tinggal sampai lagu yang 7 tahun aku nyanyi pun tak tahu. Memang kurang semangat nasionalisme betul huhuhu mungkin bangla2 kat sini lagi pandai nyanyi dpd aku kot hahahahaha.

Aku semakin gembira dengan apa yang ada skg, aku makin bleh tersenyum dan aku makin memperolehi cahaya untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik " HIDUP MESTI TERUS" har...har...har...

Aku harap mungkin akan datang aku leh cerita pekara2 yang lebih baik dan berfaedah dari sekarang kan. Aku gak da rancang nak mula kan balik menulis puisi ke sajak ke dan termasuk le bidang lukisan. Duduk disini penuh dengan kehijauan dan bukit bukau dan bleh mendatangkan banyak idea. Aku pun dan rancang aku nak teroka semua tempat kat sini sebab kat sini banyak pemandangan yang cantik2.


Harapan aku semoga setiap perancangan aku dapat berjalan dengan lancar.


" Kebebasan mutlak untuk Aku "


Tok Tua Sakti
30-06-2009
Kg. Halban; Enggor; Perak: